Wednesday, July 20, 2011

Bukan Entry Selekeh : Mimpi Berak

                                                

memang lah bukan entry selekeh tapi agak-agak kalau korang tengah makan ke ko tutup je lah entry ni. tak pasal2 kang ada yang termuntah depan laptop. aku taknak bertanggungjawab. hehe. eh tapi kalau dah lepas makan bukak ler balik blog aku ni ha oryte? okey bagus :)


actually kan sepanjang 2 minggu lepas dah 3 kali aku mimpi aku buang air besar or dalam bahasa aku ialah BERAK. first time aku mimpi aku rasa cam 'eh apesal lah aku mimpi berak ni. bangun tido takde pulak sakit perut ke ape.


second time aku dah pelik dah. dah kenapa takde mimpi lain ke nak datang ganggu aku. mimpi lah putera raja datang meminang ke mimpi jadi jutawan ke ni mimpi berak. wadehel lah kan.bangun tido terus geli gelimat nak bekfes. kui kui.





kali ketiga aku mimpi aku berak rasa macam real gila. dalam mimpi tuh tak silap aku, aku siap main baling2 tahi kat orang lagi. banyak pulak tuh aku berak. kah kah ! nak muntah lettew. betul ni aku tak tipu. lepas tuh terus aku google ape makna mimpi aku.



Google 1 : Mimpi berak atau buang air besar

Makna : Beerti kesusahan diri kita akan hilang.




Google 2 : Mimpi Berak

Makna : Ada sesuatu yang ingin disingkirkan dalam hidup ini.




ko tengok. nampak tak ? mimpi je selekeh. tapi maknanya bagus. yelah kan ari tuh handphone aku hilang kan. lepas tuh aku rasa sekarang ni memang banyak sangat dugaan aku kene tempuh. mungkin lepas ni kesusahan yang aku hadapi selama ini akan hilang ?






atau mungkin ada anak raja bakal melamar aku dan men-senang-kan hidup aku?
(tak habes2 nak berangan kan)


tapi tu lah mimpi kan mainan tidur. tak payah nak percaya sangat kot.

tapi at least boleh lah gembirakan hidup aku kejap. heeee

yang penting kene percaya Qada' dan Qadar Allah. sebab semua rezeki tuh Allah yang tentukan. mungkin Dia nak kurniakan sesuatu untuk aku tapi sebelum tuh Dia turunkan dugaan dulu kan. yelah bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.





macam dalam kehidupan kita jugak. ada ke bos yang senang2 nak bagi duit pada pekerja? takde kan.

selalunya kene marah kene perli dulu dengan bos sebulan cukup2 akhir bulan baru dapat gaji. kan kan.

so setiap dugaan yang Allah turunkan ada hikmah di sebaliknya.



bak kata kakak aku:


Sabar dengan setiap ujian Allah. mungkin lepas ni mana tau tuhan nak bagi lagi banyak rezeki. ni Dia bagi ujian dulu. ingat ujian yang Allah bagi tuh pada orang yang Dia sayang dan orang yang mampu tanggung semua ujian tuh. lagi berat ujian Dia lagi Dia sayang. Dia nak tengok kita ingat kat Dia tak.



kesimpulannya jangan mengalah dengan setiap ujian yang datang. teruskan usaha dan yakin  yang Allah tetap selalu ada dengan kita walaupon kita selalu rasa yang takda orang sayang kita. :')



have a nice wednesday.






ok bai.


                                        

Sunday, July 17, 2011

Kisah Pencuri C510 : Suspek tak puas hati.

                                                       
Lepas buat meeting siap dengan baca yassin and solat hajat aku ingat dah selesai dah semua. aku pon malas dah nak fikir pasal henpon aku tuh. orang cakap ape redha je lah. mungkin lepas ni aku dapat rezeki lain lebih pulak ke kan. siapa yang tahu. semua tuh kerja Allah. aku anggap dugaan je bagi aku ni.


sekali esok paginya X mesej rumet aku camni.


'Fara, cakap dengan Wana sumpah X tak amik henpon dia. bla bla bla'


aku dengan Fara dah pelik dah. yelah kan dah settle semua malam tuh. aku cakap dah tutup dah taknak sebut lagi pasal hal tuh. lagipon malam tuh aku dah bagi dia peluang untuk cakap apa yang dia nak cakap so aku anggap dia dah cakap semua. aku pon dah maafkan sape2 lah yang ambil henpon aku tuh. rupanya tak habis pulak lagi. malam tuh pulak rumet X si A tuh ada something nak bincang dengan kitorang. so sebab taknak bergosip kat rumah kitorang bertiga pergi makan dekat bawah rumah.


A cakap X mesej dia camni.

'Kalau betul aku tak salah, aku takkan maafkan kau sampai mati'



lepas tuh A cakap X ni bukan marah kat aku dengan fara tapi marah dekat A sebab konon2 nya A ni burukkan nama dia depan kitorang sampai kitorang tuduh dia. masalahnya aku tak tuduh dia buta-buta. dan aku tak tuduh X berdasarkan cerita2 A tentang X before ni. tapiii pagi henpon aku hilang tuh aku dah memang syak X yang amik. just untuk kepastian kitorang tanya A pasal masalah and cerita X before ni.



tapi now X salahkan A sebab konon A burukkan nama dia. lepas tuh aku cakap kalau betul lah X tak salah kenapa dia mesej 'kalau dia tak salah'. kenapa ada perkataan KALAU?


kalau betul dia tak buat dia boleh cakap camni 'Aku tak salah. kalau korang tuduh aku, aku takkan maafkan korang'


betul tak?

kenapa mesti ada perkataan kalau?

lepas tuh aku cakap dengan A yang aku nak face to face dengan X tapi A tak bagi. A taknak X ingat A mengadu dengan kitorang. masa A dok cakap2 dengan kitorang tuh siap menangis dia. yelah first time orang cakap taknak maafkan dia sampai mati. bergetar lutut dia baca mesej tuh.


dan dia cakap takkan keluar dari rumah ni sampai lah nama dia bersih. so A plan nak cari mana2 ustaz yang boleh tengok2 kan kes kitorang ni. yelah nak dapat henpon balik agak mustahil sebab dah lama. so kalau boleh nak panggil ustaz yang boleh tengok muka pencuri ke ape ke asalkan kes ni selesai.


yang si X ni pulak kalau dah cakap tak salah tuh dah la. ni seyes aku cakap dia tak profesional langsung. aku mintak duit bil air pon dia boleh je letak duit atas meja tak cakap ape2. aku dah cakap lepas ni bukak buku baru kalau tak salah dah la buat je lah biasa2. ni balik rumah tak bertegur sapa buat hal masing2. tapi masak gosok baju semua guna barang kitorang jugak. TAK MALU KE????






kalau aku ni JAHAT aku dah bawak masuk semua barang2 kitorang dalam bilik. macam iron, kettle, kuali, periuk, tv. macam2 lah tapi kitorang tak sampai hati. tapi dia? ada dia fikir pasal kitorang? TAKDE !!


aku tanya jugak kat kawan2 aku. ramai jugak lah aku tanya. 'possible tak kalau hantu curik henpon aku?'

dorang dok gelakkan aku. yelah kalau toyol kompem curik duit takde makne toyol curik henpon. tapi kalau dah bersumpah depan quran tak mencuri aku pon tak boleh nak cakap ape lah. redha je lah :')


now aku dah tak tahu nak buat ape lagi. seyes tak suka sangat keadaan rumah yang macam ni. tak ceria. penuh syakwasangka. :(


kitorang pernah terfikir nak suruh X keluar dari rumah. yelah taknak amik risiko kan. lagipon kitorang pon dah tak selesa dengan dia. tapi A taknak. A cakap kalau betul lah X tak salah, kitorang berdosa pulak halau orang yang tak bersalah. korang pon taw kan memfitnah tuh lagi teruk dari membunuh. tapi tulah kitorang memang dah takde suspek lain kecuali X.


kalau takde pencuri dalam rumah means siapa punya kerja ?


aku bukan ape, aku kesian dengan A.





macam2 dugaan aku kene tempuh sekarang :')


                                         




Friday, July 15, 2011

Kisah pencuri C510 : Bacaan Yassin dan Solat Hajat.

                                              
                                                    

First of all aku nak cakap thanks pada semua yang nasihat and bagi kata2 semangat kat aku sepanjang minggu ni. really membantu aku. mungkin bukan rezeki aku :')

Henpon aku kan hilang hari Isnin kan. so bila dah takde sape2  nak mengaku kitorang decide nak buat air yassin dengan solat Hajat. jadinya selasa malam kitorang pon buat lah solat hajat dan baca Yassin. dalam pukul 9 lebih kitorang buat meeting satu rumah.


bab2 sycho orang ni aku memang awal2 lagi dah undur diri even henpon aku yang hilang kan tapi aku tak taw kenapa aku boleh tenang lagi. rumet aku cakap kalau dia lah yang kene macam aku memang dah tunggang terbalik rumah kitorang. huhu. bila dia tengok aku cool je dorang memang respect gila lah. aku pon tak taw kenapa tapi aku tak nangis langsung. aku macam biasa2 je. tapi aku nak lah tau sangat sape yang mencuri dalam rumah ni kan.








actually aku suspek sorang kakak housemate aku ni tapi aku tak tuduh. cuma gerak-geri dia memang mencurigakan. ditambah pulak cerita2 dia before ni yang banyak menipu menguatkan lagi andaian aku. aku memang dah maafkan sape pon pencuri tuh tapi aku cuma nak tahu sape and kenapa dia buat camtuh. dats all. actually aku memang dah suspek X mencuri dari pagi henpon aku hilang lagi. lepas tuh baru kitorang tanya A cerita X before ni and bila A cerita semua aku makin yakin X pencuri tuh.


tapi masa meeting malam tuh takda sesiapa yang mengaku. kitorang bukan buat meeting yang mengaibkan. masa meeting tuh semua tutup mata aku je yang buka mata so memang aku sorang je yang akan tahu sape yang mencuri tapi still takde sesiapa yang mengaku. lepas tuh aku tanya X betol ke cerita2 dia before ni. pasal dia kene berhenti kerja, pasal dia keluarkan duit A tapi kad atm kene block. semualah. aku cakap aku tak tuduh tapi aku cuma tanya je.






X tanya aku kenapa aku tuduh dia tapi aku cakap aku tak tuduh. aku just tanya je. yang aku pelik X tak habis2 nak salahkan diri dia kononnya dia terlupa nak tutup pintu rumah sampai mungkin ada orang luar masuk. aku cakap tak logik sebab kalau orang luar masuk laptop and purse aku dah hilang dah. memang semua ada kat tempat aku tido tapi kenapa handphone aku je yang hilang kan.

bila aku tanye X dia ada syak sapa2 tak dia cakap takde. lepas tuh dia ulang balik ayat dia yang dia rasa salah dia mungkin dia tak kunci pintu. aku pon tak paham kenapa dia asyik dok ulang2 ayat tuh. dia siap offer nak sumpah depan Quran lagi and aku bagi dia buat. last2 bila dah takde pengakuan aku bagi dorang minum air yassin.


dah last2 tuh aku luahkan lah jugak perasaan aku yang aku terkilan semua. aku sedih sebab selama ni kitorang dah macam satu family dah. tiba2 jadi camni terus tak bertegur nanti. sedih la kalau jadi camtuh. then aku cakap kalau betol lah takde pencuri dalam rumah ni takpe lah. mungkin memang dah takde rezeki aku kan. aku redha. aku cakap lepas ni buka buku baru. kes ni tutup je lah. mulakan hidup baru.








cuma aku cakap kalau betul lah ada pencuri dalam rumah ni harap dia insaf dan tak ulang benda yang sama sebab kalau diri sendiri yang hilang barang memang rasa peritnya. 



tapiii esok pagi suspek, X tak puas hati sebab dituduh. tapi dia tak cakap depan2 but dia mesej je.







Bersambung .........



                                                         
                                                             







Wednesday, July 13, 2011

Kronologi kehilangan C 510.

                                   

ahad malam before tido silent handphone sebab malas layan dak akram call.
lepas tuh letak handphone sebelah bantal and terus tido macam biasa.
aku tido dekat ruang tamu sebab aku suka tido situ.
sejuk je.
yang lain tido dalam bilik sendiri.


aku terjaga pukul 7 lebih raba2 sebelah bantal memang dah rasa handphone aku takda.
tapi sebab malas nak bangun so aku sambung tido and assume yang handphone aku tertindih celah2 bantal ke tilam ke comforter ke. maklumlah aku tido kan "sopan"
bila semua orang dah keluar rumah dalam sepuluh lebih aku baru bangun.
carik henpon tak jumpa.
dah start neves.
sekali aku angkat tilam aku tonggeng terbalikkan tilam comforter semua, KOMPEM henpon aku lesap.





aku ni kalau nak ikotkan percaya jugak benda2 mistik ni. (fikir positif housemate aku semua baik)
tapi kawan2 aku semua cakap kompem ada orang mencuri dalam rumah.
kalau rumah kene pecah masuk sangat tak logik.
sebab laptop ada je dekat ruang tamu.
bukan besar sangat. laptop vaio kecik tu je.
plus purse aku terang2 atas meja.
kenapa tak amik?
jadi kompem bukan orang luar.


tapi malam tadi buat yassin and solat hajat still takda yang mengaku.
means macam mana handphone aku boleh hilang?
sangat tak boleh nak fikir kan.






tapi now aku redha je.
mungkin bukan rezeki aku.
mungkin lepas ni ada rezeki lain yang datang.
InsyaAllah.
aminn.



firman Allah yang bermaksud :- " Alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : cukuplah Allah bagi kami, Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya, sesungguhnya kepada Allah kami menuju. " - surah At Taubah ayat 59.





nanti aku hapdet pasal meeting and majlis yassin kitorang malam tadi.







hati-hati dengan orang di sekeliling anda.                    
ok bai.
  
            

Tuesday, July 12, 2011

Kisah Pencuri Handphone C510 saya.

actually aku memang ada syak salah sorang housemate aku ni yang amik handphone aku.
tapi tu lah kalau takda bukti apa pon tak boleh buat kan.
biar aku namakan dia X.


petang semalam masa dia balik kerja dia dah start buat menda pelik.
maybe dia nak berlagak normal tapi orang yang dalam keadaan ketakutan kalau nak berlagak normal tetap akan jadi pelik jugak.
betol tak ?







selalunya bila dia balik kerja dia akan tukar baju mandi2 and akan lepak dengan aku and lain2 tengok tv3 cerita Dewa Cinta.
tapi semalam dia terus masuk bilik sampai makan pon dalam bilik.
masa dia mandi aku try usha bilik dia tapi handphone aku memang dah takde.
but guess what?
dia ada hndphone baru yang canggih siap touch screen lagi.
makin kuat syak aku kat dia.
tu satu.


lagi satu selalunya dia akan lepak luar sambil mesej2 kat ruang tamu.
tapi semalam dia tak bawak langsung keluar handphone tuh kat luar.
siap boleh cakap camni.
'eh nak tengok handphone jap lah dalam bilik'
tak pelik ke?


yang kedua rumet X (aku namakan A lah) ni dulu kerja satu tempat dengan X.
tapi X dah berhenti kerja last month.
so aku and kawan aku mesej lah A ni.
actually aku ngan housemate aku yang lain memang lebih rapat dengan A berbanding dengan X.
maybe sebab beza umur kitorang dengan A setahun je tapi X dah agak tue.
dah 27 tahun.



 



so pagi tadi A bukak cerita pasal X kat kitorang.
A cakap last month X diberhentikan kerja tanpa notis.
kesalahan tipu MC.
rupanya doktor and nombor MC yang X guna tak wujud pon.
tapi X cerita kat kitorang yang dia ada masalah dengan company tuh so dia berhenti kerja bukan diberhentikan.


second case ada one time ibu A masukkan duit kat akaun A.
A minta tolong X keluarkan duit dekat ATM.
password semua dah bagi dah tapi tiba2 X cakap kad ATM si A kene block sebab masuk pin salah 3 kali.
make sense ke?
kalau tak ingat password kan boleh call tanye kan.
yang si A ni pulak sangat jujur and percaya dengan si X ni.
dia biarkan je. 2 bulan lepas tuh baru A pergi bank islam sebab nak unblock kad atm and guess what duit dalam atm dia tinggal 4 hinggit je.
bila mintak penyata dekat bank, bank cakap tak boleh sebab dah lama sangat. dah dua bulan.
yang si A ni baik gila boleh biar je tak cakap pape pon kat X.


third case, before ni X duduk dekat Kepong rumah sewa jugak.
so dia cakap dengan A yang orang rumah dia dulu buat hal dengan dia.
so dia pindah rumah sewa aku.
boleh percaya ke?
hmmm


and last case, dia pernah putus tunang dulu.
sekarang dia ada boyfriend baru.
rasanya sape yang buat hal?


aku taknak tuduh dia tapi cerita2 tuh menguatkan lagi syakwasangka kitorang.
takkan hantu pulak yang amik handphone aku kan.
so malam ni kitorang nak meeting, buat semayang hajat and baca yassin.
hopefully dia akan mengaku.
kalau tak nak wat camne.
redha je lah.
tapi kene berjaga-jaga lah.



pendapat korang camne?








Ya Allah permudahkanlah urusanku.

Aminn.







 






eh eh sampai melopong baca tuh cepat Amin kan jugak. heeeee



ok bai. :)


                


Monday, July 11, 2011

Terima Kasih pencuri handphone !

                                               


rasa hidup ni tak lengkap kan bila handphone takde.
walaupon kadang2 beliau terbiar sunyi sepi tak berbunyi tapi bila melihat beliau ada di depan mata hati tenang je.
now semua dah berubah.
tiada lagi bunyi-bunyian beliau memeriahkan suasana.
tiada lagi kedengaran lagu 'Train-If it's Love' memanggil-manggil.
semuanya dah hancur berkecai. T__________T


Handphone ku :(



Handphone,
saya mintak maaf sebab selalu abaikan awak.
saya selalu silent awak bila saya merajuk dengan dak akram.
malam tadi pon saya silent awak kan bila dak akram call.
saya selalu tak bagi awak kasih sayang.
saya selalu lupa nak top-up awak.
bila awak dah takde baru saya rasa kehilangan.
awak kat mana?
betul ke dia yang culik awak?
T_____________T


awak ingat tak.
setahun yang lepas.
first time saya jumpa awak dekat Low Yat.
masa tuh saya datang dengan dak akram and kawan saya Mira.
masa tuh saya nak pilih kawan awak tapi bila tengok awak saya jatuh hati.
saya terus bawak awak balik.



saya gembira sampai abaikan awak :(



saya mintak maaf sebab cederakan awak masa dekat Pulau Tioman.
saya tak sengaja.
awak tahu time tuh saya sangat susah hati.
sampai saya takde mood nak buat apa2.
nasib baik awak kembali sihat walaupon kamera awak rosak :')


awak tahu tak saya takde niat nak gantikan tempat awak dengan yang lain walaupon kadang2 awak buat saya sakit hati.
saya terima awak seadanya walaupon awak dah tak berapa sempurna.
saya tak kisah semua tuh.
kalau betol lah dia yang amik awak masa saya tidur saya hanya boleh doa semoga dia insaf dan pulangkan awak kembali pada saya.
saya janji akan jaga awak baik2.
saya takkan abaikan awak.



awak tahu kan tadi saya guna public phone.
setelah hampir 6 tahun saya tak guna.
nasib baik saya belum lupa lagi macam mana nak guna.
walaupon tadi ada budak2 tengok saya dengan pelik.
saya tak kisah.
awak tahu guna public phone sangat mahal.
tak macam guna awak. jimat.



saya sunyi tanpa awak :(



awak,
saya tunggu dia pulangkan awak pada saya kalau betul dia yang amik.
yelah takkan awak jalan sendiri pulak kan.
awak mana ada kaki.
selama ni pun saya yang pegang awak kalau nak ke mana-mana.
saya tak pernah tinggal awak kan :')


awak,
saya rindu awak.
manyak-manyak.
awak selalu tolong saya kalau saya gaduh dengan dak akram.
awak selalu tolong saya kalau saya rindu dengan parent and kawan2 saya.
tssk tsssk.







awak,
mata saya dah keluar air sendiri ni.
awak balik tau :'(



                                                      
                                          

Ya Allah dugaan apakah ini.

                                                     
                                    

kenapa semua ni jadi pada aku.
aku bukan anak orang kaya apatah lagi anak Datok.
kenapa nak curi barang aku :(


pagi tadi dalam pukul 7 aku dah terjaga dah.
cari2 henpon raba2 tepi bantal  eh henpon takde.
tapi aku assume aku tertindih ke ape ke so aku biarlah.
biasalah aku memang tido ganas.


pukul 10 lebih aku bangun cari henpon memang takde.
puas aku tunggang terbalik kan tilam aku seyes takde.

HANDPHONE AKU HILANG DALAM RUMAH SENDIRI :(


3 minggu lepas ubat gigi aku yang baru beli hilang.
lepas tuh aku bangun pagi laptop aku pernah ter-ON sendiri dua kali.
kitorang dah assume rumah ni berhantu.
tapi rilek lagi.


ni pepagi tengok2 henpon aku hilang.
pecer kan.
sah2 kerja orang.
T____________T





aku letak phone aku sebelah bantal.
aku memang suka tido kat ruang tamu sebab sejuk sikit.
malam tadi aku silent phone sebab merajuk dengan dak akram.
bangun2 hilang.
tolonglah aku bukan anak orang kaya :(
nasib baik banyak nombor phone aku hafal.




aku syak housemate aku jugak.
tapi aku malas nak tuduh.
tapi korang fikir bila aku check bilik dia, dia tak bawak phone dia.
tapi sim card takde dalam phone.


lagi satu kalau aku tersalah letak lah kan takkan kawan aku call aku tak dapat.
first kawan aku call tak jawab.
second call terus off.
mesej pending.
maksud????
adalah orang yang ambil kan T_______T






Ya Allah tunjukkan lah kebenaran :(

                                 
                             

Thursday, July 7, 2011

Pertama kali pergi Sungai Congkak :)

                                          
Dua minggu lepas aku ngan kawan-kawan sekolah aku plan nak pergi naik Broga. sumpah aku cakap aku teringin gila nak naik tapi dari tahun lepas sampai nak abes taun ni aku tak jejak2 lagi kat sana T______T

sampai aku rasa Broga Hill tuh dah naik botak orang naik tapi aku tak smapai lagi. gila sedih dowh.

plannya mula-mula memang nak naik Broga tapi kawan-kawan aku yang lelaki 2 orang cakap tak payah naik. pergi picnic je so okey lah.

actually minggu tuh aku gaduh dengan dak akram. beselah aku kalau seminggu tak gaduh something wrong lah kat aku. kui kui. tapi disebabkan aku nak bawak adik aku dan kawan2 dia so aku meset lah dak akram ajak dia pergi picnic. so that boleh bawak 2 keta. padahal malam before picnic tuh dia keje shift malam tapi tak kira esok pagi wajib ada depan rumah aku. gila queen control eh? kahhhhh !

tiba-tiba esok paginya satu kereta tak jadi pergi. tu yang aku hangin je tuh. bingkai ubi betol dah plan last minit tetiba cancel. bengang tak bengang aku. seb baik dak akram ada. ngahahaha. :P




kitorang decide nak picnic dekat Sungai Congkak. malam before picnic tuh dak akram tanya ada tak goreng2 ayam ke aku cakap takde kitorang goreng mee dengan buat jemput2 je.

kalau korang nak tahu dak akram adalah seorang yang gila ayam. dia sangat senang untuk diberi makan okey. kalau kedai makan tuh ada jual ayam goreng dah syukoorrr lah sebab dia tak makan ikan tak makan sayur. bahagia dalam2 badan cam peparu ke pedal ke hati ayam ke tak makan gak. selalunya kalau dia makan nasi amik lauk ayam goreng pastuh kuah dah. kalau aku hehe tak payah cakap lah semua pon aku balun. keh keh.

so before picnin kita bagi singgah KFC dulu beli satu bucket ayam goreng. disebabkan dak akram baru gaji maka haruslah dia yang belanja. (motif utama bawak dia :P)




yang tengah2 tuh adik aku. sebelah dia tuh dua-dua kawan dia satu mrsm dulu. adik aku baru masuk matrik UIA bulan lepas. so aku bawak lah melawat kl ni ha. asyik duduk johor je.



inilah dia tak cukup satu pinggan KFC satu tuppeware sekali dia balun. penat drive katenyeeee. lepas tuh mandi 5 minit tak tahan sejuk naik tido. takpelah bagi dia qada' tidur. tidur lah kau sana kami seronok2 bermandi-manda. yehuuuuu.

orang lelaki ni memang camni eh kalau pergi jalan2.

cam dak akram ni dah tahu nak pergi picnic bawak lah towel ngan plastik nak letak baju basah. ni sampai2 je terus sengih2 tanya aku eh ada bawak towel tak. mengada-ngada. lepastuh time nak balik cakap dengan aku camni 'ala baju basah nak letak mana?'


amboi2 nasib baik queen control yang comel ni bawak plastik lebih. :P



ni lah kawan aku maisarah. single lagi ade sape2 nak masuk meminang tak? hehehe. dia ni pantang pegang henpon memang gila camera. eh eh aku macam nampak kurus eh. kui kui. oktakkelakar =___=




kan aku dah cakap dia ni memang gila kamera. =____=

dalam pukul 4 kitorang gerak balik. fuh air kat sungai congkak sangat lah sejukkk. tapi aku rasa dekat ulu yam lagi sejuk kot sampai badan berasap-asap. feeling2 kat korea gitewww. kahhh !

balik2 hantar dorang semua balik pastuh aku kuar ngedate dengan dak akram lah pulak 2 orang. lalala.

malam tuh pow dia makan ayam penyet dekat nilai pulak. seronoknyaaa hidup. badan pon makin gumukkk. demmm.

lepas ni nak plan pergi camping pulak.




daripada join BERSIH penat2 baik kita bermandi-manda lagi best kan kan.



ok bai.


                               
                                      

Saturday, July 2, 2011

Welcoming anak buah ku yang ke-tiga.


                           

actually dah 19 hari jugak lah baby baru ni lahir tapi sebab takde gambar nak upload so aku pon malas nak tulis. lagipon aku kat KL kakak aku kat Perlis. jauh sangat tuhh. lagipon dia punya eksited lain sikit masa dapat anak buah pertama dulu. sory lah baby ye nak buek camno hang lahir lambar sangat. hihi. ni pon gambar aku amik dengan adik ipar kakak aku.



Nama diberi Fatimah Zahraa binti Muhammad Faizie. panggil baby zara. dah macam nama baju dah pulak. takpe mana tahu dah besar nanti kawen dengan anak datok boleh shoping baju zara bebanyak eh baby. ahkak boleh tumpang sekaki. (bukan nak doa dah besar keje bagus2. kui kui)









hari tuh kakak aku meset aku. "Dik. mai lah datang Perlis lagi tengok baby. yang ni dapat hidung mancung. hehe"


dan lepas tuh puas jugak aku tatap gambar baby ni tapi tak jumpa pulak tang mana yang mancung tuh. huahuahua.










sekarang umur kakak aku 29. dulu dia cakap before 30 dia nak abeskan beranak so that after 30 dia fokus besarkan anak dia je. so tiga orang je lah akak aku bagi cucu dekat ibu ayah aku. aku ? of coz lah bagi satu team bola terus. kui kui. ko ingat aku kilang ? coii.



bawah kakak aku abang aku. umur dah 27 tapi macam taknak kawen je. silap2 aku yang kawen dulu nanti. abang aku single lagi oii ada sapa2 nak masuk minang tak ?




 Ba-Chakkk. :)






anak buah aku semua lahir2 rambut semua pakat nak terpacak je. tak kira lah lelaki ke perempuan ke semua okey. rambut mak bapak dia takde pulak yang terpacak.



anak buah pertama aku masa kecik. Aaisyah Humairah.
rambut pacak habes.




ni yang nombor dua. Faiq Umair.
rambut pacak jugak =____=




aku rasa dalam tiga orang ni Aaisyah yang paling comel. sebab tuh dah besar pon jadi cantik. *jeles.







anda-anda yang berhasrat nak memiliki rambut anak berpacak-pacak boleh contact kakak aku. nombor cari sendiri. kui kui.





Ada doodle baru lah dekat SINI




ok bai.