Thursday, December 17, 2020

Renew passport semasa PKPB

Assalamualaikum

Harini nak share pengalaman renew passport di musim2 pkpb ni. Sebabnya aku stress bila google je macam2 info dari gomen yang keluar tapi takde yg betol2 tepat 😑
So lepas ni harap dapat membantu kalau ada orang yang clueless macam aku ni nak renew passport.

Semalam (Rabu) aku try renew passport online tapi tak boleh.
Entah apa lah masalahnya. Upload2 gambar semua tak sesuai.
Ada yang suruh download apps passport photo. Aku try pon tak boleh. Bila upload dari handphone dia tulis only jpeg image allowed.
Pastu try guna laptop pon sama. Gambar tak cukup besar lah, gambar tak ikot spec lah.

Pastu aku terus pergi UTC KL.
Before pergi tanak google info dulu.
Sampai2 je frust!


Walaupon cuma 10-15 minit drive dari site tapi ko tau lah area pudu tu dengan banyak traffic light nya, lama pulak tu, kereta pon banyak.
Sampai2 je memang ada guard jaga. Dia cakap renew passport memang kene buat appointment.
Adoi.
Balik lah aku ke office dengan perasaan kecewa.

Bila aku masuk website tu untuk buat appointment, paling awal pon hari Jumaat.
Pastu aku kan duduk Salak Tinggi, tapi Putrajaya tak boleh buat appointment.
Aku dah start WFH balik, so nak pergi UTC KL semata2 nak buat passport macam buang masa lah kan.
Call2 Imigresen Putrajaya memang tak berangkat langsung lah.

Balik keje tu aku singgah Dengkil semata2 nak amik gambar passport.



Ingat dah habes cantik dah.
Sekali bila try balik upload gambar nak renew passport online still tak boleh!
Aku rasa aku dah edit ikot spec dia dah. Pon still tak boleh.
Hah mula lah nak stress mulalah nak merempan kat Akram 😂

Pastu aku terus booking appointment kat UTC KL pukul 10am.
Sambil2 tu google2 lagi info.


Pastu jumpa ni.
Dia cakap Putrajaya boleh walk in je.
Wahhh ni dah bagus.

Tapi tetibe dapat email untuk booking hari Jumaat tu.



Ahh sudah. Takkan lah ada syarat bagai nak renew passport 😂

Harini disebabkan petang takde meeting so decide nak singgah Putrajaya before balik rumah.
Try je lah. Kalau boleh alhamdulillah. Kalau tak boleh Jumaat tu nanti boleh terus pergi KL.

Before tu masih gigih google2 untuk cari info. Hahahaha.
Yelah takot lah kan dah datang2 nanti tak boleh nak renew.
Aku pon tak faham. Lantak lah orang nak renew pon kan orang bayar apa. Renew passport pon kalau tak dapat kebenaran nak keluar negara tak boleh jugak kan. So apa masalahnya. Geram tau 😆

Pastu jumpa ni pulak.


Pastu terus wasap akram tanya dia macam mana kalau imigresen mintak document pape kan.
Pastu Akram forward screenshot dari details profile ID dia kat Qatar.
Kat situ ada details emergency contact dia which is aku. So disebabkan passport aku dah mati, jadi sistem tu tak boleh update. Akram suruh aku tunjukkan gambar tu kat pegawai pastu cakap passport aku kene sentiasa valid in case kalau ada emergency pape kat Qatar sana aku boleh terus fly. Cewahh.

Kemain lah aku print sesiap gambar2 tu semua. Haha.

Pastu google2 lagi jumpa satu nombor ni 03-88882010 (Pusat Pengurusan Operasi Negara)
Bagus gila hotline ni bunyik sekali terus angkat pastu orang jawab.
Dorang ni memang standby ye kalau korang nak tanya macam2 masa pkpb ni.
Aku pon baru tau kewujudan hotline ni haha.

So aku pon tanya lah dia pasal renew passport ni.
Dia cakap memang betol Putrajaya boleh walk in.
Tapi untuk kes2 emergency je. Pastu dia tanya aku untuk kes apa.
Aku pon cerita lah macam Akram cerita. Orang tu cakap ohh macam urgent jugak tu cik. Takpelah cik standby je dokumen takot2 dia mintak nanti senang.
Ok lah.

Aku pon gerak lah dari site. Sampai Putrajaya pukul 2.15pm.
Kemain dari dalam kereta dok berzikir supaya Allah permudahkan urusan. Before masuk pejabat tu pon dok zikir, selawat, baca surah pape. Haha.

Tempat renew passport tingkat 3.
Sampai2 je staff tu terus bagi no giliran tanpa banyak soal.
Bahagian passport memang takde orang weh. Gila lengang. Amahzinggggggg 😂
Selama ni punya lah nombor giliran pon boleh habes kan.
Aku tunggu 5 minit je kot before kene panggil.




Pastu pegawai kat kaunter terus mintak passport lama dengan IC.
Aku tanyalah sekarang memang tak perlu dokumen apa2 ke? Dia cakap tak payah.
Omg reallyyyyyyy 
Ceh penat je aku nak neves2 bagai hahahaha.

Dalam 2.50pm passport pon siap. Tak sampai sejam pon.
Lepas bayar boleh collect passport siap2.
Aku terbaca yang tak boleh bayar guna cash. Yang ni tak pasti sebab tadi aku memang bayar guna kad je.

So kesimpulannya di sini, TAK PERLU ya bawak apa2 dokumen sokongan untuk renew passport sekarang.
Cuma kalau nak renew kat UTC korang boleh la buat appointment dulu.
Kalau Imigresen Putrajaya tak perlu appointment. Boleh terus datang. Boleh terus siap.



Yeayyyy dah boleh pegi Qatar 😝
Btw make sure korang pakai tudung hitam tau.
Semalam aku pakai tudung kelabu. Harini kan tak plan pon nak pergi kan tu main sarung je tudung kaler ni.
Pastu masa nak amik gambar pegawai kaunter tu bagi selendang hitam. Tak payah tukar tudung pon just letak je atas kepala. Maybe nak kekalkan hygine kot. Ok lah jugak takkan dia nak suruh aku balik tukar tudung kan huhu.

So kenapa beria nak renew passport masa2 pkpb ni?
Bukan boleh p oversea pon kan? 😆
Senang gais. Dengar cerita Qatar dah nak bukak border dia untuk orang luar dalam masa terdekat. Kot bos bagi WFQ ke kan. Hahahahahahaha.



Atas passport lama, bawah passport baru. Cantik yang baru ni kaler biru.


Sebenarnya aku nak balik Johor naik flight next week.
Bebudak ni asyik je tanya bila nak naik flight.
Tapi masalahnya nama aku dah tak boleh beli tiket flight guna ID Akram sebab Qatar kan semua kene guna passport dalam sistem dia even ko nak beli tiket flight dalam Malaysia je pon.
Kalau korang wonder, walaupon Akram keje Qatar Airways tapi dia entitle untuk beli tiket MAS harga staff.
Dan harga staff tu campur harga aku renew passport masih murah banyakkkkkkkkkkkk dari harga tiket flight biasa 😂
Aku check website MAS untuk next week RM680 untuk aku dan dua anak.
Memang tak lah. Hahaha.

Jadi tulah kisahnya.

Babai.


Love,
Wana.