Tuesday, November 29, 2011

weekend.


Jumaat lepas awal2 lagi member aku dah call tanya ape plan wiken.
cuti 3 hari katenyee. haruslah digunakan sepenuhnya.
aku memula ingat nak balik kampung tapi fikir2 balik jauh lepas tuh gaji tak masuk lagi.
so postpone. lagipun hujung bulan ni kakak aku ajak balik kampung. jadinya tunggu hujung bulan je lah sekali. ramai2 balik kampung seronok sikit.


so sabtu pagi aku pergi member aku tunang dekat shah alam.
gambar takde lagi so nanti2 aku up gambar dekat entry lain.


hari ahad aku keluar dengan kawan2 aku pergi tengok Twilight: breaking dawn.
aku takde lah fanatik sangat dengan Edward ke Jacob ke sebab aku ni tak pernah lah pulak nak fanatik-fanatik terhadap (ayat terhadap kau :P) artis ni.
aku fanatik terhadap makanan je. haha !


tapi sebab kawan aku beria nak pergi tengok aku layan kan aje.
nak pergi tengok dekat Mid valley hari ahad memang tak lah kan.
cari parking dah setengan jam.
itu untung kalau setengah jam dah jumpa parking.
kalau sejam pon kau tak jumpa2 parking lagi memang sejam lah buat dosa mencarut kau di situ.


so langkah selamat mari kite ke tempat lain.
mula2 plan nak pegi tropicana mall tapi cane entah tetiba tersampai dekat e-curve.
okeylah jugak sebab e-curve pon tak ramai orang sangat.
parking pon murah. itu yang penting.








aku rasa kan Twilight ni patot dikategorikan under 18 tapi ni selamber malaysia letak PG13.
ohoiii banyak kot adegan kissing-kissing.
ofismate aku bawak adik dengan mak dia tengok cerita ni.
aku tataw ape lah yang mak dia rasa tengok cerita ni.
tapi aku rasa mak dia sporting gila kot. haha !


tapiiiiiiii still banyak adegan yang kene potong.
yang aku tau adegan dorang gitu-gitu kene potong.
tetiba je scene bella bangun pagi katil dah patah-patah.
memang tak boleh bla.
lepas tuh time bella beranak pon kene potong.
tetiba je bella dah mati.
nanti aku nak cari lah full muvie online yang tak kene cut (motip?)


tapi overall part 1 ni pasal bella kawen ---> honeymoon ---> pregnant ---> dapat baby ---> bella mati ---> bella jadi vampire.
lepas tuh to be continue in part 2.




part paling menakutkan masa tulang bella patah sebab baby dia berat sangat.
sangat mengerikan okey.
ko nampak tulang belakang dia bengkok OMG horror gila.

tapi anak dorang very the cute !
untung Jacob.
kui kui.



okey done dengan Twilight.
lepas tengok wayang haruslah lapar.
lagipun kitorang tak lunch kot.
pagi tuh aku makan bihun, masuk wayang beli popcorn. keluar wayang pukul 5.30.
haruslah lapar.


member aku ajak makan sate Haji Samuri dekat2 dengan tropicana mall.
aku tak kisah walaupon aku memang bukan penggemar sate pon.
so aku order 5 cucuk sate ayam dengan nasi himpit.
orang cakap 5 cucuk tuh macam buat taik gigi je kan?
tapi bagi aku 5 cucuk tuh aku dah muak gila macam nak muntah.
seyes aku memang tak boleh nak terima sate sangat.





tapi kira okey jugak lah aku makan 5 cucuk sate kajang ni.
kalau sate biasa. 2 cucuk je.
tapi sebab sate kajang ni dia macam sedap sikit kan so boleh lah makan banyak sikit.
tapi still takkan jejak 10 cucuk.


jangan tanya kenapa.
sebab aku sendiri tak tahu.
tekak aku memang tak boleh nak terima sangat sate-sate ni.








tapi kalau Akram suap aku dengan penuh kelembutan aku boleh consider kot makan sate banyak2.
kahhh kahh !
fine tak kelakar.

okbai.