Pages
▼
Friday, December 21, 2018
Resepi Tauhu Simple : Tauhu goreng telur dengan sos tiram berkacang buncis
Apa ke panjang nau nama resepi ni kan.
Anak pertama aku, Ameera Naqeesya suka sangat makan tauhu ni.
So ada satu malam tu husband nak makan asam pedas ikan pari.
So untuk anak2 ni takde idea nak masakkan apa. Sebab dorang dah dinner kat rumah pengasuh siap2. Biasanya balik rumah akan makan ringan2 aje macam makan roti atau buah.
So malam tu aku masakkan lauk ni untuk dorang. Boleh ratah macam tu jugak kalau tanak makan nasi.
Bahan-bahan:
1. Tauhu dua keping.
2. Telur
3. Kacang buncis 3 batang. Hiris nipis.
4. Bawang putih dua ulas, bawang kecik seulas.
5. Minyak masak
6. Sos tiram satu sudu makan
7. Air masak sedikit.
8. Kicap manis satu sudu makan.
Cara-cara:
1. Tauhu tu potongkan nipis2 lepas tu celup dengan telur dan goreng. Asingkan.
2. Bebawangs boleh racik halus. Tumis kan dengan minyak sampai naik bau.
3. Masukkan air dengan sos tiram. Ikot nak banyak mana air.
4. Masukkan kacang buncis. Biarkan 5 minit.
5. Masukkan kicap. Didihkan satu minit.
6. Matikan api. Tuang atas tauhu tadi.
Siap!
Aku tak masukkan bahan perasa sebab dah just nice je rasa dia.
Semoga bermanfaat :)
No comments:
Post a Comment
What says U?