Pages

Sunday, January 6, 2019

Cerita pengasuh ANs


Aku dengan husband start cari pengasuh masa aku pregnant anak nombor 1, Ameera Naqeesya. Masa tu aku ada carik2 pengasuh kat group kat fb. Kebetulan sepupu biras aku ni duduk dekat2 dengan rumah aku. Mula2 tu tanya jugak dekat sepupu biras tu dia tanak ke mengasuh budak sebab dia pon housewife. Tapi dia cakap dia kene amik anak sekolah. So macam susah la nak jaga budak kecik. Tapi dia cakap jiran satu taman dia tu ada yang housewife jugak tak buat apa so nanti dia tanyakan.

So dah rezeki lah akak tu boleh tolong jagakan anak aku. Sebab anak dia sorang je. Dah besar pulak tu dah masuk kolej. Dia cakap boleh la try jaga. Masa tu dia jaga anak buah dia jugak dua orang. Tapi dua2 dah sekolah rendah.

Tup2 anak aku serasi sangat dengan dia.

Aku bayar RM400 masa tu sebab aku kerja KL. Rumah aku kat Sepang. So balik keje pukul 6pm sampai Sepang dah dekat pukul 8pm. Husband aku pulak keje shift. Kalau dia keje shift siang, dia boleh amik anak2 awal. Kalau dia keje shift malam memang pukul 8pm baru aku sampai rumah pengasuh amik anak2. So masa tahun 2016 rate pengasuh dalam Rm350 dekat Salak Tinggi tu. Jadi kami decide nak bayar Rm400 lump sum kalau teramik lambat. Makanan anak2 semua aku prepare dari rumah.

Sampai lah anak sulung aku umur 2 tahun setengah sekarang. Dan ada adik umur setahun dua bulan. Kitorang hantar dua beradik ni dekat pengasuh yang sama sebab anak aku pon memang dah serasi sangat dengan pengasuh ni. Kadang2 tu sampai tanak balik rumah. Kitorang bayar Rm750 untuk dua beradik ni.

Tapi tulah kite ni manusia yang mampu merancang je. Tapi perancangan Allah tu lagi Maha Hebat.

Bulan November 2018 baru2 ni dia mintak aku cuti 2 minggu nak bawak mak dia pergi umrah. So aku plan nak amik unpaid leaves. Tapi bos bermurah hati nak bagi aku buat keje dari rumah. Hahahaha. So aku amik 3 minggu terus.

Ditakdirkan lepas balik umrah tu mak pengasuh aku meninggal. Actually sebelum pergi umrah dah tak sedap badan. Tapi pergi jugak umrah. Balik tu terus demam. Doktor cakap bukan virus dari Mekah. So pengasuh aku extend cuti seminggu. Naseb baik aku memang amik cuti 3 minggu.

Then, lepas siap urusan arwah tu pengasuh aku nak cuti lagi sebab nak uruskan pembahagian tanah ke tukar nama tanah camtulah. Masa tu aku dah serba salah lah. Takkan aku nak cuti lagi. Tak sedap lah kan dengan company. Lagipon korang tau je lah buat keje kat rumah dengan dua anak kecik banyak  mana je lah boleh siap. Hahah.



Even husband pengasuh pon tak dapat cuti lagi sebab memang dah banyak cuti.

Actually before this pon aku pernah stress sampai sakit2 sebab aku tengah busy dan pengasuh asyik nak cuti. Stress sampai mak aku dari Johor datang sebab nak jagakan anak2 aku T___T Aku jenis tak tolak duit pengasuh tau even dia cuti pon. Aku memang bayar full. Except yang dia pergi  umrah ni aku terpaksa tolak lah sebab lama sangat.

Kemuncaknya bila dia cakap dengan aku dia nak balik kampung dengan adik dia. Kalau dia balik dengan suami boleh lah dia bawak anak2 aku. Masa tu aku dengan husband agak stress jugak lah sebab kampung dia kat Pahang sana. Memang aku takkan bagi lah kalau nak bawak anak2 aku jauh camtu kan. So masa tu dia minta tolong anak dia jagakan anak2 aku. Anak dia keje cikgu tadika jugak.

Then, pengasuh aku ni memang beberapa bulan sekali dia ada check up dekat KK and hospital. So aku akan minta masuk opis lewat tunggu dia balik check up. Nak dijadikan cerita, sebelum dari dia balik kampung tu, dia check up dekat KK. Pastu selang seharinya dia check up hospital. Masa tu naseb baik husband aku cuti. So boleh jaga anak2 dulu. Lepas tu pengasuh tanya aku, 6 Januari 2019 ni dia kene buat pembedahan kecil. So aku macam mana? Nak carik pengasuh lain ke camne?

So aku pikir2 dengan husband, takpelah kita cariklah taska untuk anak2 tu.

Aku tanya kawan aku yang duduk satu kampung dengan aku. Dia cakap cuba ushar satu taska ni. Dulu nama taska ni Bondamama. Now dah tukar nama ke Brilliant Mind Kids. Kawan aku hantar anak dekat Brainy bunch. Tapi  kadang2 dia transit kat taska tu.

So one day tu aku dengan husband pusing2 lah kampung tu tengok2 taska. Memang boleh lah nampak rupa paras taska yang ok atau tak. Boleh nampak jugak staff yang ok ke tak layan kita ni. Hahaha.

Pastu kitorang jumpa taska Brilliant Mind Kids Center ni (BMKC). Call owner and bincang sikit2. Weekend tu jugak aku jumpa owner taska and decide nak hantar trial anak2 dua hari which is 26/12-27/12.

Taska tu owner dia sama. Tapi dia asingkan ikot umur sebab dia tanak pack sangat satu rumah tu. So Aminah akan duduk taska dengan budak2 umur 2 tahun  kebawah. Yuran tahunan Rm250 + yuran bulanan Rm380.

Naqeesya pulak akan pergi taska playschool. Depan2 je taska nya. Lain2 lorong. Playschool ni  lagi banyak aktiviti. Yuran tahunan RM600+ tambah yuran bulanan Rm350.

Taska ni siap makan + mandikan anak2 kalau pagi2 ko rasa macam sejuk sangat nak mandikan anak2.



Masa hari pertama tu cikgu2 dia cakap anak2 menangis masa tengah hari sebab tanak tido dalam bilik. So cikgu bukakkan tv kat hall and dia baring lah kat hall tu. Naqeesya pon sama tanak tido tengah hari. Haihh.

Aktiviti taska ni pagi2 tu mandi + minum susu. Pastu buat aktiviti sampai lah pukul 11am. Pastu  mandi + lunch + susu + tido. Cikgu cakap biasanya budak2 memang akan tido sebab penat. Nanti bangun tido dalam pukul 3pm cikgu2 akan siap2 mandikan untuk petang. Pastu makan petang + susu and standby untuk parents datang amik anak2.

Makan tu breakfast yang ringan2 macam jemput2. Lunch tu makan nasi. Minum petang tu makan macam mee sup, mihun sup, nasi goreng, nasi lemak etc.



Hari kedua, awal2 pagi anak2 dah buat drama tanak pergi sekolah. Haha. Kawan aku cakap biasanya seminggu je macam tu nanti lama2 ok. Hopefully ok lah. Pening kepala mak. Oh taska ni 7am - 7pm. Macam murah kan? Sebab kawan aku cakap taska kat area rumah dia kat Puchong sana rate Rm400-Rm500.

So start January 2019 the girls dah start sekolah dah. Hari2 nangis. haha. Tapi minggu pertama ni cikgu2 cakap lepas mak balik dorang ok je. Buat aktiviti, makan, tido. Masa amik dorang, nampak muka mak terus melalak. Drama betol.

Hopefully minggu kedua ni dah ok sikit lah.


Actually hantar pengasuh dengan taska ni ada pro and conts dia.

1. Pengasuh suka2 mintak cuti. Taska takde nak cuti2.

2. Pengasuh ni kita boleh tengok dia jaga berapa budak. Kalau sikit tu potensi anak2 kite sakit ni low sikit. Macam taska ni kita tak tau penyakit ke apa so hopefully antibody anak2 aku kuat lah. Aamiin.

3. Duduk pengasuh takde lah nak aktiviti2 bagai. Kalau taska memang dorang sediakan aktiviti. Menulis, mewarna, main taman, main basikal, menyanyi, etc.

4. Pengasuh, aku kene masakkan anak2. hahaha! Hantar taska siap makan sekali :P

5. Pengasuh kadang2 bawak anak keluar walaupon dah bagitau jangan bawak. And the worst part selalu tak bagitau aku T___T Taska memang not allowed.

Aminah pernah sampai tahap kene warded sebab mata dia bengkak. Masa tu pengasuh bawak keluar jauh sebab teman adik dia amik kereta baru. Adoi. Dah la aku balik keje tu baru dia inform mata dah bengkak gila. Kalau inform awal boleh aku terus rush balik rumah.

6. Pengasuh ni rasanya jarang berdaftar dengan Jkm. Kalau taska korang boleh carik yang berlesen so if anything happen boleh  proceed case. Tapi mohon jauh lah dari semua benda tak elok.

So if ada rezeki lepas ni ada baby lagi and aku nak consider pengasuh maybe aku kene buat rules ketat sikit.

1. Tak boleh bawak anak2 keluar suka2 hati. If terdesak wajib bagitau aku.

2. Kene standby kan second babysitter kalau dia nak cuti. Sebab aku rasa mak2 ni cuti habes sebab nak ganti pengasuh je. Takde mak2 amik cuti nak happykan diri sendiri ke me time ke. Hahahaha!

Lastly, kalau boleh janganlah tinggalkan barang anak2 kat rumah pengasuh. Macam botol susu ke, baju2 ke. Sebab kita tak tinggal sebumbung dengan dia. So tak tau hygine macam mana. Kalau nak tinggal pon make sure untuk seminggu je. Hari Jumaat make sure amik semua balik ;)

So itulah cerita pengasuh aku. Hopefully anak2 akan cepat adapt dengan environment baru. Doakan tau semua.













2 comments:

  1. Bab hygiene pengasuh tu memang betul... hakak dah kena dulu.. botol susu berkerakkkk ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah botol Aminah. Siap hitam. Sedihnyaaaa.

      Delete

What says U?