Thursday, January 1, 2015

Wana + Akram : Majlis Bersanding


Alhamdulillah untuk majlis bersanding semua berjalan dengan agak lancar jugak.
Aku tak ingat MUA datang pukul berapa tapi sempat lah die mekapkan aku dengan Akram.
Akram & family bersanggah kat rumah jiran aku. Selang 4 rumah dari rumah aku.
Mula-mula nak bersanggah kat rumah jiran sebelah rumah je tapi dengan tegasnya aku membangkang. Kakaka. Ada ke nak berarak dari sebelah rumah je. Tak mencabar betol :P


Parents aku siap awal gila. Rasanya macam dorang siap dulu dari aku. Hahaha! Biasalah kat kampung aku pukul 11 pagi orang dah start datang rumah. So pukul 10 lebih makanan semua dah keluarkan.


Ni saudara mara belah mak aku. Makcik2 dengan kazen2. Kazen baju hijau depan kanan tu sebaya aku. Kerja kat Sarawak. So haritu dia bawakkan kek lapis dengan ikan masin dari sarawak. Heheh.


Yang ni pon sedara belah mak aku. Adik beradik + ipar + anak saudara. Bergambar dengan mak aku awal2 sebab tau masa majlis nanti memang tak sempat dah nak bergambar.


Sementara menunggu untuk bersanding kita posing la sikit. Haha!


Masa MUA mekapkan aku. die cakap "Dik nanti jangan lupa eh duit kipas"
Aku memang tau lah selalunya MUA memang akan mintak duit tu. Tapi bridal aku tak cakap apa2 pon. Lepas tu aku cakap kat MUA bridal tak kata apa pon.
Siap aku cakap kalau tanak bagi camne? Hahahha!

Aku tanya berapa ringgit, dia cakap RM120. Fine mahal gila!!
Selalunya orang mintak RM100 je. Tapi Akram cakap takpe bagi je. Nanti kite serang bridal pulak. Hahaha! MUA cakap duit kipas tu sebab dia tunggu majlis aku. Tolong pakaikan baju semua. Padehal kalau korang nak tau, masa majlis berinai dia cabut awal kot. Tetibe je dah hilang. Masa sanding pon sama. Aku memang tak bagi die awal2. Siap dia mintak okey. Melepek je kat tepi pelamin. Dah dapat terus balik. Apa punya perangai entah. Aku kat Pontian MUA pukul 3 lebih baru balik tau =__=

Takpe2 nanti kite buat entry khas untuk bridal sahaja.

Kawan2 satu universiti kecuali Ajak. Haha! Yang gambar atas kanan tu dengan najua. Najua tak cakap nak datang, kalau tak aku suruh dia pakai sekali baju kaler dusty pink. Sedondon sikit. Yang lain memang beli kain pasang sama2 nak bagi sedondon.


Ni gambar dari kamera photographer. Sedih sebab gambar dalam bilik je kitorang ada ramai2 baju sedondon ni. Sebab yang duduk KL balik awal. Patot amik gambar depan pelamin dulu. Baju semua dah cun dah. :'( Tapi naseb baik lah ada jugak gambar ni.


Dengan Syazana Zain. Pemilik blog Syazana Story Glory. Kawan kenal kat blog. Lepas tu kawan kat fb. Ni first time jumpa. Dia datang dari perak kau. Jauh giler. Terharu sangat. Huhuhu. Tq bebeh.

Dalam pukul 1.30 macam tu pengantin lelaki pon start berarak.
Time ni aku neves gila okey. Nak nikah pon tak neves macam ni. Haha!
Mungkin aku tak suke orang perhati aku masa bersanding. Aku kan tak reti duduk diam. Nak bersanding kene kaver ayu sikit. Boring.

Rombongan lelaki.


Awal2 lagi dah kene tol. Yang duduk tu abang aku. Keji giler muka mintak duit. Hahaha!

Kat Johor ni hampir semua tempat ada kene tol2 ni. Depends jugak la. Dulu member aku cerita awal2 lagi dia dah warning kat bini dia tanak tol2 bagai. Kalau tak dia balik. Kakaka. Kesian bini dia.
Ayah aku pon awal2 lagi dah pesan suruh Akram sediakan duit tol. Tapi ayah aku cakap lah bukan adat. Saje suka-suka. Baiklah. Haha!
Aku pon rasa benda ni memang untuk suka-suka je. Bagi meriah gittew.

Masa akak aku dulu lagi best. Disebabkan kitorang ni sibuk sangat kejar duit tol, makanya takda sape yang halang pengantin lelaki. Alih2 die jalan ke tepi terus naik pelamin. Bahahaha!

Sempat lagi aku dengan Sally berposing. Haha! Masa ni tengah tunggu rombongan lelaki setelkan tol kat tempat abang aku tu tadi. Sepatotnya time ni aku duduk kat pelamin dengan berpura-pura menyorok dibelakang kipas. Tapi mak aku suruh pergi depan dulu duduk masa orang bersilat. Baru lah boleh masuk dalam gambar. Bagus betul mak aku ni. Berfikiran jauh. Haha! Aku pakai heels pon tak dapat nak sama tinggi dengan Sally lagi. Mencik!


Dah selesai urusan tol kite duduk lah berdua menyaksikan orang bersilat. Pengapit aku tu ehem kemain lagi beramah mesra. Kekekeke.


Yang bawah kiri tu acah2 nak salam dengan Akram. Haha! Banyak kali lah jugak. Yang atas sekali tu abang aku. Baju biru tu jiran sebelah rumah sebaya aku. Kemain banyak lagi haritu amik berkat dengan aku. Hahaha! Silat ni macam kemestian jugak kat kampung aku. Saje2 jugak. Bagi meriah.


Lepas bersilat cepat2 aku balik ke pelamin. Sebab ada tol lagi dua tempat. Bahaha! Memula kan MUA duduk sebelah aku. Bila aku sampai balik pelamin tetiba eh kakak aku pulak yang duduk. Bagus. Tanak aku duduk sebelah MUA tu. Bahaha! Masa aku jalan nak balik ke pelamin tu ada makcik tegur aku Lajunya pengantin jalan. Haha! Alah aku jalan sorang je pon haruslah laju. Kalau aku jalan dengan laki aku baru lah lemah gemalai gittew.


Tol kedua. Depan beranda. Kemain lagi korang semua kennn.


Amik lah sorang satu ye. Jangan berebut semua kompom dapat. 


Akhirnya lepas dengan bergaya. Masa ni Sally dengan Akram bergosip pasal MUA punya duit kipas tu. Kahkah. Ko tengok lah bridal aku. Keris pon tak bagi. Padahal malam sebelum tu aku dah mintah dah =__=






Tol terakhir kat pelamin. Aku try mintak jugak tapi tak dapat. Bahaha!


So camne? Nak kawen tak dengan gadis Johor? Haha! Alah rilek lah seumur hidup sekali kan :P
Tapi kalau kawen dengan jejaka Johor tak kene pon tol2 ni. Gittew.


Dah bangun2. Laki aku nak duduk pulak :D


Akhirnyaaaaa. Kikiki. Aku suka giler dengan bunga tangan aku. Sally yang buatkan. Aku memang dari awal lagi nak guna daisy. Alhamdulillah kesampaian :D Aku rasa aku baru sedar lah yang aku sebenarnya suka bunga daisy berbanding roses.


Masa bersanding ni takda tepung tawar pon sebab semua dah buat masa malam berinai. So just duduk2 amik gambar je. 

Sempat lagi berborak masa bersanding. Ekeke. Penat okey asyik nak senyum je atas pelamin. Krem mulut iols.


Dan juga upacara membaling gula-gula dan duit. Haha! 

Aku memang dari dulu mengimpikan nak baling gula2 ni masa aku kawen. Tapi yang kelakarnya masa sanding ni ko tau lah zaman sekarang mana ada budak2 nak duduk depan depan pelamin.
Bukan macam masa aku kecik2 dulu. Ingat lagi berebut kitorang budak2 ni nak duduk depan pelamin tengok pengantin bersanding. Bila pengantin baling gula-gula woahhh meriah giler kitorang mengutipnya.
Sekarang. Hahaha! Aku siap suruh orang panggil lagi budak2 pergi depan pelamin.
Lagi2 sebab aku ada candy buffet kan. Kalau dah gula2 je tiga balang aku memang sure budak2 menetap kat situ je.


Tapi bila dah kumpul tu meriah lah jugak :D




Lagi2 anak sedara aku. Kemain lagi berlari mengutip duit. Haha!


Kawan2 satu universiti. Sapa2 yang bercadang nak beli Ipong 6, ni salah satu kualiti gambar die. kebabom!

Gambar dari OP. cilok kat FB. Gambar tak siap lagi. Haha!


Sepatotnya time aku bersanding ni MUA lah yang organize semua kan. Sape nak amik gambar. Bila nak pergi makan. Ni dia boleh bersidai je di tepi pelaminan aku mengontrol ayu.
Nak tau sape yang arrange majlis?
MC karaoke. Zzzzz. Sabo je lah aku. Macam tu nak mintak duit kipas lebih? Grrrr

Lepas bersanding terus kene panggil makan. Time tu kawan2 KL semua dah nak gerak balik. Sobss.
Tu yang kelam kabut sikit. Tak sempat nak amik gambar dengan pengapit2 dusty pink aku. Haha!



Masa makan damai ni aku memang makan dengan bersungguh-sungguh. Ko pernah nampak pengantin makan pakai tangan siap kopek udang? Haaa laki aku yang buat tu. Bahaha!
Time tu aku lapar giler. Aku breakfast je kot makan roti canai. Lepas tu tengah hari tak makan. Memang bersungguh la aku makan time tu.
Lepas tu memang takde orang kacau time makan apa lagi kan. Gasak. Bahahah!

Cuma lauk2 yang untuk tetamu aku tak sempat rasa. Sobs. Dah la banyak gila okey ayah aku punya menu.



Antaranya otak2 kempas. Pakcik aku (adik ayah aku) yang duduk JB sponsor. Aku ada lah rasa 2 ketul je. Haha!


Ni yang paling win! Sup gearbox. Memang ayah aku bercita-cita dari awal lagi nak buat sup ni. Yelah dah 8 tahun okey tak buat keje kawen. Haruslah eksited.

Menu lain antaranya:

1. Macam biasa Nasi Beriani lauk daging beriani, daging masam manis, daging black pepper, paru masak sambal, lemak perut lembu, sambal tempe, kerabu mangga, dalca etc.
2. Lontong dengan sambal kacang
3. Mee rebus
4. Sup gearbox tadi makan dengan nasi impit
5. Cendol
6. Air nenas
7. Jambu asam boi

Padahal lauk paru sambal tu aku yang request.
Aku pulak yang tak dapat makan.

Lepas makan aku kembali ke pelaminan.
Time ni lah MUA sibuk mintak2 duit kipas dia. Eiiii geram betol. Potong mood je.
Bila dah dapat terus mintak diri nak balik.
Takda touch up aku pon okey. Grrrr. Wateva lah.

Aku pon amik2 gambar dengan kawan2.

Sebelah Akram tu kawan satu batch dia kat sekolah. Sebelah aku kawan satu batch aku. Sejenis bercinta dengan senior sendiri begini lah dia. Kakaka!



Ni jelah gambar yang aku ada. Ni pon henpon adik aku. Time ni tunggu mak ayah aku nak bergambar lambat sangat. Kitorang posing dulu. Haha! Gambar lain semua pada OP. Gambar family Akram pon pada OP. 


Sedara mara belah mak. Belah ayah pon semua pada OP. Hahaha!


Sarah. Wanita berkerjaya yang berjaya :P


Mira & Erin.

Alhamdulillah satu hari tu cuaca memang cantik giler.
Orang tak putus2 datang sampai makanan semua habes. :)
Kesian kawan Akram yang datang dari KL pukul 3 lebih sampai tinggal nasi beriani je. Yang lain semua sapan.

Kawan aku lagi la sejenis yang duduk kat khemah lama giler. Sampai kene panggil sebab nak amik gambar. Kalau tak panggil memang kesudah bertapa kat khemah makan sampai buncit.
=__=

Ayah aku cakap khemah memang sentiasa penuh. Sebab makanan banyak.
Bila orang dah bangun nanti, nak try makanan lain duduk lagi.
Berganti-ganti. Haha!

Dalam pukul 3.30 macam tu kitorang dah gerak nak pergi photoshoot outdoor. Sebab tetamu datang awal. Pukul 4 dah tak ramai orang. Makanan pon semua dah habes. Berkat2 yang ayah aku bungkus pon semua habes. Goodies bag pon licin :D


Masa nak pergi photoshoot tu langit macam dah gelap jugak.
Sally, Didie & Ajak dah gerak dulu.
Masa aku nak gerak Sally call cakap dah hujan. Aku macam sedih la jugak kan. Haha!
Tapi Alhamdulillah aku sampai sana elok pulak cuacanya :D
Kitorang amik gambar kat Pejabat Felda sebelum sampai Tanjung Leman.
AKu memang dah lama ushar tempat tu sebab rumah kayu kan.
Asyik amik gambar kat laut je. Bosan. Tapi kitorang still pergi jugak laut. Tambah2 gambar.

Antara gambar kat rumah kayu tu. Selama ni aku jalan kat depan je. rupanya kat belakang dia cantik gila okey! Sampai OP aku pon cakap tempat tu cantik! Ada pondok. Ada pokok2 eh cantik lah.




Antara gambar kat laut. Tak sabar nak dapat gambar official. Mesti sebulan lebih aku tido dengan album. Kakakaka!


Sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada semua yang terlibat.
Alhamdulillah mak aku cakap rezeki aku murah.
Sebelum majlis, memang tak putus2 orang hantar barang kat rumah.
Ayah aku cuma beli barang basah je. Pastu sos2, rempah2, susu. Yang lain orang bagi.
Beras berkampit2. Minyak dah sampai boleh bukak kedai runcit. Gula lagi. Banyak sangat.
Sampai lepas majlis pon minyak masak botol besar lebih banyak lagi kat rumah. Adalah lebih dalam 20 botol lagi. Tu pon dah bagi2 sedara-mara dah.

Yang bagi kerepek berplastik2 lagi. :)
Malam sebelum majlis dapat pulak cup cakes.
Ya Allah, sebelum tu memang aku nak beli cup cake sebab nak letak kat candy buffet tapi tak sempat. Tak sangka ada orang sponsor sebakul. :')

Yang tolong rewang pon ramai sampai aku tak kene cuci periuk. Ekekeke.
Alhamdulillah Ya Allah semoga Allah kurniakan rezeki untuk anda semua.
Untuk kawan2 & sedara mara yang datang dan bawak hadiah terima kasih banyak.
Lengkap dah barang aku. Dapur gas, periuk, kuali ajaib, set pinggan, set cawan, iron, heater, water boiler, set mangkuk, periuk kaca, set cadar, kesin basuh, periuk nasi, toaster, sandwich maker etc. Tq so much!
Tengah tunggu blender, oven & vacum je. Ekekeke.

Okey nanti2 apdet lagi. Penat dah.

bye!