Friday, May 10, 2013

Burger Leleh Abang Burn, Bandar Baru Nilai.


Baby, baby, baby ooooooooooo. Nananananna.


Alhamdulillah kereta dah keluar ICU hari rabu.
Actually dorang cakap datang hari Khamis which is semalam.
Tetibe rabu tu dalam pukul 12 tengah hari tu ada call masuk.
Aku dah la tak paham ape mende uncle cina tu cakap.
Paham bile keluar perkataan Viva.
Haaa kompem orang bengkel call aku.
Dah spot perkataan viva tu baru lah paham die cakap kereta dah siap. Boleh datang amik.
Aku pon terus call Akram.


Minggu ni macam banyak pulak kebetulan yang bagus.
Macam mase kereta eksiden, Akram MC.
Rabu, kereta siap pon kebetulan Akram tak keje sebab dia ada exam kat Subang.
So Akram terus datang Mont Kiara. Kitorang lunch sekali. Aku amik half day and terus zasss zassss pergi bengkel kat Kajang.


Bengkel tutup pukul 7 malam. So kene datang before tu.
Kalau nak amik Khamis Akram keje pulak sape nak menghantar aku kan.
Jadi nice2 je Rabu tu siap.
Aku dah amik kereta tetibe opismate aku mesej cakap sticker parking and season parking kereta aku kat opis dah siap.
Wahhhhhhhh berganda-ganda kegembiraan. Haha!
So tak payah dah parking kat tempat kejadian buruk tu. I is happy.


Lama jugak kitorang kat bengkel tu.
Yang paling bangang ade satu kedai mamak sebelah bengkel tu. Aku dengan Akram order Teh O Ais dua.
Mamak tu pergi hantar Teh Ais dua.
Aku dah la tak suka Teh Ais.
Akram malas nak bising dia minum je. Die suruh tukar air aku je.
Yang mamak tu pulak boleh tak paham bahasa. Macam susah sangat nak paham ayat "Teh O Ais satu"
Dia boleh tanya "Haa Teh? Bungkus?"
Banyak kali jugak die ulang2 last2 aku dah amukan kawan die datang.
Okey fine pastu kawan dia bawak Teh O Ais satu.
Aku dah minum sikit baru perasan dalam tu ade lalat.


Rasa nak terbalikkan meja dan-dan tu jugak.
Terus aku jerit dah tak payah. Cancel.


Akram tengok aku dah amukan cepat2 dia habeskan air die. Pergi masuk dalam amik air mineral satu terus bayar terus keluar pergi bengkel balik.
Panas betol aku. Nak meniaga tapi BM pon fail kejadah dia.
Kan dah panjang pendahuluan haku. Kakakaka.


So dah settle semua tu singgah Nilai jap. Nak hantar cuci kereta vakum sekali sebab kaca2 ada lagi kat bahagian dalam.
Sementara kereta di cuci kami pon mengketedarah lah sekali.
Akram cakap nak try meatball Abang Burn so aku pon try lah burger dia.




Bagi korang telan air liur sikit. Hihi. Ni set supremo kot. Burger daging dengan cheese and creamy sauce. Pastu aku add cendawan goreng dengan onion ring. Dalam RM13 ke RM14 camtu kot. Tak hengat pulak Mak Jemah.



Actually lepas makan Burger Bakar Kaw-kaw dulu aku dah tak hingin dah nak makan burger bakar ni.
Sebab bagi aku kering sangat.
Tak kene dengan jiwa aku. Cewahhh.
Aku kalau makan mesti kene juicy2 sikit.
Kalau ko tengok aku makan nasi lauk tomyam ko akan nampak bukan nasi yang berlaukkan tomyam tapi tomyam berlaukkan nasi.
Hahhahahaha!



Bagi dekat sikit.



Tapi last month kot ada blogger update entry pasal burger Abang Burn ni terus menjejes air liur aku.
Tengok macam pehhhhhhh sedap gile.
Dan-dan tu jugak wassap Akram ajak pergi makan Burger Bakar Abang Burn.
Tapi biasalah kitorang ni cerita dari bulan lepas nanti bulan lepas baru makannya.
Tak pernah hari ni teringin nak makan hari ni jugak pergi carik.


Dan ramai yang cakap beger Abang Burn ni tak kering sangat.
Okey lah.
Lagi semangat aku nak try.



Barulah betol burger leleh Abang Burn.




Atas tu cendawan goreng.



Servis bagus. Cepat. Aku memang suke kalau pergi makan tempat2 yang pantas ni.
Disebabkan aku ni comel dan bukaan mulut yang juga comel maka aku tanya Akram camne nak makan beger tinggi2 camni.
Akram cakap makan la separuh2.
Jadinya mula-mula aku makan cendawan goreng dulu.
Pastu makan onion ring dia pulak.
Dan last sekali baru makan beger daging dia.


Sedapppppppppppp.
Yang penting memang betol daging dia tak kering macam aku makan dulu.
Ahkak suke ahkak suke.
Berbaloi-baloi lah beli.


Lagi satu aku tak tau lah kalau korang yang pernah try beger ni rasa tak ape aku rasa.
Rempah die memang aummmm.
Sejam lepas aku makan beger ni rempah die still rasa lagi kat tekak.
Pehhhh terbaik lah bang.
Patot lah dorang ni selalu menggagau carik beger abang. HAHA!




Dan memperkenalkan Meatball Abang Burn. Rm10.



Meatball die besar nak mampus.
Aku makan dua bijik je Akram ah habeskan semua.
Cisdel betol.
Mentang2 perot dia besau.
Takpe2 nanti die pergi keje aku datang sini sorang2. Hahahaha!


Meatball sedap kuah sedap. Semua sedap.
Puas hati.
Lain kali boleh try lagik. Hihi.






Sorry bro. Gua tak tahan nak post gambar Meat Ball ni. Hahahaha!



Kalau korang nak datang area ni boleh refer map kat bawah ni.







Aku suka makan kat sini sebab banyak gile kedai makan.
Pastu boleh lah dengar orang karaoke kat depan.
Memang santai habes.
Dulu takde lah meriah sangat. Kedai pon bape ketol je.
Sekarang nak parking pon susah.
Hari biasa pon full je.



Lain kali kalau teringin nak makan meatball dah tak payah pergi IKEA dah.
Dah la jauh. Parking susah. Sesak.
Semata-mata datang nak makan.
Tak kosser.


okbai.