Wednesday, March 27, 2013

Perangai Akram. Lagi.





Perangai yang memang mintak kene bebel dengan aku je.
Biarkan.
Selalu die yang membebel dengan aku kan.
Rasakan rasakan. Huahuahua.


Harini nak exam malam semalam baru carik nota.
Memang pandai.
Memula ingatkan tertinggal kat opis.
Sekali pagi semalam tengok2 takde pon kat opis.
Dia suruh aku check kat kete aku pulak.
Sebab seingat dia last die pegang masa dia hantar aku pergi keje Jumaat dua minggu lepas.


Time tu die cuti.
Aku sengaja suruh hantar pergi keje.
Naik kete aku sebab senang auto. Lepas tu dia nak terus pergi Summit.
Konon bawak nota sekali konon2 nak study.
Kononnye lah =__=
Entah study entah tak.


Pastu pegi tinggalkan dalam kete aku.
Dah la letak seat belakang memang haram lah aku nak nampak.
Maybe masa aku pergi cuci kereta brader2 tu letak siap2 dalam bakul kat bawah seat belakang.
Lagi lah aku tak nampak.
Tengok2 pagi semalam  ade.
Naseb baik ada.
Kalau takde lagi lah aku emo.
Dah la aku yang tolong print kan.
Tebal gile okey. Kalau print kat kedai mau beratus kot.



Dan disebabkan aku yang print suka hati aku lah nak letak cover camne pon. Hehehehehehe.



So semalam aku pergi hantar nota tu kat die.
Naseb baik Akram ade game bola petang tu. Habes dah pukul 7 lebih.
Aku OT balik keje dah pukul 8 malam.
Takde lah lame sangat die tunggu.


Aku sepanjang minggu ni balik keje manjang pukul 8 lebih.
Naseb baik lah takde laki lagi.
Kalau tak mau laki aku lancarkan perang dingin. Hahahah!
Banyak giler projek =__=
Penat wuwuuuu :(




Dan sempat jugak singgah Secret Recipe beli sepotong kek ditambah dengan tulisan Good Luck. Awwww omeyyyy anatttt. kahhkahh. *pitam*



Sempat jugak singgah Petronas beli cekelat.
Orang cakap cekelat ni bagus bila kita nak menghafal banyak benda.


Aku sebenarnya dari dulu teringin nak buat suprise kat boipren sendiri.
Contoh macam kalau besday Akram, tetibe aku muncul kat depan rumah die pegang kek. Hahaha!
Takpon kalau macam die nak exam camni aku datang bawak kek ke cekelat ke kan.
Tapi dulu aku mane ade transport.
So berangan je lah.
Now bila boleh buat fuyohhhh rasa macam aku perempuan paling sweet dalam dunia.
kakakaka melebih gile.


So melepak lah kami kat Mekdi.
Sempat aku pow Akram bubur mekdi + Ayam goreng Mekdi.
hahahaha!
Makan tanak kalah.


Dua tiga tahun lepas Akram yang selalu teman aku study kat Mekdi.
Sambil2 aku study dia online.
Panas je tengok.
Tapi ape boleh buat.
Port selalu lepak Mekdi Bangsar.
Zaman2 takde duit. Pergi pon naik motor je. Haha.



Now aku pulak yang teman die study sambil online.
Bahagia je rasa.
Cepat betul masa berlalu :')



okbai.