Pages

Wednesday, October 8, 2014

Salam AidilAdha


Walaupon dah lambat tetap jugak nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kat engkorang.
Biasalah Diva sorang ni memang lambat sikit dalam segala hal.
kalau bab2 makan je laju. Biasalah kan.

Disebabkan aku dah keje kat JB jadinya Jumaat malam dah sampai rumah parent kat Kota Tinggi.
Takde meredah jem 18 jam.Takde merempan. Takde apdet status meroyan kat fb. Ekekeke.
Semuanya smooth.

Tahun lepas aku tak balik raya.
Aku pon lupa sebab apa. Tapi aku rasa cuti aku tak berapa nak banyak kot. Tak pon dah habes. Hahah!
Jadinya aku beraya kat KL.


Juadah tahun lepas. Agak menyedihkan kan? Naseb baik Akram pon tak balik jadi tak adalah kesepian sangat.


Tahun ni mak aku masak ketupat segera, paru sambal, ayam merah, rendang ayam kampung, sambal goreng Jawa dan sambal kacang.
Tapi satu gambar pon takde sebab aku demam. Hahah!
Malam raya tu aku tido asyik je terjaga-jaga sebab mimpi bukan2. Penyudahnya aku bangun pagi sakit kepala yang amat.
Terus rasa nak demam. Takde selera nak makan. Selalunya raya breakfast je dah dua round.
Belum masuk lunch lagi. At least sehari kene makan 6 round. Ekekeke. Tapi sebab demam aku makan breakfast dengan dinner je. Gila sedih.


Siang tu melepek je lah aku terbaring dalam rumah.
Dengan cool fever melekat kat dahi.
Sampai bengkak2 mata tido. Giler bosan.
Dan kesudahannya sampai ke harini aku still demam.
Kepala pening2. Pastu badan panas. Adoi lemah betol.


Selalunya raya mak aku akan masak rendang daging. Aku memang sangat jarang makan daging kecuali burger daging ramli atau daging cincang.
So tahun ni mak aku masak rendang ayam.
Bila aku makan baru aku sedar yang sebenarnya aku ni bukan penggemar rendang.
Terasa pelik pulak bila makanan yang jadi favourite rakyat Malaysia tapi aku tak suka. Contoh sate. Hahah!

Mungkin dulu mak aku terlebih tengok cerita barat kot.
Ekekeke.

ok bai..


2 comments:

  1. Kite pun tak berapa minat rendang.. Sebab tu tak amik port sgt kalau takde rendang time raya.. & sebab tu jgk kite tak pandai masak rendang.. haha! Sebab tak minat.. Lebih prefer nasik impit ngan kuah kacang jer.. Simple pun simple lah.. Janji tekak layan.. Hehe..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete

What says U?