Pages

Thursday, January 18, 2018

Kau tanak ikot laki ko ke duduk Qatar?


Assalamualaikum.

Ramai sebenarnya yang mintak aku rajin update blog.
Tapi seriously memang takda masa. Hehe.
Jadi korang boleh follow fb atau ig aku je ye. Tapi aku lebih banyak upload di Ig. Entah kenapa. Sebab Ig lagi best kot. Hehe.
Tapi bagi aku blog still releven lagi sekarang sebab apa2 benda pon aku still akan google dan akan keluar lah blog2 orang.
Jarang pulak nak carik info aku search kat fb walaupoon fb tu memang macam2 ada. Nak apa? Resepi? Tips rumah tanga? Tips dari doktor? Tips jaga anak? Eh semua lah ada.
Tapi macam payah la kan nak search kat fb. Lagi2 kalau ko nak search pasal travelling. Walaupon memang ramai update travel budget via facebook.

Kalau followers fb and ig memang tau lah kan yang sekarang aku ni tinggal berdua je dengan anak2 kat rumah. Husband aku keje kat Qatar sekarang.
15 January lepas genap la setahun dia kat sana.
Tapi 2 minggu sekali dia balik Malaysia. And luckily rumah kami dengan Klia 15min je. So takde lah susah sangat dia nak ulang alik kan.
Orang cakap dah macam travel KL-JB je dah laki aku ni.
Well tu je lah kelebihan kerja dengan Airlines.
Dapat beli tiket murah harga staff.
Kalau kerja biasa mungkin balik 6 bulan sekali kot.
Haaaa time tu mungkin aku akan consider untuk ikot dia duduk sana. Hahaha.

So sepanjang setahun ni memang famous soalan yang aku selalu dapat "Kau tanak ikot laki ko ke duduk Qatar?"

Macam yang aku cakap kat atas la. Laki aku balik 2minggu sekali.
So tak terasa sangat pon jauh.



Kalau korang nak tau awal2 masa dia nak apply kerja oversea memang plannya aku akan ikot dia.
Samada berhenti kerja atau amik unpaid leave 4 tahun ke kan. Duduk sana.
Kalau tak ikot duduk sana pon aku bercita2 nak berhenti keje and balik Johor.
Husband aku cakap ok. Gilir2 lah duduk Kota Tinggi kejap pastu duduk Pontian kejap.
That is the plan.

But well semakin masa berjalan, apa yang kita plan tu tak semestinya kita berjaya capai.
Bagi aku, Allah tu sebetul2 perancang.
So aku just ikut je the flow.

Lagipon aku tengok Qatar tu takde apa pon. Padang pasir je banyak. Lainlah Dubai. Hahaha!
Laki aku pon kalau cuti suka tido je.
Aku tau lah sebab masa dia keje Mas dulu asal ada masa rehat je dia membuta.
So biar je la dia duduk sana. At least dia tak payah pikir nak bawak bini dia ni berjalan mana.
Pastu aku pon tak stress nak tanya dia hari2 nak makan apa. Kahkahkah.

Aku dengan laki aku seawal umur 13 tahun dah duduk asrama.
Berdikari sendiri.
Duduk jauh dari family.
Habes spm aku belajar matrik Kedah pastu continue masuk UM tengah2 kl.
Boleh kira dengan jari berapa kali je aku balik Johor. Sampai lah sekarang ni dah 10 tahun aku duduk hutan konkrit ni. So aku memang dah biasa berdikari sorang2. Laki aku pon sama kot.
Kami bukan jenis anak manja. Heheh.

Buat masa sekarang aku selesa berkerja.
Anak2 aku, aku hantar rumah pengasuh yang InshaAllah elok budi pekertinya dan sayang anak2 aku macam anak sendiri. Sampaikan anak sulung tu selalu tanak balik rumah. Haha!
Dia jaga anak aku dua orang je. Pastu ada lah anak buah dia 2 orang tapi dah sekolah. Rumah dia pon selang sebuah je dengan rumah pengasuh aku.

Kadang2 aku terfikir ada ke orang anggap aku ni pentingkan duit je daripada ikot laki aku pergi Qatar jaga anak2? Hahahah!
Setakat ni aku tak pernah lagi dengar orang cakap2 belakang atau sampaikan kat aku macam tu.
Kalau ada pon lantak dia la situ.
Prinsip aku senang je. Selagi aku tak mintak duit dari orang tu selagi tu orang tu takde hak nak cakap pasal hidup aku.

Aku sebenarnya tak pernah amik tau berapa gaji husband aku kat sana. Haha! Masa nak sign up insurans dulu pon bila agent tanya anggaran kasar gaji laki aku, aku cakap tak tau. Tunggu kejap tanya dia sendiri.
Tapi aku rasa kalau aku tak keje InshaAllah laki aku boleh bayar semua.
Cuma kalau aku keje, kitorang boleh menyimpan lebih.
Gaji aku sekarang ni dua kali ganda dari gaji masa aku mula2 start kerja as Engineer dulu. Bos ok, officemate ok, environment ok. Apa lagi aku harapkan? Cuma jauh sikit je la.

Aku hidup dalam zaman serba kekurangan masa aku kecik2 dulu.
Jadi masa mula2 kawen aku selalu cakap dengan laki aku yang aku tanak anak2 aku rasa apa yang aku rasa dulu. Mak aku kerja kuat sampai kadang2 aku tak jumpa mak aku kat rumah.
Makan pakai apa adanya. Sampai aku jadi tak rapat dengan emak sendiri.

Jadi sekarang, walaupon aku kerja, aku nak kumpul duit supaya aku dapat bawak anak2 bercuti untuk eratkan hubungan kami. Wahhh ayat kau Wana standard karangan bahasa melayu Spm sungguh. Hahahahah.
Aku nak sediakan semua untuk anak2 aku. Aku tanak dorang rasa serba kekurangan.
But of coz la aku takkan manjakan dorang sangat. Sebab aku garang :P
Cuma aku nak bila dorang dapat achieve sesuatu benda dalam hidup, aku mampu bagi ganjaran pada dorang. Itu impian aku.

Laki aku pon tak pernah complain aku kerja. Dia lagi suka kot. Sebab kalau aku duduk rumah mesti dia stress sebab aku asyik whatsapp dia bila anak2 buat perangai. Hahahaha.
Dan dia tak kisah aku beli barang2 yang aku nak sebab duit aku sendiri.
Aku dah la jenis tak pandai nak mintak2 duit laki.
Even kalau kitorang keluar pergi Giant beli barang dapur pon sampai sekarang aku tak pandai nak amik macam2. Walaupon laki aku mampu bayar sekarang, tapi entah la. Aku ni kadang2 masih teringat2 keadaan masa kitorang susah dulu. Tu yang nak amik susu kotak pon kadang berkira2. Hahahah. Aku selalu pikir cukup ke duit laki aku nak beli macam2 ni. Nanti nak bayar tu nak bayar ni. Nak simpan lagi. Baik kan aku. Isteri solehah idaman dambaan suami. Kahkahkah.
Ni kalau laki buat perangai tak tau lah nak cakap apa lagi laki nak. Kikiki.

Tapi aku percaya laki aku. Bagi aku senang. Aku takkan check barang2 peribadi dia.
Masa mula2 kawen dulu selalu jugak buat spotcheck.
Sekarang ni password henpon dia pon aku selalu lupa. Mesti dia bengang je everytime nak unlock mesti aku tanya dia balik.
Username dengan password akaun maybank dia pon aku dah lupa. Haha. Serious weh.
Bukan tipu tapi memang aku ada banyak lagi benda nak kene pikir.
So benda2 sampingan camtu macam masuk dalam otak aku sekali lalu je pastu pooff! Hilang. Kahhhh

Aku percayakan dia. Kalau dia buat perangai itu dosa dia dengan aku sebagai isteri dan anak2. Dan dosa dia dengan Allah. Yang penting kene selalu doa supaya Allah sentiasa jaga hubungan kami sekeluarga.
Selagi aku tak tau apa2 aku ok. Aku ni senang. Jangan tipu aku. Aku ok.
Aku jenis malas nak stress2. Haha.
Aku ada simpanan sendiri. Simpanan anak2 pon aku buatkan.
Entah la. Aku banyak belajar dari pengalaman aku masa kecik2 dulu. Aku kalau boleh tanak anak2 jadi macam aku. Aku nak dorang happy. Dan aku sentiasa berusaha untuk jadi mak yang disayangi dan diperlukan oleh anak2. Chewah. Hahahah.

So plan sekarang ni biar lah laki aku cari duit kat sana dulu.
10 tahun ke 20 tahun ke tak tau lah.
Nak setel hutang2 kat Malaysia ni. Pastu nak buat rumah sendiri.

Wishlist aku sebelum umur 35 tahun :
1. Simpanan 6 bulan gaji
- Yang ni aku simpan dalam Tabung Haji.

2. Simpanan tetap setiap bulan.
- Yang ni memang tiap2 bulan dah autodebit Rm300 siap2 masuk asb.

Bab rumah tu biar lah laki aku yang pikir. Aku malas. Tapi rumah kene letak nama aku.
Wakakaka.

Apa pon yang kau buat; samada kau jadi surirumah atau berkerja bagi aku dua2 dapat pahala.
Bergantung pada niat kau. Kau jadi suri rumah jaga anak2 besar pahala.
Kau berkerja dengan niat nak bantu suami pon besar pahala. So rilek2 je.
Buat benda yang kau happy dan tak stress. Stress banyak2 pon cepat tua buat apa kan. Hahahha. Aku tanak. Aku nak jadi mak anak ramai yang nampak muda, kurus dan gojes. Kahkahkah.

Doakan aku rajen menulis la. Hahahah.
Best sebenarnya menulis ni. Aku suka.
Cuma kalau sempat je.

Oklah. Babai.



























No comments:

Post a Comment

What says U?