Pages

Tuesday, March 27, 2012

Peringatan Bersama :)

                     
Semalam aku pergi timbang.
naik 2 kilo.
aduhh stress.
dan2 lah pulak kan nak stress bagai.
time makan takde lah pulak nak stress.
eh makan tu ape?
hahahaha !



ni semua last week punya pasal lah.
Akram punya pasal pon ade jugak.
Khamis malam dia ajak pekena Kenny Roagers.
Jumaat malam dia ajak Steamboat. dan aku dengan rela hati nya melantak tak hingat dunia sampai 2 jam.
daripada pukul 930PM sampai 1130PM.
paling best topup ais krim sampai 5 kali.
tetiba nak menyesal sekarang.
T____________T



pastu sabtu malam ajak aku makan Burger Bakar Kaw-Kaw pulak.
makan burger 3 tingkat dah pukul 1130PM.
balik terus tido pulak.
memang badan pon bagai dipam-pam lah.



Ahad malam pulak ajak makan nasi sebab dah 3 hari tak jenguk nasi.
kalau dah makan nasi tu haruslah lauk nye tomyam ayam, kerang bakar, sotong goreng kunyit, telur bistik.
maka jangan lah nak stress2 sebab sape suruh melantak macam bela saka kan.
okbai.




bila aku mesej Akram cakap dah naik 2 kg dia cakap "itu lah. dah cakap dah macam gemuk. tak caya"

konghajo.
padahal dari dulu sampai sekarang sentiasa cakap aku gemuk walaupon aku pernah kurus.
pernah kewwww?
hahahahaha !
pastu salahkan aku sebab makan banyak padahal dia yang ajak.
ape pon tak boleh.




dah la nanti aku kembali makan roti dengan tuna je.
hehehehe.



actually aku nak cerita kat korang ni.
PERINGATAN lah kirenya.
lagi2 yang suka sangat camewhore dengan gf/bf masing2.
aku tak. aku  kan pemalu. hewhewhew.



hari tuh ade lah sorang kawan ni kene tangkap dengan pegawai agama dekat depan bangunan kehakiman Putrajaya.
ala depan tuh kan ramai2 je orang lepak2 kan.
tapi bukan kene tangkap basah ke ape ke.
kene tangkap sebab time tuh dia amik gambar dengan awek dia and time tu pulak dia peluk bahu awek dia.
alah bese lah kan couple2 ni amik gambar laga2 pipi lah.
peluk2 pinggang lah.
peluk2 bahu lah.



tiba-tiba ada pegawai agama datang dari belakang and terus snap gambar dorang.
terus kene cas berkelakuan tidak sopan di tempat awam.


bangunan kehakiman.


dia cakap kene datang pejabat agama hari Isnin which is semalam.
and dia cakap maksimum kene denda rm1000 sorang.
tapi aku tak tanya pulak Akram ape cer selanjutnya.
maybe kene sesi kaunseling kot.



so adik2 yang baru nak up ni tak payah la nak bergambar sangat ye.
bukan boleh kenyang pon tangkap gambar tuh.
baik kau pergi makan.



walaupon aku suka bergambar sebelah Akram sebab aku nampak putih (puihhhhhhhhhh)
tapi aku jarang amik gambar dengan dia sebab dia ni pemalu nak amik gambar.
aku lagi lah pemalu. wakakakaka :P
kalau dah kene tangkap lagi lah malu berganda-ganda ye dak.
tak pasal2 kene datang pejabat agama. nak kene mintak cuti lagi.
kan dah serabut.


walaupon kau boleh cakap tak buat ape2 tapi dorang ada gambar kot.
peluk2 belum kawen kat tempat awam.
ape nak jawab depan pegawai agama?


okbai.



                       

12 comments:

  1. makan jela dik sementara sihat..lps tu ko bantailah bersenam..gi dating jalan kaki ker hikhik


    hemm..takpelah x pegang tangan..nnt dh kawen bkn setakat pegang tgn nk pegang apa pon boleyy errkkk..



    p/s: akak lum smpt gi bank semalam, insya-allah dlm minggu ni ;)

    ReplyDelete
  2. @azam
    memang susah.
    jadi tak payah amik gambar.
    kekeke :P

    ReplyDelete
  3. saya pun malas nak fikir berat dah..sebab memang tak mampu nak kawal selera makan..hehe..

    ouh..ada jugak ek kena tangkap sebab bergambar macam tu..? baru tahu ni..

    ReplyDelete
  4. bhyakan yg kes gtu..

    ps/ yui ni akan bertmbh mok lau kuar dgn shapit.. walau 2-3 bulan sekali jumpa..hihi.

    ReplyDelete
  5. erk.. baru pelok ckit nk amek gmbr kene pegi pjbt agama dh.. haha..
    kite pon xde amek2 gmbr ngn boipren..
    bahahhaha..

    ReplyDelete
  6. Aku slalu gak nampak dak dak baru nak up ni nak peluk peluk sakan bagai.tah la.slah ibu bapa atau masyarakat kurang memberi peringatan dan teguran atay mereka sendiri yg bengap.

    Ko kmain makan nasi dgn tomyam,kerang bakar,telur bistik,ayam masak kunyit,ikan siakap tiga rasa,udang goreng teping,lala masah merah bagai kan.mana tak naik dlm skelip mata.hahaha

    ReplyDelete
  7. amboiii....cmna badan x naik...menu makanan kaw2 punya...

    tu dia RM1000 kena....btol ker tu?? kesian diorg..hehehe..

    lebih baik malu2 nk amik gmbr drpd dapat malu kena tangkap gmbr dgn orang pejabat agama..

    ReplyDelete
  8. @shahrazali
    tak payah nak kesian. haha !
    sape suruh menggatal kat tempat awam.
    huhuhu :D

    ReplyDelete
  9. hadoi, siap snap pict lagik.. advance btl diorg...

    ReplyDelete
  10. heee..

    xpee bykk ms lagi blh diet..hihihi

    :)

    ReplyDelete
  11. setan la yg bisik2 kt diorang suruh buat cmtu...hahaha...

    ReplyDelete

What says U?