Pages

Thursday, September 25, 2014

Resepi : Roti bakar berinti daging sosej telur cheese idaman kalbu dihatiku.





Macam biasalah tajuk mesti ala2 Diva kan.
Baru lah ada kelas. Gittew.

So basically aku rasa ramai yang sejenis macam aku. Bukan tak tahu masak tapi kadang2 pening nak masak apa. Macam aku selalu sangat rasa nak masak tapi bila sampai supermarket lama giler termenung memikirkan apa benda yang nak dimasak.
Kalau macam breakfast tu asyik2 la mee goreng, bihun goreng, roti tolor blablabla kan.
So harini aku bagi simple resepi tapi sedap dan kenyang sampai petang baru makan balik.
Tapi itu perut aku lah. Perut korang aku tak tau. Ekekeke.


Bahan-bahan (ni untuk aku sorang je makan) :

- Roti 4 keping
- Telur sebijik
- Sosej satu
- Daging cincang separuh 4 segi tu.
- Cheese dua keping
- Bawang besar satu, bawang putih dua.
- Perasa (Aku guna garam, black pepper & chili powder)


Cara-cara:

1. Bawang putih cincang halus. Bawang besar potong dadu.

2. Sosej potong lah size sederhana. Daging cincang basuh dulu kang sakit perot pulak.

3. Panaskan minyak sikit je. Tumis bawang putih dengan bawang besar sampai layu. Masukkan daging. Kacau sampai air daging tu kering. Masukkan perasa secukupnya. Masukkan sosej. Gaul bagi mesraaaaaaaaaaa.

4. Buat lubang sikit kat tengah. Pecahkan telor, masukkan dalam kuali. Besarkan api sikit bagi telor tu masak sikit. Kecikkan api balik pastu gaulkan telor dengan daging tu. So nanti telor tu takde lah macam berlendir sangat. Matikan api.

5.  Cheese letakkan atas roti. Pastu daging yang dah masak tadi letakkan atas cheese.

6. Pastu bakar kejap atas kuali. Aku guna periuk ajaib. Kalau guna oven lagi senang kot. Kalau takde, guna non stick pan pon boleh jugak. Nak bagi cheese tu cair je pon.

7. Agak2 cheese dah cair letak lagi satu roti atas daging tu. Lepas tu terbalikkan bagi roti baru tu garing sikit.

8. Pastu angkat dan makan.

Nyummm.


bye.




Tuesday, September 23, 2014

Bila berjauhan (macam tajuk lagu pulak)


Dulu masa mula2 aku kene transfer keje kat Johor aku berperang besar dengan Akram.
Time tu belum bertunang lagi.
Hampir2 jugak lah nak putus walaupon tak pernah declare kapel.
Ekekeke.

Bila tak declare kapel ni cara putus lain maciam sikit.
Takdenya "Okey kita putus" atau "Mulai harini kite bukan kapel lagi" takde okey.
Semua main pakai ayat "Takpe lah lepas ni kite bawak je lah haluan masing2" Bahaha.

Time tu Akram memang marah gila2 punya marah.
Yelah 4 tahun aku kl akram Nilai. Walaupon agak jauh tapi takde lah sejauh Nilai-JB kan.
Dulu2 kalau gaduh je kompem salah sorang mesti tetiba muncul depan rumah masing2.
Sekarang kalau gaduh terpaksa lah membawa hati yang lara sendiri.
Kalau macam aku okey lah. Boleh balik kampung makan banyak2.
Kalau macam Akram kesian sorang2 kat sana. Ekekeke.


Akram bukan ape. Die kan pernah mengalami percintaan jarak jauh yang gagal.
So dia takut lah pisang berbuah dua kali. Lagi2 dapat awek comel macam aku kan. Lagi lah tak senang duduk mamat tu. Kahkahkah ok tak kelakor tak kelakor.


Aku ingat lagi masa hari aku nak balik JB tu Akram nangis. Haha! Macam tak percaya je tengok muka ganas tapi dalam hati ada taman.
Ni kalau kengkawan dia baca ni mati lah aku kene luku dengan Akram.
So aku cakap lah dengan Akram. Jodoh pertemuan tu di tangan tuhan. Cewah. Pokok pangkalnya hati.
Duduk dekat pon kalau hati rasa nak curang boleh je. kan?
Lagi pon mesti ada hikmah di sebalik kejadian.

Hikmahnya aku rasa duduk JB ni aku boleh selalu balik kampung. Yelah start aku Form 1 aku dah tinggalkan kampung halaman untuk menimba ilmu. Gittew.
Sampai lah aku dah kerja aku tak pernah lagi duduk Johor.
Sekolah asrama penuh kat ceruk Bandar Penawar. Masuk matrik nun jauh kat Kedah sana. Masuk U kat KL. keje pon kat KL. Memang muka aku kalau raya je baru nampak kat kampung sampai orang kampung memang tak kenal la aku. Apetah lagi aku nak kenal orang kampung. Ekekeke.

So Allah bagi aku peluang berjasa dengan parent before aku kahwin dan berjauhan dengan dorang :'(
Kadang2 aku hantar mak aku pergi check up kalau ayah aku busy.
Lepas tu kalau macam ada apa2 barang tak cukup kat rumah aku akan beli kat JB.
Walaupon kakak aku duduk JB tapi disebabkan budak2 sekolah cuti Jumaat Sabtu so timing selalu lari. Yelah kitorang semua kerja swasta. Pastu kakak aku ada anak kecik pulak.

Lepas tu macam macam senang sikit nak uruskan hal kawen bila duduk JB ni.
Yelah aku rasa 80% urusan kahwen aku ni mak aku yang uruskan. So bila aku selalu balik kampung nampak lah sikit ape benda yang mak aku buat tu.
Lepas tu senang nak uruskan bridal. Baju2 aku pon banyak yang kakak aku buat. So senang nak pergi beli kain dengan kakak aku.

Bila duduk JB automatik perbelanjaan hidup berkurang. Tak heran kalau terbangun lambat sebab tak payah pikir nak kene lalu jalan jem. Kepala tak stress. Balik keje tak stress nak hadap jem dan carik parking. Eh bakal perantin tak boleh stress2 tau. Ekekeke.
Tak payah keluar duit lalu tol nak pergi keje. Dating sebulan sekali je. Jimat.
Banyak sangat aku boleh saving untuk guna buat urusan kahwen. Alhamdulillah. Kalau dulu duduk KL nak makan pon kadang2 berkira2 bila dah hujung bulan. Sekarang dah tak kisah dah awal bulan ke tengah bulan ke hujung bulan ke.

Bila duduk jauh ni aku selalu cakap dengan Akram kalau bergaduh kalau boleh jaga ayat.
Memang lah tengah marah tapi kawal.
Sebab aku dulu kalau mengamuk memang sangat2 teruk dan sekarang ni macam tak percaya aku boleh kawal sikit2. Haha! Sebab tu aku kalau marah selalu aku akan block wassap dengan call Akram. Sebab aku tanak cakap. Nanti tiga empat hari okey lah.

Masa lepas tunang tu aku cakap dengan Akram dah kene start cakap I love U lepas call. Mula2 Akram jangan harap lah nak cakap. Malu konon. Bukan ada orang nampak pon. Haha!
Now bila habes call or wassap die yang akan cakap dulu.

Last week ada lah bergaduh dengan Akram.
Puncanya kecik je pon. Tak boleh cerita sebab nanti mesti korang macam "Ek eleh itu pon nak gaduh" Ekekeke. Lagipon nanti Akram malu sebab die yang buat perangai budak2. Bahaha.
Tapi biasalah sebab dah lama tak jumpe benda kecik pon nak gaduh.
So macam biasa aku akan block Wasap dengan call Akram. Mesej je tak boleh block. So terpaksa lah layan jugak mesej Akram walaupon tengah bengang time tu. Haha!


Lepas tiga hari tu aku unblock balik.
Lepas tu Akram tegur balik lepas tu okey.

Duduk jauh2 ni kene banyak bersabar. Walaupon aku tak sampai setahun lagi duduk jauh2 tapi ada la jugak pengalaman. Kekeke.
Tak boleh ego. Selalu nya kalau gaduh memang Akram yang akan tegur dulu. Lepas tu aku takde lah jual mahal lama sangat. Aku terus lah berbaik.
Lagipon aku dah melalui situasi yang lebih menduga emosi dan air mata (cewah) so setakat sentap dengan Akram tu malas dah aku nak amik pusing.

Dulu kalau gaduh dengan Akram aku akan protes.
Kalau keluar dengan dia memang aku hempas pintu kereta kuat2, kalau jalan tu hentak2 kaki sikit, pastu kalau makan laga2 kan sudu dengan pinggan. Ekekeke. Lepas tu balik rumah nangis sampai bengkak2 mata.
Sekarang kalau sentap aku senyap je. Nangis lah jugak sebab air mata aku ni memang selalu keluar sendiri. Kadang2 tanak nangis pon tapi tiba2 nanti air mata dah mengalir. Benci aku.

Minggu ni ada sesi photoshoot kat Putrajaya.
Tak sabar!


bye.


Friday, September 19, 2014

Mintak maaf.


Mintak maaf sangat to those yang ada email aku untuk edit blog.
Aku dah tak amik tempahan.
Aku sangat2 busy sekarang.
Hari2 balik kerja pukul 7 malam.
Weekend pulak uruskan benda lain. Huhuhu.

Maaf ya.

Wednesday, September 17, 2014

Bagaimana memahami perempuan sewaktu datang bulan.


Tadi masa aku layan2 Fb terjumpe la kawan aku share satu artikel pasal macam mana nak handle perempuan yang tengah period which is aku rasa sangat best. So aku nak share kat sini.
So far artikel ni memang ditulis khas buat kaum lelaki la sebab dorang memang selalu complain yang perempuan ni suka emosi tak tentu pasal bila datang bulan.
So sila baca wahai kaum lelaki.



1. Kene sedar apa yang kaum perempuan alami sewaktu datang bulan.

Obviously memang lah kaum lelaki takkan paham sepaham-pahamnya apa yang perempuan akan alami bila datang bulan sebab dorang tak pernah kene. Tapi sebagai lelaki, dorang boleh try untuk paham simptom2 yang perempuan akan alami. Selalunya bila datang bulan, perempuan akan rasa sangat sakit pada bahagian perut macam rasa kejang yang of course takkan rasa seronok punya. Dia punya sakit tu depends jugak pada individu dan masa. Kadang2 sakit tu tak datang pon. Kadang2 kene teruk sangat sampai berguling-guling tak boleh bangun. Menangis-nangis. Kadang2 boleh rasa macam nak pitam.

Lepas tu mood akan swing. Kejap2 nanti happy. 10 saat lepas tu tetiba sedih. Lagi 10 saat lepas tu macam nak nangis pulak. Ada orang bila datang bulan akan dapat sakit kepala, jadi sangat letih, mengantuk, bahagian ehem2 akan jadi sakit dan paling obvious sekali nafsu makan akan meningkat secara mendadak.

Kadang2 lelaki selalu cakap "Memang la bad mood bila datang bulan. Tapi kan boleh kawal emosi tu"

Ok sebagai seorang perempuan, mesti la aku pon selalu kene period pain ni kan. So aku boleh cakap yang memang kita boleh kawal marah tu. Tapi ada masa2 tertentu yang kita akan jadi sangat sensitif. Padahal benda kecik je pon tapi kite perempuan akan rasa marah, sedih, lepas tu nak nangis. Dan aku sendiri takde jawapan untuk tu. Dia memang akan terasa sendiri. Sebab tu tolong lah para lelaki jangan carik pasal dengan perempuan masa datang bulan. Level sensitif perempuan memang meningkat sama banyak dengan level nafsu makan dia.



2. Buat perempuan rasa special tentang diri dia.

Bagi pujian. Cakap perkataan atau ayat yang boleh buat perempuan rasa cantik, bijak, tenang masa datang bulan tu. Kadang2 benda2 kecik macam ni lelaki tak sedar yang perempuan perlukannya. Benda2 kecik ni la yang boleh naikkan konfiden level perempuan dan kadang2 tu boleh elakkan mood perempuan jadi swing.



3. Tolong perempuan buat kerja rumah

Ini basically untuk yang dah kawen lah kan. Kalau macam ada benda2 kecik yang rasa boleh tolong sila tolong. Macam basuh pinggan, lipat baju, basuh baju etc. Benda ni boleh ringankan sikit kerja2 perempuan and bagi dia lebih masa untuk berehat. Just macam fikir yang perempuan (lagi2 yang bekerja) nak handle stress keje lagi, balik rumah nak handle rumah, anak2, dengan period lagi. So lelaki kene consider dan bagi kerjasama.



4. Tenangkan dia.

Para suami boleh la urut2 sikit isteri tu. Peluk isteri. Even kau gosok2 tangan bini kau pon bini kau dah rasa seronok sangat dah. Dah rasa yang kau sayang gila kat dia. Padahal benda simple je kan? Tapi ini lah realiti dia. Perempuan kan suka dibelai.

Ada one time tu Akram hantar aku pergi klinik nak buat xray. Time tu aku baru je datang bulan. Menangis-nangis aku dalam kereta. Bila aku komplen Akram tak buat pape tau die jawab apa "Tak tau nak buat ape. Mana lah nak paham" Padahal aku ni dok lah mengharap die pujuk2 aku ke. Buat muka kesian kenkonon dia pon rasa sakit sama ke. Tak pon cakap "Tahan sikit tau lepas ni kite pergi beli ubat pastu makan sedap2" Best la jugak aku dengar. Tenang sikit hati ni. Hahah. Ni harapan. Lelaki take note okey. Alah bukan susah pon. Sebulan sekali je.



5. Buat dia rasa disayangi dan dihargai

Perempuan memang sukakan perhatian dan pujian. Biar dia tau yang korang bahagia sebab ada dia. Bagitau dia yang dia such a great friend/girlfriend/wife. Kalau yang macam duduk jauh tu boleh call just nak bagitau yang dia cantik haritu. Seriously perempuan suka.

Tapi haritu masa aku tengah mesej2 dengan Akram tak habes lagi tiba2 dia call. sekali okey la. Pastu mesej2 lagi call lagi. Okey benda tu kadang2 agak annoying. Kau boleh tanya dulu ok tak kalau kau nak call time tu. Biasa lah mood swing kan. Benda2 kecik pon nak marah. Macam aku haritu aku tengah best2 mesej tetiba call padahal aku bukan dalam mood nak bercakap. So boleh jadi gaduh. Benda kecik kan? Tapi silalah paham perempuan.



6. Jangan buat tindakan yang 'disgusted'

Contoh perempuan nak cerita keadaan dia time tu pada kau. Jangan lah pulak kau buat muka lepas tu cakap dengan dia "Eh pergi lah cerita dengan kawan perempuan sana" Memang mintak kaki sangat. Macam nampak sangat yang kau tak kisah dengan keadaan dia time tu. Kalau tiba2 time datang bulan pad pulak habes tolong lah belikan. Jangan nak anggap beli pad tu memalukan okey. Or rasa geli. Tak matang sangat perangai. Dah alang2 beli pad tu ape lah salahnya beli kan coklat ke majalah favourite dia ke, memang confirm kau ni terus masuk kategori calon lelaki terhebat di alam ni.


Harap membantu!

Sumber : http://m.wikihow.com/Make-a-Woman-Feel-Better-While-She's-on-Her-Period

Bye.


Wednesday, September 10, 2014

Kisah Agent Penipu - Nurli Nadirah Binti Mustafa


Sebab tu aku malas nak uruskan pasal sewa2 rumah ni.
Sebab aku malas bila ada masalah timbul macam ni.
Tapi sebab aku je yang boleh diharap kan, maka terpaksa lah aku yg baik hati ni menurut perintah.
Hahaha.


Ceritanya macam ni.
Company aku nak bawak masuk beberapa pekerja myanmar. Tapi rumah sewa pekerja sekarang dah tak muat. So kitorang pon kene lah carik rumah baru area Nusajaya ni.
paling dekat area Gelang patah la.

Nak dijadikan cerita ada sorang supervisor dari company lain rekemen kan sorang agent ni.
Perempuan, Melayu dan Islam.

5 Ogos 2014

Aku pon jumpa lah dengan agent ni. Aku panggil dia Kak Ira.
Free hair, sedikit gempal dan kulit sawo matang. Bawak kereta proton Wira.
Aku bawak sorang pekerja aku. Supervisor yg rekemen tu pon ikot sekali (Aku dah tak ingat nama dia). Kita panggil Mujibur je lah. Haha!


So kami bertiga pon jumpe lah dengan Kak Ira tu kat gelang patah.
Kak Ira bawak pergi tengok rumah tu. Cantik. Rumah dua tingkat. Owner Melayu.
Kak Ira janji nak bagi rumah ni dengan sewa hanya RM1000 saja. So aku setuju la sebab agak murah.

So Kak Ira cakap kene bayar deposit RM3800. 3 + 1. Rm800 tu duit api air dengan servis.
Tapi bos aku cakap bayar Rm1000 dulu. Nanti nak masuk rumah baru bayar balance.
So Kak Ira okey saja.


6 Ogos 2014

Dalam pukul 5 petang aku jumpe Kak Ira untuk buat payment.
Kak Ira bawak aku sign macam satu surat yang kitorang setuju untuk melantik dia sebagai agent rumah.
Pastu lepas aku bayar Rm1000 dia pon bagi resit.

Kak Ira cakap mungkin boleh masuk rumah 10 Ogos. Paling lambat 15 Ogos.
Aku pon okey je lah. Tapi aku cakap memang nak cepat.


9 Ogos 2014

Aku mesej Kak Ira tanya boleh masuk tak 10 Ogos tu tapi Kak Ira cakap paling cepat 15 Ogos. So nak buat macam mana aku pon setuju je lah.


12 Ogos 2014

Kak Ira mesej aku nak ajak tengok rumah esoknya sebab owner dah bagi kunci. Pastu elektrik dengan air semua dah complete. Okey aku setuju.


13 Ogos 2014

Pukul 10 pagi aku pon jumpe Kak Ira dekat rumah sewa.
Dia bwak2 round2 dalam rumah semua. Okey aku pon puas hati.
Tiba-tiba. Jeng jeng jeng

"Wana, Owner tak jadi lah nak bagi sewa Rm1000. Sebab rumah end lot. So owner nak sewakan RM1200." kata Kak Ira padaku.

Aku pon bengang lah jugak. Hari tu beria cakap sewa Rm1k. Siap cakap orang lain sewa 1k++. Kitorang bagi harga murah 1k je. Yelah tu.

Aku cakap nak bincang dulu dengan bos.

Bos aku tak setuju. Sebab dia cakap dah kira tipu la. Memula cakap 1k. Bila dah setuju nak naikkan pulak 1.2k.

So aku suruh bos aku contact sendiri Kak Ira tu.


17 Ogos 2014

Bos aku jumpe Kak Ira tu. So Kak Ira tu dah janji nak bagi rumah lain dengan harga RM1k.
Dia suruh bayar balance deposit lagi RM3.3k esoknya. RM3.3k tu siap duit dokumen semua.



18 Ogos 2014

Pukul 3 petang aku pon jumpa Kak Ira. Aku bawak sorang pekerja aku.
Tiba-tiba Kak Ira cakap ada orang lain dah masuk rumah tu.
What The Fish kan?

Dia yang suruh datang pukul 3 petang. Tiba2 dia cakap pagi2 dah ada orang bayar full deposit and masuk rumah.

Kalau macam tu baik cakap kat telefon je. Menyusahkan aku dah keluarkan duit semua. Pastu menunggu dia lagi panas2. Tetibe cancel tak jadi.

Pastu Kak Ira ni janji nak bagi rumah lain 20 Ogos. 19 Ogos tu boleh datang tengok rumah.

Tapi 19 Ogos tu aku tanya boleh tengok rumah tak dia cakap owner tak bagi kunci lagi.

20 Ogos dia hantar mesej cakap 21 Ogos boleh datang tengok rumah masuk sekali sebab owner dah bagi kunci.


21 Ogos 2014.

Aku call tak angkat mesej tak reply. Bila bos aku ugut nak report polis baru dia mesej bagitau yang owner kata rumah tengah cat. Lagi beberapa hari baru boleh masuk.

Bos aku dah malas nak layan perempuan tu so dia nak cancel. Orang nak cepat dia melambat-lambat pulak.


22 Ogos 2014.

Kak Ira mesej aku cakap nanti datang amik refund sebab bos aku nak cancel. Sebab lambat sangat. Asyik je berdolak-dalih.

Tapi aku suruh bank In je  sebab aku malas dah nak jumpe dia. Dia ok je.


27 Ogos 2014.



Sampai lah harini. Duit still tak masuk lagi.


So Isnin 8 September aku buat report kat balai polis gelang patah.
Pastu polis tu suruh aku jumpe pegawai penyiasat kat Nusa Bestari.

Selasa 9 September 2014. Aku pon pergilah jumpe Sarjan Guna kat Balai Polis Nusa Bestari.
Lama jugak lah Sarjan Guna tu amik keterangan aku.
Aku cerita dari A to Z.

Tapi last2 Sarjan Guna cakap kes ni under civil kes.
Polis takda kuasa nak tangkap or paksa agent bayar balik duit.
Satu je cara nak dapatkan duit balik --> hire lawyer.
Tapi tak berbaloi kot semata2 seribu nak pasang lawyer bagai kan.

Aku cakap dengan sarjan tu kalau mintak details pasal Kak Ira tu pon tak boleh ke. Like alamat rumah dia semua.
Pastu sarjan tu cakap camni "Awak yang berurusan dengan dia. Mana saya tau"

Okey fine.

Pastu dia bagi satu surat macam surat rujukan kalau kite nak pasang lawyer.


Jadi senang2 je penipu tu dapat duit. T__T
Walaupon itu hanya seribu dan duit bos tapi seribu tuuuu. Sapa nak bagi. Baik bos bagi aku. Hahahah.





Friday, September 5, 2014

20 Facts about Syazwana


Baca blog si Namee Roslan tu tetibe macam best je buat 20 Facts about me ni.
Rasa macam last sekali buat masa sekolah menengah la kot.
Zaman2 semua orang ada buku biodata lepas tu paksa member isi.
Hahaha!




So here it is...

Satu. Walaupon aku anak ketiga dan ada tiga lagi adik bawah aku tapi satu family panggil aku ADIK. Bukan setakat family, jiran, sedara masa semua panggil adik. Haha! Mak aku cakap kenkonon dah takde adik dah tapi sekali tiga lagi keluar apecer? Kekekeke.


Dua. Kalau aku ngantuk aku memang kene tido. Sebab takde ape boleh buat aku berjaga melainkan kene tido jugak. Setakat kopi, nescaffe semua tak jalan. Aku memang kene tido. Sebab tu aku tak suka tengok wayang midnight. Sebab end up wayang yang akan tengok aku.


Tiga. Aku ada penyakit gayat yang sangat kronik. Even tengok gambar yang tinggi pon aku boleh gayat. Ada one time naik ferries wheel kat I-City tu aku tutup muka sambil menjerit2. Hahahah!


Empat. Sebenarnya cita2 asal aku nak jadik Peguam. Tapi akak aku cakap susah jadik peguam ni. So end up aku jadik Engineer walhal aku tak minat pon.


Lima. Pemalu dan penyegan dengan orang yang tak kenal. Memang jauh beza dengan Akram. Akram tu campak kat memana pon boleh hidup.


Enam. Seorang yang baran. Dulu time study orang langgar bahu kat sopink kompleks pon aku boleh emosi. Now dah baik sikit. Hihi.


Tujuh. Nangis bila stress, dan lapar. Huahua.


Lapan. Aku jarang shopink barang2 baju bagai. Tapi aku tak kisah habeskan duit untuk makanan.


Sembilan. Tinggi 151cm dengan berat 51kg.


Sepuluh. Aku berbintang Leo dan lahir pada tahun Naga.


Sebelas. Kalau diberi pilihan antara Genting Highland dengan Cameron Highland aku pilih Cameron.


Dua Belas. Suke masak, suke try resepi baru dan suke bagi orang makan.


Tiga Belas. Tak reti berfesyen. Selalu pakai jeans dengan tshirt atau blouse saja.


Empat Belas. Seorang yang pemaaf. Dan cepat kesiankan orang. Mudah simpati.


Lima Belas. Manja. Tapi tak pandai nak manja dengan parents, family, sedara mara mahupon kawan2. So tak sabar nak kawen. Nak manja2 dengan laki sendiri. Haha!


Enam Belas. Degil nauzubillah :P


Tujuh Belas. Suka buat hal sendiri dan tak peduli apa orang nak cakap. Sebab tu tak ramai kawan sangat.


Lapan Belas. Kaler peveret putih & grey.


Sembilan Belas. Tak pandai berenang. Tak pandai apungkan diri dalam air.


Dua Puluh. Kalau merajuk dengan Akram, tanak cakap pape sampai Akram belikan makanan pastu suap. Pastu baru okey. Kahkah.



Okbai.
















Wednesday, September 3, 2014

Beberapa bulan je lagi...



1 September haritu genaplah  lagi tiga bulan je aku bakal jadik Mrs. Annoying to Encik Akram.
Tak sabar okey nak buat Akram annoying for the rest of my life.
Bahahaha.

Aku rasa ramai giler yang bila nak kawen je siap buat blog khas untuk tulis pasal persiapan kahwen kan.
Pastu eksited hari2 apdet pasal persiapan.
Pasal baju, hantaran, goodies bag, photographer, bridal and the list go on.
Tapi aku macam wat lek wat peace je. Kekeke.
Normal ke tak normal ek? Hahah! Aku pon konpius. :P

Kalau list kawen tu dah ramai kawan2 aku bagi tapi satu ape pon aku tak donlod and print.
Nampak macam tak eksited kan?
Aku rasa bukan tak eksited. Sape tak eksited nak kawen oi. Lagi2 aku yang dah tunggu Akram 5 tahun ni.
Penat oiii. Tak sabar nak habeskan benda2 kawen ni.
Cumanya aku punye kemalasan ni melebihi segala-galanya. Hahah!


Kawan2 aku dah start tanya "Ko dah neves ke tak?"
Okey neves ni memang takkan datang dalam diri aku awal2.
Dia setengah jam before majlis baru neves tu datang.
Kadang2 aku yang takut sebab tak rasa neves langsung. Haha.

Pastu aku ni macam beruntung jugak sebab parents aku yang bersungguh-sungguh nak aku kawen tahun ni. So dorang yang plan macam2.
Everytime aku balik rumah mesti ada benda baru kat rumah tu.
Memula mak aku cakap set katil beli sendiri.
Tetibe bila aku balik rumah eh tadaaaaa dah ada pulak. Hahah! So aku beli set cadar je. Kilat2 lagi U. Eksited ni. Ekekeke.

Pastu bila aku balik lagi eh dah bertingkat2 besen, tupperware, tuala, bunga rozek untuk bagi orang rewang. Kat tempat aku ni kalau pergi rewang memang dapat macam2.
Kat rumah aku je dah bertingkek-tingkek besen kecik besen besar, bakul, jug air eh macam2 lah. Kalau bukak kedai Rm2 memang dah boleh sangat dah. Nanti lepas kawen aku memang nak kekah semua besen2 mak aku. Hahah! Jimat.

Pastu balik lagi dah bertingkat2 pulak beg2 untuk tetamu.
Balik lagi mak aku dah siap2 packing barang2 nak masuk dalam goodies bag.
The next weeknya pulak tengok2 bunga telur dah melambak tepi dinding.
Hahahha!
Kalau cerita pasal makanan jangan cakap. Macam2 mak aku dah plan. Ikot lah wahai emak. Asalkan anakmu ni kawen. :D

Pastu haritu masa raya sedara mara tanya lah macam mana persiapan.
Mak aku cakap "tak payah tanya dia. Dia bukan tau ape pon"
Ekekeke. Macam mak aku pulak yang nak kawen kan.


Sebenarnya mak aku eksited.
Sebab akak sulung aku kawen tahun 2006 kot. Dah 8 tahun mak aku tak buat kenduri kawen. Asyik pergi rewang rumah jiran je. Dah la ayah aku tukang masak. Abang aku macam takde tanda2 nak kawen je. So aku lah yang jadik mangsa. Bahaha.

Sebab tu tahun lepas mak aku cakap camni "Tahun depan ko kene kawen jugak. Takpe hantaran berapa2 je. Kenduri ibu sponsor"
Wahhhh gitu kan. Hahahha!

So ape yang aku uruskan?
Aku tempah bridal. Pastu carik design baju sebab bridal bagi baju baru.
Tempah Official photographer.
Tempah baju nikah.
Tempah barang untuk goodies bag nak bagi kawan2 and belah Akram (tapi beg mak aku sediakan. Ekekeke)
Tempah kad kahwen.
Beli barang2 hantaran.

Untuk belah Akram, bridal mak dia uruskan. Kitorang bank in duit je. Sebab baju aku, kakak aku jahitkan. Akram beli suit kemeja sendiri.
Goodies bag pon mak akram uruskan. Aku cuma tambah barang yang special sikit je.
Kenduri pon mak akram uruskan.


Now tinggal nak daftar dengan pejabat agama je.
Pastu beli barang hantaran lagi sikit.
Pastu tinggal berangan je sampai lah hari majlis. Ekekeke.

Oh aku nak kene ambil gambar berdua dulu dengan Akram sebab nak letak kat banner.
Sebab nya haritu masa tunang photographer aku tak bagi softcopy. Sobsss.
Terpaksa lah amik gambar baru. Huhuhu.
Gambar nak kene high kualiti kan. Baru lah tak pecah2 bila print kat banner.

So setakat ni itu je lah kot persiapan aku yang tak berapa nak persiapan ni.
Hihihi.
Oh lagi satu kain aku tak beli lagi. Untuk buat kaju khatam quran.
Plan asalnya nak pakai je baju raya aku yang merah tu.


Baju ni lah.


Pastu mak aku dengan akak aku cakap tak cantik khatam pakai bunga2. Kene pakai plain.
So akak aku suruh beli kain baru dengan ayat "Takpe ko beli je kain. Akak sponsor jahitan."
Haha.
Tak carik lagi nak design camne.
Kalau buat kurung moden rasa sama je lah dengan baju nikah. Kaler je lain. Pening2. Hahah.




Okey nanti2 kalau rajin aku apdet lagi ye.
Bye.