Pages

Wednesday, January 16, 2019

Berurut dengan My Bidan House


Nak share pengalaman berurut dengan tukang urut dari My Bidan House.

Baru baru ni aku panggil lagi Kak Ita ni datang urut aku lagi kat rumah. Masa first time dulu aku tanya jiran aku kalau2 dia tau tukang urut mana yang best. So dia bagi aku nombor kak ita ni. Rumah kak ita ni dekat je dengan rumah aku. Satu kampung labu lanjut tu.

Masa first time dulu sebab aku bengkak susu. Masa tu Aminah baru 9 bulan tak silap. Memang sedap lah akak ni urutkan badan. Berasa betol.

Kali ni aku panggil sebab badan aku dah sakit2. Yelah buat keje rumah sorang2 dengan dua anak tu. Tambah pulak Aminah ni sejenis kalau nak tido mesti nak tido atas badan. Belom lagi Naqeesya mintak dukung kalau hantar dia pegi sekolah. Adoi. Dengan nak mengangkut beg laptop yang besar tu. Belom kalau kene bawak drawing dengan file2 pergi kereta. Letih! Sampai tahap aku tengah mandi pon tangan aku boleh cramp! Punyalah dasyat. Kalau cramp tu memang menangis sorang2 je lah. Dah tu siapa lagi boleh dipanggil? Laki jauh.




Yang bestnya kak ita ni boleh datang rumah and boleh berurut waktu malam. Senang sangat. Tu pon dia cakap khamis malam tu ada berurut orang pantang jugak pukul 8pm. Aku punya slot pukul 10pm.