Pages

Thursday, February 27, 2014

Medan Ikan Bakar, Muara Sg. Duyong, Melaka.


Kan aku pernah cakap yang Umbai dengan Alai dah tak best kan seafood dia.
Aku tak pernah la pergi the latest. Tapi kawan aku pergi bulan lepas. Review memang hancur.
So kawan aku yang kat Melaka suggest try pekena seafood kat Muara Sg. Duyong.


Aku dengan Akram ni memang pantang sikit dengar tempat makan best2. Lagi2 tempat yang dekat dengan kitorang.
Laju je perot melonjak2 mintak diisi.
Padehal dua2 badan dah macam belon.
Tapi tak sedar diri lagi.


So awal bulan haritu kitorang pon terjah la Muara Sg. Duyong ni sebab time tu pergi wedding kawan Akram kat Muar.
Sekali dengan hantar baju kat Melaka.
Alang2 dah sampai Melaka, takkan tak melencong kan.
Jadi ke sana lah kite.


Aku tak berapa nak ingat kitorang sampai pukul berapa. Tapi macam awal lagi. Dalam pukul 8 malam kot. Kereta pon dapat parking depan jugak.



Sampai2 je ada pelayan sambut.
At first aku ingat orang berebut nak carik customer.
Rupanya tak. Kat sini memang satu je ni medan selera. Satu owner.
Kite sampai, pelayan akan tanya berapa orang then die akan carikan kite meja.
Very the best sebab selama ni kitorang pergi makan seafood semua tempat kene carik meja sendiri.
Takde meja tak boleh pilih seafood, tak boleh makan.
Kalau ramai orang, sila lah buat muka tak malu menempel tepi meja orang yang dah nak habes makan.
So first impression very the bomb.


Kitorang dapat meja belakang sikit. Betul2 sebelah muara sungai. So masa makan tu nampak la bot2 nelayan baru balik memukat.



Dah dapat meja, dapat nombor meja barulah boleh pilih seafood. Akram yang pilih seafood sorang. Aku tunggu kat meja. Tu nampak tak orang beratur pilih seafood. Ramai betul. Tapi pantas.



Dua meja full orang dah booking.



Makan kat Melaka ni biasa memang dorang serve dengan Nasi Lemak. Tapi nak makan dengan nasi putih pon boleh je.



So menu kami haritu Ikan Jenahak, Kupang, sotong & sayur.
No ketam sebab haritu baru makan ketam.


Tapi part paling best bila Akram cakap dia pilih sekor ikan.
Then pelayan tu suggest separuh masak sweet sour, separuh lagi bakar sambal.
Tak pernah okey seumur hidup aku makan seafood kat tempat lain, dorang suggest untuk potong dua ikan tu.
Selalunya bila pilih sekor ikan, dapat satu menu je.
Memang terbaik lah sini.


Tambah pulak lauk2 sampai cepat.
Memang sangat bagus untuk manusia yang kurang penyabar macam aku ni.


Separuh ikan yang dimasak sweet sour. Sedap!



Separuh lagi bakar berlada. Serius sedap! Sebab ikan tak kering sangat. Juicy. Masa aku makan kat Umbai tak pakai daun pisang langsung, so ko hadap la ikan rentung. Masa kat Alai, daun pisang dia dah terbakar2. Tapi yang ni perfect!



My all time feveret, kupang sambal. Sedap jugak. Nora bagi 5 bintanggggggggg *sambil teleng kepala*



Okey yang ni lagi satu menu yang sangat sangat sangat sedap sampai sekarang aku terliur lagi. Sotong goreng tepung dia sangat crunchy. Pastu dia potong nipis2 pulak. Pehhhhhhhhh rugi kalau korang datang sini tak try. Kalau ada rezeki aku makan kat sana lagi memang aku nak order tiga ekor terus. Makan ni je pon takpe. Very the sedap I tell u.



Sayur campur buat ada2. Okey la.



Si emon yang selalu setuju bila ajak makan. Ni next week dia dah plan nak makan seafood lagi. Acaner la tu nak kurusnya.



Abaikan muka serabut tu. Fokus pada makanan je. Macam biasa makan tanpa rasa bersalah. Makan macam untuk 4 orang =__=



Dan macam biasa. Setel! Tapi sebenarnya perut aku dah penuh gila before lauk habes. Pastu aku surrender Akram setelkan. Bagus. Tak membazir.


Masa tengah makan, meja sebelah aku ada satu kapel ni.
Time tu bini tengah makan. Lelaki dukung anak bawak jalan2 sekitar meja.
Pastu aku cakap dengan Akram "Agaknya kalau kite dah ada anak macam tu jugak kot. Sorang makan sorang jaga anak"

Akram cakap "Dah ada anak takyah la mimpi nak makan camni lagi"

Ekekeke.

Eleh kite tengok nanti sape yang tak tahan.
Aku okey je sebab aku selalu on diet. :P


Pastu masa tengah makan, aku macam pelik jugak kenapa macam smooth je.
Means takde orang berlegar2 carik meja semua macam tempat lain.
Rupanya Akram cakap kedai ni sangat menjaga kualiti.
Dia nak kita makan bertenang-tenang.
So bila ada orang datang, pelayan kat depan akan check meja available ke tak.
Kalau ada kosong baru boleh masuk. Kalau takde kosong sila beratur dulu kat luar.
Kira macam adil la sape datang lambat duduk lambat.
Kalau kat tempat lain, lambat ke cepat ke sape berebut meja dulu dia makan dulu. Gitu.



Ni masa kitorang baru lepas bayar. Penuh!


Total makan sini dalam Rm70++ tak ingat berapa.
Tapi rasa berbaloi la.
Servis tip top. Pelayan ramai.
Memang aku bagi 10/10


Masa kitorang nak balik ramai gila yang baru sampai. Time tu pukul 9 lebih.
Yang beratur pon sangat ramai.
Tengok2 parking pon dah sampai depan2 orang parking.


Ni aku amik kat facebook dorang.


Kalau nak reserve boleh call nombor ni 012-6362339 (En. Azmi)
KM4-5, Jalan Padang Temu, Permatang Pasir, 75460 Melaka.

Highly recommended.


Harap2 Medan Ikan Bakar ni dapat kekalkan kualiti sampai bila-bila.
InshaAllah ada rezeki nak pergi lagi.
Jauh pon jauh la makan punya pasal.


okbai.