Friday, November 1, 2013

Flat PKNS Kerinchi Terbakar.


Semalam dalam pukul 5 petang camtu aku tengah buat2 keje tetibe Whatsapp group rumah aku masuk.
Salah sorang housemate aku send gambar dalam group.


Flat PKNS Kerinchi belah kiri tu tengah terbakar.



Rumah aku Apartment belah kanan tu. Betul2 sebelah LRT Universiti. Yang paling kanan kaler hijau cekelat tu, haaa tu lah rumah aku.


Housemate aku ni keje kat Menara TM. Menara Rebung tu.
Aku panggil menara kapal layar.
So gambar ni dia amik dari opis dia level 41.
Live gitu.
Ngeri aku tengok gambar ni. Sambil membayangkan kalau aku ada dalam situasi camtu.


Yang tengah under construction tu dulu flat jugak.
Tapi flat yang 4 ke 5 tingkat tu. Sebab flat tu dah uzur sangat so dorang nak buat bangunan baru.
Dengar2 cerita flat PKNS tu pon nak dirobohkan and buat bangunan baru tapi tak sure pulak.

Dah memang patot dah developer bangun kan bangunan baru.
Dah uzur sangat aku tengok flat tu. Tak silap aku dari zaman 80-an kot.
Kat dalam kawasan rumah aku ni memang pelik sikit. Rumah aku ni under Kerinchi. Lepas flat PKNS tu sikit atas tu dah Bangsar South. Segala jenis condo mewah kat situ, tu yang dia bagi nama Bangsar South. Takkan condo sejuta bagi alamat Pantai Dalam kan. Tak kerlas gitu.
Jalan atas sikit dah masuk kawasan Pantai dalam pulak.


Tak lama lepas tu kawan aku pulak tag aku kat fb sebab dia lalu kawasan tu.





Memang kecoh jugak lah semalam.
Aku tengok Utusan pon buat live berita dari sana.
Page Oh! Media pon ade buat laporan jugak.
Setakat yang aku tau takde melibatkan kematian.
Alhamdulillah.


Tapi aku tak sure apa punca dia. Dengar dalam radio pagi tadi pon tak cakap ape punca die.
Bila baca2 kat page dalam fb, ada orang cakap keluar dalam berita sebab orang masak dalam bilik.
Ada orang cakap dari rumah mat Indonesia.


Gambar aku screenshot dari video yang orang share kat fb.



Gambar dari Utusan.



Walaupon setahu aku flat tu ramai family yang duduk, tapi aku rasa ramai jugak penyewa yang macam aku jenis menyewa ramai2.
Sebab flat tu agak murah jugak compare dengan apartment aku.
Dulu masa aku nak carik bilik pon aku dah nak amik je flat ni sebab fikir murah.
Bilik kat tengah KL kot. Kalau dapat dalam 150 dah bersukor.
Apartment aku mana nak dapat harga camtu.
Tapi Akram tak bagi sebab dia cakap dulu akak die pernah duduk flat tu.
Macam tak selamat je dia cakap. So aku pon carik la bilik lain.
Memang naseb aku baik sangat dapat bilik sekarang dengan harga murah.


Paling tak boleh bayangkan bila kite menyewa reramai. Pastu pergi keje.
Tetibe dapat tau rumah terbakar. Satu barang pon tak dapat nak selamatkan. Mesti sedih kan.
Yang terpaksa turun tangga sampai tingkat bawah sebab lif tak boleh guna time kebakaran.
Bayangkan kalau ade yang OKU.
Ya Allah semoga ada hikmah atas semua kejadian ni.


Malam tadi aku sampai rumah pukul 9 malam pon still jem lagi.
Tengok2 kereta polis berderet.
Then ramai la yang berkerumun nak tengok.
Lori DBKL semua pon ada.
Niat asal nak pergi jadik minah kepoh gak. Pikir2 balik malas lah.
Terus naik rumah.




Ni gambar aku snap pagi tadi before pergi keje. Memang betul2 depan rumah aku je flat ni.



Semoga kita semua terhindar dari kejadian2 yang tidak diingini.
Salam Jumaat.

Amin.