Wednesday, December 19, 2012

Durian Crepe. Nak jugak kan. Hehe



Orang lain nak cerita pasal durian crepe aku pon nak jugak.
Tapi bezanya kalau dah nama Syazwana ni haruslah 180 juta terkebelakang sikit.
Eh bukan sikit tapi 180 juta terkebelakang banyak.
Tapi takpe. Sebab dunia ni tak kekal. Tak kekal ye adik2.
Durian crepe ni semua permainan duniawi saje. Cewahhhh. Ape entah merapu.


Ok before that nak ucapkan tahniah kat Adik2 Junior comel SAKTI (Sek. Men. Sains Kota Tinggi) sebab menjulang nama SAKTI untuk result PMR tahun ni.
Kot2 la ade adik2 junior yang baca blog akak ni kan.
Congrates korang. Ohsem gila korang berjaya  kalahkan Sekolah Tun Fatimah dengan Sekolah Sains Johor.
Hakak sebagai Alumni sangat bangga okey.
Walaupon dulu hakak bodoh sikit dapat 7A jek.
Ceh nak jugak cakap bodoh sikit. Padehelllllll. Hihi.


Sekolah Tun Fatimah sape tak kenal kan.
Salah satu sekolah SBP terbaik dalam Johor.
Kalau sebut SAKTI. Belum tentu orang kenal.
Cewah mentang2 Bandar Penawar makin maju, Sekolah pon makin maju. suke suke.
Baru lah bangga aku nak melawat adik aku kat sana. Hehe.


Ok berbalik kepada cerita Durian Crepe kite.
Actually beberapa tahun lepas masa aku still belajar kat UM kawan aku (Mira) dah selalu beli Durian Crepe ni.
Tapi sebab time die beli asyik je aku takde so aku pon tak pernah la nak rasa.
Dan aku pon tak bajet lah tetibe je boleh femes kan.
Padehal kat Mid Valley tu dah lame gile wujud.
Heran aku tetibe je baru2 ni orang dok pos2 gambar durian crepe ni.


Aku order Sabtu lepas kat sorang akak ni. 6 biji RM10.


Bila aku cakap dengan Mira "Weh apesal tetibe Durian Crepe ni femes. Aku rasa dah lama ko makan menda alah ni kan?"

Pastu Mira cakap "Tu lah pasal. Dah bertahun aku beli kat Mid Valley tu tetibe baru sekarang nak pemes. Huhu"


Jadi tak salah untuk aku mencuba. Hihi
So last week sebab alang2 nak balik Dengkil dan alang2 nak jumpe Akram dulu kat Nilai so aku google la penjual2 Durian Crepe area Nilai.
Saje nak rasa. Buat2 tau ape nak jawab bila orang tanya ape rase Durian Crepe tu.
Dan sangat bagus sebab rumah akak tu dekat je dengan rumah Akram.
So aku order 6 bijik and nak amik Sabtu pagi.
Akak tu cakap kalau boleh datang before pukul 10pagi sebab dia nak pergi sopink kat Pesta Buku ape name tu Big Bad Wolf eh? Gitu la kot.
So before pukul 10 aku dah terpacak depan rumah akak tu.
Akak tu pulak yang tak siap lagi. Huhu.



Comel gile eh?



Aku memang suke durian.
Masa kat Perlis dulu aku dengan Akram sampai sanggup beli durian sekilo bape belas entah sebab teringin nak makan.
Pastu hari tu balik rumah Pakcik Akram dorang tengah kenduri durian peh best gile.
Nikmat duniawi kata orang kan.


Tapi bagi pendapat aku Durian crepe ni muak lah.
Kalau durian fresh sebiji pon aku boleh habeskan rilek je. Tapi durian crepe ni makan dua ketul pon dah tak boleh masuk lagi even dia kecik2 je.
Kawan aku pon cakap benda same. Kalau buah durian tu rilek je makan.
Tapi yang ni makan seketul pon dah cukup.
Bagus gila tekak member2 aku yang siap craving for durian crepe bagai ni kan.


Atau mungkin tekak aku ni memang jawe asli.
Tu yang tak boleh nak layan cream2 segala ni.





Aku makan dua ketul.
Akram taknak makan sebab dia macam pening2 sikit time tu.
So aku bawak balik Dengkil sebab Ahad tu kazen Akram kawen.
Bagi anak buah Akram. Suke gile dorang. Sedih pulak sebab bawak sikit je.
Ada sorang akak tu tengah gubah hantaran. Dia rasa je terus mintak nombor tepon akak durian crepe tu.
Huhu.



Jadi salah satu misi membuncitkan perut sudah tercapai.
Tapi setakat ni yang aku tak rase is pavlova.
Nampak memang menarik tapi sebab orang cakap rasa dia manis macam macaroon aku memang tak lah nak beli.
Aku tak suke sangat benda2 manis gila ni.
Macaroon dulu pon aku rase seketul je then memang tak boleh terima.


Bese lah. Kalau dah jawe tu jawe jugak.
Hehe.


okbai.