Pages

Wednesday, September 16, 2015

Resepi : Risoles ayam bersama kentang dan cheese


Sebenarnya kan selama ni aku tak pernah tau kewujudan makanan bernama risoles ni.
Hingga lah suatu hari tetibe viral kat fb pasal resepi makanan ni.
Dan sebagai salah seorang tipikal pengguna facebook, haruslah aku share resepi ni di timeline aku sendiri.
Buat tak buat belakang kira. Yang penting kita share dulu. Mbahahahaha.
So bila aku dok gugel2 resepi risoles ni, rupa-rupanya 10 tahun lepas lagi dah wujud. Hahahaha!
Kesian aku. Selalu sangat ketinggalan zaman.

So ahad lepas disebabkan aku terlebih rajin, maka aku cakap dengan Akram nak try la buat risoles ni.
Dan sebagai suami yang baik (ekekeke) aku memang dah tau dah jawapan dia "okey je. ayg makan je apa bby masak"
Baguskan laki aku. Eh rasanya semua laki sama je kot. Berani dia nak banyak cengkadak bila bini dah masak kan :P

Okey sebelum aku banyak merepek di dalam entry resepi marilah kita terus ke bahagian intipati. Gittew.

Senang je nak buat makanan ni tau. Tapi renyah. Kau tau tak renyah tu apa? Kira macam leceh la. Banyak step. Tapi sebagai seorang isteri yang mementingkan perut suami (wakakaka) jadi marilah merajinkan diri.

Risoles ni ada banyak jenis tau. Kau google je bermacam resepi keluar. Basically part inti tu ikot sukati korang nak pakai apa. Tapi this time aku pakai ayam, kentang, carrot & telur.

So korang perlukan:
1. Inti yang dah dimasak.
2. Kulir risoles.
3. 2 biji telur.
4. Serbuk roti.
5. Mozarella cheese.

Jom buat inti dia dulu.

Bahan-bahan:

1. 100g daging cincang (dua orang makan je, kalau nak boh lebih apa salahnya. aku guna ayam)
2. 2 biji kentang size besar (potong dadu)
3. sebiji bawang besar (didadu)
4. 3 ulas bawang putih (cincang)
5. setengah cawan air biasa
6. 1 sudu tepung jagung (bancuh sikit dengan air)
7. Bahan perasa (aku guna kuib ikan bilis, garam, lada sulah & lada hitam)



Cara-cara:

1. Tumis bawang putih sampai naik bau.
2. Masukkan daging cincang sampai agak2 masak.
3. Masukkan kentang dan bawang besar. Masukkan air untuk bagi kentang cepat empuk.
4. Agak2 kentang dah empuk, masukkan bancuhan tepung jagung untuk bagi pekat dan likat.
5. Masukkan bahan perasa.
6. Tuang dalam bekas berlubang untuk bagi minyak dia keluar. Aku guna penapis je asal boleh. Heheh.




Bila dah siap inti, boleh lah sediakan kulit risoles pulak.

Bahan-bahan :

1. 2 cawan tepung gandum
2. 2 cawan santan / 2 cawan susu segar pon boleh
3. 1 1/2 cawan air biasa
4. Garam secukup rasa
5. Telur sebiji


Cara-cara:

1. Senang sangat. Tuang semua dalam blender. Blend kasi halus dan tuang dalam bekas.

2. Aku guna non-stick pan. Tapi kalau takde boleh je guna kuali biasa. Asalkan tak melekat. Kalau guna non-stick pan tak payah letak minyak pon takpe.

3. Amik bancuhan tadi sikit2 tuang dalam kuali. Macam nak buat kuih ketayap tu. Kalau tak kenal kuih ketayap bayangkan macam nak buat telur dadar. Macam tu lah. Kalau tak boleh bayangkan jugak nanti boleh refer gambar bawah. Guna api kecik je tau sebab kulit ni cepat je masak. Kang hangus pulak.

4. Tak payah balik2 kan pon macam telur dadar. Masak satu side je okey.

5. So buat lah kulit risoles tu sampai habes. Untuk bancuhan ni aku dapat dalam 15 ke 20 camtu.

Kulit risoles bersedia untuk di gulung.

Bila dah siap inti dan kulit, boleh la start menggulung.


Senang je kan?
Untuk aktiviti menggulung ni aku guna dua biji telur.
Amik sekeping kulit risoles. Letakkan inti kentang tadi. Letakkan chesse ikot suka la nak banyak mana. Tapi barang mahal kan. Kita boh sikit2 pon takpe. Ehehehe.
Pastu gulung2 kan dia. Dah gulung, celup dalam telur. Pastu golek2 dalam serbuk roti. Dah siap boleh la goreng. Aku guna serbuk roti segera je. Yang kaler putih. Kalau nak guna kaler oren tu boleh jugak.
Nak goreng manja2 minyak sikit boleh. Nak deep fry pon boleh. Ikot suka la.


Kalau tak habes boleh simpan dalam peti sejuk. Nak makan tinggal goreng je.
Benda payah weh. Baik kau buat banyak2 sekali pastu simpan dalam peti ais. Tak payah la setiap kali nak makan kau nak menggulung kan. Tapi kalau kau sejenis yang rajin apa salahnya.
Aku malas. Wahahahaha


Bersedia untuk dingap!!


Tips :

Kulit risoles tu buat kecik2 je and nipis2 je. So bila gulung takde lah dia jadi tebal sangat. Makan pon sedap.


Basically aku rasa risoles ni macam kuih ketayap yang dimodenkan. Yelah kuih ketayap kan yang kaler hijau inti kelapa kan.
So dimodenkan menjadi risoles dengan inti ala2 karipap gitu.

Memang sedap weh. Lagi2 makan panas2. Mengancam.


Wahahahaha. Okbai!




5 comments:

  1. nak try juge petang ni...tk pernah cuba lgi

    ReplyDelete
  2. Tq. Saya 2017 baru tau .uhuukk.trtiggl keta api tol.
    #jrmkb
    #karismawcy
    #bajutulisanjawi

    ReplyDelete
  3. Saya dah try inti suhun letak lada hitam sikit.. Serius mmg sedap.

    ReplyDelete
  4. feveret ni....boleh cuba...blog saya https://cararesepi.blogspot.com/

    ReplyDelete

What says U?