Pages

Saturday, October 31, 2020

Perasaan guna Norwex, kain buruk kayangan 2020

 Assalamualaikum.

Tak sangka kan dalam banyak2 benda yang kite expect akan berlaku pada tahun 2020 ni contohnya kereta terbang, tapi takde apa pon jadik. Dah lah tengah pandemic Covid-19 kan.
Tup2 kain buruk pulak yang keluar jadi kain buruk mewah πŸ˜‚

First of all, aku bukan beli sebab terpengaruh 😜
Aku beli sebab gambar kat bawah ni πŸ‘‡



Sedih nau2 rupa kain buruk aku.
Memang betol2 kain buruk hahaha.
Kain buruk ni murah je aku beli. Ada tiga helai. Aku beli 3 helai kot. Lagi dua dah selamat di buang. Tinggal sehelai je lah ni kain buruk aku yang bersaiz kecik. Ulang2 aku pakai basuh pakai basuh sampai naik lunyai dah. Betapa setianya aku kahkahkah.
Yang lain semua kain buruk besar iaitu tshirt besar2.

Kat dapur aku wajib ada kitchen tissue.
Kalau minyak tumpah memang aku guna kitchen tissue je sayang nak guna kain buruk nanti tak hilang daki.
Kalau tissue boleh terus buang je. Hihi.

So aku berfikir kalau aku guna kain buruk murah ni sampai lunyai gini, apa salahnya kalau aku invest duit untuk kain buruk yang berkualiti sikit dan aku akan pakai dia lama kan?
Bila aku google2 pon semua macam bagi review yang ok.
Cuma harga dia lah memang harga kayangan.
Well benda2 MLM ni harga dia memang macam ni lah kan. Tapi kalau barang dia ok why not kan. Bukan sejenis MLM yang menipu tu.

Contoh macam Shaklee tu. Barang dia ok. Kenapa aku cakap ok? Sebab aku pernah guna dan dekat Singapore dia jual di farmasi.
Cuma harga dia memang melampau mahal sebab dia guna MLM sistem ni lah. Multilevel Marketing system.



Aku amik set ni. Envirocloth yang femes tu sehelai, kitchen cloth sehelai & detergent dia. 3 barang ni RM164.05. Nak pilih warna kain buruk pon kemain pening πŸ˜‚
Aku beli dengan kawan satu Universiti dulu.
Barang sampai selepas seminggu.


Kain buruk eco vs. Kain buruk kayangan.


Ok jom kite tengok apa je yang aku dok lap guna kain kayangan ni.


1. Lap dapur aku + jubin2 belakang tu. Tapi dapur aku takde lah nampak berkilat sangat kan? Maybe sebab dapur lama?



2. Lap freezer.



3. Lap kabinet dapur. Kabinet dapur ni memang sangat berminyak before ni. Memang betol lah guna air je hilang minyak semua. Before this aku guna kain merah tu agak payah sikit nak lap. Guna kain mahal ni laju sikit. Dan memang takde minyak dah kat situ.



4. Lap mesin basuh hahaha.

Aku lap semua ni guna Envirocloth color plum tu.
Pastu aku try lap cermin dalam rumah ni. Aku guna air jugak tapi macam tak berkilat pon. Tak tau lah aku salah guna ke apa. Pastu aku lap guna kitchen cloth kering baru ok.
Maybe kene lap kering. Aku je tak tau. Haha.

Pastu try lap meja makan aku.
Meja makan aku sejenis kayu coklat tu. Aku guna Envirocloth basah.
Tapi bila lap2 meja tu macam ada habuk2 kain tanggal kat meja.
Tapi lupa pulak nak snap gambar.



5. Lap cermin.
Yang ni aku guna envirocloth basah. Lepas lap2 nampak tak macam ada habuk2 sikit kat cermin tu. Takde lah terus bersih. Dia kene lap basah pastu lap kering. Tapi aku takde kain kering norwex lain so aku guna je lah kain biasa.


Resultnya tetap bersih licin jugak πŸ™Š

Pastu aku try guna envirocloth untuk lap pen conteng2 kat dinding. Ok yang tu memang magic boleh hilang weh! Before this pernah lap guna benda lain tapi tak hilang.
Cumanya hmmm kalau sikit boleh la ko nak nyental. Kalau banyak tak larat weh baik cat balik je dinding ko tu 🀣 Sebab dia kene guna effort jugak.

Jadi kalau tanya aku apa perasaan guna benda ni. Entah lah ye. So far aku rasa biasa dan takde lah impress sangat πŸ˜…
Sorry ya untuk semua seller.
Ni honest review. Belom ada lagi result yang buat aku kagum 100% sebab aku rasa macam pakai kain biasa pon ok je. Kecuali yang dinding tu. 

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ada satu bonus point untuk dia.
Yang aku memang suka lah.



Gambar atas ni kitchen cloth aku guna lepas aku masak.
So aku try basuh dia guna detergent dia tu.



Rendam dia guna air panas + sikit serbuk detergent dia tu.



Air jadi super keruh.



Tadaaaaaa macam baru kan 😍 
Ni je lah yang aku paling suka πŸ˜‚
Yang lain aku rasa biasa2 je. Entah lah maybe aku tak menggunakan sehabis baik kot.
Tapi ada kawan aku cakap dia guna cif dengan kain biasa lagi puas hati. Huhu.

Aku try jugak guna envirocloth tu nak lap toilet hahaha.
Tapi tak boleh πŸ˜†
Actually dia ada set untuk toilet. Aku saja lah try guna envirocloth tu sebab katanya kan boleh lap apa2 je kan. Tapi tak boleh. Jadi maknanya untuk lap2 biasa je lah.
Kot lah ada kain yang boleh bersihkan toilet effortless tanpa perlu berus2 kan senang keje aku hahaha.

Ok gais, masa tengah taip post ni aku ushar2 video2 Norwex kat youtube.
Orang tengok dulu baru beli kan.
Aku dah beli baru nak tengok bahahaha.

So memang ramai orang lap2 memula guna envirocloth yang basah. Pastu baru polish guna cloth yang kering. Baru lah berkilat. Haha. Tapi kalau aku ada dua kain je macam mana? Satu dah buat kain dapur πŸ˜†

So aku suka ke tak?
Aku suka part dia jadi bersih macam baru lepas cuci tu. Jadinya memang lost lasting lah kain buruk aku kan yeayyy.
Conclusion - worth the money in term of kalau guna dia lama gila lah 😜
I dont know boleh guna berapa lama. Kalau sampai 5/6 tahun tanpa perlu tukar why not kan. Hahaha.

Cuma perlu diingatkan ya beli kalau mampu. Jangan paksa diri. Kain ni bukan lain ‘magic’ kalau ko malas ko beli 10 Norwex pon rumah ko takkan berkilat hahahah.
Jangan beli sebab ikot ikotan atau trend. Ukur baju di badan sendiri. Pilihan masing2. Yang beli tu jangan poyo2 rendahkan martabat kain buruk bawahan hahah.
Yang tak mampu tu pulak jangan perlekehkan pilihan golongan yg mampu.
Kite kene ingat gaji 1k tak sama dengan gaji 10k.
Sama macam beli handbeg. Orang gaji 10k pejam mata je pakai handbeg mahal. U name it sendiri. Aku tak tau sebab paling mahal pon aku pakai handbeg Carlo Rino 🀣 Tu pon dah rasa bangga sangat dah. Hahahah.
Tapi orang gaji 1k cakap orang beli handbeg mahal2 tu buang duit. Jangan la begitu. Kemampuan kite tak sama. Respect each other ok 😘

Tapiiiiiiiiiiiiii aku dapat tau Scotch Brite ada jual kain2 macam ni jugak and review pon ok je.
Masalahnya kain dia tu terlalu murah πŸ˜‚
Nanti aku beli pastu aku buat SB vs. Norwex eh. Haha.
Bye.


Love,
Wana.

4 comments:

What says U?