Pages

Wednesday, March 19, 2014

Bulan perkahwinan.


Bulan ni every week memang full dengan wedding invitation kawan2.
Sampai aku yang tak pernah2 kisah nak pakai baju ape boleh gelabah sebab dah takde baju nak pakai.
Kalau hari2 pergi keje pakai baju kurung takpe.
Ni keje pakai kemeja dengan tshirt.
Baju kurung cuma time raya je.
Itupon dah banyak yang aku pass kat adik aku sebab die duduk asrama. Dia tengok baju aku macam terperam je dalam almari kat kampung dia pon angkut lah.


Aku pulak selama ni wedding takde lah berderet sangat.
So boleh la pusing2 pakai baju sama je.
Belasah.
Sekali bulan ni ada 10 invitation. Mau nya kau tak meroyan carik baju. Kekeke.


Lihatlah wedding yang berderet itu. Tapi mintak maap awal2 sebab tak semua kenduri aku attend. Mana yang sempat tu aku datang la. Tapi aku tetap ingat tau. Heheh.



Jadi langkah selamat kite pergi Jakel dan borong kain pasang untuk buat baju. Takde lah borong sangat pon. Beli dua jenis kain je. Sebab taylor nya pon kakak sendiri. Busy sangat banyak tempahan. So kite tempah dua je dulu. Kang kendian2 aku hantar lagi. Tapi walaupon dua jenis baju je takpe. Sebab boleh matching dengan skirt yang berlainan. So takde lah sama je. Bijak ke tidokk. :P



7/3/2014-Jumaat. Haritu aku busy gila.
Kenkonon nak balik awal sebab Akram naik flight dari KL sampai Senai dalam pukul 4.
Tapi pukul 4 kerja tak settle lagi. Dah la lambat sebab salah orang. Gila bengang.
Pukul 5 petang aku cakap tak kira aku nak bla jugak sebab nak pergi airport.
Akram dah buat2 merajuk. Kekeke.
Sudahnya aku rushing pergi Airport, duduk lane kanan je, hambik tetibe perasan polis tengah syok pegang kemera bawah jambatan.
Hahahha! Tak tau nak gelak ke nak nanges. Tunggu je lah surat saman sampai rumah nanti. First time okey kene saman speed trap. Konghasam.


Disebabkan sabtu tu ada 3 invitation wedding, satu kawan aku, dua kawan Akram,ditambah pulak semua jauh2 satu segamat, satu batu pahat, satu Adela, so kitorang decide jumaat malam tu nak pergi kat Segamat & Batu Pahat dulu.
Tu yang aku rushing tu.
Majlis kat Segamat kawan aku satu sekolah. Naseb baik malam tu ada majlis khatam Quran, so boleh la datang makan2. Kalau takde pape segan jugak. Hihihi.


Aku tukar baju kat R&R Machap.
Setel2 semua terus ke Segamat.
Bapak jauh okey JB-Segamat. Hahah! Siap sesat lagi nak carik rumah. Fara la ni lukis peta tak betul. :P


Gigih tak membalut hadiah dalam kereta yang sedang berjalan? Eh kereta berjalan? Kekeke. Ok abaikan. Aku share dengan Sally beli hadiah. Sekali Sally lupa nak beli sampul. Aku cakap takpe nanti aku beli balut sekali kat opis. Siap aku dah beli sampul hadiah, dengan kertas cantik lagi untuk print kad nak letas atas hadiah tu. Tup2 busy punya pasal lupa gila. Kat Kulai before masuk highway suruh Akram benti jap kat mana2 kedai beli gunting, salotip dengan kad apa2 je.



So inilah kawan satu sekolah satu batch satu dorm masa form 1 satu kelas pernah tak fara? lupa lah. kekeke.


Fara ni dulu masa sekolah atlit. Kurus nak mampoih. Sampai sekarang aku tak percaya fara boleh gemok.
Walaupon die cakap hari2 dia mengajar panjat tangga naik kelas yang tingkat tiga.
Nampaknya kebahagiaan fara melebihi segala-galanya.
Lalu fara pon makan dan makan dan makan tanpa mengira sesiapa. Kekeke.


Kitorang sampai dalam pukul 9 malam. Fara tak habes khatam quran lagi. So aku pon duduk je tunggu.
Mak die bape kali suruh makan dulu. Tapi segan aaaa. Orang dok bertilawah ko nak melantak kan.
Walaupon sebenarnya memang lapar. Kekeke. Tapi imej kene jaga.


First time aku beli jubah & first time jugak aku pakai jubah. Dulu2 macam teringin tapi sebab aku pendek, so aku rasa pakai jubah nampak lagi pendek. Jubah ni aku beli kat Nilai sebab berkenan dengan batu2 dia tu. Harga pon okey so rembat la sehelai. Bila try pakai macam best pulak. Takde lah nampak pelik sangat kan?




Selamat Pengantin Baru Fara & Hazwan.
Semoga bahagia sampai syurga. Dan pesanan khidmat masyarakat macam biasa, cepat2 dapat baby. kekeke.



Sebelum balik sign guest book buat kenang kenangan. Suke aku idea amik gambar terus letak dalam guest book ni. Bila esok2 nak tengok balik macam best kan. 


Masa kitorang nak balik tu dah pukul 10.30 malam kot.
Plan asal nak singgah rumah kawan Akram kat Batu Pahat. Tapi malam tu dia takde buat pape sebab belah lelaki kan.
Fikir2 balik macam dah lewat sangat.
So Akram cakap takpelah nanti die jumpa kat KL je.
So kitorang terus balik.


Esoknya ke Felda Tunggal pulak.
Sesambil mengimbau kenangan lalu sekolah lama.
Selalu lalu dengan family masa hantar adik aku. Haritu lalu dengan tunang.
So feeling lain maciaammm sikek. Ekeke.



On the way nak ke wedding. Time ni sebenarnya Akram tengah drive. Suka hati dia je nak pandang kamera jugak. Jalan highway desaru tu kalau elok takpe lah jugak. Kemain lagi si montel ni. Perot dah la tak boleh diselamatkan lagi.


Sampai! Ni kawan Akram satu batch masa sekolah. Senior aku jugak. Nak datang sini pon sesat jugak sebab time ni kan MH370 baru hilang. So fokus pon kelaut. Naseb baik tak jauh sangat dari simpang tu. Kalau tak entah pukul berapa baru sampai.


Kenduri kawen kat Johor kalau takde karaoke tak sah.


Lepas makan tengok2 pengantin tak habes makan lagi. So kitorang lepak dalam rumah dulu.


Ape ni Fida Photographer ko amik gambar kitorang gegar. Hahah! Aku pernah jumpa Fida sekali je masa tengok bola dulu2. Tapi masa tu tak berapa kenal lagi so takde lah cakap sangat. Sekang asal nak tanya pasal kawen je wassap die. Kekeke. Oh die jual shaklee jugak. So kalau area KL nak COD tu boleh contact dia. Nah blog dia. KLIK


Anak kawan Akram, Arep. Kecik2 dah pandai selfie eh Marissa. Ni ikot perangai Mummy ke ayah ni? Kekeke.



Hantaran Sajad. Sangat2 cantik! Sebab aku memang sangat cintakan bunga ye. Akram je tak pernah nak bagi bunga. Dah bagi hint pon tak jalan. Kekeke. Tapi haritu aku baca Sajad up status Clutch hitam tu hilang kat kedai. Takpe sajad ko pow je Fida clutch baru. Bonus dia masyuk tu. :P


Fida ngelat dalam rumah dah pakai heels. Tinggalkan aku sorang2 pendek. Cisss. Dress inspired by Bella twilight katenye. 

Selamat pengantin baru Fida & Sajad yang selalu perasan Shah Jaszle.
Good Luck! Heheh.


15/03/14-Sabtu lepas, pergi wedding kat Shah Alam pulak.
Kawan aku masa kat Universiti dulu.


Afie masa nikah. Aku tak datang. Kawan2 wassap gambar.


Majlis buat kat Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong Shah Alam. Aku datang dengan Akram. Sampai2 dalam pukul 1 kot camtu. Ni tempat katering siap2 makanan. Kambing golek time tu tengah panggang 2 ekor kau. Mana tak bersinar mata si Akram yang tak dapat dipisahkan dengan kambing tu.


Patotnya Akram kene kerja normal haritu tapi die amik cuti sebab nak teman aku.
Aku cakap "Takpe ke asyik cuti je?"
Walaupon sebenarnya kalau die tak cuti aku sentap. Kekeke.


Akram cakap "Takpe. Untuk baby mon ayg ni ayang sanggup buat ape je"
Kahkahkah. Tolong okey korang jangan pitam baca.
Yelah zaman bercinta kan semua manis je.
Kite tengok lagi seploh tahun k.
Kalau agak2 dah tawar je memang aku bukak blog ni baca kuat2 depan muka dia. Baca depan anak2 lagi. :P


Orang dah penuh. Kitorang parking kereta pon belakang masjid. Sebab parking depan semua dah penuh.


The foods. Ada kuih muih, ABC, kambing bakar. Tak sempat nak snap.


Kiri aku punya. Kanan Akram punya. Nampak selonggok nasik aku kan. Padehal sikit okey. Bila letak lauk jadi macam banyak gila *gigih jugak nak explain*


Dari kiri Faris, Fikriyah, Apip, Hazwan, Didie, Ein & Mamak.


Semua satu course masa kat Universiti.
Kecuali Fikriyah. Dia jiran course kitorang. Still satu department. Kahwen dengan Faris. Bercinta dalam kelas. Kekeke.
Konvo sama2. Sweet sangat!


Al-amin (coursemate) & Nazihah (makwe kenal satu Universiti tapi course lain). Amin ni keje dengan Syabas. So ape2 maklumat pasal air selalunya kitorang dapat dulu. Kalau takde air pon Amin jugak yang kene maki. kekeke.


Sarah, Ainul, Wana yang gojes, Erin. Ainul si baju hijau tu junior satu course.



Sebab tak sempat buat kad kawen so kite main tampal2 kertas dalam frame gambar. Good idea!



Sarah & Hafiz. Terpaksa bagi laluan untuk orang lain makan atas meja. Beg Sarah dari JPO ehem ehem datang JPO balik hari korangzzzz. Gigih sangat. Kekeke. Aku jugak yang datang tiga kali tak beli pape. Oh aritu rembat La Senza sehelai. Eh? :P


Ni dah tak payah diperkenalkan la kot. Si montel dan si comel. Kekekeke.


Hadiah dari kitorang. Adik afie siap letak notes lagi. kekeke. TV uollssss dalam tu. Nanti aku kawen nak mintak peti ais. Pepandai korang la nak angkut. Ekekeke.


Didie yang suke sabo gambar orang.




Finally group photo. :)


Untuk Afie, semoga menjadi isteri solehah buat Es.
Semoga bahagia sampai syurga.
Semoga dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah.
Doakan aku jugak. Hihihi.


so....
Guess who' next?


okbai.