Loading...

Friday, April 10, 2015

Cuti-cuti Sabah Part 2 : Pasar Filipin




Sabtu petang tu dalam pukul 3 petang kitorang bangun mandi, solat semua siap2 untuk pergi pasar filipin. Ni destinasi wajib ye kalau datang KK.
Akram ajak jalan petang tu sebab esoknya Ahad kitorang dah seharian kat Kundasang. Kang penat pulak and takut tak sempat nak jalan2 pasar.
Lagipon petang sabtu tu memang takde aktiviti lain pon nak buat.
Aku memang cakap kat Akram aku tanak island hopping bagai tu.

Satu sebab aku tak reti berenang. Walaupon pakai life jacket tapi entah ek macam tak minat.
Mungkin kalau aku pandai berenang aku lagi excited kot.
Dua sebab nak jaga kulit muka. Kahkahkah.
Penat la weh nak sunburn2 bagai ni.
Aku suka pergi tempat yang mendatangkan kedamaian. Macam kundasang. Cameron Highland. Paris (Kerlas kau cik jah), Istanbul, Bali.
Kalau aku pergi pulau boleh tapi aku baring je la tepi laut. Gittew. Pergi tempat2 macam USS, Genting Highland pon aku kureng sikit sebab aku terlampau gayat. Kalau pergi pon mungkin aku akan jadi pemegang beg dan kamera je kot. Boring kan aku? Bahaha.

Memang dekat sangat hotel aku dengan Pasar tu. Jalan pon 10 minit je tau. Tapi kitorang tak jalan la. Penat. Hahaha! Bawak kereta pergi sana.


Tapi nak pergi sana MasyaAllah jem dia fuhhhh. Dengan panasnya lagi.
Sebab kawasan pasar semua kat sana.
Pasar buah, pasar basah, pasar kering. Tempat makan lagi.


Nama lain dia Pasar Kraftangan.


So inilah dia keadaan bahagian dalam Pasar Kraftangan ni.


Basically semua kedai jual benda yang sama. So kalau kau rajin kau survey la harga semua kedai ni.
Tapi kalau kau pemalas macam aku, aku singgah kedai yang peramah layan aku.
Hahaha!
Ada jugak tanya dua tiga kedai. Macam lebih kurang je harga dia.
So sapa layan aku baik2 haritu situ lah aku singgah. Nampak tak betapa pentingnya PR.

Lepas tu bahagian dalam dia ni kecik je.
Kalau kau berselisih dua orang, salah sorang kene mengalah sikit ke tepi.
Agak panas. So kalau bawak anak kecik macam tak sesuai la. Lagi pon die terlalu banyak barang kan.
Rasa rimas pon ada jugak. Sebab die kat satu tempat tertutup. Bawah satu bumbung. Kedai rapat2 jenis yang kalau orang sebelah cakap pon boleh dengar camtu.




Aku sebenarnya tak tau nak beli apa kat dalam ni. Kalau jenis suka pakai mutiara tu mungkin la heaven. Memang banyaaaaaaaaaaaaaaaaaak gila mutiara kat sini.
Mutiara ada dua jenis. Satu mahal satu murah.
Gelang mutiara yang Akram bagi dulu pon aku jarang pakai. Tersimpan elok dalam kotak dia lagi.
Aku carik la jugak kot2 ada kain batik yang corak cantik2 sikit. Tapi takde.
Semua jenis corak biasa yang mak2 selalu pakai tu.
Lepas tu tanya Akram nak beli apa ek? Akram pon xtau. Hahaha!


Serius nau muka pilih keronsang. Haha!

Last2 aku beli jugak la keronsang buat ole2 balik semenanjung.
Beli keronsang yang guna pearl kaler hitam sebab nampak unik sikit.
Disebabkan akak ni layan aku baik, sekotak terus aku beli keronsang dia. Sekotak besar dalam dia ada 6 bekas kecik macam dalam gambar tu.
Boleh pilih2.
Tak silap aku sekotak tu aku amik dalam RM70 kot.

Lepas tu beli beg galas belakang satu sebab cantik corak batik.
Nak belikan something untuk orang lelaki tapi tak tau nak beli apa.
Tshirt pon macam biasa2 je. So tak beli la.
Aku belikan ayah aku ikan masin je. Bahahah!

Hari sabtu masa kitorang datang tu sebenarnya ulang tahun pasar filipin tu.
Tapi yang ke berapa lupa pulak.
So dorang tutup awal haritu.
Sepatotnya tutup pukul 10 malam. Tapi sebab ulang tahun pasar tu, management suruh tutup pukul 4 petang. Tapi pekedai mintak extend sampai pukul 6 petang. Naseb baik. Kalau tutup pukul 4 tak sempat aku jalan2.


Sebelah kiri pasar kraftangan tadi ada jual makanan2 camni. Aku beli la keropok ikan dia dengan kuih cincin. Kuih cincin tu sapa2 pegi Sabah kene beli sebab sedap! Lagipon kat semenanjung memang takda. Kuih cincin tu macam dalam gambar atas belah kiri bawah yang bulat2 lubang tu. Kedai ni pon sama. Aku singgah sebab akak kedai tu bangun siap bagi tester lagi kat aku. kedai lain semua jenis yang "Meh singgah dik singgah dulu." Tapi takde action :P




Kat sepanjang tepi2 jalan tu memang jumpa ramai tukang jahit camni. Dan SEMUA lelaki ye. Ada yang muka macam mat rock tapi jahit kain. Eh ada. Ramai lagi tau. Dorang macam bukak mesin jahit tepi kaki lima camni. Takda kedai betol2 pon.


Ni macam ala2 pasar malam. Kat bahagian belakang. Boleh la kalau nak beli buah-buah, sayur. Harga aku tak check pulak murah ke sama je.


Makcik pon nak selfie sekeping.


Ni pasar basah dia. Kat bahagian betol2 belakang. Betul2 tepi laut. Akram je yang pergi. Aku malas sebab tanak basah2. Tapi Akram cakap geram tengok sebab semua murah2. fresh pulak tu. Huhuhu.


Okey ini lah dia medan makan Pasar Filipin yang glemer tu.

Ada banyaaaaak kedai makan.
Jenis yang dah bakar siap2.
Akram cakap few years back masa die datang sini dia makan kat sini. Sebab tempat ni paling glemer kat sini. Tapi kitorang tak makan kat sini. Ada satu tempat baru kat depan sikit. Kat situ style macam semenanjung. Kau pilih seafood baru dia masak. Bukan dah siap masak macam ni.
Tapi ada jugak orang makan kat sini. Maybe tak tau kot kewujudan kedai makan baru tu.
Tapi kalau korang jenis pemalas nak tunggu lauk nak masak boleh la makan kat sini je. Senang kan.



Akram paksa aku pegang lobster ni. Nampak tak muka cuak disitu.


Tak ingat makcik ni jual kueh ape.


Ni lah dia pasar kering. Kalau nak beli ikan masin, ikan pekasam, sotong kering, udang kering, ikan bilis semua kat sini.

Actually pasar kering ni paling dekat dengan parking kereta. Paling kanan sekali. Tapi nak balik ke kereta baru kitorang singgah sini.
Sempat lah rembat ikan masin dengan sotong kering untuk bawak balik.
Harga dia murah la sikit dari semenanjung.


Lepas dah takde benda nak buat kat pasar filipin tu kitorang jalan2 kat area depan pasar tu.
Trademark tempat ni betol2 kat depan roundabout ada ikan todak besar tengah jalan.


Jangan tengok lama2. Ekekeke.


Akram siap terjumpa abang angkat dia lagi kat sana. Tu nampak tu ikan todak besar. Depan tu hotel apa entah. (Tunggu Akram audit blog aku nanti aku apdet. Bahaha!)


Tempat ni memang ramai orang duduk lepak2. Budak2 main skateboard. Yang tak buat apa saje melepak pon ramai. Memang tenang la weh dok sini. Dengan beranginnya. Tepi laut pulak tu. Rasa macam tanak balik je. Haha!


Gambar ni nak tunjuk kedai makan yang akan kitorang pergi malam tu. Nampak tak yang bumbung biru2 belah kiri tu. Haaa tu lah dia. Sebenarnya dia memang sebelah2 je dengan pasar filipin tu. Cuma kene jalan sikit la.


Entry makan2 lain la eh.

1. Cuti-cuti Sabah Part 1: Departure, Arrival & Shang Ri La Hotel
2. Cuti-cuti Sabah Part 3: Makan seafood kat Sabah Waterfront
bye!
With Love : Syazwana Jamal :)


3 comments

April 10, 2015 at 4:13 PM

eh terimbau kenangan pergi pasar filipin KK 5 tahun lepas :)

April 10, 2015 at 4:16 PM

seronoknya

April 10, 2015 at 9:22 PM

Rindu nk p psr tu.. shopping byk2. Hehe

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal