Thursday, July 19, 2012

Banyak betul penyakitnya.

                                   
Aku kan pernah cakap before ni aku pernah kene kencing tak lawas kan.
minggu lepas seminggu jugak lah aku kena lagi.
baru semalam dia macam okey sikit.
itupon setelah menghabeskan duit dekat 70 hengget.
*nanges*



aku rasa setiap kali keluar makan aku order air barli.
barli suam lagi.
sebab orang cakap air barli boleh cegah kencing tak lawas ni.
tapi tatapppp kene.



walaupon takde lah sakit macam sakit nak bersalin tu *macam pernah bersalin kan*
okey tukar lah.
walaupon takde lah sakit macam period pain tapi tetap sakit tau.
at least kalau kene period pain tu kau boleh la makan ubat, minum susu, tuam perut dengan benda panas pastu tido.
tapi kencing tak lawas ni nak tido pon terganggu.
kalau tengah tido dia rasa nak terkencing boleh ke taknak bangun?
pulak tu sakit kat bahagian ehem ehem kau. bahagian paling sensitif.
paham2 je lah kan.



Akram cakap banyak betul penyakit aku.
amboi merungut nampak.
hahaha !
Akram memang banyak kali suruh aku pergi klinik tapi aku kan kedekut. kahh kahh.


aku cakap dengan Pn. Ibu. Pn. Ibu suruh pergi farmasi beli ubat.
rupanya Pn. Ibu pon selalu jugak kene.
so dia memang selalu standby ubat.
dia cakap ubat cecair.
so ahad lepas alang2 aku ke Paradigm Mall aku singgah farmasi dalam tu.
dah sakit2 pon still nak berjalan. dasar perempuan. hihihi


tapi farmacist tu bagi aku ubat macam serbuk.
yang kene larutkan dalam air tu.
bila tuang dalam air dia bagi reaction macam panadol soluble masuk dalam air.
tapi naseb baik rasa dia just masin je. tak payau macam panadol soluble tu.
aku beli 4 paket ke 6 paket. lupa sudah.
tapi dah dua hari minum still takde ape2 effect.


so hari selasa tu aku pergi farmasi dekat2 dengan rumah aku.
mula2 dia nak bagi aku ubat yang macam aku beli tu tapi aku pon cerita lah yang ubat tu tak jalan.
aku tanya ade ubat air tak. farmacist tu cakap ubat air sangat tak sedap.
eleh macam lah ade ubat yang sedap kan. haha !
takde lah dia cakap ubat cecair tu rasa payau camtu.


so dia bagi aku ubat lawas kencing yang jenis gel dengan ubat mati kuman.


Ini ubat lawas kencing. makan 3 kali sehari sebelum makan.




Ini pulak ubat mati kuman. 3 bijik. makan sekali sehari sebelum makan.



Pharmacist tu cakap selalu nya orang kene kencing tak lawas ni sebab kurang minum air.
pastu suke sangat tahan2 kencing.

okey aku ni bukan lah tak suka minum air.
aku suka je minum air masak.
tapi disebabkan toilet kat opis aku ni jauh nak menapak so aku malas sangat nak minum air.

nanti kalau asyik minum air kejap2 nak pergi toilet.
kang 15 minit lagi nak pergi toilet.
penat lah.

aku ni dah la daya kemutan untuk menahan kencing tak tak berapa nak kuat.
kesian kan tak kawen lagi daya kemutan dah lemah.
*cepat-cepat google jamu*  eh?



Pastu pharmacist tu cakap air kencing kita kan ade kuman kan.
so kalau kite suka sangat tahan kencing, kuman2 dalam air kencing tu boleh melekat kat pundi kencing kita.
so bila kita rasa sakit masa kencing tu maknanya kuman tu ade kat badan kita.
bila kita dah pernah kene, lagi senang kuman tu nak melekat sebab dia dah ade tapak.
so pharmacist tu suruh aku minum jus craneberry sekali.






Jus ni bukan ubat.
tapi dia mencegah untuk kene kencing tak lawas ni.
50 hengget kau.
dah la masam yang amat.
kalau bulan pose ni minum lepas berbuka and lepas bersahur.


yang ubat lawas kencing tu kene makan 3 hari je.
pharmacist tu cakap itu ubat antibiotik so tak boleh makan banyak.
kalau tak okey lepas 3 hari dia suruh minum jus ni je.
tapi lepas sehari aku makan ubat tu alhamdulillah dah okey sikit.
dah tak rasa sangat dah sakit bila kencing tu.
lepas kencing pulak takde dah rasa tak puas.


mulai hari ni terpaksa jugak minum air banyak.
jadi minah toilet pon jadi lah.
asalkan sihat.

kalau biar boleh kene penyakit buah pinggang.

korang sanggup?
aku tak.



UPDATE ! : UBAT TERBAIK ATASI MASALAH KENCING TAK LAWAS..

okbai.


                                               

11 comments:

  1. bhya tu.. cam sedap je jus tu..haha..

    moga cpt sihat dari lws tu ea..

    ReplyDelete
  2. takutnye kene penyakit cam tuh. kite klo tgh tido malas betul nak bangun pegi toilet. hehe.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..hii..emm kalau dah slalu kna, better dptkan rawatan pakar la..dulu sy slalu kna sakit mcm ni.1st kencing x lawas, then side efct die kne kencing kotor,pg hosptl n dpt ubat tapi x mkn abes trutama antibiotik n ubat yg x sedap di dunia tu..ubat air kale putih.ye la bila dh ok lupa nak makan.n skg dah disahkan Buah Pinggang dah ada masalah..Nifrotic syndrome..hidup bergantung dgn steroid,dulu kna makan setakat 2,3 biji ubat,tu pn x larat..skg kne amik dekat 21 biji sehari cmana tu..?? bila kita x abeskan antibiotik, kuman akan imun dgn antibiotik yg kita ambil lepas tu..so kuman tu akan hidup bersuka ria n akhirnya Buah pinggang jd mangsa..bila buah pinggang bermasalah segalanya bermasalah, mula jantung problem,kencing manis, darah tinggi, gastrik,tirod mcm2 lg la..hehehe so dapatkan rawatan sebaiknye, kalu bleh jmpa doc. baru kita tahu keadaan sbnar,bye..
    iklas dr sy

    ReplyDelete
  4. bahaya la dek oii tahan-tahan kencing..leh jd batu karang nnt


    kencing x lawas ni biasa mmg sbb saluran kencing dah kena jangkitan..pegila klinik amik antibiotik

    ReplyDelete
  5. cian wana.. arap cpt sembuh..
    sllu ke toilet xpe.. boleh sihat... boleh gak exercise..
    hihi

    ReplyDelete
  6. tak sanggup juga,,,,huhuhu

    ira dl suka tahan kencing..tak baik kan..

    ReplyDelete
  7. Selalunya penyakit kencing tak lawas ni terjadi dekat orang mengandung. Sebabnya, baby dah tekan pundi kencing mommy. Hehehe... Takpe, yang penting sekarang even 20 kali pun pergi toilet Wana kena jugak minum air banyak-banyak. Susah nanti kalau dah kahwin nanti.

    Take care dear :)

    ReplyDelete
  8. Saya xdpt tahan sllu ke tandas yaa setiap sy kencing skitttt btul ni sy rasa .but at the same time sy susah nak berak . Knpa tu ?

    ReplyDelete
  9. Saya xdpt tahan sllu ke tandas yaa setiap sy kencing skitttt btul ni sy rasa .but at the same time sy susah nak berak . Knpa tu ?

    ReplyDelete

What says U?