Pages

Wednesday, October 29, 2014

REVIEW : J'pan Collagen Diamond 5300 Drink - Kinohimitsu (Part 1)


Dalam banyak2 bahagian pada tubuh aku ni, kulit muka lah yang paling bermasalah.
Kulit muka aku sangat sensitif dan sangat sangat berminyak.
Tak tahu lah dapat genetik dari mana sebab kakak aku punya muka jenis yang kalau tak payah cuci muka pon takde masalah. Adik perempuan aku pon takde masalah kat muka. Mak aku pon sama.
So dalam family aku, memang aku selalu bersendirian menyelesaikan masalah kulit. Kalau pakai mask nak get rid black head pon sensorang. Kalau nak pakai mask malam2 pon sensorang. Boring betul. Hahah!

Masa aku study dulu takde lah pikir sangat pasal cantik2 ni semua. Sebab aku kan jenis tak kisah gitu. Kalau keluar rumah terlupa nak pakai bedak pon macam takde hal sangat even muka memang lah sangat tak flawless. Tapi tahap konfiden tu memang super tinggi. Haha!

Bila dah keje ni rasa macam stress lah pulak. Disebabkan aku tak suka pakai mekap, aku macam segan jugak bila parut2 jerawat kat muka ni nampak. Lagi2 masa aku free hair dulu. Memang tak dapat nak tutup lah kan. Lepas tu kalau keluar or pergi keje aku memang pakai bb cream and bedak. Tu je. Kadang2 kalau tak sempat aku pakai bedak je. Dan disebabkan kulit muka aku memang sangat berminyak, bedak tu tahan sekejap je. Lepas berapa jam terus muka jadi macam tak pakai pape. Bencik!

Haritu MUA aku cakap kalau bedak susah nak lekat kat muka memang muka bermasalah. Okey terus sedih. Dia tanya aku pakai apa. Aku cakap aku pergi keje selalu pakai consealer sebab malu parut jerawat banyak. Haha! Pastu pakai bedak. So MUA aku tu cakap lepas ni jangan pakai lagi concealer sebab benda tu buat liang muka tersumbat. Dengan aku keje site lagi. So aku pon sekarang memang pakai bedak je. Kadang2 kalau ada meeting aku pakai lah cc cream. Kang tak jadik pulak meeting sebab takut ada kuntilanak join meeting. Ekekeke.

Masa mula2 dulu aku macam terfikir lah mungkin badan aku banyak toksin tu yang jerawat susah sangat nak buang. Parut jerawat pon susah nak tanggal. So aku plan nak makan suppliment lah. Tahun 2012 kot aku try makan VCO by catalyst. Aku makan yang gel punya and sapu kat muka. Tahan dua bulan je. Sebab tengok takde kesan aku tukar lain. Hahah!
Jangan salah paham eh. Aku tengok testimoni orang lain ramai je yang berkesan. Aku ni je special kes sikit lambat nau nak nampak kesannya.

Lepas tu aku try makan vitamin Blackmore beli kat Watson. Time tu ada promotion so dapat la murah sikit. Tahan dua bulan jugak. Takde kesan. Tukar lain. Tapi tak ingat lah aku makan apa lagi. Awal tahun aku ada jugak try Herbalife. Yelah dorang kan macam detox kan aku tengok semua kulit jadik licin je. Sama jugak bertahan dua bulan lepas tu tak tahan dah. Lagi satu sebab Herbalife ni buat aku tak tahan nak terkencing. Jenis kalau rasa nak kencing kene terus pegi toilet tak boleh tahan2 walaupon sesaay. Tak tau lah orang lain tapi aku macam tu. Ya ampun susah giler kot untuk aku yang keje site ni. Kemain jauh nak pergi toilet.

Baru2 ni aku try Ephyra. Sebab tengok semua orang macam berkesan. Yang jerawat teruk gila pon berkesan. Aku makan dua kotak untuk dua bulan. Pon takde kesan jugak. Lagi satu mahal sikit. Hahaha! Nak kawen weh kene lah saving. So aku stop beli dah.

Masa aku try Ephyra tu jerawat aku banyaakkkkkkkkkkkk giler naik. Aku yang tak pernah2 malu muka ada jerawat sampai malu nak pergi keje. Haha! Aku baca lah jugak testimoni pengguna lain. Dorang cakap mungkin tengah detox. So keluar semua jerawat2 kat muka. Tapi masalahnya lama giler jerawat tu bertakhta di muka aku. Sampai jerawat yang besar gila yang merah tu keluar OMG malu gila aku time tu. Sampai satu tahap aku stress gila kenapa orang lain makan collagen semua berjaya, aku je yang gagal. Terus down.

Bayangkan sampai staff2 lain yang tak pernah kisah dengan muka aku semua tegur kenapa jerawat aku teruk gila2. Malu giler siot. Dorang cakap gatal sangat nak kawen. Hahaha! So ada sorang tu beria suruh aku try Kinohimitsu Collagen Diamond. Siap terangkan kat aku ada banyak jenis. Beli yang 5000 lebih. Punya lah nak bagi kollagen yang maksimum kat muka aku ni.

So kakak aku cakap tak payah la try apa2 lagi. Minum je air cendawan mekah (korang boleh google) yang mak aku buat. So okey lah aku try lah. Bukan nak berkesan malah bertambah lagi jerawat aku. Sampai satu tahap aku cakap banyak sangat ke toksin dalam badan aku ni. Hahahha! Kakak aku minum air cendawan mekah tu susu dia keluar banyak sangat. Aku ni je susu nak keluar takde. Jerawat yang keluar. Wakakaka.

Bila aku stop makan apa2 jerawat aku pon macam susut sikit. Tapi yang jerawat gemok tu tetap degil. Member yang rekemen kinohimitsu tu tanya lagi aku dah try ke belum. Hahah! So petang tu aku pon try je lah beli kat Watson. Berusaha kata orang.

Harga dia RM165. Tapi masa aku pergi tu tengah sale. So dapat harga Rm130++
Lagi murah lah daripada collagen2 lain kat Malaysia ni.


Dalam dia botol2 kecik macam ni. Ada 16 botol semua.
Untuk 6 hari pertama hari2 kene minum.
Lepas 6 hari boleh minum selang sehari. So stok ni cukop untuk sebulan.
Rasa dia sedap lah jugak. Kira boleh telan la.


Walaupon aku baru 26 tahun tetap boleh cuba. Pulak tu keje kat site. Memang dengan debunya, habuknya, muka sensitifnya, pakej lengkap betul. Kadang2 ada jugak tidur lambat. Kopi aku tak minum. Part duduk dalam air cond lama tu memang betul.


So selepas seminggu aku try produk ni, part jerawat tu memang tak nampak kesan sangat.
Tapi rasa macam muka ada glowing sikit. Eceehhhh. Hihihi.


Kiri gambar sebelum. Kanan lepas minum dua hari. Jerawat memang dah susut. Yang lain tak nampak sangat.


Kanan tu selepas seminggu. Saje je lah aku aplod kat stegram sebab nak rekod kesan perubahan dia. Pastu kakak Akram komen cakap muka macam merah2 sikit. Pastu macam glow sikit. Terus gembira. Ekekeke. Jerawat dan susut. Cuma parut je belum nampak kesan sangat.


Gambar atas tu masa raya. Teruk giler kan eyebag aku sampai kawan aku tanya kenapa mata aku teruk sangat. Hahah! Bawah tu gambar pagi tadi. Masa aku nak pergi keje telek2 jap muka kat cermin. Then baru perasan mata aku macam glow sikit. Before ni mata aku macam orang sakit. Selalu sangat orang tanya kenapa mata aku merah. Lepas tu tepi mata tu wrinkles agak teruk sikit. Tak senyum pon dah nampak wrinkles apatah lagi kalau senyum. Dah macam perempuan umur 40 je. T.T


Dan yang lebih memberangsangkan now semua orang (beberapa je sebenarnya) ekekeke tegur aku cakap muka aku dah bersih. Wah tau tak rasa macam nak sujud syukur je.
Ada sorang tu baru nak tanya umur aku sebab nampak aku macam muda. Siap cakap wahhh muka dah nampak licin seyhhhh.
Lagi best ada sorang pekerja aku ni tetibe tanya "Mbak Wana ni pelik lah"
Aku tanya lah kenapa.
Dia cakap "Yelah orang makin meningkat umur makin nampak tua. Mbak Wana ni makin meningkat umur nampak makin muda pulak" Wkakaka. Kembang kejap Mak jemah.


Okey ni gambar gedik. Ekekeke. No edit no effect. Tapi part mata tu memang nampak sangat kesannya. Sukaaaaaaaaa. Dan minyak nampak kurang sikit. :D


Okey lah kalau part parut jerawat ada perubahan nanti aku apdet lagi.
Now di samping minum collagen ni, aku pakai sheet mask seminggu tiga kali.
Sebab Datin Fieda pesan nak cantik kene macam tu. Hahahaha.
Okbai.




23 comments:

  1. wah bguslah sbb berkesan.. mgkin kut org..skurgnya dah cuba =)

    ReplyDelete
  2. Interesting jugak produk ni.. Kite pun mata kekuningan jer.. Kalau dapat jadi fresh & putih balik macam ni, mau jgk try.. Nanti update lagi ye perkembangan after a month consume produk ni..^_^
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  3. kulit sensitif macam sy.. alhamdulillah dah nampak perubahan hihi cantik

    ReplyDelete
  4. sis masih minum lg ke collagen ni? ok dak?

    ReplyDelete
  5. @Anonymous
    Masa peknen aritu terus stop. Now tengah try shaklee. Dah tak minum ni lagi dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. shaklee powder tu eh..elok tak sis? kalau banding dgn kimohimitsu ni?

      Delete
    2. shaklee powder tu eh? berkesan tak sis? kalau banding dgn kinohimitsu ni?

      Delete
  6. Good sharing, Kinohimitsu Collagen Drink is no ordinary collagen drink. It comes with 5,300mg of Collagen Peptide specially designed for mature skin to restore youthfulness, resilience and radiance. For detail review visit:
    http://kidbuxblog.com/the-one-and-only-beauty-drink-you-ever-need/

    ReplyDelete
    Replies
    1. How about people with Enzema? Can consume? Any side effects?

      Delete
  7. Sekarang sis masih consume kolagen ke?

    ReplyDelete
  8. @afiqah
    Masa peknen aritu terus stop. Now tengah try shaklee. Dah tak minum ni lagi dah.

    ReplyDelete
  9. Salam.nape sis stop? parut jrawat kt muka sis hlg dan makin crh x?

    ReplyDelete
  10. Salam sis..npa sis stop.. msa guna dlu parut jrawat hlg dan maken cerah x?

    ReplyDelete
  11. Salam.nape sis stop? parut jrawat kt muka sis hlg dan makin crh x?

    ReplyDelete
  12. @Nisma Hatori
    masa peknen memang terus stop. takut effect pape je. hehe. pastu try shaklee. bila shaklee lagi bagi kesan terus guna shaklee je.

    ReplyDelete
  13. Saya prcaya produk kinohimitsu ni mmg bgus. Sbb sya alami perubhan yg banyak..sya sugggest bli produk ni.sya amal dr 2013 mmg bnyak prubhan

    ReplyDelete
  14. samalah kita muka jenis yang liat nk licin tanpa jerawat..tiap kali period mesti naik jerawat..yg naik bukan kecik yang jenis merah dan besar dan tak de isi tu..mmg sakittt...nak picit pun tak leh sbb xde nasiknyer tu..azabbb...skrg dh ok sikit sy try amek shaklee gak..utk mslh hormon..dan vitamin c..cpt je kecut jrwt...apelah nasib..muka dh mcm ni redha jela T__T

    ReplyDelete
  15. Thanks for your review. <3 i believe its good product.

    ReplyDelete
  16. Aya pun suka makan ni.. Cuma masalah nya yg perasan selepas 6 bulan makan, berat badan naik mendadak. M.. Mmg mcm tu ke?

    ReplyDelete
  17. kalau dh mnm collagen ni.. skin care sis pakai x?

    ReplyDelete

What says U?