Pages

Thursday, February 28, 2019

REVIEW : Project B Asia Part 2


Hai gaisss.

REVIEW : Project B Asia Part 1

So macam yang dijanjikan, harini aku nak update perkembangan aku consume collagen dari Project B Asia ni.
Aku rasa muka aku dah kurang part merah2 tu. Kalau dulu macam ketara sangat lagi2 bila masuk tengah hari. Now kawan aku cakap makin glowing auchhhhhhhh :P

Hari2 aku akan consume masa breakfast. Boleh bancuh dengan air favourite korang. Macam aku, aku bancuh dengan jus oren. Terus minum pagi2 senang tak lupa. Kalau nak minum malam before tido memang confirm lupa. hehe

Thursday, February 21, 2019

Cathay Pacific Airlines, Rakan Perjalanan Anda



Hai gaiss. 

Aku tak tau lah korang macam aku ke tak sekarang ni. Lately ni hari-hari rasa macam stress semacam aje. Dengan banyak kejenya, dengan nak uruskan anak2 dua orang sorang2, dengan husband jauh fuhhh rasa nak pergi bercuti aje sekarang ni! Korang sama tak?  Kalau tengah2 stress ni mesti akan rasa kalau dapat travel pehhh seronok gila kan. Lagi2 kalau dapat hirup udara asing yang nyaman tu. Bukan nak kata udara kat Malaysia ni tak nyaman. Tapi kalau pergi negara luar, nyaman dia tu lain macam sikit kan. Hihi.

Tapi aku memang tak boleh nak bercuti lagi sekarang ni sebab kerja tengah banyak gila. Tapi kalau korang tengah free2 sekarang dan rasa nak berjalan dan rasa release stress meh aku share something yang best kat korang. So harini aku nak share kat korang salah satu airline terbaik yang boleh bagi travel percutian korang atau business travel korang jadi ceria lebih sikit daripada biasa. Apa airline yang bagus sangat ni? Pernah dengar Cathay Pacific Airlines? Mesti pernah kan. Apa yang special sangat dengan airline ni? Dah tak payah susah-susah nak fikir dalam2 pasal benda ni. Disebabkan aku terlebih baik harini (:P) so biar aku terangkan kat korang ok. Korang duduk diam2 je dan teruskan membaca. Firstly, Cathay Pacific Airlines ni akan bagi korang pengangkutan mudah untuk travel ke seluruh dunia, domestik dan antarabangsa. Kalau korang ada plan nak pergi bercuti, diorang ni boleh jadi salah satu pilihan perfect berbanding dengan airline lain.




Wednesday, February 20, 2019

Dua Hari Satu Malam di Singapura [6/2/19-7/2/19]



Hai gaissssss.

So ceritanya masa cuti raya cina haritu sempat lah aku sweet escape pergi Singapura sekejap. Masa tu aku amik cuti seminggu sebab adik ipar nak kahwin. Husband aku pon cuti 2 minggu. So alang2 nak balik Johor tu aku cakap dengan husband aku jom lah kite masuk Singapore kejap. Dapat berjalan tido hotel satu malam pon jadi lah. Hahaha.


Sebenarnya 6 passport tapi biasalah bila ada anak kecik ni dia pon sibuk je lah nak pegang semua benda yang mak dia ni pegang -__-

Trip kali ni aku bawak mak ayah aku sekali.
Actually lama dah plan nak bawak mak ayah travel ke oversea tapi masa kurang mengizinkan. Dan dalam plan list aku nak bawak sekali my mother in law berjalan sekali. Tapi sebab mil busy anak perempuan dia nak kahwin so takpa next time jelah. This time aku bawak mak ayah aku dulu.

Kitorang gerak dari Kota Tinggi dalam pukul 8am macam tu. Sampai imigresen dalam pukul 10am. Alhamdulillah tak banyak kereta. Smooth je proses. 

Tapi masa tengah que tu ada adegan kelakar gila jadi kat lane sebelah kitorang. Kan biasa nya memang ada polis yang akan standby untuk bukak bonet kereta kan. Sebelah kereta aku ni ada satu kereta Singapore. Ada sorang makcik ni yang drive. So polis ni pon suruh la makcik ni bukak bonet belakang nak cek.



Friday, February 15, 2019

Review : Project B Asia


Rasanya dah lama sangat aku tak ambil apa2 suppliment. Last masa pregnant anak sulung kot. Masa tu rajin amik vitamin C. Masa pregnant yang kedua dah start malas. Haha. Masa pregnant Aminah kulit muka aku naik jerawat teruk sangat. Tapi masa tu disebabkan kemalasan mengatasi segalanya so aku biar kan aje. Lepas bersalin Alhamdulillah jerawat hilang terus macam magic. Tapi tulah disebabkan masa jerawat naik dok picit tak hingat dunia so parut memang banyakkkkkkkkkkkk. Haihh.

Dan bila umur dah start masuk 30 series ni baru lah ada kesedaran nak jaga kulit muka elok2 sikit. Yelah kolagen dalam badan pon dah start menurun. Aku tanak lah jadi mak2 yang sendu. Impian aku nak jadi mak2 beranak ramai yang hot. wakakakaka.

Dalam banyak2 bahagian kat badan aku ni aku rasa kulit muka aku lah yang sangat bermasalah. As for now jerawat memang dah takde naik dah. Tapi pores besar, berminyak dan yang paling utama kulit aku selalu dehydrated.


 


Teruk kan? Haihhhhhhhh.

Dah la aku ni jenis kerja tak menentu. Sekejap duduk opis. Sekejap kene pergi site. Sekejap panas sekejap sejuk. Kesian kulit aku.

Malam2 pon ada hari yang aku memang tak sempat nak buat rutin untuk muka. Biasanya kalau anak2 dah terlalu mengantok, nak tido sangat dah dengan aku2 sekali tetido.

Ada one day tu someone approach aku untuk try satu Collagen ni. Dan disebabkan aku memang takde amik apa2 suppliment sekarang, so why not aku try kan. Untung2 semakin cantik hahahaha!