Pages
▼
Monday, July 9, 2012
Butter Prawn, Sayur campur goreng sos tiram dan telur bungkus.
Selalunya Jumaat malam aku akan keluar dinner dengan Akram.
tapi sebab last week hari Jumaat tu Akram kene kerja 24 jam so aku cakap nak masak untuk dia hari Sabtu tu.
sweet gila kan aku.
rugi lah lelaki yang ditinggalkan oleh aku dulu. tulah sape suruh carik pasal.
kahh kahh. okbai.
Aku tanye Akram dia nak makan ape. Dia cakap ketam.
okey tak reti.
bukan tak reti ape. tak reti nak pilih ketam and tak reti nak siang ketam.
setakat masak tu apedehal google je resepi. hahaha !
aku ni memang tak reti nak beli barang2 basah ni.
nanti kalau dah kawen nak make sure barang2 semua dah ade tinggal nak masak je.
(fikir jaoh nampak. kahh kahh)
dan aku adalah tak reti siang ikan. okey fine aku memang penggeli sikit.
tapi pegang ikan untuk masak aku okey je.
cuma untuk siang2 ikan ni errghhhhhh.
last2 terfikir nak masak butter prawn.
sebabnya tetiba macam ramai pulak yang up gambar butter prawn kat Instagram (iklan kejap : kalau nak follow I boleh la search syazwanajamal. sekian terima kasih. hewhew).
so balik kerja terus singgah pasar malam beli barang2 nak masak.
pastu teringat jugak Akram suka makan sayur campur goreng sos tiram.
kalau sayur lain memang dia tak makan.
dia makan sayur campur je. bagus benda senang jugak yang dia suka.
and dah alang2 nak masak sayur campur tuh, aku nak buat telur bungkus sekali.
Resepi Butter Prawn with egg floss.
Bahan-bahan:
1. Udang (aku guna dalam 20 ekor camtu)
2. Kuning telur (2 biji)
3. Daun Kari
4. Butter
5. Cili padi
Cara-cara:
1. Perap udang dengan kunyit and garam dan goreng. Aku guna minyak and campur sikit dengan butter. Angkat and letak tepi.
2. Pukul kuning telur. Ada orang campur kan dengan susu cair tapi aku lupa nak beli. Letak butter sikit dalam kuali and goreng kuning telur tu. Kacau sampai pekat. Then masukkan daun kari dengan cili padi yang dah dipotong-potong. Kacau sampai garing. Tapi aku silap sebab aku terletak lebih butter. So egg floss aku tak berapa nak garing :(. tapi sedap2 tetap sedap. hahaha. tak habes2 nak puji diri sendiri :P
3. Masukkan udang and siap ! aku tak masukkan garam sebab dah perap udang dengan garam. nanti masin sangat.
Akram tak cakap sedap. Sebab aku suka puji diri sendiri.
hahaha !
dia malas nak layan.
tapi dia makan banyak jugak.
so aku paham lah dia malas nak puji aku depan2.
nanti aku kembang semangkuk.
maklumlah orang hebat. kahh kahh.
okey yang tanya resepi Triffle boleh tengok SINI sebab aku pernah share dulu.
itu saje.
jangan malas2 nak masak tau.
oh ye sebut pasal masak2 ni teringat pulak hari tu Akram ade cerita pasal kawan kerja dia.
ada sorang mamat tempat kerja dia ni baru kawen.
buat loan rm30k dan habes untuk kawen saje.
tapi bini punye lah pemalas nak masak. asyik je makan kat luar. pergi keje pon takde bawak bekal.
dah la bini dia tak kerja.
then Akram dengan kawan2 dia cakap "tak berbaloi RM30k kau. hahaha"
and ade lagi sorang yang baru kawen jugak ni.
dia bagi hantaran RM10k je.
tapi bini dia rajin gila masak. bawakkan bekal untuk laki.
pastu dia cakap "macam ni barulah berbaloi bagi RM10k"
hahaha !
so jangan ingat lelaki zaman sekarang ni tak penting kan ciri2 perempuan yang pandai masak ye.
okbai.