Tuesday, February 24, 2015

Bubur Nasi Sentosa JB @ Pandan Uptown


Raya Cina kali ni Akram amik cuti seminggu start Khamis lepas sampai Rabu esok.
Sebab Jumaat sabtu ahad lepas ada family day belah arwah ayah Akram kat Desaru.
So nak balik ahad takut penat sangat, amik la cuti Isnin tu.
Rabu pulak dia nak ikot hantar mak dia ke KLIA sebab nak pegi umrah so nak cuti lagi. Alang2 isnin and rabu dah cuti sekali la cuti selasa tu.
Aku pulak Isnin memang dah start keje. So plan asalnya Akram nak balik sana Isnin malam.
Tiba2 masa dia hantar aku pergi keje dia cakap camni "Bby nak ayg balik Isnin malam ke pagi selasa?"

Aku cakap "Tak payah la nak tanya2. Cakap je lah nak balik selasa pagi tu"
Hahaha!

So Isnin malam tu dia tido JB dulu. Sebab takda nak buat apa malam tu, aku ajak pergi makan bubur sentosa yang femes tu.
Aku pon pernah makan sekali je itupon member bawak masa puasa tahun lepas.
Akram memang tak pernah try. So aku bawak la.

Actually nama dia bukan bubur sentosa. Tapi sebab dorang bukak gerai bubur tu kat Taman Sentosa, so melekat lah nama dia dipanggil Bubur Sentosa.

Kitorang sampai Taman Sentosa tu dalam pukul 8.30 malam kot. Tengok2 eh kenapa clear je. Takda orang meniaga pon. Tetibe terus sedih. Selalunya area situ nak parking punya lah payah.
Disebabkan aku ada suami yang sangat berdedikasi, makanya Akram terus parking kat tepi jalan, pastu dia masuk Seven E area situ sebab nak tanya pekerja Seven E tu pasal gerai bubur tu.
Kalau ikot aku, memang tak lah aku nak tanya. Bahaha!

So pekerja tu cakap hari isnin memang dorang tutup. Tapi ada satu lagi cawangan yang hari2 pon bukak. Kat Pandan Uptown. Maka, ke pandan lah kami.


Gerai ni kat bahagian depan belah kiri. Dekat je dari pintu masuk tu. Nama sebenar dia JB Bubur Nasi No. 1. Tapi sama lah dengan bubur sentosa tu.


Tuan blog yang selalu lapar. Hahah! Kat sini banyak lagi kedai makan. Kalau tanak makan bubur pon boleh makan lain2 kat sebelah2 dia tu.


Bubur nasi dua. Lauk dia macam biasa, kangkung belacan, telur masin, ikan masin, kacang, lobak masin & ikan bilis. Bubur nasi satu set ni RM5 saja. Kerang sambal tu kitorang tambah. RM6. So total RM16.


Tak sedar diri pipi dah macam simpan kuih pau dua ketul. Makan je taunya. Bilalah nak insof. Berat dah naik 4 kg dah T___T


Aku tak tau nak describe rasa dia macam mana.
Basically dia macam bubur nasi biasa je dengan lauk2 sampingan.
Tapi disebabkan aku memang sangat suka makan bubur, so aku rasa sedap!!
Aku pernah try makan bubur kat kampung baru tapi tu style cina punya.
Bubur berlauk jugak tapi lauk dia terlalu healthy, aku tak boleh terima. Bahaha!

Aku suka bubur kampung style camni. Sayur kangkung, ikan bilis, telur masin.
Perfect!

Lepas makan kitorang jalan2 kat area uptown ni.
Seumur hidup aku 26 tahun jadik orang Johor, ni lah pertama kali aku jejakkan kaki kat Pandan Uptown ni. Hahaha!
Padahal everytime nak balik kampung memang lalu pandan ni.
Kalau nak raya jangan cakap la. Tak pernah tak jem.
Rupanya sebab ada pasar kat sini. Foodcourt, uptown & pasar sekali. Memang la jem kan.

Uptown dia tersusun dalam bangunan kedai deret2.
Bukan macam downtown cheras tu. So lebih selesa.
Tapi disebabkan aku ni dari zaman sebelum kawen asal malam minggu je lepak uptown, asal takde keje je lepak uptown, so aku dah bosan tak tau dah nak beli apa kat uptown tu.
Tapi kalau korang jenis malas nak beli collagen2 online kan aku sarankan korang pergi pandan ni.
Berderet kedai jual suppliment cakap je nak apa, Aurawhite, Qu Puteh Barulah puteh, K-Colly eh banyak lah aku pon tak pandai sangat.
Lepas tu yang jamu2 pon ada, bengkung yang macam lipan tu pon ada.
Set slimming2 pon banyaakkkkkkkkkkk sangat. Detox2 tea tu semua banyak.

So sapa2 rasa nak try bubur sentosa boleh google map datang sini k.

Bye!