Loading...

Monday, April 13, 2015

Cuti-cuti Sabah Part 3 : Makan seafood kat Tembok todak market, Sabah




Kalau datang Sabah tapi tak try makan seafood dia memang rugi la woi.
Lagi2 lobster dia. Murah la nak compare dengan semenanjung kan.
Kat sabah sekilo baru seratus lebih. Kat semenanjung beratus kan?
Jadi silalah amik peluang ini.

Itu lah antara tujuan aku jalan Sabah.
Sebab nak makan lobster.
Lobster murah je ku mampu. Mahal2 tak mampu. Mau gugur bulu2 kang nak bayar.

Kitorang try makan kat Tembok todak market ni.
Nama lain dia Waterfront Kota Kinabalu.
Betol2 depan monumen todak gergasi tengah jalan tu. Kalau pergi pasar filipin market ni yang paling kanan sekali.
Mula2 Akram ada suruh aku save nombor Salut Restoran.
Tapi Akram cakap die baca2 review orang cakap kedai makan ni not bad jugak.
Even ada satu kedai makan yang kitorang tapau makan tengah hari pon bagi cadangan suruh makan kat sini. So tu yang kitorang yakin sikit tu. Lagipon Salut Restoran tu agak jauh sikit. Takpe lah lain kali je lah.


Tu nampak tu todak gergasi. Betol2 depan Hyatt Regency Hotel



Kitorang keluar dalam pukul 8 malam camtu.
Baaanyaaaakkkkkkkkkkkkkk sangat kedai makan sampai tak tau nak pilih yang mana.
Tak silap aku ada tiga ke empat row kedai makan memanjang camtu.


Ushar2 seafood. Ushar2 harga. Geram betol aku tengok lobster besar2 tu.



Mula2 Akram survey lah jugak semua harga seafood.
Dah masuk row ketiga terus cakap "Eh tak payah la. Kite pergi kedai depan tu je lah. Situ okey jugak"
Hahahaha. Punya la banyak kedai sampai tak larat nak singgah tanya satu2.
Perot dah lapar satu hal jugak.


Kedai yang terpilih. Once Jawa forever Jawa. Bahahaha! Kedai ni jual lobster murah. Sekilo RM160 je. Kedai lain semua RM180. 


Antara seafood dia. Kerang dia tu besar dalam separuh tapak tangan aku okey. Agak ngeri la kalau nak makan. Hahaha!


Macam biasa Akram pilih seafood. Aku tak kisah. Asalkan makan. 

Mula-mula kitorang amik lobster sekor. Pilih king lobster. Lepas tu amik udang dia sikit sebab aku geram udang dia besar2.
Lepas tu Akram tanya nak apa lagi. Aku cakap tanak amik ikan ke? Sebab aku macam like dua lauk je? Eh cukop ke ni?
Hahahaha! Rupa-rupanya makan lobster tu pon dah kenyang. Serius. Besar dan isi dia banyaaakkkkkk sangat!

Tapi kitorang amik jugak ikan sekor. Sebab nak jugak try ikan bakar berlada dia.
Nak amik sotong goreng tepung tapi kang kalau tak abes mesti Akram membebel.
Jadi lupakan lah hasrat tu. Next time je la. haha!


Mat Salleh pon makan kedai ni. Tersengih-sengih masa aku amik gambar dia. haha

Tapi seriously aku cakap servis kedai ni memang cepat giler.
Kedai lain aku tak tau sebab aku makan kedai ni je.
Dalam 10 minit camtu dah siap semua lauk.
Kau cuba makan kat bagan lalang. Tak setengah jam lebih tak sah. Tu yang aku terkejut sangat tu.


Kerapu Bara bakar berlada. Akram cakap ikan ni kat semenanjung mahal. Kitorang makan malam tu dalam Rm15 siap masak. Besar jugak ikan dia.

Kau pernah tak dengar orang selalu cakap ikan rasa manis?
Aku ni dah naik tebal telinga sebab selalu sangat dengar. Bahaha!
Mak aku boleh beza rasa manis ikan. Ayah aku apatah lagi.
Kakak aku pon sama boleh beza ikan baru or lama sebab manis dia tu.
Even laki aku pon sama! Kalau makan kat kedai kang boleh tau ikan lama ni sebab manis dia dah takda.

Kalau tanya aku. Jawapan aku senang je "Ikan rasa ikan la. Apa rasa manis pulak. Rasa ikan semua sama je la"
Bahahah! Kadang2 rasa fed up pon ada.
Serius weh aku tak pernah rasa manis ikan tu camne.
Tapi kat Sabah ni untuk pertama kalinya aku boleh rasa manis ikan tu macam mana.
Serius tak tipu.

Selalunya aku tak boleh makan ikan gitu je tanpa sambal.
So haritu sambal dia bagi macam sikit. Ikan banyak lagi sambal dah habes. Akram dah tak larat nak makan sebab kenyang sangat. Amazingly aku boleh ratah ikan tu macam tu je tanpa sambal sebab rasa original ikan tu dah memang sedap. Sampai sekarang terbayang-bayang lagi manis ikan tu camne. Fuhhh.


Udang sambal. Udang rasa udang sama je rasa nya. Cuma masakan die ni boleh tahan sedap. Sambal pekat. Eh sedap lah.


Fresh!



King of the night. Cewahhhh. Yang atas tu lobster masak telur masin. Yang bawah masak butter kering. Serius banyak sarang telur dia tu. Presentation pon menarik.

Mula2 tak tau jugak tau nak masak apa. Nak amik tiga rasa macam dah banyak sambal pulak.
Naseb baik orang kedai tu rekemen masak telur masin and masak butter kering.
Dan naseb baik jugak tak amik masa butter basah sebab masak telur masin tu dah basah.

Masa lobster telur masin sampai aku ingat kan masak butter. Lepas tu cakap ngan Akram eh kite order butter keringkan. Kenapa ada kuah. Bluuur.
Bila lobster sarang telur sampai baru lah owhhhh tu masak telur masin. Yang bersarang tu butter kering.

Yelah selalu makan kat bagan lalang masak telur masin mana ada berkuah macam tu kan.
Tu yang teruja tu.
Kalau korang tanya aku apa rasa lobster aku pon tak tau nak jawab apa. Yang penting sedap sangat orang sabah ni masak. Sampai nak menangis terharu sebab aku jarang puji kedai makan yang betul2 sedap. Selalunya komen aku "boleh la" "biasa je" "okey la sedap jugak"
Kecuali sungai duyong, Melaka memang sedap. Tapi kat sini kalah Sungai Duyong.
Hoihhh korang patot try. Berbaloi.


Tengok tu sampai tak tengok kiri kanan makan. First time Akram habes makan dulu dari aku. Sebab dia betol2 kenyang. Aku je yang tak kenyang2. Bahahah! Ikan tu Akram makan sikit je sebab lobster tu besar giler weh. Isi dia banyak giler memang boleh kenyang kalau order tu satu je. Disebabkan aku memandai2 order ikan silalah habeskan. Naseb baik sedap.


Tersadai seperti dugong kekenyangan. Takpe lah. Bukan senang ahkak nak aplod gambar gemok ahkak kan. Walaupon semua gambar pon nampak gemok sebenarnya. Kahkahkah.

Total malam tu kitorang makan RM165.
Puas hati. memang sedap sangat. Huhuhu.
Orang Sabah memang pandai masak. Rindu nak makan seafood kat sana lagi. Huhuhu.
InshaAllah ada rezeki memang nak pergi lagi :P


Lepas makan kitorang jalan2 kat sutera harbour.

Kat sini pon ada kedai makan jugak. Boleh jalan2 tepi pantai feeling2 romantik. Ada orang jual2 baju, air, makanan, keropok. Boleh tengok movie 4D yang kerusi gerak2 tu. Kitorang just jalan2 amik angin pantai je.


Pastu feeling2 #followmeto yang pernah trending dulu. Hahaha! Akram tak tau benda2 camni. Gigih la aku dok explain kat dia kene pegang tangan camni. Pastu amik gambar camtu. Naseb baik dapat laki jenis melayan bini dia. Kikiki.

Balik malam tu dua2 tersadai kekenyangan.
Terus tido sebab esoknya nak pergi Kundasang. Yeayyy!

Ok jumpa lagi next entry.

1. Cuti-cuti Sabah Part 1: Departure, Arrival & Shang Ri La Hotel
2. Cuti-cuti Sabah Part 2: Pasar Filipin
3. Cuti-cuti Sabah Part 4: Kundasang, Rumah Terbalik & Desa Cattle
4. Cuti-cuti Sabah Part 5: Poring Hot Spring, Ranau Sabah.

bye!




With Love : Syazwana Jamal :)


7 comments

April 13, 2015 at 12:21 PM

Eee..bestnya! U x penah mengecewakan la bila buat food review. Hehehhe. Kena save siap2, kedai mana nk terjah kalo pi sabah nnt. Tq for sharing

January 29, 2016 at 7:33 PM

Aku pon suka mkn kat sini....sedaaaap

February 26, 2016 at 5:54 PM

Jalan g kundasang

March 23, 2016 at 2:56 PM

These photos made my mouth water. I could eat that seafood dish every day!

January 2, 2017 at 11:57 PM

yela...mmg btul rekemen syazwana mkn seafood kat gerai sinar delima tu..mmg sedap hingga mnjilat jari masakannya...alhamdulillah...

January 2, 2017 at 11:57 PM

yela...mmg btul rekemen syazwana mkn seafood kat gerai sinar delima tu..mmg sedap hingga mnjilat jari masakannya...alhamdulillah...

January 8, 2017 at 6:59 PM

12 jan ni saya nak pergi dengan family ke sabah... tengok review ni kecur air liur & nak bawa family saya ke kedai makan ni nanti.. terima kasih atas review ni...

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal