Pages

Wednesday, February 19, 2014

Kite dah bertunang Part 1


Cewah kemain lagi siap nak ada part 1 part 2 bagai kan.
So, alhamdulillah dah 20 hari menjadi tunangan orang. Kadang2 tu rasa macam tak percaya dah bertunang.
Rasa macam mimpi pon ada. Sebab tak pernah declare as couple, tup2 bertunang kan.
Tapi setakat lepas bertunang ni tak pernah lagi bergaduh yang teruk2 macam masa berkawan dulu.
Aku pon dah agak boleh mengawal perasaan marah. Kadang2 tu Akram yang over emosi.
Saja nak test kesabaran aku tau. Tau lah aku ni makin cool. Kekeke.


Sebenarnya kan, dulu2 masa aku tengok kawan aku nak bertunang siap pelamin bagai, siap hired photographer bagai, pernah lah terdetik kat hati aku yang aku rasa benda tu sangat lah membazir.
So aku pon berazam nak bertunang kecil-kecilan, like sarung cincin dalam bilik je macam zaman dulu2 tu. Kan macam kenkonon sweet kan bersembunyi dalam bilik.
Biar orang luar macam eksited nak tengok bakal pengantin dalam bilik. Kakaka!
Tanak buat pelamin bagai.
Dan pernah jugak aku pertikaikan kenapa kawan aku masa nak dekat bertunang asyik je keluar dengan bf die carik barang sampai tengah malam. Carik barang ape sampai tengah malam kan?


So bila dah terkena kat diri sendiri baru padan muka.
Memang selalu sangat ape yang aku kata pada orang, akan berpatah balik kat diri sendiri.
Sebab tu aku memang dah tak berani nak cakap pape lagi yang buruk pasal orang.
Allah bayar cash je sekarang. :(


So beberapa bulan before bertunang, memang selalu je kalau keluar dengan Akram balik lambat.
Kadang2 balik keje menyinggah beli barang dengan Sally.
Barang2 hantaran aku mak aku hantar kat kedai sebab dia takot aku tak sempat buat.
Hantaran Akram, kakak die tolong buatkan.
Tapi bab hantaran ni memang terlalu banyak benda yang mengundang amukan. Hahah!
Percayalah yang hantaran kitorang bukan 7-9 macam biasa tu tapi dah jadik 9-10 dan 10 adalah dari pihak Akram. Patot belah pompuan yang bagi lebih kan? Sebab ramai sangat yang sedekah hantaran.


Dan plan asalnya kan aku nak sarung cincin dalam bilik je kan?
Tapi sebab malas nak hias bilik so aku decide nak DIY mini pelamin.
Dan ditambah pulak dapat kawan macam Sally yang eksited nak buat benda2 macam ni, so lagi lah senang keje aku.
Hari2 Sally akan wassap aku gambar mini pelamin suruh aku tengok idea mini pelamin tu macam mana.
So Sally yang pikir nak beli ape, letak ape, buat camne, guna ape, eh semualah.
Aku tukang keluar duit. Hahah! Sebab aku memang malas nak pikir benda2 camni.
Aku rimas. :P


So inilah mini pelamin aku.


Tirai belakang aku beli kain Jesie (camne tah eja dia) dalam 5 meter.
Itupon tanya kakak aku. Nak harap aku memang tak reti okey benda2 ni sume.
Yang kipas2 tu hasil tangan Sally, aku dan adik bongsu aku. Depan kipas tu guna Dolly paper kot nama dia.
Bantal purple dengan oren tu aku beli kat Nilai 3, satu RM10.
Pasu kat depan dua bijik kaler putih tu pon aku beli kat Nilai 3. Bape belas ringgit je.
Korang beli kat kedai Thank Q kot nama dia sebab aku survey paling murah kat sana. Kedai lain semua harga macam melampau.
Bunga2 dalam pasu tu bungan tisu, guna crepe paper beli kat Popular.
Sally buat paling banyak sebab dia buat laju. Kakakaka.


Stage dengan bantal bulat tu aku sewa dengan bridal, RM80 total. Sobbsss.
Aku amik mekap dengan bridal yang sama. Kat kampung aku jugak. Mekap Rm120.
So total dengan bridal = RM200.

Lampu2 belakang tu aku rembat lampu bapak aku kat beranda belakang. Hahah!
Dua atas tu guna mentol bulat kaler putih. Bawah tu guna lampu kalimantang yang panjang tu.
Abang ipar aku pasangkan.


Paling banyak aku bertekak dengan Akram sebelum bertunang adalah pasal hantaran.
Memula decide nak bagi 7-9. Stended lah kan.
Kalau ikot aku nak letak semua makanan sebab tunang je pon. Tak payah la beria nak bagi barang kan.
Tapi mak2 kitorang tanak.
Okey fine. Beria ni aku pikir nak cukupkan dulang nak letak barang ape.
Siap bagi Akram buku "Bagaimana menjadi suami mithali lagi" Kakaka!
Sekali rupa-rupanya tanpa pengetahuan aku, mak aku tambah kain pelekat dengan puding.
Kalau aku tau tak payah aku pikir nak letak ape dalam dulang bagi cukop.


Belah Akram pulak, mula-mula mak dia cakap tanak banyak sangat makanan. So aku pon beli lah kain pasang sehelai.
Tetibe Akram call tanya nak coklat ke nak buah sebab dulang tak cukop.
Hangen lah aku kan.
Aku cakap aku tak kira, aku nak buah dan coklat which mean dua dulang.
Lepas tu last minit lagi tetibe Akram cakap makcik dia nak bagi lagi satu dulang, cheese tart.
Lepas tu mak Akram dah order kek asam manis nak letak dalam dulang, tapi aku request kat Akram nak kek biasa.
Last2 belah Akram jadi 10 dulang. Aku call mak aku tanya camne, takpe ke kan.
Mak aku bagi ayat baik punya "Takpe. hantaran sukati lah. Takde tulis dalam Quran pon berdosa lelaki bagi hantaran lebih dari perempuan"
Hahah! Habes cerita.







Hantaran aku kepada Akram. Sirih junjung malas nak haplod.
Hantaran Akram untuk aku takde gambar pulak. Hahah!

Tapi basically hantaran aku untuk Akram:
1. Sirih junjung
2. Baju Nikah + Kain pelekat
3. Jam + Buku
4. Buah
5. Kek
6. Coklat
7. Puding
8. Tuala
9. Kemeja + Seluar Slack


Hantaran Akram untuk aku:
1. Sirih Junjung
2. Tepak sirih
3. Cincin + Ibu duit + Buku Modul Keluarga Sakinah (Macam tau je perangai tak semenggah aku :P)
4. Kek
5. Buah
6. Coklat
7. Kain nikah
8. Kain pasang
9. Kek asam manis
10. Bluberry cheese tart

So memandangkan aku dah ada experience akan banyak campur tangan pihak ketiga dalam hantaran aku, maka aku dah cakap awal2 dengan Akram yang hantaran untuk nikah aku akan buat sendiri 100% dan aku tanak sorang pon masuk campur melainkan Sally.
Sebab Sally kan wedding planner aku. Heheh


Akram balik Johor hari Rabu.
Tapi tak balik rumah terus. Dia singgah JB dulu ajak aku dating. Kakaka!
Takdelah. Kitorang pergi the Zone carik coklat.
Daim sepeket RM10 gila tak murah.
Terus borong 4 bungkus.
Agak murah jugak lah coklat2 dia. Pastu ada coklat Pepero yang tengah pemes sekarang. Cuma ada kat Airport, The Zone dan langkawi kot. Tempat lain tak pasti.


Coklat2 aku untuk Akram aku dah beli siap2 kat kedai borong kat Kota Tinggi.
Cuma aku tambah Kisses je buat nampak macam coklat mahal. Kahkah.

Disebabkan aku beria nak kek yang betul2 kek, maka Akram suruh aku beli sendiri sebab dia takot cair kalau die yang beli.
So kek Akram dan kek aku, dua2 aku beli.
Kek untuk aku, memang kompem2 lah ikot tekak aku kan. Aku amik tiramisu.
Kek untuk Akram aku belikan Vanilla Strawberry.
So dua2 kek aku simpan dulu kat rumah aku.


Aku balik rumah Khamis petang. Aku bertunang Jumaat.
Mak aku dah bebel2 dah. Khamis tu pukul 12 tengah hari aku dah cabut. Lagipon takde keje sangat.
So balik rumah, amik Sally and terus balik Kota Tinggi.
Sampai Kota pergi carik barang2 yang tak cukop lagi.
Carik fresh flower tapi tak banyak choice. Ada satu kedai bunga Cina tu dah tutup. Nak raya cina kan.
Naseb baik ada akak kedai tu suruh pergi kedai India jual bunga. Konon2 nak carik bunga Daisy tapi takde.
So belasah lah bunga yang ada.


Kawen nanti tak kira nak carik Daisy jugak.


Dah siap carik bunga, beli kek pulak. Pastu beli riben dan lain2.
Tetibe kakak aku call.
Mak aku kan buat hantaran kat Kota Tinggi.
Plan asalnya mak aku hantar sirih pagi2 Khamis tu so nanti nak amik sekali barang2 tu.
Sekali kakak aku call, kakak yang buat hantaran tu ade emergency kene pergi Melaka.
So pukul 6 petang baru boleh amik barang.
Aku memang dah berangin dah.
Dah la pagi tu mak aku call cakap dia dah bawak sekali coklat aku nak suruh akak tu gubah sekali sebab takot aku tak sempat buat.
Padehal aku dah cakap banyak kali dah yang coklat je aku nak buat sendiri.


Memang sedih gila lah pagi tu bila mak aku buat ayat "Sukati lah. nanti kalau tak sempat siap padan muka. Kalau akak tu buat hantaran lagi cantik"


Mak aku seboleh-boleh nak cakap akak tu buat hantaran cantik. Sampai 10 kali ulang.
Sape tak sentap kan. Kesian Sally dengan kakak aku terpaksa dengar aku mengadu hari2. Hahah!
Dan sebenarnya aku dah menitik jugak lah kat opis. Mak aku bukan jenis yang suka amik risiko.
Takpe paham. Mak nak yang terbaik untuk anak :')


Tapi mungkin Allah nak tunjuk yang kadang mak bukan selalu betol.
Nak dijadikan cerita, sampai pukul 3 petang akak tu still tak siapkan lagi hantaran aku.
Kedai tutup. So aku terus balik rumah sebab nak prepare pelamin.
Pukul 5 lebih kakak aku keluar amikkan barang hantaran.
Dan nak dijadikan cerita sepatotnya akak tu dah janji nak buatkan sekali bantal untuk letak jam Akram. Tapi bantal takde.
Pastu kene tambah lagi RM20 sebab buat gubahan sirih junjung padehal mula2 dia dah cakap nak gubah free.
Geram gila aku.


Sepatotnya dia kene rasa bersalah siap kene bagi diskaun lagi sebab kitorang dah balik rumah terpaksa keluar balik pergi bandar semata-mata nak amik barang hantaran.
Rumah aku ke bandar adalah dalam 40 minit.
Dah terpaksa keluar duit minyak.
Padehal dah janji boleh amik hantaran pagi. Tak pon aku singgah bandar boleh amik terus.
Memang tak patot lah akak tu.
Hantaran aku pon bukan gubah sangat pon. Setakat gubah letak bunga je. Kain2 and tuala sume lipat biasa je pon.


Dan tanpa pengetahuan aku jugak, mak aku dah tempah hantaran aku untuk nikah kat akak tu jugak.
No way.
Memang aku serik lah kan.
Biar lah aku bersusah payah sendiri. Cantik ke tak ke, hasil usaha aku sendiri. Baru puas hati.
Naseb baik kakak aku ada tolong jahitkan bantal untuk jam tu.
Memang dorang pon pening dengar aku membebel dalam rumah. Hahah! AKu kalau dah start membebel memang susah nak berhenti.
Naseb baik bukan aku yang amik barang tu. Kalau tak aku dapat bayangkan ape akan jadik kat kedai akak tu.


So malam tu Sally tido rumah aku.
Berjaya siap kan pelamin malam tu jugak.


Pasal potographer.
Memula memang decide tanak amik khidmat photographer.
Tapi last minit bila tengok pelamin dah siap semua rasa rugi pulak kalau tak amik gambar cantik2.
Kalau ada kamera mahal memang aku dah suruh sesape snap je.
Ni kamera dah lah takde.
Nak mengharapkan kamera henpon memang sadis gila. Hahah!


So aku try call budak kampung aku.
Aku cakap tolong lah shoot majlis aku dapat bape2 keping gambar pon takpe sebab aku nak abadikan moment tu dalam album. Cewah ayat tak menahan.
Sebab budak tu ada event lepas asar which is majlis nikah orang blok aku jugak.
Tapi salah sendiri lah kan sebab last minit punya plan.
Nak buat camne.


Naseb baik dia okey je. Lagipon aku memang tanak amik outdoor.
Aku nak gambar sekitar majlis je. So okey lah.
Tak tanya harga tak ape terus cakap "Weh esok lepas Zuhur datang rumah aku tau. Tak kisah la bape gambar je. Datang tau. Harga nanti kawtim"

Nampak tak gaye macam duit berkepok.
Naseb baik harga siap album masih didalam bajet. Heheh.


Okey dah penat. Nanti2 sambung.

bye.