Monday, July 8, 2013

Lelaki atau perempuan yang lebih suka check henpon pasangan?




Syabas Wana! Syabas!
Berjaya membuatkan orang lain terpengaruh untuk pergi menggemukkan badan mereka. Ni pasal entry Nasi Arab ni la ni. Naseb baik sedap kalau tak fuhhhhhhhhhhhhh mesti dah kene maki. Hahaha!
Okey aku kene pergi try jugak shakshoka tu. Mesti ! Wajib !



Pagi tadi masa drive aku dengar Hot fm AM crew.
Selalunya tiap2 pagi pergi keje aku selalu dengar Johara pagi Era.
Tapi sejak dua menjak ni dorang macam bosan giler.
Pastu kejap2 Hanif takde. Kejap2 Ray pulak takde.
Pagi tadi Hanif dengan Johan takde.
Sumpah bosan.
Jadinya kite beralih ke Hot fm pulak. Hot fm pon boleh tahan masuk air jugak kelakarnya.


So topik pagi tadi adalah pasangan yang suke check henpon pasangannya.
Tapi bagi dorang, yang paling kerap buat kerja2 check henpon pasangan ni adalah perempuan.
Sebab dorang kate perempuan ni suka sangat tak percaya dengan pasangan dorang.
Alah kalau nak cakap pasal kepercayaan lelaki ke perempuan ke same je kan.
Takde kene mengene dengan faktor jantina.


Macam ade sorang kawan aku perempuan die punye tak percaya dengan pakwe die sampai sanggup buat akaun twitter palsu semata-mata nak menyamar untuk stalk pakwe dia.
Aku cakap tak rimas ke hidup diselebungi dengan perasaan syakwasangka. *cewah*
Dia pon cakap rimas sebenarnya. Tak larat.
Tapi memang tak boleh nak buang sifat curiga tu.


Ada lagi sorang kawan perempuan aku ni. Bf die punye tak percaya kat dia siap fb tak boleh fren dengan lelaki lain.
Fren request akan dipantau oleh bf dia.
So fb kawan aku memang semua perempuan je lah.


Kalau macam aku dengan Akram, kitorang fair kot.
Tapi cuma kadang2 aku rasa Akram yang lebih tak percaya kat aku.
Bukan tak percaya ape.
Aku rasa mata die tu ade something wrong tu.
Dia asyik je nampak muke aku ni ade iras2 Fazura. Tu yang asyik je takut aku pergi ushar lelaki lain.
Padehal die bukan tak tau muke aku ni kalau director filem nak panggil jadik budak tepuk tangan time YB berucap pon boleh pikir dua tiga kali.


Masa memula kitorang kawan dulu, henpon Akram adalah hak milik dia yang sangat privasi.
Dia memang takkan tinggalkan henpon dia sendiri dengan aku.
Kalau kitorang singgah petrol pump, dia kuar kejap terlupa bawak phone sanggup tu patah balik amik phone.
Punyelah tanak aku check phone dia.
Fine.


Bila kitorang dah start serius barulah dia tak kisah aku tengok phone dia.
In fact now siap tumpang henpon dia dalam beg aku lagi. -____-
Tapi seriously memang amik masa.
Yelah nak percaya seseorang tu bukan takat sehari dua kan.


Sekarang, bukan setakat henpon, facebook, Instagram semua aku tau password dia.
Hahahaha!
Tapi aku takde lah kaki check barang2 dia 24/7.
Kadang2 kalau bosan aku bukak la fb dia tengok ape yang patot.
Kalau jumpe ape yang tak patot ha boleh mintak belanja makan mahal2.
Eh? Kekekeke.


Tapi kalau nak ikotkan Akram sebenarnya yang suka check hp aku.
Dan aku ni even takde benda yang aku sorok dari dia, tapi kadang2 tu rase nervous jugak.
Hahaha bongok giler.


Masa Faizal Ismail cakap salah satu sebab kenapa dia tak bagi bini dia check henpon dia sebab kadang2 orang dah biasa hantar emel gune ayat "Dear Faizal, Dear Wana, Dear bla bla bla" so tanak bini dia ingat dia ade affair dengan pompuan lain.
Bila aku dengar ayat dia aku gelak sendiri.
Haha memang terkene kat batang hidung sendiri hari tu.


Aku kan dah biasa hantar emel kat orang guna "Dear sir. Bla bla bla"
So hari tu aku nak mintak satu drawing kat sorang mamat ni. Dia main contractor.
So nak cepat aku malas emel.
Aku wassap je lah.
Tulis "Dear Ash. Bla bla bla"
Aku rasa benda tu macam biasa je. Tapi bila Akram baca dia salah tafsir.
Tapi masa dia baca tu die tak cakap. Aku pon tak tau bila masa entah dia baca.
Tetibe bile gaduh pasal benda lain baru die nak cakap pasal benda tu.
Pastu nak cakap aku bersayang-sayang dengan lelaki lain.
Oh please lah. Takde mase okey.
Sorang pon tak terjaga nak skandal dengan orang lain.
Wat semak kepala aku je.


Dah terpaksa karang ayat baik punye nak pujuk Akram.
Hilang hensem aku.


Ade sorang pemanggil pagi tadi call lagi dasyat.
Dia perempuan.
Memula dia cakap dia tak payah nak check2 henpon bf dia.
Okey baguslah kan camtu. Kire percaya la ni.
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


Rupa-rupanya dia dah copy semua mesej yang masuk kat henpon bf. Dia tak cakap die buat camne tapi everytime ade mesej masuk kat henpon bf dia akan masuk kat henpon dia jugak.
Kahkahkah giler psycho minah ni.
Tak cukop dengan tu, siap guna friend finder lagi kat henpon bf dia.
Macam2 lagi lah dia tukar setting kat hp bf dia tu.
Semata-mata nak tau setiap pergerakan bf dia.
Fuhhhhhhhhhh aku takde lah bertekad sampai nak jadik camtu.
Tak rasa rimas ke eh? Hidup saling tak mempercayai?


Kalau aku senang.
Ko nak pergi mane2 ko bagi tau je. Pastu aku okey.
At least aku takde lah call salah timing kan. Lagi pon aku memang sentap kalau Akram reply wassap aku lambat2. Hahahhaa!
Bukan ape pon. Everytime dia reply lambat or tak jawab call aku, aku selalu fikir yang dia eksiden.
Padehal sebenarnya dia tengah sedap membuta kat rumah.
Macam aku pon mane2 aku pergi memang dah terbiasa bagi tau Akram.
Jumpe sape dengan sape buat ape.
So far okey je.


Tapi kalau nak ikotkan Akram ni bukan percaya aku sangat pon.
Contohnye kalau dia nak pergi travel dengan kawan2 dia aku okey je.
Silakan wahai kekandaku. Pergi lah engkau bersuka ria sana.
Silakan pulang membawa buah tangan untuk adinda.
Tapi kalau aku yang nak pergi mane2 dengan kawan aku.
Baru je cakap ayat "Rasa nak pergi Langkawi dengan Sally la"
Tak habes cakap lagi dia dah "Nak pergi bila? Bape lame? Sape lagi pergi? Okey nanti kite ushar tempat2 best k"
Eh aku tak cakap nak ajak kau pon der.
Sibuk je.


Pada aku, nak memantau pasangan masing2 ni okey je tapi tak payah la nak berlebih-lebih sangat.
Boleh buat gaduh okey.
Macam kakak aku dia dengan laki die rilek je takde nak check2 sangat ni.
Alhamdulillah la aman bahagia je aku tengok. Anak pon dah tiga.


Ada one time tu kakak aku cakap die ade wassap dengan Akram.
Aku cakap "Tau. kite bace wassap die"
Hahahaha!
Kakak aku cakap tak jujur.
Alah Akram pon tak kisah. Dia pon bace wassap aku jugak.
Kakak aku cakap "Dua2 pon same!"
Hehehe.


Tapi kan berdasarkan pengalaman aku dengan orang sekeliling.
Lelaki kalau sembunyi kan sesuatu tak kisah la henpon dia ke. Taknak kenalkan korang dengan kawan2 dia ke. Kompem ade something wrong.
Mungkin tak semua lelaki macam tu.
Tapi kebanyakan yang aku jumpe begitu.


Sekian.

Bersatu kite teguh bercerai boleh rujuk balik.


Hahaha okbai.