Pages

Friday, August 22, 2014

Cara aku handle stress.


Masa raya haritu masa balik kampung ayah kat Pagoh adalah aku berbual-bual dengan makcik aku. Aku panggil dia Cik Ita. Isteri adik ayah aku. Die ni agak muda lagi. Umur sebenar aku tak tau. Tapi anak sulung dia baru Form six.
Ayah aku dah (Jap nak kira. Konghajo ek tak ingat umur ayah sendiri. Kikiki)
2014-1956 = 58.
Omaigod. Ayah aku dah nak masuk 60 series dah. Tetibe nak nangis.
Kenapa cepat sangatttttttttttttttttt T___T


So makcik aku tu baru awal 40-an la. Kira muda lah kan. Tetibe masa kitorang borak2 tu die bagitau die dah ada sakit berkaitan jantung dah. Dia cakap macam salur jantung dia tu menyempit. Kadang2 macam susah nak nafas.
Pastu makcik aku ni bagitau la puncanya sebab stress. Aku tak pernah tau pulak stress boleh jadik sampai effect jantung.

Kebetulan time tu mak su aku ada sekali kat situ. Die pon bagitau lah yang die pon selalu sangat stress. Mak Su aku cikgu. So die selalu stress dengan sistem pengurusan sekolah. Dia cakap kekadang bila stress tu sampai rasa nak muntah, rasa nak pitam.

Aku pernah lah jugak baca ada orang yang stress study sampai nak muntah. Stress keje sampai tengok keje je rasa nak muntah.
Aku selalu jugak apdet cakap stress2 macam nak muntah tapi sebenarnya takde lah aku nak muntah pon. Aku pon setakat ni tak pernah la rasa stress sampai nak muntah.
Aku ingatkan macam peribahasa gitu. Bagai stress nak termuntah. Haha! Sukati nak buat peribahasa sendiri kan. Giler jahil kan. Sekali rupanya memang ada simptom macam gitu.

Pastu Cik Ita aku cakap la ngan maksu aku better handle sikit stress tu. Sebab dia pon dulu sama macam tu. Tak dapat kawal stress sampai selalu sangat rasa nak muntah. Rasa nak pitam. Pastu sesak nafas. End up bila buat check up rupanya saluran jantung tu dah menyempit. Tapi aku tak tau la macam mana kaitan dia kan.

Kalau nak ikotkan keje aku ni memang hari2 aku stress. Tapi tak tau lah mungkin kelebihan aku ni, aku boleh cepat hilangkan stress tu. Mungkin jugak sebab perangai aku yang tak suka fikir sesuatu benda lama2. Hahah!

Hari selasa lepas kot memang aku sangat2 stress. Keje jangan cakap lah dah memang melambak dalam opis tu. Tambah pulak dengan tak cukop orang makin la aku stress.
Sampai balik keje je Akram call aku terus nangis dan tak mampu nak cakap pape dah. Haha. Pastu Akram cakap "Takpe2 kite mesej eh. Tak boleh cakap, mesej"
Pastu aku mesej dia sambil menjujur-jujur air mata jatuh. Bahaha.

Akram suruh aku duduk bawah shower lama2 bagi stress tu hilang (pengaruh drama melayu sangat. Kakaka)
Tapi masalahnya rumah sewa aku mana ada shower. Haha! Last2 aku cakap ngan die aku nak exercise. Dekat dua jam kot aku buat workout. Bukak laptop kuat2 pastu workout. Habes workout terus mandi. Fuhhhhhhhhhhhh rasa lega sangat.

Esoknya masuk opis terus boleh buat keje macam biasa sambil menyanyi2 riang gembira. Hahaha.

Itu kalau ko tak boleh solat la. Kalau boleh solat seeloknya amik wuduk pastu solat. Masa doa tu time tu la ko nak menangis mengadu. InshaAllah lepas tu memang lega yang amat.


Aku kalau stress memang aku kene nangis. Aku ni ape je yang tak nangis nya. Lapar pon aku nangis. Hahah! Akram dah paham sangat dah.

Lagi satu aku jenis kalau ada problem aku memang jenis malas nak pikir sangat.
Contoh problem aku dulu untuk memilih bridal.
Aku survey dua-tiga tempat pastu aku terus booking.
Malas aku nak serabutkan kepala aku. Hahaha!

Photographer pon sama. Aku guna khidmat kawan kakak aku.
Aku tengok gambar macam cantik je. Pastu pakej pon menarik terus booking.
Tak payah pikir lagi. Setel.
Now tinggal kad kawen je.

Bila aku balik kampung semua orang tanya camne persiapan.
Aku cakap camni "Entah ek. Tak tau lah nak buat ape lagi. Macam semua dah siap"
Bahahahah.


Sebenarnya banyak mak aku yang handle sebab dia tau anak dia jenis pemalas nak berfikir.
Semua benda nak senang je. Asalkan ada. Asalkan kawen. Kakakaka.

Kadang2 ada kelebihan jugak ek jadik perempuan simple dan pemalas ni.
Kahkah.

So jangan stress2 ye. Semua masalah boleh selesai. Apadehal. Kan?

bye.


2 comments:

  1. Kite ni memang geng la Wana.. Ratu airmata sangat.. Kite pun kalau stress nangis, marah nangis, sakit ati nangis, sedih dah tentu2la nangis 2,3 kali ganda hover.. Kohkoh! Tapi betul la nangis dapat kurangkan bebanan dalam hati.. Gittuww ayat drama.. Ahaks!😜
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  2. dear wana..
    jangan stress2..

    salah satu cara hilangkan stress adalah dekatkan diri pada allah swt dengan membaca al quran :)

    mmg manis rasa ye..tenang je

    salam perkenalan

    ReplyDelete

What says U?