Monday, October 19, 2020

Happy Third birthday Aminah Nafeesa

 Assalamualaikum.

Disebabkan bulan ni ialah bulan birthday Aminah jadi awal bulan haritu aku dah siap2 tanyakan kat cikgu ada buat sambutan birthday tak kat sekolah. Sebab aku nak hantar kek.
Macam bulan sembilan bulan lepas cikgu cakap nak buat sambutan birthday untuk anak bulan 9. Tapi sebab awal tahun kan PKP so cikgu cakap bebudak yang birthday bulan lepas2 pon boleh la kalau nak bawakkan kek. So aku belikan Ameera Naqeesya kek satu walaupon birthday dia bulan 5.

Kesian kat dia dari dulu cakap nak celebrate besday kat sekolah tup2 PKP. Walaupon dah celebrate kat kampung tapi belikan jugak lah dia kek. Haha! Sampai adik dia cakap 'Ma, asyik celebrate besday akak je' 😂

Bila aku tanya cikgu tu cikgu cakap boleh buat 7/10 sebab ada sorang budak tu pon nak celebrate jugak so aku terus la plan nak bawakkan makanan.



Cantik gila kan roti jala tu? Order dengan jiran satu jalan. Dia buat je roti jala biasa tu tapi aku memang akan order roti jala mawar ni sebab cantik hahah. Harga takde la beza sangat pon plus bebudak excited nak makan sebab cantik jadi mak excited jugak nak mengoder. Hehe. Roti jala pon dah berevolusi kau. Dulu cicah kari je now seller dah buat kuah ala sangkaya pandan. So aku request lah nak dua kuah. Harga masih sama 😍

Pastu aku gorengkan macaroni. Guna resepi dari Dato Rizalman (boleh view highlight story ig dia) memang sedap weh! Dan goreng kan nugget sikit. Tak lupa aku bungkuskan sikit 25 pack untuk goodies bag. Jadilah. Dah la masa tu tetibe takde air. Kes covid pulak tetibe nak naik 😪 Naseb baik lah majlis tetap on walaupon tak ramai yang datang.



Anak2 request nak pakai baju sama. Comel pulak tengok gambar ni. Ada macam kakak dan adik2 tak? 😝 Baju aku tu beli kat shopee je. Pastu masa scroll website baju bebudak ni ternampak baju lebih kurang sama je apa lagi terus lah beli. Brand The Children Place satu set.



The birthday girl. Sepatotnya kalau ikot EDD yang doc bagi memang 7/10/2017. Tapi budak ni nak keluar date cantik 10/10/2020. Pejam celik dah 3 tahun dah. Dah boleh ada adik sangat dah. Asyik mintak adik je. Kalau balik kampung memang excited nak main dengan sepupu2 dia yang baby. Kalau kat rumah tu tak payah cakap lah dok main mak2 dengan kakak dia. Teddy bear jadik adik baby 😆


Thank you cikgu2 sekolah make effort untuk celebrate birthday anak2.




Kek dari SDS. Siapa orang Johor mesti familiar dengan kedai kek ni. Kek dia sedap! Bukan setakat dia jual kek. Kedai dia boleh dine in jugak sebab ada meals and pastry. Semua pon sedap. Baru2 ni dia bukak pulak outlet dia kat Aeon Nilai. Eh memang best lah. Senang dah tak payah nak tempah kek hahaha. Sebab kek dia dah memang cantik. Sedap pulak tu. Aminah konsisten ya nak rainbow kek. Since dia tengok kakak dia beli kek last month dia dah aim rainbow kek ni and ulang2 kali cakap nak rainbow kek. So here your cake.



Kek Didi kawan Mina punya. Bila tengok kek cantik camtu baru mina cakap 'ma nanti mina nak kek didi pulak'
Hahahahah!





Nampak tak topi Ameera pakai tu? Topi tu sebenarnya dah 3 tahun kot. Entah mana dorang jumpa balik. So kakak pakai lah. Mina terus cakap 'Ma, mina nak hadiah besday topi tau'
Tak pernah2 seumur hidup dia request hadiah besday hahahaha.
Naseb baik lah mintak topi je. Murahhhh kekekeke.


Ni pulak masa 10/10/20. Actual birthday dia. Actually masa celebrate kat sekolah haritu aku memang rasa macam ada benda tertinggal. Tapi tak tau apa. Bila cikgu hantar gambar potong kek baru teringat tulisan Aminah 3 years, pisau kek, Happy birthday tu tertinggal. So ayah dia cakap nanti Sabtu beli lah kek lagi makan sama2 dengan mama pulak letak benda tu semua. Hahaha

So Sabtu tu kitorang pergi lah makan kek kat Dome, Mitsui.




First time aku makan kat Dome ni. Dome ni yang famous chicken pie dia. Tapi masa tu dah kenyang sangat sebab dah masak dan makan kat rumah dulu. So order dua kek, air & hot dog sebab Ameera Naqeesya nak. Sedap lah kek dia. Aku order banana chocolate cake lagi satu aku lupa kek apa. Habes licin kenyang2 pon. Hahahahaha!



Dapat dah topi. Tak banyak pulak pilihan topi bebudak kat Mitsui ni. Jumpa dekat PDI kids je. Belikan Ameera satu jugak sebab kesian topi dia pon dah 3 tahun. Haha. Masing2 pilih sendiri topi masing2. Untung lah kecik2 dah boleh request nak apa kan. Mak ko kecik2 nak mintak ibu belikan seluar sehelai pon takot. Sebab tau ibu ayah susah zaman dulu.

Baru2 ni aku terbaca status sorang senior sekolah aku. Dia cakap dia dibesarkan dengan kemewahan. Since kecik dia ada maid, pergi berjalan, tido hotel, nak apa semua dapat. Tapi semakin dia membesar dia rasa sederhana suit her better. Dan aku memang nampak pon kesederhanaan dia. Walaupon dia sebenarnya mewah. Kadang sesetengah orang ni tak perlu pon tunjukkan dia mewah tapi orang sekeliling boleh nampak. Ada orang beria2 tayang harta tapi kite tau yang dia bukan senang sangat pon 😜

Anyway, benda tu buat aku terfikir. Macam senior aku tu, walaupon dia dibesarkan dalam kemewahan, tapi dia tetap tak hidup meninggi diri, berjaya jadi doktor and end up dia pilih untuk hidup sederhana. Hebat parents dia.

Macam aku pulak, zaman kanak2 aku serba kekurangan. So bila aku ada anak ni aku selalu buat benda yang aku tak dapat dulu. Bawak makan sedap2, belikan mainan banyak2, bawak pergi tido hotel & jalan2. And mostly apa yang dorang nak aku akan beli. Tapi takde lah aku spoilkan dorang pon. Aku garang tetap garang. Sebat tetap sebab. And aku ada rules sendiri. Haha! So tulah kadang terfikir takot jugak dorang jadi manja ke apa ke kan sebab tak pernah hidup susah.




Balik dari mitsui tu singgah port kitorang anak beranak suka. KLIA landing view. Aku kalau bosan2 memang suka bawak bebudak pergi sini. Tah lah rasa tenang. Now dah banyak jugak boleh nampak flight landing. Bulan lepas dan sebelum2 tu sejam nak dapat satu flight pon payah. Sebab covid kan.



Dan Akram masih lagi tak dapat balik. 7 bulan dah. Sedih kadang2 bila anak2 tanya 'ma bila ayah nak balik?'
walaupon dorang faham ayah dorang tak balik sebab virus tapi tulah mesti dorang tak faham kenapa lama sangat virus ni kan. Huhu.
Mampu video call je lah sekarang.
Naseb baik jugak sekarang zaman teknologi.
Kalau zaman dulu mampuih la hidup mati orang tak tau.
Macam filem Pulang. Sampai sekarang aku sedih bila teringat filem tu 😭

Sejujurnya aku tengok filem tu sebab Remy Ishak berlakon hahaha.
Tapi filem tu memang sedih gila. Dari kisah benar.
Macam mana seorang pelaut yang amik keputusan untuk berlayar sebab nak cari rezeki untuk family. Tapi akhirnya lost contact. Sampai orang sekeliling cakap dengan the wife yang suami dia dah mati. So si wife amik keputusan untuk kawen lain. Tapi boleh pulak malam majlis nikah tu suami dia balik OMG sedih gila masa tu. Yang si suami tu pulak mengintai je dari jauh pastu bawak diri. Yang dia tak tau wife dia tu tak jadi kawen pon sebab masih mengharap kat husband dia.

Dan kemudian masing2 bawa diri dengan hati yang lara sampai ke akhir hayat. Si wife tak pernah tau yang husband dia pernah balik dan nampak dia nak nikah. Husband pulak xtau wife tak jadi kawen 😭

Anyway, semoga Allah permudahkan dan keluarkan kite yang terkesan ni dari kesulitan yang kita hadapi.
Aamiin.



Love,
Wana