Pages

Thursday, February 21, 2019

Cathay Pacific Airlines, Rakan Perjalanan Anda



Hai gaiss. 

Aku tak tau lah korang macam aku ke tak sekarang ni. Lately ni hari-hari rasa macam stress semacam aje. Dengan banyak kejenya, dengan nak uruskan anak2 dua orang sorang2, dengan husband jauh fuhhh rasa nak pergi bercuti aje sekarang ni! Korang sama tak?  Kalau tengah2 stress ni mesti akan rasa kalau dapat travel pehhh seronok gila kan. Lagi2 kalau dapat hirup udara asing yang nyaman tu. Bukan nak kata udara kat Malaysia ni tak nyaman. Tapi kalau pergi negara luar, nyaman dia tu lain macam sikit kan. Hihi.

Tapi aku memang tak boleh nak bercuti lagi sekarang ni sebab kerja tengah banyak gila. Tapi kalau korang tengah free2 sekarang dan rasa nak berjalan dan rasa release stress meh aku share something yang best kat korang. So harini aku nak share kat korang salah satu airline terbaik yang boleh bagi travel percutian korang atau business travel korang jadi ceria lebih sikit daripada biasa. Apa airline yang bagus sangat ni? Pernah dengar Cathay Pacific Airlines? Mesti pernah kan. Apa yang special sangat dengan airline ni? Dah tak payah susah-susah nak fikir dalam2 pasal benda ni. Disebabkan aku terlebih baik harini (:P) so biar aku terangkan kat korang ok. Korang duduk diam2 je dan teruskan membaca. Firstly, Cathay Pacific Airlines ni akan bagi korang pengangkutan mudah untuk travel ke seluruh dunia, domestik dan antarabangsa. Kalau korang ada plan nak pergi bercuti, diorang ni boleh jadi salah satu pilihan perfect berbanding dengan airline lain.





Kita bagi history lesson sikit, okay? Cathay Pacific Airlines ni dia muncul dari China. Dorang sediakan perkhidmatan penerbangan di seluruh dunia termasuk ke Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan banyak lagi negara lain. Korang boleh pilih jenis pakej yang berbeza untuk bak kata orang “travel leisure” korang, sama ada nak kelas pertama ke, kelas perniagaan ke, kelas ekonomi premium ke dan/atau kelas ekonomi. Setiap kelas akan bagi korang pelbagai jenis kepuasan dan pengalaman. Korang boleh enjoy jugak dengan macam2 jenis keseronokan yang tersedia dalam perkhidmatan diorang. Okay, bayangkan aku travel dengan kelas pertama, sesekali nak jugak acah-acah loaded khennn. Jadi, apa yang akan korang akan dapat untuk kelas pertama? Yang pastinya banyak benda-benda mewah lah. Korang akan dapat perkhidmatan bertaraf dunia dan of course suite peribadi. Suite ni luas untuk korang nak berlunjur dekat dalam kabin. Sedap weh nak tido. Lagi2 kalau flight korang tu lama berjam-jam. Konfem travel korang akan jadi pengalaman travel terbaik yang pernah korang alami. Bukan itu je, korang akan dapat check-in dengan lebih cepat, satu set lengkap makanan lazat dengan pelbagai pilihan dan banyak lagi. Dorang berikan jaminan bahawa perkhidmatan mereka untuk semua jenis kelas akan penuh dengan kenikmatan.

Lepas tu, cathay pacific airline flights is the best flights korang akan pernah alami. Seat diorang pun ada dalam keadaan terjaga, tambah pula dengan level keramahan pelayan dan pramugari dalam flight, rekod diorang memang terbukit dan review dari orang lain yang kerap melancong dengan Cathay Pacific Airlines pun positif. Dorang pon ada juga laman web dorang sendiri, korang boleh terus Google je 'Cathay Pacific Airlines' dan korang boleh klik result pertama airline tu. Proses nak beli tiket korang jadi lebih mudah, kene pula sekarang semuanya boleh dibuat secara online. Korang boleh semak dan rancang travel korang, tak kira la travel bercuti seronok-seronok atau travel utk business korang. Tiket memang sentiasa available melalui laman web ini. Selain itu, korang boleh tengok semua promo dan korang boleh beli dengan harga tiket yang lebih murah. Sapa tak nak benda murah, weh? Korang tanak? Rugi lah. Aku ni selagi ada benda2 murah of course aku pilih yang murah. Kekeke. Yang penting masih berkualiti, gittew. Dorang ni akan sentiasa sediakan tambang terbaik dan terendah untuk pelanggan mereka. At least, korang masih boleh simpan duit korang untuk benda lain bila korang travel di kemudian hari. Yelah semua orang tau kan nak travel ni bukannya murah, penat kene menabung, banyak benda nak kene prepare. Tempat tinggal, nak jalan2, nak makan, belom lagi kalau bawak anak2 kecik memang confirm kene cukai. Hahaha! So kalau korang boleh berjimat banyak dekat harga tiket flight, siapa je yang tanak kan?

Travel satu dunia dengan Cathay Pacific Airlines boleh bawa korang ke tahap bahagia yang next level punya. Okay, jom berangan lagi, katakan kita rasa nak pergi berjalan tengok sakura kat Tokyo kan. Korang boleh terus Google je kata nak travel ke Tokyo and korang boleh tengok yang keluar nanti semua bukan pasal soal travel ke Tokyo je, flights to Tokyo promo pun akan muncul untuk bantu korang maintain kos korang atau dengan kata lain korang punya budget tu takdela melimpah-limpah sangat. Korang akan nampak banyak harga terendah yang muncul dengan carian korang tu. Korang boleh buat keputusan bila korang nak pergi dan bila korang plan nak balik sini balik. Semua dah ada dekat situ. Oleh sebab aku dah pilih Tokyo sebagai destinasi percutian aku (acah-acah je, bila lagi nak verangan kan :P), diorang akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita. Yang bagusnya, airport ni dekat dengan bandar Tokyo, so, korang boleh senang-senang je pergi ke Tokyo bila dah land di lapangan terbang.






Ya Allah gaisss tetibe aku rasa nak tempah tiket flight sekarang jugak. Aku dah la memang sukaaaaaaaaa sangat dengan bunga2 ni. Cantik sangat kan! Kalau korang nak tau masa aku sekolah menengah dulu, aku amik Bahasa Jepun as second language. Tapi sebab 'rajin' sangat pergi kelas dulu, sampai sekarang tak pandai2 bahasa jepun ni. Padahal bahasa jepun ni antara bahasa yang senang nak belajar tau. Kan dah menyesal sekarang.

Tapi yang pasti korang takkan menyesal punya bila travel dengan Cathay Pacific Airlines. Jangan terlepas peluang untuk feel flight diorang. Dah tunggu apa lagi, pergi lah online sekarang dan tempah tiket korang sebelum orang lain sambau. Kalau lambat nanti jangan menangis pulak bila nampak orang lain bergambar sakan dekat Tokyo ok gaisss. Haha!

Till next post gaisss. Bye-bye!

2 comments:

What says U?