Pages

Thursday, April 23, 2015

Cuti-cuti Sabah Part 5 : Poring Hot Spring, Ranau Sabah


Destinasi seterusnya ---> Poring Hot Spring


Actually tempat ni tak masuk pon dalam plan kitorang.
Tapi sebab kitorang keluar dari Desa Cattle tu macam awal lagi je so Akram tanya nak pergi mana?
Aku mana la tau kan.
So Akram suruh decide nak pergi ke tanak Poring ni.
Aku pikir2 kalau balik KK pon takde nak buat apa pon dah. So alang2 sampai sini terus je la pergi Ranau. Kata berjalan kan.

Masa otw ke Poring tu, kita akan lalu pekan Ranau dulu.
Masa sampai pekan tu aku dengan Akram macam impress gila. Sebabnya nama je pekan tapi macam bandar weh.
Ada maybank besar, cimb besar, kfc besar, kedai makan banyak gila, ada pasaraya. Eh macam2 lah.
Rasa macam wow. Ingatkan Ranau adalah sebuah pekan yang agak sendu. Haha! Kalah Bandar Penawar Kota Tinggi tu. Harap nama je bandar. Bank besar pon takde.


Dah sampai.


Kaunter untuk beli tiket.


Pejabat pentadbiran tempat ni.


Kat kawasan luar ada jual2 macam ni.


Ni jalan nak masuk ke tempat2 rekreasi dalam poring tu.


Tempat check tiket yang beli tadi.


Tempat2 yang ada kat dalam kawasan ni.

Mula2 korang akan jumpa kolam air panas dulu.
Lepas tu naik sikit baru jumpa tempat2 lain.
Disebabkan kitorang ni tak tau nak buat apa, maka kitorang buang la masa dengan mendaki jambatan kanopi tu.
Mula2 tu macam eh nak ke tanak ek. Lepas tu Akram cakap dah alang2 sampai ni naik je la. Tak tau bila lagi nak sampai. So aku pon okey belasah je lah.

Selain tu tak silap aku dalam ni ada jugak taman rama2.
Tapi kitorang tak masuk lah.
Kalau nak ke air terjun kipungit tu tak silap aku kene mendaki lagi. Aku pon lupa dah. Tapi macam jauh sikit lah. Tapi air terjun tu ada limit masa. Tak silap aku sampai 2 petang je kot maksimum.


Nampak tak gigih gila mendaki bukit ni. Sebelum sampai ke kanopy walk tu kene mendaki macam ni. Tinggi weh. 800m tu. Pengsan! Naseb baik aku memang pakai kasut sukan tau. Tak silap aku last akupanjat2 camni 3 tahun lepas kot. Masa pergi air terjun congkak. Menggigil jugak kaki nak menyampaikan ke atas.

Oh lupa nak cakap. Nak masuk kanopi walk ni kene bayar tiket lain.
Tak ingat lah berapa harga. Yang aku ingat kalau nak amik gambar kat dalam guna henpon or kamera kene bayar Rm5.
Time tu kamera kitorang dah full memory so kitorang cakap tanak amik gambar pon.
Tapi sampai atas curik2 amik gambar jugak. Kikiki.
Tak tau ala apa reason dia nak cas orang amik gambar kat atas.


Nampak tu. Pehhh. Masa aku tengok ni tak tau lah nak ketawa ke nangis. Hahaha! Orang tu cakap paling tinggi 30m dari tanah. Seriously masa aku lalu ni siap selawat istigfar semua aku baca. Punya lah takut. Bahaha! Sebab aku ni gayat yang amat. Thats why aku tak suka pergi tempat2 adventure sangat. macam naik roller coaster tu. Rela aku tunggu bawah jadi budak pegang beg.


Curik2 amik gambar. Takde orang jaga pon. Kanopy walk ni panjaangggggggggggg gila! Tapi die takde lah straight terus panjang gitu. Dia ada station2 dari pokok ke pokok. Kat situ ada tulis berapa orang je yang boleh lalu. Masa aku lalu ni depan aku ada sekumpulan manusia lelaki yang badan agak besar jugak. So bila dia jalan belakang akan berayun. Kau tak menggigil gitu. Haha! Last2 aku biar dorang semua lepas dulu baru aku jalan slow2. And we did it!! Haha!


Ni masa jalan nak turun pulak.


Inilah dia hot spring konon2 nya. Haha! Yang dua kolam bulat tu bukan air panas. Sebab tu budak2 tu enjoy je terjun2 dalam tu.


Yang ni pon takde lah panas sangat sebenarnya. Suam2 je. itupon kejap je. Dalam 5 minit kot. Lepas tu sejuk balik -___- Akram malas nak basahkan kaki so aku je lah yang try. Dekat atas sikit ada pondok2 kecik dia buat macam yang aku duduk tu tapi kecik sikit. Untuk orang mandi2. Macam kolah kecik tu. ada pipe untuk air. Full!


Bila dah takda benda nak buat kitorang pon nak gerak balik la. Masa tu pukul 4 lebih kot.
Akram tanya boleh tahan lapar tak sebab malas nak singgah kat Ranau.
Nak direct balik KK je.
Aku pon okey je lah.
Bila kita buat aktiviti ni memang lapar tak termaktub dalam kepala otak.
Bila dah takda benda nak buat mula lah meroyan kelaparan. Hahahaha!

Perjalanan turun dari Ranau ke KK kejap je.
Aku rasa sejam setengah je kot. Sebab tak menyinggah mana2 kan.
Masa turun tu memang dah tak nampak dah puncak kinabalu dari jauh. Kabus tebal.


Masa ni kitorang otw nak pergi restoran gayang. Sebab ada orang suggest makan kat situ. Lalu la area ni dulu. Nama tempat ni Kampung Salut, Jalan Sulaman Kelapa Bakar kot tak silap aku. Kat sini banyakkkkkkk sangat kedai makan macam dalam gambar tu.

Bila sampai kat Gayang Restaurant tengok2 tak ramai orang pon.
Disebabkan malam sebelumnya dah melantak seafood banyak so tak rasa nak makan seafood lagi.
Tapi seafood kat restoran tu memang hidup2 lagi dalam akuarium.
So kalau ko nak makan ko pilih je seafood tu nanti dorang tangkap dari dalam akuarium tu.
Kitorang pikir2 balik malas la. Rasa macam nak makan biasa2 je. Terus patah balik ke gerai2 tepi jalan tu.


Pilih kedai ni.


Gambar ni nak tunjuk kelapa bakar tu. Nampak tak? Aku wonder jugak apa rasa kelapa bakar tu. Tapi kedai yang aku makan ni takde jual.


Gambar ni pulak nak menunjukkan kondisi dalam kedai ni. Aku cakap dengan Akram rasa macam dalam drama zombi kampung pisang pulak. Ekekeke. Sebab meja2 kayu. Kerusi2 kayu. Dah lama weh tak jumpa kedai makan camni. 


So kitorang order biasa je. Basically kedai makan banyak2 macam gambar atas tu semua lebih kurang menu ni jugak. Tapi masakan goreng2 dorang kureng. Boleh la telan jugak kalau dah lapar. Jelly kelapa tu sangat sedap! Yang lokan bakar tu pon sedap!


Nak balik tu konon2 tapau ayam madu sikit sebab takut malam lapar. Kikiki. Tapi tak abes pon sebab dah penat lepas mandi solat semua terus membuta.


Esoknya dalam pukul 10 pagi camtu kitorang brekfast dulu kat depan hotel. Ada satu kedai mamak. Then singgah pasar pilifin jap sebab ayah aku suruh beli ikan masin banyak sikit. Dalam pukul 11 lebih camtu check out.


Dalam flight. Konon2 ingat kan flight pukul 1 tengah hari dapat la makan nasi. Rupanya dapat sandwich je. Kelaparan ahkak. Nasi ada tapi kalau flight pukul 12 tengah hari. -__-


Alhamdulillah selamat mendarat. Masa ni dalam ERL. Laki aku sejak dua menjak ni asyik je ajak selfie. Haha!


So begitulah percutian kami 3hari dua malam di Sabah.
Seriously Sabah ni termasuk dalam salah satu tempat menarik untuk korang honeymoon. Tak rugi.
Hujung bulan ni macam nak ke Fraser Hill pulak. Sebab Akram dapat apartment murah kat sana untuk staff MAS.
hihihi.

bye!


1. Cuti-cuti Sabah Part 1: Departure, Arrival & Shang Ri La Hotel
2. Cuti-cuti Sabah Part 2: Pasar Filipin
3. Cuti-cuti Sabah Part 3: Makan seafood kat Sabah Waterfront

4 comments:

  1. Tq..info yg sgt best!sy nk g 5/3 ni..asyik review blog org jer.. :)

    ReplyDelete
  2. 3 hari dua malam pun tapi banyak cerita kan hhehe banyak tempat yang dikunjungi. lepas ni boleh try ke pulau area bandar KK lak :)

    ReplyDelete
  3. Terima ksh dik utk info2 yg diberi. Akk dh pergi thn lepas tapi tk sampai ke kundasang je lagi. Insya allh akn pergi lagi Disember nanti. - Kak Ila

    ReplyDelete

What says U?