Thursday, April 19, 2012

BBQ

                              
Sabtu dua minggu lepas Akram ajak join BBQ dengan family Pak Long dia.
pak long dia kazen dengan Mak dia.
so kira Akram dengan anak2 Pak Long dia tuh dua pupu lah.
tapi Akram selalu cakap sepupu je. senang nak paham.


Actually dorang ni tiap2 tahun akan buat family ghatering + makan2 + BBQ ni.
tapi ni first time aku join sebab aku kan bakal jadi sebahagian family dorang.
wakakakaka gila perasan perempuan ni.
hey berangan tu tak salah tahu.


memula aku ingat Akram taknak ajak aku so aku bajet2 minggu tu aku tak jumpa Akram lah.
tetiba dia cakap dia dah bagitaw dorang yang aku join.
Akram memang suka tak bagi taw aku.
bukan nak tanya aku nak join ke tak. tetiba terus suruh datang sebab dah bagi taw dorang aku join.
I dah la pemalu orangnye. hewhewhew.


Tapi aku suka je join sebab family aku bukan jenis yang suka buat makan2 BBQ ni.
plan memang selalu plan tapi jadinya idokk.
jadi berBBQ dengan bakal family pon ape salahnya. hahahaha !
nampak sangat gatal.


so aku decide nak buat Triffle sebab dah alang2 aku buat untuk gathering dengan kawan2 yang lain sekali kan.






Sabtu pagi tuh Akram ade lawan bola so aku lepak2 dulu kat rumah and tunggu dia abes game.
dalam pukul 3PM dia mesej cakap dah boleh keluar rumah sebab aku decide nak naik ERL je turun kat Salak Tinggi.
senang tak payah Akram nak amik aku then patah balik pergi Dengkil.
stesen Salak Tinggi tu dah dekat sangat dengan rumah pakcik dia.


Akram ni sejak2 aku dah pandai nak mekap2 ni dia selalu kenekan aku.
like petang tu masa dia mesej aku nak cakap die dah abes game.




Akram : Dah boleh keluar rumah dah. Dah abes game.

Aku : Okey tengah siap2 ni.

Akram : Yela tuh tengah siap2. Entah2 tak mandi lagi.

Aku : Dah la. Tengah mekap sikit ni.

Akram : Kalau macam tu kene tunggu lagi 2 jam lah. Hahahaha !




konghajo betul.
macam lah dia tuh bersiap cepat sangat -____-
padahal aku sampai Salak Tinggi berejam juga tunggu dia sebab dia tertidur.



sampai rumah Pak Long Akram dalam pukul 5 lebih kot.
aku pon dah lupa.
so terus simpan triffle dalam peti sejuk and masuk dapur.
hajat di hati nak tolong ape yang patot tapi nampak nya tiada ape yang boleh ditolong.
ke aku yang pemalas sebenarnya. hahaha !



last2 aku pergi depan rumah tolong tengok Akram set up arang untuk BBQ.



memula beria cakap taknak amik part bakar2 ni sebab last year dah buat. tapi buat jugak. 



dalam pukul 6 lebih dah start bakar ayam, ikan dengan hot dog.
paling best bakar hot dog lah.
dah la hot dog yang kecik2 tuh. then ada blackpepper, ade yang dalam ade cheese.
so bakar2 masuk dalam bekas tetiba hilang.
semua pon dah kelaparan.
hot dog siap je ngaaapppppp masuk mulut.
aku pon haruslah tak terkecuali. sebab aku yang bakar. hehehe.



Owh hotdog yang sedap !!


ayam Pak Long Akram beli berapa ekor entah. tapi banyak jugak.
2 bekas besar. tapi yang kurang bestnya ayam tak perap lama.
yelah petang nak BBQ pagi tuh baru perap so rempah2 tuh tak berapa rasa sangat.
lepas tuh Pak Long Akram request nak garing2 sikit.



Ikan pulak guna Ikan cencaru.
dalam sepuloh ekor lebih jugak lah.
part ikan kazen Akram yang bakar.




sila lah telan air liur. aku pon sama. cissss.




kazen2 Akram yang lain tengah prepare spagheti, mihun goreng, nugget, dengan kerang rebus.
cakap pasal kerang rebus ni teringat pulak satu scene kelakar.
kan kalau buat BBQ kan sealu nya ada nak renjis2 minyak guna serai kan.
alah yang macam bakar sate tu.


then Akram cakap lah kat Kak Lina (kazen) suruh prepare serai. tumbuk sikit serai tuh.
sekali Kak Lina keluar bawak serai bagi kitorang.
konfiden je bagi kat kitorang kan.
pastuh kitorang pelik sebab serai tuh macam tak pecah.
rupa-rupanya dia ketuk bahagian atas bukan bahagian bawah yang bulat tu.
kelakar betul Kak Lina ni.



serai tuh nak guna masa rebus kerang jugak.
then Kak Lina cakap "alah akak tak pernah masak kerang rebus before ni"


then adik dia cakap "bukan tak pernah masak kerang rebus. yang sebenarnya kau tak pernah masak guna serai"


ape lagi gelak sakan lah kitorang kat situ.


sekali Pak Long Akram menyampuk "yelah hari2 masak sambal, kari, kicap. Mana nak guna serai"


makin kuat lah kitorang gelak.



banyak gila makanan. padahal 1 family je. ade lah dalam 10 orang.



before start makan2 Pak Long Akram buat doa selamat sikit.
Mak Long Akram dah meninggal tahun lepas kot.
aku pon tak pernah jumpa Mak Long dia.


before start doa selamat siap Pak Long Akram cakap "Alhamdulillah bertambah lagi sorang family kita. Insya Allah lepas ni turn Akram pulak"

cisss tersipu-sipu I malu taw.


tapi Pak Long Akram memang kelakar. hihhihi.



pinggan aku lettew yang kosong tuh. hehehehe



memula aku makan spagheti sebab dah lama teringin nak makan.
lepas tuh bihun pulak.
then ikan, ayam, hot dog, fries bla bla bla.


muka nak bajet macho. -____-'



si buncit and si kurang buncit. of coz yang kanan tu yang kurang buncit. :P


seyes kenyang gila.
siap Pak Long Akram suruh makan lagi makan lagi.
peh macam nak meletup.
lepas makan triffle aku surrender. memang penuh sampai tahap kau tekan perut keras je.
last2 aku masuk rumah bareng2 jap. hahaha !



time tuh aku dah angkut semua bekas2 kosong bawak pergi dapur.
tapi angkut je lah. yang basuh nya Kak Lina. hehehehe.
lagi pon time tuh ade kazen Akram ni panggil kawan2 dia datang sebab banyak lagi makanan yang tak abes.
aku pon masuk rumah la.




Akram and the cousins ;)




ingat masuk rumah nak baring2 kejap sebab tak larat sangat.
last2 kalau dah perut penuh tambah pulak baring atas kusyen empuk pehhhh syaiton pon bergayut-gayut je lah atas kelopak mata tu.
dan mengakibatkan tertidur dengan lenanya.



dengan Akram2 sekali tertidur.
bape kali jugak aku kejut dia tanya nak hantar balik ke tak.
dia cakap okey okey.
last2 tidur kat rumah Pak Long dia.
bangun2 dah pagi. huhhuhu.



Sabtu ni Pak Long Akram nak buat kenduri tahlil.
Akram ajak aku datang sekali.
so aku ingat nak buat kek batik. dah alang2 tekak aku terasa nak makan kek batik aku buat sekali lah kan.
tengok lah jadi ke tak. kalau jadi aku angkut sekali.
kalau tak jadi aku sumbat mulut Akram je.
dia semua pon boleh.
tengok badan lah. huahuahua !



okbai.