Pages

Tuesday, April 20, 2021

Viral video dekat 1juta view Ameera Naqeesya menangis lepas setahun tak jumpa Ayah.

Assalamualaikum.

Story dah basi tak siap lagi menulis hahaha. Sis busy sangat sejak2 menceburkan diri ke alam bisnes. Hahahaha.
Takpelah kite coretkan kat sini untuk kenangan di masa depan. Untuk anak2 baca balik bila dah besar nanti. Harap2 aku boleh recall balik semua yg jadi dua bulan lepas 😂

Alkisahnya bulan February lepas Alhamdulillah Akram dapat balik Malaysia.
Setelah dekat setahun tak balik. Syukur Alhamdulillah.
Bila dia bagitau semua dokumen dia dah lengkap untuk balik aku terus menangis kat office! Sebak gila. Naseb masatu takde orang dalam office.

Post asal 👇


Sebelum Akram balik kan viral video kawan dia yang wife menangis sambil lambai suami kat tingkap hotel. Pastu Akram dok forward2 kat aku, aku pon tanya lah 'dah tu awak bila nak balik?'
Pastu dia jawab bila-bila lah. Dia memang selalu jawab macam tu jadi aku malas nak layan. Pastu dia cakap kesian kakak dengan Mina, janji dah sekolah baru nak balik tapi tak balik2.
Pastu aku cakap lah 'saya ni tak kesian ke?'
Tu bunga2 nak cari pasal selalunya wakakakakaka
Sekali dia forward semua dokumen dia untuk balik Malaysia yang dah approved. Aku blur2 tanya dapat ke ni? Boleh balik ke? Ya Allah masa tu jantung aku laju gila macam nak pecah dan2 tu jugak aku nangis. Bayangkan 6/2/2021 nak fly balik, 4/2/2021 masa nak buat swab test tu baru dia bagitau aku. Memang sumpah terkejut gila lah cerita dia kan.

6/2/2021 - Flying Home 😍

Alhamdulillah 6/2/2021 2pm Akram selamat sampai Malaysia.
Disebabkan Akram dah buat swab test kat sana, jadi dapat kuarantin 7 hari je kat Malaysia.
Biasanya kawan2 dia dulu dapat hotel kat KL.
Ni tetibe dia dapat dekat Dorsett Subang.

Grand Dorsett Subang
Hari kedua baru dapat gelang.
So berlalu lah hari2 Akram di hotel selama 7 hari.
Makan 3 kali sehari. Tu pon ada je golongan kayangan yang komplen hahaha.
Hari Sabtu & Rabu boleh pass barang tapi sebab jauh malas lah aku kan 😁
Pastu hari2 jugak boleh order makanan luar nanti staff hantarkan ke bilik. Tapi aku orderkan sekali je Laksa SR. Hari lain hadap lah situ makanan hotel. Bayor RM900 ok seminggu wakakaka.

Selepas seminggu dah boleh check out hotel. Kene pulak hari pertama Raya Cina.
Ingatkan boleh la hantar bebudak p sekolah then boleh pikir macam mana cara nak suprise kan dorang. Tapi since sekolah tutup kitorang pon pikir lah cara lain.

So aku whatsapp bff aku yang duduk Bangi tu. Boleh tak nak tumpang kan bebudak ni kat rumah dia sebab aku nak amik Akram. Sekali dia on je. Pastu aku suruh dia belikan apa2 makanan konon2 nak celebrate Akram balik. Sekali dia yang beria nak masak itu ini siap buat desert. Pastu belon pon aku suruh dia gantungkan Welcome Home Akram je tup2 kemain ada baby shark lah apa lah hahaha.

Adoi I owe u so much beb! Dia ni je lah bff yg boleh  kawtim semua benda sampai jadik .

Dua hari sebelum aku pergi balai polis untuk amik kebenaran rentas negeri. Masa tu Selangor KL still kene guna surat. Tapi masa amik Akram xde roadblock pon haha.


Aku memang takde bagitau kat IG yg Akram dah boleh balik. So bila aku upload posting atas tu sampai 200+ orang komen haha.

Pastu masing2 pakat suruh rekod video nanti reaksi anak2 bila jumpa ayah dorang. So bukan aku sengaja nak viral kekeke. Followers semua dah tau yang anak2 selalu nangis rindu ayah dorang tu yang dorang pon semangat nak tengok video.

Maka tibalah tarikh 12/2/2021 dan aku pon siap2 lah nak hantar anak2 pergi rumah member.

Masa tu cakap ngan bebudak mama kene work sekejap. Nanti mama balik bawak seprais. Dorang pon dengan innocent nya pergi lah stay rumah member. Tapi dorang memang dah biasa dengan kawan aku tu. Dah selalu jumpa so takde hal. Cuma dorang tak hairan pulak kenapa haritu mama sangat cantik pergi keje wakakaka.

Video mama menangis setahun tak jumpa laki takde pasal takde siapa nak rekodkan. Yang aku perasan masa tu guard depan hotel dok perhati je aku nangis2 tengah panas pelok laki 😂



Haruslah dating dulu kan before amik anak2 kekeke.
Member aku siap cakap takpe ko balik malam pon xpa aku jagakan anak2 ko. Ko p lah makan ke tengok wayang ke shopping ke. Ko hado? 😂
Dah la dia siap masakkan dinner untuk kitorang. Dinner plak bukan kaleng2 siakap 3 rasa, sotong goreng tepung bagai, desert sagu gula melaka lagi. Dengan nak jaga anak 4 orang. Plus laki dia keje haritu. Aku cakap beli je lah nanti aku bayar eh dia degil nak masak hah silakan 😂 

Sambil2 tu kitorang masih pikir macam mana nak sepraiskan bebudak.
Last2 Akram cakap takpelah nanti sampai rumah biar aku masuk dulu. Sebab member apdet bebudak tengah tido masa tu. Penat mandi kolam.
Tak sangka bila aku masuk rumah kejut si Ameera muka dia dah sedih. Macam ada instict tau.
Dia cakap dia teringat ayah. Dia ni memang cepat tacing. Dulu masa PKP 1 kat kampung boleh kata hari2 tacing sedih bila Pak Long dia balik keje jumpa kazen2 dia lagi2 kalau bawak jajan.

Ada sekali Pak Long dia bawak balik choki2 tau. Dah dia nangis. Pastu pesan kat ayah nanti balik bawak choki2 hahaha.
Dah masa tu followers pon tacing jugak. Tak pasal ada orang send choki2 kat rumah.
Tenkiuuu followers kami 😚

So haritu dia kata sebak sebab teringat ayah. Aku syak sebab dia tengok husband bff aku tu.
Teringat lah kat ayah dia.
Pastu malas pikir dah terus whatsapp Akram suruh standby depan pintu.
Aku pimpin tangan Ameera Naqeesya pergi depan pintu, bukak pintu and tadaaaaaaaaaaaaa.
Banjir rumah hahahaha.
Mina spoil xde perasaan 😂 Konon malu, pastu dia yang over tak bagi orang dekat dengan ayah dia.

So video tu memula kawan2 start sharing sebab akaun IG aku public. Aku memang dari awal buat public sebab sejenis malas nak approve2 request. Dulu fb pon public.

Sampai lah seminggu macam tu kawan kepada kawan kepada kawan dah start sharing video tu dekat IG story masing2. Masa ni belom viral lagi.
Dia start viral bila ada orang share dalam group telegram Covid pastu ada orang amik content tu and letak dekat twitter dia.


Ni pon aku tau sebab salah sorang follower yang bagi aku Screen Shot ni. 

Tak lama lepas tu viral dekat twitter pulak.


Kuasa twitter ni bukan kaleng2 eh?
Terkejut aku. Masa viral dekat IG hidup aku masih tenang. Walaupon seminggu viral.
Start je viral kat twitter, dalam masa satu hari berduyun page dm aku untuk mintak izin publishkan dekat website dorang 😂

Yang tak boleh bla hari yang sama jugak Meletop dm untuk feature dalam TV! OMG *fengsan*

And the rest was history 😊








Hari Akram balik ke Qatar semula ada follower siap suruh buat IG live haha apooo.
Aku malas lah lah kan beria sangat semata nak tarik viewer 😅
Actually this is me. I just love sharing.
Mungkin ada orang akan cakap 'alah kalau cerita aku diviralkan mesti lagi sedih'. Tapi tulah aku bukan sengaja nak viral. Siapa kenal aku lama mesti tau aku memang suka menulis dari dulu. People loves me because of my story telling huhu. Kalau nak ikotkan aku bukan siapa2 pon, takde rumah besar ala pinterest, takde kereta mahal, takde muka lawo haha. Me is me.

Apapon thank you semua untuk memori manis ni.
At least bila Akram sedih2 kat Qatar sorang2, dia teringat memori ni dia happy la sikit.
Sebab pasni xtau bila lagi boleh balik. Maybe tahun depan kot. Cuti dia tinggal 10 hari je. Selagi ada kuarantin selagi tu tak boleh balik sebab takde cuti. So kene lah tunggu renew cuti tahun depan.


Cuma apa aku harap sekarang kerajaan bagi lah rentas negeri. Aku tau susah sebab kes covid masih tinggi. Cuma tu lah, aku ni bertiga dengan anak2 jauh dari suami dan family. Family aku kat Johor.

At least kalau boleh balik kampung tu takde lah sedih sangat kan.
Ni bulan depan nak raya dah aku pon xtau lah macam mana.
Mungkin nangis tiga orang di pagi raya hahahaha.
Syahdunya weh 😭

Tu yang sekarang aku berjinak2 dengan bisnes sikit2.
At least takde lah pikir bukan2 sangat. Ko tau je lah pompuan ni bila banyak sangat masa lapang banyak betol perkara yang dia boleh gaduhkan 😂

I am glad now nak membawang pon kadang takde masa.
Mana nak buat keje hakiki, mana nak run bisnes.
But I love my life now!

Till then.

Love,
SJ.

Saturday, January 16, 2021

Percutian akhir tahun 2020

Assalamualaikum.

Pertama sekali mohon jangan kecam aku pergi bercuti zaman2 covid ni. Haha.
Aku cuma nak memeriahkan sektor ekonomi pelancongan negara je 😋
Yang penting jaga SOP.

Actually start dari PKP bulan 3 tahun lepas lagi dah rasa nak bawak mak aku tido hotel. Aku kan PKP dekat kampung. Pastu aku cakap ngan Akram habes je PKP benda pertama nak buat is bawak mak aku tido hotel. Sebab nya duduk kampung Ya Allah aku yang penat tengok mak aku buat keje.

Bukan keje apa pon. Dia pagi petang siang malam masak. Kadang dia cakap tanak masak tapi masak jugak. Masak dia tu bukan yang simple2 memang sejenis lauk betol siap ada complete sayur. Aku ada lah tolong sikit2 jugak masak tapi sikit je lah 😂

Anyway cut it short aku pon plan dengan adik aku masa nak booking Avani Goldcoast Sepang. Aku book awal bulan 11. Masa ni kan covid macam dah terkawal (before politik sabah start and covid strike).

Tup2 habes je PRU Sabah, kes covid mencanak2 naik sampai Selangor KL terpaksa PKPB dan tak boleh rentas negeri. Masa ni stress sebab aku booking Avani tu amik yang tak boleh cancel. Yelah aku tak expect covid naik balik masa tu sebab memang dah confirm nak datang kan. Last2 boleh jugak tukar date tapi kene caj RM200 😭 Dah la Avani tu dah memang sedia mahal kan. Tapi ni pengajaran lah untuk aku never made booking yang tak boleh nak cancel walau dalam apa condition sekali pon sebab kite ni manusia hanya mampu merancang, plan Allah juga yang terbaik.

Pastu aku pon main book je date baru 28-30/12/2020. Masa tu tak check kalendar pon.

Seminggu sebelum date tu tiba2 dengar radio cakap pasal cuti Christmas. Bila tengok2 kalendar eh cuti panjang lah start Christmas sampai New Year. Aku terus amik cuti 4 hari straight 28-31/12 tu.

Pastu disebabkan mak dengan adik aku hanya boleh datang Sepang 28hb tu aku pon decide nak bawak bebudak balik Johor naik flight dulu. Bebudak ni asyik je lah berzikir bila nak naik flight everytime aku bawak dorang tengok flight landing dekat Klia tu.

Port kitorang lepak sekarang petang2 kalau takde keje. Layan flight landing. 
Korang boleh google maps KLIA flight landing view.


Khamis 24/12/2020 tu naseb baik takde meeting pagi. So aku WFH je sebab flight aku pukul 5.45pm.
Petang ada meeting tapi virtual meeting so takde lah kalut2 nak bersiap. Bebudak pon aku dah tak hantar tadika dah hari tu sebab senang nak bersiap awal.

Ameera Naqeesya dari bangun pagi dah tanya pukul berapa sekarang sebab tak sabar nak naik flight. Pastu setiap setengah jam dia tanya dah petang ke belom 😂


Pukul 3.45pm dah gerak ke KLIA naik grab. Saje nak datang awal kot2 boleh jalan2 dalam tu. Sekali sampai Allah sedihnya tengok Klia sekarang. Sunyi sepi macam ghost town.
Mekdi KFC semua dah tutup. Kedai2 pon boleh kira berapa je bukak. Marrybrown bukak.
Pastu bebudak ni mintak coklat aku cakap kite tengok kat bawah la mesti ada kedai bukak. Sekali gelap! Haha. Naseb hujung2 ada satu famous amos bukak.

Kalau Klia2 tu masih lagi happening sebab ada jaya grocer dengan banyak kedai makan. Klia ni dah la dari dulu memang sendu. Makin sendu lah. Sedih 😢




Ni flight pertama Aminah dapat duduk sendiri. Last time pergi Sarawak dia still belom 2 tahun. Pastu dah covid pulak. 


First time naik flight dapat ice cream. Kawan aku cakap MAS nak habeskan stock. Aku syak agaknya ice cream ni untuk bisnes class. Tapi time2 covid ni berapa ramai sangat naik flight kan tu dia bagi penumpang ekonomi jugak. Sedap weh. Siap dapat lebih lagi hahah. Dah la dalam flight memang sejuk. Makan ice cream pulak. Nak bawak turun bawah takot cair.


Alhamdulillah flight semua ok. Anak2 pon semua ok. Aku dah biasa keluar bertiga dengan dorang since Aminah baby lagi so takde hal lah 😂 Kalau takde covid ni aku bawak dorang pergi Qatar bertiga je pon mampu agaknya 😝


Paling dinanti kalau balik Johor. Nak jumpa si gemok ni. Dia baru setahun dua bulan gais tapi tengok lah badan dia lagi besar dari Aminah yang 3 tahun tu 😂


Kebun sayur ayah aku depan rumah.
Sebenarnya dia start berkebun ni saja2 je buat hobi makan sendiri sebab dia kan sejenis tak reti duduk diam. Pastu dia ada kebun sawit yang dia usahakan sendiri. Disebabkan sawit semua dah besar2 so tak banyak keje sangat tu dia tanam sayur pulak. Eh sekali menjadi haha.
Terus jual dalam kampung sikit2.
Ada kacang panjang, cili, petola, bendi, timun, peria, kangkung. Buah lemon dia pon kemain terbuang2 aku siap beli lagi lemon kat kedai mahal tau hahaha.

My mom. Haritu kitorang suruh buatkan sayur pecel

Kau tengok bayam brazil dia pehhhhhhhhh. Guna baja taik ayam mana lah tak gemok. Pastu daun dia kemain elok lagi kan. Ayah aku cakap sebab keliling dia banyak sayur so serangga takde lah bertumpu kat bayam je.

Geram kan! Eii hari2 kene gigit hahahaha.

Alhamdulillah semua adik beradik ada kat rumah masa ni.
Dah berkumpul ni keje makan je lah kitorang kat rumah. Hari pertama bapak aku dah masakkan beriyani hahaha.
Sejak2 ayah aku berniaga beriyani aku dah tak makan dah beriyani kat kedai.
Dah tak terliur dah.

Hari Isnin 28/12 tu pagi2 lagi dah gerak dari Johor. Tanak gerak ahad sebab confirm jammed gila orang baru habes bercuti 3 hari.

Sampai Sepang dalam pukul 3pm. Singgah rumah kejap nak amik barang pastu baru keluar balik terus pergi Avani.
Dari rumah aku ke Avani dalam 45minit.


Sampai Avani tudiaaaaa penuh!
Patot lah adik aku check booking pon semua bilik full.
Aku try tanya reception pon memang semua full.
Sampai turn aku staff cakap bilik belom ready disebabkan terlalu ramai orang. So dia suruh tunggu (Avani sediakan bilik menunggu) maybe dalam 2-3 jam macam tu.
So kitorang terus keluar carik kedai makan sebab masih belom lunch.


Sampai kedai je hujan turun selebat-lebat nya sampai air naik kat kedai tu.
Ni kedai betol2 depan gate Avani tu belok kanan sikit. Depan pantai. Sebelah medan selera.
Kedai ni sedap tapi aku rasa mahal.
Mak aku bawak bekal siap2 so kitorang tanya boleh ke makan situ. Dia cakap boleh je.
Kitorang order jus oren satu jug, sup campur 2, sayur kailan 2, kuew tiow goreng 1. Pastu anak aku amik popcorn dua bekas. Total RM70!
Korang rasa mahal tak? Haha.


Dalam setengah jam macam tu Avani call bagitau bilik dah ready.
Aku bawak anak kakak aku dua orang sebab nanti Khamis kakak aku memang nak jalan rumah aku jugak. So bawak lah dua orang dulu saja jalan2.
Disebabkan adik aku yang kat Perlis tu tak dapat bilik so dorang pon gerak pergi kat Bukit Tinggi. Dorang pon last minit plan balik Johor.


Que nak naik buggy pergi bilik. 
Aku amik family villa. Ada dua bilik. Aku dapat rate 650/night. Guna Agoda. Pastu dapat cashback Rm125 balik haha.

Kereta parking kat luar. Kalau nak parking dalam kene bayar.
Tapi dia ada sediakan van shuttle untuk ulang alik dari hotel ke parking.


Lebih kurang gini lah depan villa aku. Tapi ni villa orang lain paling hujung. Saja amik gambar. Pintu villa sendiri entah kenapa lupa nak amik gambar. Haha. Tau tak sampai sekarang anak aku ingat no villa kitorang 403 😂






Bilik ada dua, toilet dalam setiap bilik cuma bath tub ni ada satu je, hall satu, beranda dua.

Ni beranda luar bilik aku.

Dua ketol yang terpaling happy. Mama tulis kat sini nanti besar baca balik tau. 
Mama sayang korang 😘


Ni luar beranda bilik lagi satu.



Petang tu kitorang saja jalan2 area hotel. Pastu pergi kat private beach dia.
Tapi takde apa yang menarik pon.
Budak yang jaga kat situ cakap biasa weekend ada fire show. Ada ATV jugak RM50/20 minit.
Basikal semua dah simpan sebab covid.
Patot ada buai kat area pantai pon dah kene cabut. Maybe sebab covid jugak.


Malam tu kitorang keluar dinner dekat Wak Lan Bayu Malam.
Ibu ayah malas nak ikot so kitorang tapaukan je.
Order goreng2 dulu sebab esok malamnya baru nak makan seafood.

Naseb baik lah aku sejenis suka apdet blog dulu.
Bila check2 balik last makan kat Bagan Lalang masa 2015!
Masa tu pon bawak ibu ayah makan dekat Restoran Senandung Malam sebab dorang datang rumah berjalan.
Dulu boleh kata asal rasa nak makan seafood je mesti pergi Bagan Lalang. Sampai lah Akram keje Qatar dah tak datang makan sini dah sebabnya kalau Akram balik mesti kitorang p berjalan tempat lain or balik kampung.


Anak sedara aku no 3 ni. Namanya Fathimah Az Zahra. Kakak aku cakap nama dia ni memang sesuai sangat dengan dia. Fatimah kan digambarkan seorang yang sangat rajin dan berdikari. Jadi kakak aku cerita anak sedara aku ni memang sangat lah rajin kat rumah. Boleh kata semua kerja rumah dia buat compare dengan kakak dia.
Kakak dia nama Aisyah. Aisyah kalau ikot sejarah Nabi kan digambarkan sebagai yang manja. Jadi kakak aku cakap anak sulung dia memang lah manja semua benda tak boleh nak buat. Kadang dia kata nyesal letak nama Aisyah 😂

Malam tu aku suruh si Fathimah ni tido je atas katil sebab luas je. Boleh je muat aku, anak aku dua orang and anak sedara aku 2 orang tu. Pastu dia cakap takpelah yaya tido bawah je. Aku cakap sejuk mana ada selimut. Dia cakap takpelah nanti yaya pandai2 je.
Tu satu.
Lagi satu kitorang dok humban baju2 kotor kat dalam almari. Tengok2 si yaya ni pergi lipat semua baju kotor tu and susun elok weh! 😅
Pastu dia siap kemaskan hotel tu tak boleh bersepah. Telekung dengan sejadah dilipat. Tuala semua sidai elok.
Aku takot dia ada OCD je ni. Masa kecik2 ok lah. Takot besar kang nanti dia sendiri stress dengan diri sendiri kalau rumah bersepah hahaha.
Kakak aku cakap dia memang tak risau kalau dia sakit sebab Yaya ni akan buat kerja rumah A to Z.


Esok pagi nya pergi buffet breakfast.
Disebabkan aku booking hotel kan untuk 4 dewasa jadi bawak anak sedara 2 orang ni kene bayar asing lah. Tambah lagi Rm52.
Buffet boleh amik sendiri. Tapi makanan tak banyak choices.
Ada nasi lemak, cereal ada cornflakes dengan apa tah lagi satu tu, roti2 pastry, roti canai, mee/kuewtiow sup, sosej, sayur2, kentang, salad & buah2. Air pon teh/cofee, soya, fresh milk & oren.

Masa aku stay Cyberview Resort & Spa haritu tak sempat breakfast jadi tak tau suasana dia macam mana. Cuma pernah baca orang cerita yang buffet kat hotel semua staff amikkan. Tak boleh amik sendiri since covid ni.



Lepas tu apa lagi terjun kolam lah 😂
Pool kene booking
7am sampai 7pm.
Satu sesi setengah jam.
Macam haritu masa breakfast aku dapat booking sesi 8.30-9.00am & 9.00am-9.30am untuk 2 orang.
Sesi 11am dapat booking untuk 4 orang.

Tapi masa breakfast tu hujan turun agak lebat. Ramai yang booking pool tak masuk pool pon. So aku suruh je dorang ni semua masuk pool asalkan tak lebih 10 orang at one time.


Tengah hari tu kitorang keluar carik makan dekat luar Avani.
Ada sorang follower kat Ig aku suggest untuk cari kedai makan area balai polis Sg. Pelek. Dia cakap warung2 tepi jalan tu lagi sedap dari kedai2 kat bandar.
Aku pon cari lah balai polis sg pelek tu.
Tapi tak jumpa warung haha.
Last2 jumpa satu kedai ni sebelah petronas Sg pelek. So singgah lah situ since masa tu pon dah nak pukul 3pm.




Ibu ayah adik aku makan nasi berlauk.
Pastu order laksa 4, bakso 2, ABC, air lain2 lagi total baru Rm62 weh.
Tu yang aku cakap kedai hari pertama tu mahal gila.
Semua makanan sedap kat sini.
Terus kitorang buat kesimpulan yang orang2 sg pelek ni semua pandai masak 😆

Dari Avani nak ke pekan sg pelek tu tak jauh pon. Dalam 15 min je.
Pastu ada banyak jalan.
Kitorang singgah beli jajan sikit dekat mall apa entah area situ.
Sebelah tu ada gerai jual kuih. Cari goreng2 pisang tak jumpa. Mak aku beli apam pisang dengan karipap. Eh pon sedap! 😂 Kulit karipap tu sangat lah crispy memang sedap. Apam pisang pon sedap. Menambahkan lagi keyakin
Otw balik Avani baru lalu jalan kampung and baru notice gerai2 kampung yang macam kawan cakap tu.



Sempat posing2 sikit time sampai hotel. Haha.

Petang tu kitorang just melepak je dalam bilik sambil makan kuih dan menikmati permandangan laut. Ate duduk hotel mahal kan jadi kene lah abeskan masa dalam bilik je. Kalau nak berjalan2 duduk hotel biasa pon takpe 😜



Pastu jalan2 area villa kitorang tu sampai ke hujung. Bestnya pemandangan dia rasa tenang je.

Malam tu aku bawak family makan seafood kat Seaview Restoran.
Tapi ayah malas nak ikot so kitorang2 je geng perempuan. Haha.
Seaview ni first time try. Kedai dia sebelah dengan Senandung Malam.


Tapi rasanya aku tak pernah try kedai ni dari dulu sebab seafood dia tak banyak pilihan.
Malam tu cuma ada ikan siakap, kerapu, pari, udang, sotong, kerang, lala ke kepah. Tak banyak.
So aku amik siakap 3 rasa, sotong tepung, kerang rebus, ikan pari bakar & tomyam campur.
Kicap cicah dia memang sedap!
Total makan malam ni Rm170 huhu.


Esoknya tu tak mandi kolam. Pergi breakfast, pastu berguling lagi dalam bilik before tunggu masa check out. Check out macam biasa lah pukul 12pm.
Masa breakfast tu adik aku cakap Ajak shiro pon tengah breakfast tapi bila aku pergi tengok dah takde pulak 😂
Breakfast pon menu yang sama je macam semalam nya. Boring jugak lah hahaha.


Pukul 12pm dah call buggy tapi sebab semua orang pon nak check out jadi kene tunggu turn lah buggy nak sampai. Dekat sejam jugak lah nak tunggu.
Jadi dalam masa sejam tu apa lagi.








Penuhkan henpon dengan gambar lah 😂


Mintak tolong staff Avani amikkan gambar.
Aku ngan adik aku guna iphone.
Sekali staff tu cakap android ada tak? iphone susah la nak adjust backlight belakang 😅
Sentap tau sis 😜

Lepas check out tu terus balik rumah order foodpanda je kat rumah.
By the time aku tulis entry ni pon Selangor tengah PKP balik.
PKP 2.0
Tapi rasa lega sangat sebab dah dapat balik kampung, dapat bawak ibu ayah tido hotel, dah bawak anak2 naik flight, family kakak aku pon dah jalan2 rumah aku.

Jadi now boleh duduk diam2 kat rumah tunggu laki balik.
Dah 10 bulan woi tak balik.
Anda rasa saya masih waras? 😂



Love,
Wana.