Pages

Thursday, September 25, 2014

Resepi : Roti bakar berinti daging sosej telur cheese idaman kalbu dihatiku.





Macam biasalah tajuk mesti ala2 Diva kan.
Baru lah ada kelas. Gittew.

So basically aku rasa ramai yang sejenis macam aku. Bukan tak tahu masak tapi kadang2 pening nak masak apa. Macam aku selalu sangat rasa nak masak tapi bila sampai supermarket lama giler termenung memikirkan apa benda yang nak dimasak.
Kalau macam breakfast tu asyik2 la mee goreng, bihun goreng, roti tolor blablabla kan.
So harini aku bagi simple resepi tapi sedap dan kenyang sampai petang baru makan balik.
Tapi itu perut aku lah. Perut korang aku tak tau. Ekekeke.


Bahan-bahan (ni untuk aku sorang je makan) :

- Roti 4 keping
- Telur sebijik
- Sosej satu
- Daging cincang separuh 4 segi tu.
- Cheese dua keping
- Bawang besar satu, bawang putih dua.
- Perasa (Aku guna garam, black pepper & chili powder)


Cara-cara:

1. Bawang putih cincang halus. Bawang besar potong dadu.

2. Sosej potong lah size sederhana. Daging cincang basuh dulu kang sakit perot pulak.

3. Panaskan minyak sikit je. Tumis bawang putih dengan bawang besar sampai layu. Masukkan daging. Kacau sampai air daging tu kering. Masukkan perasa secukupnya. Masukkan sosej. Gaul bagi mesraaaaaaaaaaa.

4. Buat lubang sikit kat tengah. Pecahkan telor, masukkan dalam kuali. Besarkan api sikit bagi telor tu masak sikit. Kecikkan api balik pastu gaulkan telor dengan daging tu. So nanti telor tu takde lah macam berlendir sangat. Matikan api.

5.  Cheese letakkan atas roti. Pastu daging yang dah masak tadi letakkan atas cheese.

6. Pastu bakar kejap atas kuali. Aku guna periuk ajaib. Kalau guna oven lagi senang kot. Kalau takde, guna non stick pan pon boleh jugak. Nak bagi cheese tu cair je pon.

7. Agak2 cheese dah cair letak lagi satu roti atas daging tu. Lepas tu terbalikkan bagi roti baru tu garing sikit.

8. Pastu angkat dan makan.

Nyummm.


bye.




5 comments:

  1. bertmbah sayang akram kt awak..hehehe..

    ReplyDelete
  2. Wah! Resepi best nih.. Nanti nak try lah sediakan untuk hubby! Thanks wana for sharing.. ^__^
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  3. sedapnya... sy suka kalu masakan yang ada cheese.. hantu cheese hihi :) nice to share nice to eat...

    ReplyDelete

What says U?