Pages

Thursday, October 16, 2014

Pertama Kali di Dip n Dip, Bangsar


Last week tiba-tiba Mira mesej dalam group Whatsapp ajak lepak dekat Dip n Dip Bangsar.
Itu pompuan kan dalam sebulan dua kali je cuti weekend. So bila dia kene cuti Hari Ahad kemain lah dok whatsapp dalam group ajak berjalan.
Dan disebabkan aku duduk Johor makanya selalu lah sentap sebab tak dapat join. Kekekeke.
So last week kebetulan aku memang naik KL sebab nak uruskan something, maka dengan sepantas kilat aku reply nak join. Makan weh. Tempat tak pernah try pulak tu. Harus lah eksaited.


Selama ni aku dok perati je retis2 urban dok aplod kat insta dorang makan kat Dip n Dip ni.
Dah la aku kategori sangat paling suka cinta dengan coklat.
So bila dapat peluang macam ni mana boleh lepas. Heheh.
Jadi Ahad tu ke sana lah kita.

Janji pukul 3 petang nak jumpa.
Tapi biasalah. Antara kami 4 orang cuma sorang je yang punctual iaitu Sarah.
Patot lah sarah dah ada master sekarang. Sebab orang punctual je yang selalu berjaya.
Orang tak punctual macam kitorang lagi tiga orang ni ada degree cukop lah. Ekekeke.
Tapi sarah tak terus pergi sana. Dia pergi amik si Mira dulu kat rumah.


Sumber : Google


Aku sampai sana dalam pukul 3.45 petang. Ya ampun hazab gila nak mencarik parking.
Korang yang tau area bangsar tau lah macam mana kan.
Dekat sepuluh kali kitorang pusing area tu.
Aku dengan Akram dah give up jugak sebenarnya. Kawan aku suruh parking kat area food court tapi aku bukan familiar sangat pon area sana.
Last2 lepas 45 minit dapat jugak parking. Depan kedai pulak tu. Hahahaha! Rezeki sangat. Orang bersabar selalu untung :P


Masa kitorang sampai agak ramai jugak orang tengah beratur. 


So aku masuk dulu lepas dapat tempat duduk untuk 6 orang.
Memang penuh sangat dalam tu. Maybe sebab time minum petang kot. Ahad pulak tu kan.
Dalam pukul 4 lebih Erin sampai dengan Iqbal.
Dorang dari UIA Gombak sebab pagi tu Iqbal ada konvokesyen.

Bila erin sampai tu aku mesej la dalam group cakap "Sape sampai paling lambat belanja"
Yang si Mira ni dengan yakinnya reply "That person should be Erin. Im here now!"
Padahal Erin dah ada depan mata aku dah. Kekeke.
Hampeh betul.


Kiri Mira. Kanan Sarah. Antara kitorang berempat ni Sarah lah yang paling menjadi wanita berkerjaya sekali. Tahun depan dah nak masuk rumah sendiri kau. Hahaha! Kalau aku pulak wanita berjaya jugak. Berjaya kahwin paling awal antara kami. Kekekeke.


Erin & Iqbal.



Fazura & Akram. Wakakaka.


Antara menu2 dalam kedai ni.



Aku order ni. Tripple Chocolate Crepe. RM17. Urban people sebut crepe. Sebenarnya makanan ini adalah lempeng yang kita selalu buat tu dan dibanjiri dengan coklat. Berbaloi dengan harga? Macam tak je kan. Hahah!


Chocolate Waffle. RM17


Kiri sekali air Akram, Hot Chocolate. Tengah tu Mira punya Dip ape entah. Dip crispy kot. Tak ingat harga. Die macam ala2 Chocolate crispy in jar tu. Sebijik. Yang panjang tu Waffle stick pon lupa harga.


Aku order air cookies frappe. Berapa belas tak ingat.
Erin dengan Iqbal order soft drink Rm9.
Mira amik air mineral. Sarah amik Hot Chocolate sama dengan Akram.

Basically aku rasa tempat ni agak pricey sikit. Eh bukan sikit banyak kot. Tapi jenis macam aku yang tak kisah nak keluarkan duit untuk try makanan baru so aku tak kisah.
Tapi kalau suruh aku beli handbeg or baju mahal sikit yang tu aku kisah. Ekekeke.

Macam chocolate crepe aku tu hanyalah sekadar lempeng yang mak2 kite selalu buat tu just curah coklat je atas die. Serius ko boleh buat sendiri kat rumah.
Kalau nak try sekali seumur hidup ok lah. Kang orang tanya kau pernah lepak Dip n Dip ke tak boleh la ko sembang kencang sikit. Hahah!

Lepas tu tempat dia agak bising. Lagu2 semua kuat nak mati dorang pasang dah macam kat disko je aku rasa sampai nak berbual pon kene jerit sikit.
Sapa bawak anak kecik agak kurang selesa sikit.
Tapi masa aku pergi hari Ahad. Kalau hari lain aku tak tau la situasi dia sama ke tak.

Kawan aku cakap ada lagi satu cawangan kat The Curve. Maybe kat situ lain sikit kot.
So total kitorang makan haritu plus servis charge dengan tax RM130++
Kalau mak aku tau makan lempeng dengan waffle sampai seratus lebih mati lah kene bambu.
Baik makan seafood lagi kenyang.

Dan untuk golongan macam aku yang suka coklat ni aku rasa sedap lah. Coklat dia memang melimpah ruah.
Kalau golongan macam erin yang tak berapa gemar coklat dia kureng suke sikit.
Depends.

Macam biasa kalau nak pergi guna je Waze or Google Map. Taip Dip n Dip bangsar memang akan keluar kedai tu.

So that's all.

bye.

9 comments:

  1. mila ni yang duk kl pun tak pernah try dip n dip, batak sgt rasa hahaha..mungkin sebab mila bukan penggemar coklat tapi nak kasi sembang kencang macam awak ckp haruslah try kan hahaha...

    ReplyDelete
  2. tak pernah rasa lagii bila tah dpt pegiii

    ReplyDelete
  3. Kite suka coklat yang kurang manis jer.. Tapi takdela fanatik sangat.. Tengok mood gak.. Haha!
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  4. teringin jugak nk cuba dip n dip ni.

    eh, wanaa. lama gila tak singgah sini. entah ingat tak lagi kat syaz? dlu pakai nama syazberry. now, dh rebranding. tukar nama scha nazri. hehe

    ReplyDelete
  5. mencuba apa slhnya kan walau harga mahal..hihi

    ReplyDelete
  6. Dorang guna belgian chocolate..tu yg pricey..klu nak rasa skali je oklah kan..hehe

    ReplyDelete
  7. Dah try.... crepe triple... tapi air ya hampon.. mahal

    ReplyDelete
  8. Tak suka chocolate,nanti singgah blog saya ya

    ReplyDelete

What says U?