Pages

Monday, December 7, 2020

Cerita potty train anak2.

Assalamualaikum.

Allah je yang tau betapa excited nya aku bila anak dah tak pakai pampers ni 😂
Padahal anak nombor dua.
Tapi sebab masa si kakak diapers free dulu memang aku tak berapa excited sangat sebab masa tu dia dah 3 tahun 8 bulan dah.
In fact dia yang mintak sendiri untuk tanak pakai pampers.
So bila si adik ni aku start potty train dia selama dua minggu lebih, bila dia berjaya tu Ya Allah satu kepuasan ya dalam diri emak ini.


Ok cerita dulu pasal si kakak Ameera Naqeesya.
Sebab dorang ni berbeza setahun je umurnya.
Kalau pergi jalan memang ramai akan tanya kembar ke.

Anak2 aku ni alhamdulillah la memang dua2 jenis bercakap awal.
Umur dua tahun setengah je memang dah petah sangat dah.
Tapi sebab kan aku ni bekerja, Akram pulak jauh, jadi aku memang malas nak stresskan diri sendiri nak train2 anak tak pakai pampers ni.
Selagi ada duit untuk beli pampers selagi tu aku beli. Eh Akram beli 😆

Lagipon baca2 cerita mommy lain yang start awal train anak Ya Allah sangat menduga ya kesabaran.
Ada jugak mommy lain yang bagi tips tunggu je anak dah ready, tak payah paksa2. Lagi senang dan cepat. Mak pon tak stress.
So takpe lah aku relax2 je. Aku memilih untuk tunggu dulu.

So masa Ameera umur 3 tahun 8 bulan tu dia mintak sendiri tanak pakai pampers.
So aku ok je lah sebab cakap pon dah lancar, nak berak pon dia cakap.
Masa tu aku tanya cikgu taska dia kalau bebudak nak potty train macam mana. Cikgu cakap ok je nanti dorang tolong kat sekolah.
Wahhh lagi bagus 😂

So awal Januari 2020 aku try, and suprisingly dalam masa 3 hari je si kakak dah berjaya.
Effortless! HAHAHHAHAHAH.
Serius aku tak buat apa pon.
Dia bocor dua kali je, pastu dah takde.



Lagi pulak aku pakaikan dia potty pants macam gambar atas ni kan. Lagi lah senang.
Kencing sekali tak bocor pon meleleh kat lantai.
Jadi mak pon tak jadi naga nak dok mengelap air kencing kat lantai.
Korang boleh cari pants tu kat shopee. Aku beli dalam 6 helai camtu.
Serius aku potty train anak tak pernah lipat kapet sebab air kencing memang tak meleleh kalau pakai pants ni.

Tapi masa si kakak ni, cikgu suruh bawakkan pampers lagi pergi sekolah sebab masa tido tengah hari tu nak pakai kan. Takot terbabas. Dan pernah ya terbabas sekali tak silap. Haha.
Pastu malam2 pon dia still pakai pampers sebab mak was so lazy lah gais nak train dia bangun kencing malam.
So mak masih stick dengan statement 'takpa biar anak ready sendiri' huahuahua.
Selepas 8 bulan (umur dia dah 4 tahun lebih) baru lah dia betol2 free pampers.
Tu pon secara kebetulan.
Sebab malam2 kan still pakai pampers. Tak pernah la pulak aku bangun pagi check2 pampers dia kering.

Ada orang cakap kalau bangun pagi pampers kering means anak2 dah ready. Anak aku manjang pampers penuh kencing 😂
So aku tak yakin lah kan.
Tapi kadang2 si kakak lupa nak pakai pampers before tido.
Yang peliknya masa dia tak pakai pampers tu boleh pulak dia tak kencing malam!
So aku macam maybe mind set dia kot kan.

Esoknya tu aku masih tak yakin, so aku suruh dia pakai pampers balik. Bangun pagi ya masih penuh ya kencing di pampers.
Pastu ulang lagi lupa pakai pampers and elok je tak bocor pon. So aku cakap dengan dia 'kakak ni macam dah ok je tak pakai pampers malam2. apa kata kakak tak payah pakai dah. kalau rasa nak kencing bangun je boleh tak?'
Dia kata boleh.
Tapi aku amik precaution lah. Aku beli alas tilam kalis air size Queen. Tak koser la aku nak menjemur tilam kene kencing kan.
Tak silap aku dua kali jugak dia pernah bocor. Mendidih je darah mak ko ni kan 😂
Pastu dah ok dah.

Jadinya aku macam takde buat apa sangat. Just go with the flow je so tak berapa nak excited sangat pon.

Macam adik dia Aminah Nafeesa aku memang betol2 excited.
Aminah ni pon sama umur 2 tahun dah banyak cakap.
In fact dia sebut clear tak pelat lagi awal dari kakak dia.
Umur 3 tahun langsung dah takde pelat.

Tapi masalah dia ni, dia suka tanak cakap kalau nak berak.
Tau2 je dah berak.
Tapi berangan mintak dengan aku tanak pakai pampers.
Ya dia yang mintak tanak pakai. Tapi dia baru 3 tahun.

Before this pernah dua tiga kali aku try tak pakaikan dia pampers. Yelah dah dia yang mintak kan.
Tapi bila dia bocor mak give up. Hahaha!
Terus suruh pakai pampers balik.

Sampai lah bulan lepas, dia mintak lagi tanak pakai pampers. Masa tu aku fikir alang2 aku tengah WFH ni baik aku train je dia kan. Untung2 berjaya.
So 14/11/2020 aku start.


Macam biasa lah pakai potty pants kakak dia tu.
Takde masalah meleleh.

Hari pertama aku set jam sejam sekali.
Tapi masalahnya bila aku bawak pergi toilet dia cakap kencing tanak keluar. Ok lah fine. Tup2 lepas tu pants dah basah 😤
So aku tengok patern kencing dia. Dalam 3 jam sekali.
Pon kadang2 tak tentu jugak.

Penat!

Banyak kali rasa nak give up.
Seminggu pertama tu memang hari2 ada terbabas.
Lagi2 bila tengah leka main. Tau2 basah.
Lagi haru tau2 terberak dalam pants 😭
Aku apa lagi terus buang potty pants tu tak kuasa nak basuh 😂


Masa ni baru dua hari tak pakai pampers.
Pastu konpiden ya bawak keluar pastu tau2 je bocorrrrr 😂

Dah la begitu, ada hati malam2 mintak tanak pakai pampers dengan aku. Hahaha!
Tapi kawan aku bagi dorongan untuk continue malam sekali.
Dia cakap anak no 2 ni selalu nya cepat.
Dia ajar malam2 set jam dua kali.
Contoh tido pukul 10pm, set jam pukul 1am dengan 4am.
Yang bab malam ni aku start lepas seminggu aku start siang.
Masa ni dia masih terbabas ya. Sehari ada je sekali dua nak terbabas geram aku.
So pukul 1am aku paksa bangun and bawak pergi toilet. Kencing.
Kalau aku terjaga 3.30am pon aku terus bawak kencing. Pon kencing.
Dalam 3 hari jugak aku tido tak lena dok dihantui dengan bayangan kencing anak kahkahkah.

Pernah sekali tu aku tak sedar. Tau2 je pagi. Kelam kabut check seluar anak. Tau2 basah 😓
Dalam dua hari jadi camni.
Hari ke empat nampak ok.
Aku kejut bangun 1am dia bangun kencing. Pastu aku tak sedar. Tau2 dah subuh aku check2 masih kering.

Sebab nya siang tu aku bawak dia keluar. Tak pakai lah pampers kan. Tup2 dalam kereta dia cakap nak kencing. Gelabah lah mak ko kan mana nak carik toilet hahaha.
Aku tanya dia boleh tahan ke tak dia cakap boleh.
Aku suruh dia kepit2 sikit bagi jangan keluar air kencingnya 😂
Alhamdulillah sampai rumah baru kencing.

Esok malamnya pon sama aku kejut 1am dia kencing.
Pastu tau2 dah subuh pon still kering.

Hari ke 5 aku nekad tak kejut dia bangun malam.
To my surprise, sampai pagi kering!

Melompat aku dengan kakak dia kegembiraan macam menang kereta hahahahaha!

Kakak dia pon ikot excited adik berjaya tak pakai pampers.

Sampai lah sekarang. Bila check2 setengah bulan jugak lah dok train dia.
Aku pernah baca ada orang standby sticker comel2. Everytime anak berjaya kencing nanti bagi anak sticker pastu boleh tampal kat kertas and at the end of the day boleh dapat reward.
Tapi aku versi senang.
Kalau dia berjaya kencing je aku terus bagi jelly ahahahha.
Kat rumah aku memang aku nyorokkan jelly sumi tu tempat tinggi. Dorang tak sampai.
Keadaan2 tertentu je aku akan offer dorang jelly. Contohnya kemas mainan. 

Kalau sehari tak bocor langsung aku upah 4 jelly! 😂
Kakak pon dapat upah sekali sebab kakak kene pantau adik dan ingatkan adik.
Kalau adik bocor kakak pon tak dapat upah sekali. kekekekeke.

Now alhamdulillah memang dah takde bocor siang malam.
Pergi sekolah pon memang dah tak bawak pampers.
Masa mula2 nak ajar potty train dulu aku cakap ngan dia kalau mina berjaya tak pakai pampers, duit pampers tu nanti mama belikan mina scooter.

And now dapat lah reward scooter tu (next entry)


Serius rasa excited gila bila ko berjaya potty train anak ko dari awal.
Combo siang malam.
Lega! Rasa kepuasan yang melampau hahahah.

Dulu bila kawan aku start potty train anak, pastu stress, aku cakap alah relax lah tunggu je anak ready sendiri. Buat apa nak paksa anak. Pastu nak stress2 kan diri sendiri. Hahaha!
So mommies out there korang pilih je nak guna cara mana:
1. Anak betol2 ready --- supaya korang tak stress
2. Train je anak --- ko memang akan stress dan hari2 rasa nak give up!

Mina pernah je bocor meleleh kat lantai sebab kadang dia pakai panties biasa yg nipis tu.
Masa tu memang menyirap lah aku. Naseb baik tak kene kapet. Haha!


Muka bangga ya dah berjaya.
Balik sekolah je kemain pot pet mulut kalau berjaya kencing kat toilet 😂
Kakak dia pon sama. Kemain excited bagitau kalau adik tak bocor masa tido kat sekolah.

Alhamdulillah.
Sesungguhnya rezeki tiap2 orang tu berbeza kan.
Mungkin Akram jauh. Tapi Allah bagi anak2 yang selalu permudahkan urusan mak dia ni.

Goodluck mommies 😘



Love,
Wana

No comments:

Post a Comment

What says U?