Wednesday, December 19, 2018

Anniversary Trip 2018 : Bali 4 hari 3 malam



Actually takde plan nak pergi Bali. Our first plan nak pergi Perth sebab nak jalan santai2 je. Lepas tu ramai sangat update problem pasal visa + aku takde masa nak study sangat pasal Perth sebab busy dengan keje, so kite decide nak pergi dekat2 je lah which is Brunei.

And then aku pulak tetibe nak buat lasik sebab pikir2 balik this is the right time sebab Akram cuti dua minggu. Tapi tulah bila dah ada duit, tak lepas pulak nak buat lasik ðŸ˜­

So Akram cakap jom lah kite pegi Kuching sebab kitorang tak pernah jejak Kuching lagi. Lagipon takot nak bawak budak2 travel jauh2 sebab first time nak bawak naik flight. Tapi aku cakap nak pergi Oversea ðŸĪĢ Pastu dia ushar Istanbul. Aku cakap tengah winter tanak lah. Nak pergi tempat yang tanak jalan2 sangat. Nak rehat2 release stress je. Pastu dia cakap ok lah pegi Bali lah.

Tiga hari sebelum fly baru beli tiket flight, baru book villa. Alhamdulillah semua ok. Akram je lah yang study pasal Bali sebab kawan dia pon ramai pernah pegi Bali. Aku memang malas nak study.

5.30am kejut budak2 bangun. Lap2 kan badan sikit, terus ke Klia. Lebih kurang 3 jam flight. Sejam je budak2 tido masa nak take off tu. Lepas tu masing2 bosan naseb baik bawak animals banyak2 tu ðŸ˜†



Ameera Naqeesya tu kitorang tak risau sangat sebab dia dah pandai behave dan paham bahasa. Dikna je lah yang risau takot dia menjerit dalam flight ðŸ˜‚ Dikna macam biasa lah sibuk nak melepaskan diri nak jalan2 ðŸ’†ðŸŧ‍♀️Tapi keadaan masih terkawal

Airport Bali kene declare barang2 and duit yang lebih dari satu juta ke 1.5juta tah tak ingat. Yang ni stress sebab sebatang pen pon lupa nak bawak. So masa kat Airport jenuh tunggu giliran nak isi borang ðŸ’†ðŸŧ‍♀️ Naseb baik masa nak lalu imigresen tu dapat faster lane sebab sorong stroller ðŸĨ° Then kitorang request siap2 villa sediakan pick up driver untuk ke villa sebab malas nak pikir2 dah. 

Kitorang stay area Seminyak. Dari Denpasar Airport ke Seminyak dalam setengah jam camtu.





Our villa for 3 nights ðŸĨ°

Nunia Villa, Seminyak.

Villa ni Akram yang ushar2. Priority kene ada private pool sendiri sebab kan tujuan asal nak rilex dan santai kan. Lagipon budak2 semua hantu air.

Kitorang booking through booking.com je. Memang dah biasa guna tu. Memula nak book guna website tapi date tu semua dah full. Kat website booking tinggal last unit. Kitorang amik yang one bedroom villa tapi rezeki dapat villa yang two bedroom. Tapi dia kunci lah satu bedroom tu. Beza dia one bedroom tu land area kecik sikit so pool pon kecik lah. Villa 2 bedrooms ni pool jadi double size.

Tapi pool dia dalam gila beb. 1.6m memang Akram je lah yang lepas. Aku duduk di gigi pool je ðŸĪĢ Lepas tu takde palang kan so pintu memang kene kunci 24jam ler untuk safety. Budak2 tu bukan boleh lepa kang2 tengok2 dah terjun kolam sendiri ðŸ’†ðŸŧ‍♀️

Overall puas hati sangat dengan villa ni. Kitorang check in, payment, semua kat villa. Harga korang ushar sendiri lah kat website dia ek ðŸ˜ Iron takde kene request. Ada oven, water dispenser, peti ais, teh kopi semua free boleh refill, free breakfast hari2 tapi jenis ala carte boleh pilih kat buku menu dia. Nak order makanan room service pon boleh.


Actually aku tak tau pon Akram request suruh deco2 honeymoon ni ðŸĪ­Terkejut jugak masa sampai tu penuh bunga2 atas katil. Masa honeymoon lepas kawen pon takde cenggini tau ðŸĪŠ


Hari Kedua

• Shopping - Agung Bali & Krisna
• Lunch - Warung Kampong Pedas
• Pandawa Beach
• Uluwatu
• Dinner seafood tepi laut - Jimbaran




Breakfast kat villa je ðŸĨ°
Sehari sebelum, staff villa akan remind menu breakfast kite untuk esok. Lepas tu dia akan tanya pukul berapa nak dia hantar ke villa. Kalau kite request nak pukul 8am memang tepat2 8am tu dia akan tekan bell.

Bali ni agama utama dia hindu + budha. So awal2 korang kene bagitau yang korang ni Muslim. Makanan halal memang agak payah kat sini. Teksi pon kebanyakan pemandu dia agama hindu budha. So dorang main belasah je hantar korang kat kedai mana pon. Better amik supir muslim kalau nak berjalan.


Pagi2 tu baru Akram dok survey2 supir. Tapi dia memang tau ada satu supir ni yang memang ramai Malaysian amik. Supir Pak Yanto (boleh google or search fb)

Pagi tu baru wasap pak yanto tu tanya harga + aktiviti. Agak murah jugak harga dia. 12 jam cuma 370k lebih kurang Rm112.


Kitorang dapat Pak Heri. Dia ni muda lagi baru je 39y. Dia cakap dengan Akram takpe abang jangan risau, saya bagi abg unlimited time. Jalan lah sampai penat ðŸĪĢAsyik je tanya kitorang nak singgah tak nak singgah tak. Takot sangat kalau kitorang tak happy sebab dia cakap pak yanto tu garang. Kitorang keluar pukul 10am. Kereta pon selesa. Check point pertama singgah tempat shopping dulu. Agung Bali dengan Krisna.




Banyak gambar kain batik sebab kakak aku nak kirim kain batik. Krisna tu banyak sikit choice dia. Tapi tak dapat shopping lama pon sebab budak2 asal masuk tempat shopping je dorang akan buat perangai tanak ikot ayah dorang ðŸ˜Ī

Dengan Pak Heri ni tak ikot itineraries pon. Easy and free. Nak pegi mana dulu buat apa, makan pukul berapa semua ok. Sesuai lah bawak budak2 ni kan.


Lepas shopping Pak Heri bawak makan kat Warung Kampong Pedas. Sebab bawak budak2 kan so kene pikir perot dorang. Walaupon dua2 belom meragam lapar lagi tapi kene bagi makan awal sebelum kelaparan.


Order ayam bakar, ayam betutu, sate, air kelapa, bandung soda. Sate tu sedap gila order 6 cucuk, 3 cucuk setengah Ameera Naqeesya habeskan. Air kelapa besar gila. Dia bagi air gula asing. Bandung soda pon dia asingkan soda tu. Harga tak amik gambar ðŸ˜† Tapi biasa2 je harga dia bukan melampau. Kedai ada sijil halal.





Lepas lunch kat warung kampong pedas, terus ke pandawa beach. Actually masa kitorang datang Bali tu musim hujan. Tapi hujan dia style hujan sekejap2. Cuma Pak Heri cakap kat pantai ni banyak dosa tu yang dah lama tak hujan ðŸĪĢðŸĪĢ




Pantai ni ala2 macam port dickson lah boleh sewa payung, mandi manda, parasailing, etc. Pantai ni tak besar mana pon. Tapi memang cantik air dia biru gila. Disebabkan aku bukan pencinta laut maka aku tak boleh nak compare dengan pantai mana2 sebab pantai2 kat Malaysia pon jarang pergi ðŸ˜



Nak masuk kawasan pantai ni kene bayar. Masa lalu pintu gerbang tu Pak heri suruh kitorang senyap sebab dia nak cakap yang kitorang ni saudara dia biar dapat tiket harga tempatan. Kalau kat Malaysia dah mintak ic kan. Kat sana dorang ok je ðŸ˜† Tapi bayar parking semua dah include dalam harga supir. Kite just bayar tiket masuk je.



Macam biasa lah gambar semua Pak Heri akan mintak henpon tolong amikkan gambar and video pastu asyik je puji kenapa gambar kat henpon lawa gila ðŸĪĢðŸĪĢll

Kitorang ada jugak singgah kat pantai2 yang lain. Pak Heri bawak pusing2 je. Tapi kitorang malas nak turun sebab hujan renyai + bawak anak2, tanak anak2 penat sangat. Kitorang nak santai2 je tanak cover banyak sangat tempat pon. Gitu.

Next ---> Uluwatu

Actually kalau ikot itineraries dorang, uluwatu ni nak tengok sunset. Kitorang sampai sana dalam pukul 5 kot. Sunset belom hado. Nak masuk kene bayar tiket. Macam biasa lah Pak Heri akan bayarkan untuk harga tempatan ðŸ˜† Kene pakai kain sarung tu kira macam hormat lah tempat tu.

Tempat ni banyak gila monyet. Aku rasa tempat2 macam ni memang banyak betol monyet. Masa aku visit Cambodia dulu pon banyak gila monyet ðŸ§


Yang bestnya masa nak masuk tempat ni jumpa lah dengan satu couple Malaysian ni. Honeymoon. Dok tegur2 lah sebab orang Johor. Tup2 kat dalam terserempak lagi dengan mamat tu tengah drama kejar monyet sebab monyet curik spek mata dia ðŸ˜‚ Naseb baik dapat balik sebab ada penjaga kawasan tu bagi monyet tu makanan then monyet tu campak balik spek dia. Tapi aku dah nampak lah monyet tu dok tarik spek dia tu naseb tak patah je.



Kat sini jugak ada persembahan Kecak dance. Start pukul 6pm. 6pm tu dah nak maghrib dah. Memang tak lah nak tengok. Dengan bawak budak2 kecik lagi ni. Kang kene sampuk satu keje pulak aku nak handle. Sebab dancer tu akan pakai topeng muka. Dikna tu dah la penakut. Takpe kite datang sebab nak jalan2 tengok kawasan je. Takdelah nak details sangat pon ðŸ˜Ž


Dari Uluwatu nak pergi tempat makan tu, kitorang singgah kejap dekat bandar Kuta. Ingatkan nak tengok pantai dia tapi masa tu Maghrib so tak jadi lah. Masuk kedai hard rock je.



Dinner hari kedua dekat Jimbaran 

Saja lah nak merasa makan seafood dekat Bali ni. Pak Heri cakap kedai2 yang dia bawak ni semua ada sijil halal.

Konon2 nak dinner tepi laut sambil mendengar deruan ombak dan angin laut bertiup lembut. Ada band menyanyi satu lagu depan setiap meja. Baru sampai meja kedua, couple dari Taiwan tetibe hujan turun lebat gila ðŸĪĢKitorang terus lah lari masuk dalam. Tak selamatkan pape pon. Naseb air je baru sampai. Makanan lain semua belom sampai. So dorang gantikan dengan air baru.



Sedap lah jugak kedai ni masak. Total sejuta lebih. Yang buat mahal tu harga udang. Pastu tax dia 20% huahua. Starter dapat sup jagung dengan kacang. Free. Dessert dapat buah. Pon free.

Pastu siap ada tarian orang pakai topeng pulak lepas makan tu. Dikna sibuk nak tengok2. Risau kene sampuk je kang ðŸĪĢðŸĪĢ Naseb baik sampai villa semua ok ðŸ˜Œ

Maka tamatlah hari kedua. Konon nak jalan santai2 je tapi dia punya santai pon seharian jugak. Budak2 pon dah start tak selesa sebab banyak naik turun kereta tak dapat tido lama. Tapi masalahnya sampai villa lepas mandi semua eh boleh berlari2 lagi sambil bergelak ketawa ðŸĪĶðŸŧ‍♀️💆ðŸŧ‍♀️


Hari Ketiga

• Tegalalang - tengok padi bukit
• Ubud tour
- Buffet Lunch atas gunung
- Oka Agricultural Bali (kopi luwak)
• Jalan2 Kuta
• Dinner Wong Solo


 

Disebabkan hari kedua dh balik lewat, so hari ketiga tu kitorang keluar pukul 11am. Kesian budak2 nak mandi kolam. Kejut bangun pagi pon tak meragam sebab nak mandi kolam. Lepas mandi, breakfast dan siap2 ke Ubud ðŸĨģ


Sebelum sampai Ubud, singgah sekejap dekat Rice Field dekat Tegalalang. Pak Heri ajak amik gambo ðŸ˜† Tapi nak masuk kat sini pon kene bayar tiket jugak. Macam biasa tiket murah warga tempatan ðŸĪ­

Pak Heri tanak bawak makan kat sini tak halal katanya. So kitorang jalan2 amik gambar je. Lepas tu masing2 malas nak menapak turun bawah ðŸ˜‚ So bergambar kat atas je lah.


Sampai dah kat Restoran atas gunung ni. Ala2 macam Cameron Highland gitu. Kitorang lunch kat Batur Sari Restaurant, Kintamani. Kat sini ramai betol jumpa Malaysian.

Jalan nak naik atas hujan renyai so memang kabus tebal tak nampak apa. Lepas tu jauhhhhhhhhh. So kalau bawak anak2 kene standby lah makanan ringan dengan toys banyak2. Anak2 aku tido bangun tido  balik tak sampai2. Haha! Naseb baiklah tak cranky plus dorang suka menyanyi. So memang layan je lah dorang menyanyi ulang2 dalam kereta tu.

Kat sini dorang tanam buah limau bali tapi tak makan tau. Aku cakap kat Malaysia punya lah mahal limau bali ðŸ˜† Pak Heri cakap kat sini limau bali tu guna untuk upacara tertentu je.

Pastu jumpa lagi mamat yang kene rampas spek dengan monyet ðŸĪĢ





Makan lunch buffet kat atas puncak gunung. Sepatotnya pemandangan kitorang macam dalam gambar last tu tapi takde rezeki. Staff kedai tu cakap before 12pm haritu ok lagi. Kitorang sampai pukul 2pm tak silap memang dah berkabus tebal dah.

Sate ayam dia sedap. Budak2 suka sup jagung dia tu. Bayam goreng tepung dia pon sedap gila. If nak order ala carte pon boleh.

Lagi satu yang bestnya Pak Heri tak pernah bagi limit masa. So boleh lah makan santai2. Ada budak2 ni memang tak boleh nak terkejar2.

Sepatotnya kitorang dapat makan sambil menikmati pemandangan macam ni. Gunung dan tasik. Tapi takde rezeki. Hujan masatu. Staff restoran cakap before pukul 12 pm elok lagi cuaca. Kitorang sampai tu memang dah berkabus habis tak nampak apa dah.




Next ---> 
Oka agricultural bali. 

Tempat memproses kopi luwak.

Ada banyak ladang kopi luwak area sini tapi Pak Heri bawak ke tempat yang InshaAllah bersih. Means ladang kopi tu takde lah anjing berkeliaran. Bali ni boleh tahan bersepah anjing di mana2. Belom lagi babi guling pon bersepah kat kedai makan tepi jalan ðŸ˜‚

Kopi luwak ni antara kopi termahal di dunia tau. Boleh la p baca dokumentari pasal kopi luwak tu.

Luwak tu musang. Kopi luwak tu kopi tahi musang ðŸĪĢ Yang tengah tu kopi luwak yang belom dibersihkan. Yang kanan tu yang dah siap bersih. Kiri tu biji kopi bali (biji kopi asli yang manusia proses sendiri)

Basically musang ni jenis yang vegeterian dorang bagi makan buah2 + kopi bali ni. So luwak tadi akan proses buah kopi tu (dia makan kulit kopi tu and tinggal lah biji kopi je bila dia menyahtinja) Staff tu cakap kopi luwak ni kurang caffein sebab enzim dalam badan luwak tu dah tolong serap caffein tu. Kira luwak tu jadi mesin memproses biji kopi lah tapi secara semulajadi.


Kopi luwak ni aku pernah baca dulu ada isu halal haram jugak sebab dia keluar ikot najis luwak kan. Tapi akhirnya mufti cakap status minum kopi ni harus, bukan haram dah. Ada lah tu perdebatan dorang.




Semua jenis tester kopi dengan teh dorang bagi free je. Cuma kopi luwak je kene bayar if nak rasa. Akram je lah minum. Aku tanak ðŸĪĢðŸĪĢ Kuih lopes pon dia bagi free.Aku suka Vanilla Coffee, Rosselle Tea dengan Mangosteen Tea.

Lepas tu boleh lah beli kopi or teh dia kat kedai dia tu.



Balik dari Ubud kitorang request nak jalan2 kat shopping mall dulu sebab nak dinner pon rasa kenyang lagi. So Pak Heri bawak pergi shopping mall kat Kuta. Dia cakap situ yang paling besar dan best. Tapi aku rasa Ioi city mall tu dua kali ganda lagi besar dan best ðŸ˜†

Yelah orang datang Bali tak pergi shopping mall kan. Saje je lah melawat ðŸ˜Œ

Otw balik tu baru singgah makan dekat Wong Solo. Aku rasa sambal Wong Solo Malaysia lagi pedas. Tahu dia sedap. Garing. Jus alpukat dia pon sedap gila. Yang alpukat WS Bangi aku tak berapa suka ðŸ˜Ž Lepas tu ayam dia ada banyak jenis. Ayam penyet biasa, ayam bakar, ayam sambal hijau, ayam sambal merah etc.


Habes lah pengembaraan hari kedua. Balik dari wong solo ni adalah singgah Krisna kejap nak shopping sikit tapi budak2 tak bagi kerjasama. Tanak ikot ayah dorang ðŸ™„ Sempat belikan kain batik je untuk kakak aku. Pastu dikna dah mengamok sebab dia berak pastu lambat sangat nak salinkan pampers. Mengamok macam kene sampuk ðŸ˜‚

Hari Terakhir

Kitorang request breakfast ni lambat gila. Pukul 3 pagi kot baru request. Hahaha. Sebab balik malam semalam tu dah pukul 11 malam then dok urus anak2 mandi semua sampai tido dah pukul berapa. Lepas tu amik Pak Heri jugak untuk hantar ke airport sebab nak singgah lunch dulu. Janji dengan Pak Heri pukul 11am.




Macam biasalah lepas Pak Heri datang memang gambar2 satu family akan banyak ðŸĪĢðŸĪĢ Aku rasa 10 kali jugak lah dia ingatkan suruh amik gambar family dekat villa sebelum balik ðŸ˜Ž

Sebelum ke airport Pak Heri bawak pergi lunch dekat ayam tulang lunak. 




Basically ayam yang di masak guna pressure cooker sampai tulang dia lembut gila then baru lah letak sambal, goreng, salut telur masin. Yang telur masin tu sedap.


3 jam duduk kat airport. Naseb baik lah budak2 ok je. Siap tempat duduk dalam airport tu pon dorang boleh jadikan gelongsor ðŸ˜‚

Alhamdulillah flight tak delay. Tahan budak2 dari tido biar dorang tido dalam flight. Tapi Nina dah tak tahan sangat dah sebab dari pagi dia tido sekejap je masa on the way pergi lunch tu. Kene naik bas sebab kapal tak datang depan ðŸ˜† So kitorang lah yang kene pergi belakang.

Denpasar - Kuala Lumpur.


Alhamdulillah anak2 tak meragam. Tido dekat dua jam masing2 sampai mak terpaksa makan makanan dorang sekali ðŸĪĢðŸĪĢ Ingat kan flight petang tak dapat makan. Dapat kacang je. Sekali eh dapat makan nasi lah. Mak makan nasi beriyani dengan nasi putih lauk ayam kicap ðŸĪ­

4.40 dari Bali, 7.10 sampai Klia.

Maka berakhir lah percutian 4 hari 3 malam ni. Kumpul duit balik. Duit dah habes ðŸ˜†


Kitorang amik insurans etiqa untuk travel sebab baca2 yang etiqa boleh keluarkan GL on the spot if berlaku any emergency masa travel. Bukan pay and claim basis. Buat online je kat website etiqa. Bayar seratus belas2 camtu tapi dapat diskaun 25% jadi lapan puluh lebih je.

Ni Akram yang buat malam before fly. Dia cakap ada beberapa jenis insurans yang korang boleh pilih. Pilih la yang sesuai. If ada buat aktiviti lasak maybe kene bayar lebih sikit kot. Malang tidak berbau dan boleh berlaku di mana2. So prepare je lah apa yang perlu ðŸ˜‰


Bali ni agama utama dia hindu budha. Bagusnya korang request supir muslim. Sebab nak cari makan halal susah. Tak boleh suka2 berhenti tepi jalan beli makanan sebab babi guling bersepah2 tepi jalan ðŸ˜‚ Anjing pon bersepah berkeliaran tepi2 jalan.

Actually ada yang tanya budget. Aku memang takde tulis budget sebab nombor satu kitorang beli tiket staff price. Nombor dua aku memang amik villa yang agak mahal sebab memang nak rest.

Tapi secara kasarnya total expenses:
Tiket Mas = Rm1000+
Villa + Pick up ke villa = Rm1500+
Tukar duit indon (habes ðŸ˜†) = Rm1500
Insurans = Rm80+

p/s: More pictures & video boleh click facebook / instagram :)


Semoga bermanfaat :)






4 comments:

  1. Terus rasa teringin nak g bali baca entri sis ni. hahahahaha.

    ReplyDelete
  2. Trimakasih akak dan abang sudah book dengan kami insa allah lain kali bila ke bali lagi boleh jumpa amiiinnn.. ini nomor kami +62817556488 & +6281236540997. Salam yanto.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Wr.Wb
    Mohon ijin nak ikut promosi kat blog Tuan / Puan
    Jom ke BALI?
    Kami dari Maira Tours Bali menawarkan Bali private tour driver , pakej tour murah full day
    Untuk selengkapnya sila Contact : Call/WhatsApp +6282235160518 Website : www.mairatours.com

    ReplyDelete

What says U?