Monday, May 13, 2013

Wadihana Islamic Steakhouse Bangi


Akram bawak makan kat sini Sabtu lepas.
Kitorang dua memang tak pernah makan sini.
Selalunya bab2 makan ni aku yang selalu advance. Every month ade je tempat makan baru yang aku angkut Akram datang.
Tapi bulan ni entah bile mase die mengkaji Restoran ni pon aku tak tau.



Ditambah dengan aku amukan dengan die Jumaat malam bawak ke Sabtu.
So die memang tak tanye aku lah Sabtu tu nak makan mane.
Tup-tup je dah sampai.
Dah la time tu pukul 11 malam.
Seharian sabtu tu aku cuma makan nestum 3 in 1 je.
Akram keje Sabtu tu. Balik keje die membute.
Perot aku dah berparty-party dah.
Pastu buat muke tak bersalah. Lempang kang.






Masuk2 restoran je semua pekerja bagi salam kat kitorang. Yelah dah nama restoran pon Islamic kan.
Kang die cakap Jawe kang terkejut pulak.
Tapi bagus jugak sejuk sikit hati aku ni.
Sebab malam tu still malas nak layan Akram.
Akram sekarang asal nak pujuk aku je pergi nyanyi lagu Putih-putih melati Merah-merah Delima.
Pelisss lah. Aku ni tak main la setakat lagu-lagu ni nak pujuk.
Paling tak kene bawak pergi makan TGI ke Chillis ke kan.
Ape barang setakat lagu. Cehhh berlagak puihhhh.


Actually kat Bangi ni ade dua kedai satu Wadihana Islamic Steakhouse satu lagi Wadihana Islamic Kitchen.
Kat steakhouse ni full western, pizza, lobster, dengan pasta.
Kalau Islamic Kitchen more to local food, japanese,asian, and ade jugak western tapi limited la.
Disebabkan Akram dah tersampai yang steakhouse punye restoran maka berwestern la kami malam tu.
Padehal tekak aku meminta2 nasik.
Tapi sebab orang yang bayar kan layan kan je lah.
Lebih2 kang western ke mana nasi ke mana.





Menu jangan cakap memang banyak nak mampos. Harga pon boleh tahan mahal. Lagi mahal dari secret recipe. Murah sikit dari Chillis. Memang banyak lah menu die. Kalau pizza tu sampai 15 jenis. Main courses sampai 15 jenis. Steak sampai 10 jenis. Pasta lagi. Burger dengan Sandwich lagi. Appertizer dengan sup nye lagi. Eh pergi tengok sendiri lah banyak sangat nak tulis.




Yang ni part paling best dalam menu die. So senang ko boleh tau part mane kat lembu ni yang ko makan. Macam aku memang tak gemar steak2 ni. So benda ni memang sesuai sangat untuk Akram. Patot semua restoran patot letak gambar ni dalam menu dia.





Aku order Air longan je.





Akram order air My Heart. Gile poyo kan. Tapi hajat tak kesampaian sebab buah-buahan dah habes. Ate kedai dah nak tutup baru terhegeh-hegeh nak datang kan. Jadinya dia tukar air ape entah. Tidak pulak ku tanye.




Tapi kan sorry to say lah mengikot kata tekak aku dengan tekak Akram makanan kat sini tak berapa nak sedap dangat.
I mean okey lah tapi macam tak berbaloi dengan harga dia.




Nachos dia biasa sangat. Sedap lagi Nachos Chillis dengan TGI. Aku makan sekeping je yang lain semua Akram habeskan. Harga dalam RM20+- camtu lah kot. Lupe lah.




Sebab aku seharian tak makan, aku order yang ada nasi. Grilled Chicken Chop. Dalam RM20. Nasi kering. Mungkin sebab dah nak tutup nasi pon dah bahagian kerak2 bawah kot. Chicken Chop pon biasa sangat. Kuah dia tak marveles. Pastu sayur alahai bape ketul je. Baik makan kat kampung baru. Sedap dan murah.





Akram punye Lamb shoulder kot. Akram pon cakap biasa2 je dia punye. Harga dalam RM30 lebih kot. Perhatikan handphone Akram. Ye Candy Crush di mana2 sahaja. Aku dah level 311. *angkat-angkat kening* Akram siap suruh aku mainkan game die lagi. Hahahaha!




Masa dah nak habes makan tu waiter datang bawak bill.
Siap suruh bayar terus sebab dah nak close cashier. Baru tau operation hour dia sampai 11.30 malam je pon.
Standard la kot dengan restoran lain kan.
Aku pon tak pernah lah pulak pukul 12 tengah malam baru nak dinner.
Ni semua salah Akram.



Tapi seriously memang tekak kitorang cakap out.
Sebenarnya takde lah tahap sampai tak sedap langsung.
Cuma terlalu biasa. Pastu mahal.
Aku kalau makanan mahal tapi sedap lazat penuh berkrim memang aku puji melambung.
Tapi kalau mahal pastu makanan so so je sorry lah.



Total makan dalam RM70 camtu.
Aku try jugak google2 tengok orang cakap ape pasal restoran ni.
Setakat ni takde pulak jumpe yang bagi komen macam aku.
Semua cakap sedap.


Maybe kitorang salah pilih menu kot.
Tak pon kitorang datang lambat sangat. So makanan pon ala-ala je.
Yang pasti tak datang lagi pasni.




Kalau korang nak try boleh la. Tapi kalau tanye aku, aku tak suggest kot walaupon kedai ni pernah masuk dalam Jalan-jalan Cari Makan.




Akram cakap Restoran Windmill baru bukak dekat2 rumah dia.
Dan google2 ada orang cakap Owner WindMill ni adik beradik dengan Owner The Ship Steak.
Boleh la try pasni.
Hehehehe.



okbai.