Tuesday, July 3, 2012

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang cawangan Wangsa Maju

                                 
Beberapa minggu lepas (ye saye memang suke peram cerita lama-lama) aku follow Akram pergi wedding kawan kerja dia.
Wedding tu kat Felcra Rumpun Makmur, Pahang.
Actually sebenarnya dia nak pergi dengan kawan2 dia. Sebab dia malas nak drive.
Tapi sebab hari tu dia kene amik barang adik dia dulu kat Jengka kot, so dia pon bawak lah aku teman.
Adik dia cuti sem so kene kosongkan bilik.


Dah la Jumaat tu Akram kene kerja 24 jam.
Maknanya hari Jumaat tu dia masuk kerja pukul 730am. Balik Sabtu pagi tu 730am.
Tapi dia balik awal sikit dalam pukul 2 camtu kot dah balik.


So sabtu pagi tuh kitorang pon gerak lah.
tak saing dengan kawan2 dia pon.
tapi dekat highway tu terjumpa jugak satu buah kereta.


Tak ingat sampai tempat adik Akram pukul berapa.
Lepas amik2 barang, bawak adik dia pergi breakfast, hantar pergi bus stand, tunggu dia naik bas then baru lah kitorang gerak pergi kenduri kawen.
Sampai pukul berapa entah.
Tapi pengantin dah siap bersanding. Gila awal. rasanya time tuh belum pukul 2 lagi.
So tak dapat tengok pengantin bersanding.


Terus pergi makan. Khemah pulak takde kipas peh memang berjuraian lah peluh aku dalam baju.
Hari tu pulak memang panas gila.
Lepas tuh yang lagi pelik kenduri kawen tu lauk dia semua daging.
memang banyak lauk tapi semua daging.
aku memang makan daging tapi actually kalau pergi kenduri kawen aku lagi suka amik ayam.
daging ni aku kureng sikit.


dan aku main makan je tanpa mengetahui tu daging ape.
ingat kan daging lembu.
rupenye hari tuh Akram baru bagi tau aku yang kawan2 dia cakap itu daging kerbau.
okey aku memang rasa nak muntah dengar.
dan seumur hidup aku tu lah pertama kalinya aku makan daging kerbau.


rasa dia memang bagi aku takde beza sangat.
tapi bila terbayang kan kerbau, eh rasa macam nak terkeluar balik pulak ape aku makan.
pasni kompem aku akan tanya setiap daging yang ada tu daging ape.


lepas makan dorang kawan2 pon berkumpul lah. aku malas nak campur sangat. hahaha !
gambar dengan pengantin ade tapi kat kamera kawan Akram.
time tuh kitorang tak pakai henpon sanggih lagi so gambar pon segan2 je nak amik.
kahhh.


lepas tu dah abes borak sume kitorang pon nak gerak balik.
kawan2 Akram nak singgah mandi manda kat mana entah.
tapi laluan on the way balik KL lah.


on the way nak ke air terjun. baru je eksiden. polis pon tak sampai lagi. gambar kereta tak sempat nak snap. pemandu lori tuh berdarah-darah. yang kereta tu driver dia minah salleh tak silapnye. tapi takde yang maut.





dan kami pon sampai ke Air Terjun Lentang (ok dah betulkan. Semanggol jadah sangat. itu kat Perak. ni gara2 teringat berhenti kat RnR Semanggol la ni -__-). Aku kan pelupa. Hihi.
Kena lalu jambatan gantung. Aku dah la gayat. Mencik tau. Kayu dia pulak ala-ala dah uzur. Macam nak pitam aku.



Akram dengan kawan2 dia bersuka-ria lah mandi.
Aku duduk jauh sikit.
Yelah dorang semua mandi pakai boxer kot.
Aku yang malu. Wakakakaka.
kadang2 aku jeling2 jugak :P
Tapi kene cover2 sikit.
Buat2 pandang Akram je.
Kang nanti dia sentap pulak. Ada yang kene tinggal kat tengah hutan.



Lepas mandi ada sorang tu ajak makan mee udang mak jah kat wangsa maju.
tapi ada yang taknak pulak.
Akram cakap sape yang nak pergi je lah.
yang taknak boleh balik.
tapi dorang ni mengada-ngada.
sorang taknak pegi semua macam malas nak pergi. konon nak pergi konvoi lah ape lah.



last2 bila dah masuk highway tu semua hilang.
aku dengan Akram ni tak kisah. Kitorang kan memang suke berjalan.
Akram suruh aku gugel alamat mee udang mak jah tu.
dah alang2 berjalan ni kan. baik lah jalan je terus.
dorang taknak pergi biarkan. biarkan mereka. ketepi ketepi.


Aku cakap dengan Akram "tengok lah kelebihan pakai smart phone"
boleh gugel jalan. boleh papago.
tengok boleh carik kedai mee udang Mak Jah.
Akram jeling-jeling je.


Sekarang dah tak boleh berlagak dah sebab dia pon dah pakai smart phone.
huhuhu.
Rupanya kedai tuh dekat area2 Wangsa Walk je.
dekat jugak dengan Burger Bakar Kaw-Kaw tuh.



Aku order Mee Udang Mak Jah special. Wallaaaaaaaaaaa. Besau gila udang2 dia. Memang puas hati. Mee Udang special RM12. Udang 6 ketul besau-besau. Kalau amik yang biasa RM8 kot. Tapi udang dia aku rasa mesti kecik2 tak pon bilangan udang tu kurang sikit.





Mee Udang dia memang sedap. Dah nama kedai pon kedai Mee Udang kan. kalau tak sedap memang aku meroyan jugak kat situ.




Akram cakap dia nak try lain. So dia order kueh tiow udang special. Tak ingat lah bape hengget. lebih kurang harga aku punya jugak kot.




Tapi kueh tiow dia biasa saje. Aku tak rekemen korang try. Aku rekemen korang try Mee Udang dia. Memang marveles. Kueh tiow dia biasa. Pastu macam rasa pahit2 sikit. Tak tahu lah ape yang pahit tu. Tapi udang dia tetap besar lah. puas hati makan udang dia.



Kalau korang nak try ini alamat dia :


22, Jalan Wangsa Delima 10,
Wangsa Maju,
Kuala Lumpur.


Kalau guna papago tu search je jalan wangsa delima 10. Kompem tak sesat.
Restoran dia hujung sekali tak silap aku.
Belakang wangsa walk.



Dah siap makan semua kitorang pon jalan2 kat Wangsa Walk sebab Akram nak carik kedai Levi's yang murah tu.
Tapi tak beli pon sebab jeans yang dia berkenan semua takde size.
tu lah aku suruh diet taknak. haha !


Lalu depan Hot n Roll macam bau sedap.
Akram tak pernah makan. Aku pulak baru sekali je kot pernah makan.
So order lah satu chicken n cheese.
Akram ni perangai dia kalau bab2 makan ni memang dia jarang try benda2 baru.
selalunya aku je lah yang bawak dia makan benda2 macam ni.
kalau harap perut dia tu balik2 nasi. balik2 nasi.
kalah perut aku yang jawa tegar ni.



dan setelah kenyang baru lah kami balik kerumah.
selagi tak kenyang selagi tu tak reti nak balik kan.
tapi aku suruh Akram lalu depan kedai burger bakar kaw-kaw tu saje mengimbau kenangan yang macam orang gila beratur 3 jam semata-mata nak makan burger.
aku pon macam tak percaya aku sanggup buat camtu.
tapi masa kitorang pergi tu still ramai lagi orang tapi tak lah seramai masa zaman kegemilangan burger tu dua bulan ke tiga bulan lepas.
lagi pon now dah macam banyak orang bukak burger bakar kan.



ok aku nak merehatkan diri sebab hidung aku ni tetiba jadi paip pulak.
Akram demam, hidung aku pon nak demam jugak.
mengada-ngada.



okbai.


                                                   

18 comments:

  1. kbtulan klmarin g medan selera mee udang d sg. dua penang.. mkn mee udang.. femes mee udang sini.. tpi diorang ckp, mee udang mak jah lgi sdap.. trbaek..

    ReplyDelete
  2. hihi, rajin betul pi jalan2 cari makan ;p

    ReplyDelete
  3. bapak udang ke die letak?
    besar..
    haha

    ReplyDelete
  4. haiiihhh.. org wangsa maju ni pon belom pg makan lg burger bakar tuh.. mee udang sedap ek?..saya tak suka mee lah plak. tapi boleh rekemen kt cik abang neh. selalu dia dok bangga ngn mee udang tepeng dia je

    ReplyDelete
  5. wah bestnyeeeee..
    burger kaw2 pn lum try lg
    petah mee udang mak jah
    uwaaaaaaaaaa. . apekah?
    nmpk gayanye pas kawen la baru dpt g kot..

    aish. .. jeles2.. heee

    ReplyDelete
  6. semanggol kat perak...air terjun semanggol kat ne tu..
    amboi promote mee udang nampak.sure sedap dah promot2 ni

    ReplyDelete
  7. omg awak sedapnya nampak. udg besar2.

    ReplyDelete
  8. Aku pun dh mkn mi udang ni ujung taun lps kalu tak silap... http://tatyhasbi.blogspot.com/2011/12/petang-hari-dok-pekena-mi-udang-mak.html
    Sdp kan???tringat2 plak skang..ni suma ko pnya psl la ni...adeeeehhhhh....nk mi udanggggg.... hehehe....

    ReplyDelete
  9. @nurfa22
    memang sedap !
    rasa macam nak pergi lagi. hehehe

    ReplyDelete
  10. @Syazana Zainn
    bab makan memang tak pernah malas.
    hahaha

    ReplyDelete
  11. @Ezy Chiaki
    bapak udang tak pon atok udang.
    seyes besar sangat.
    puas makan :D

    ReplyDelete
  12. @♥fie yasmin♥
    uish sedap ape mee.
    rugi tau tak makan.
    hahaha !

    ReplyDelete
  13. @nazirah
    hahaha.
    silalah contohi kami yang kuat makan ini. kekeke

    ReplyDelete
  14. @Aishah Jahirah
    hahaha okey dah betulkan :P
    teringat mase berhenti kat hentian semanggol dulu.
    main taram jek. ekekekeke.
    sebenarnya air terjun lentang. kikiki

    ReplyDelete

What says U?