Pages

Thursday, December 6, 2012

Minuman Terbaik Atasi Masalah Kencing Tak Lawas

                           
Morning uolls.
Hari ni dengan baik hatinya aku nak share satu benda yang amat sangat penting bagi aku.
Bagi aku lah. Bagi korang aku tak tau lah penting ke tak kan.


Semalam aku saje try check statistic blog aku.
Page view paling banyak adalah untuk entry aku pasal Kencing Tak Lawas.
Kalau tak tahu Masalah Kencing Tak Lawas tu ape boleh baca tanda-tanda dia kat SINI.
Sebab aku tau tak semua pon orang tau pasal penyakit ni.
Even masa first time aku kene pon aku tak tau apesal aku jadi camtu.
Tetiba masa kencing rasa sakit. Pastu bila kencing rasa tak puas.
Kejap2 nak pegi toilet kencing.
5 minit pastu rasa nak kencing lagi.
Serius sengsara gua cakap lu.


Sampai lah mak kawan aku cakap yang aku kene kencing tak lawas sebenarnya.
Orang cakap senang nak kene kencing tak lawas ni sebab kurang minum air.
Dan aku memang selalu kene marah dengan Akram sebab pemalas nak minum air.
Bukan setakat air masak, air manis pon aku memang pemalas nak minum jugak.
Sampai satu tahap aku lepak kedai makan dengan Akram aku tak minum air sebab tak tau nak minum air ape. Kahhkahh !
Tolong lah jangan ikot perangai Kak Wana ni ye adik2.


Masa aku pergi farmasi nak beli ubat kencing tak lawas tu akak farmasi tu bagi pil dengan antibiotik.
Tapi ubat tu macam lambat berkesan sikit.
So tak best.
Sebab bila kau kene kencing tak lawas ni kalau boleh ko nak baik on the spot.
Nampak tak macam mana sakitnye.


So akak farmasi tu syorkan aku satu jus ni untuk aku minum.


Jus Cranberry. Pernah dengar ?


Seriously kalau korang selalu kene Kencing Tak Lawas aku syor kan korang beli Jus ni.
Actually aku baru beli sekali kat farmasi area2 rumah aku kat Pantai Dalam.
Tak sure lah kalau semua farmasi ade jual.
Insya Allah ade kot.



Nature's Best Weapon against Urinary Tract Infections


Don't worry sebab ini bukan ubat.
Ini 100% Memang pure Jus Cranberry ni.
Dan dah cakap 100% memang pure kan so rasa dia memang masam gila lah.
Aku dah la tak suka benda2 masam ni.
Tapi apa kan daya. Yang penting aku tetap sweet. Auwww.


Jus ni simpan tempat dingin okey.




Actually akak farmasi tu suruh minum hari2.
Tapi sebab aku kan pemalas so agak2 macam ade tanda2 aku nak kene kencing tak lawas baru aku minum.
Dan sebab ape aku syorkan jus ni kat korang?
Sebab macam aku hari tu.
Jumaat malam aku dah rasa dah masa nak kencing tu macam ada rasa sakit2 sikit.
So before tido aku minum satu penutup dan bangun pagi kembali normal.
So now aku memang minum kalau dah nak kene je lah.
Jimat sikit.
1 botol 500ml RM 50. Save sikit. I kan kedekut. Eh bukan kedekut tapi Jimat. HAHA !


Kedekut sampai asyik je kene marah dengan Akram sebab dia suruh pergi jumpe Dokter check kot2 ade masalah lain ke ape ke kan.
Tapi aku malas nak pergi.
hehe.






Dan aku nasihatkan korang yang pernah kene kencing tak lawas tu sila lah jangan tahan2 kencing.
Kalau rasa2 nak kencing tu cepat2 je lah pergi toilet.
Sebab akak farmasi tu cakap dengan aku macam ni.

Air kencing kan kotor kan. Ada kuman.
So bila ko tahan2 kencing ko, kuman tu pon tak keluar lah.
Tu yang dia effect kat saluran kencing ko tu.
Dan bila once ko dah kene kencing tak lawas ni, kuman tu dah macam ada tapak untuk dia stay if korang still tahan2 kencing.
Kira macam bila ko tahan, kuman tak dapat keluar, dorang pegi cari port ah.
Dan seterusnya menyebabkan berlaku balik penyakit ni. begituew. Hihi.


Aku selalu jugak cerita kat kawan aku pasal penyakit ni.
Bila aku tanya "Ko tau camne penyakit ni?"

Dia jawab "Tau. Mak aku selalu jugak kene"

Okey fine.
Penyakit orang2 tue. Huhu.

Apa2 pon yang penting korang kene dapatkan konsultation dari doctor dulu ok?