Thursday, August 9, 2012

Untuk yang suka sangat shoping online sila berhati-hati. Jangan sampai tertipu.

                               
Semalam kecoh kat fb pasal satu online shop yang tipu customer.
Kalau online shop yang kecik2 takpe.
Ni online shop besar kot. Siap advertise dalam TV lagi.
alah iklan yang ala-ala macam gempak tuh.
ye betul. ZALORA.


semua berpunca sebab ade sorang blogger ni tulis kat blog pasal service Zalora yang macam hampeh.
Nak baca sila pergi SINI.


aku pon usha-usha lah facebook Zalora ni.
memang sangat banyak komen negatif daripada positif.
















aku takde lah suka sangat shopping online.
tapi tak suka tak suka pon dah tiga kali jugak lah beli barang online. hehehe
yelah kadang2 tu barang yang kita nak tu ade kat kedai online takde kat kedai biasa pulak.
tu yang beli je tu.
tapi setakat ni Alhamdulillah la tak pernah pulak kene tipu.
sebabnya before beli aku mesti akan check setiap komen customer kat page tuh.
kalau ade yang negatif sorry lah nak beli kan.
bye bye.



tapi bila aku baca semua comment2 kat Zalora tu ade jugak yang bagi feedback positif.
tak tahu lah kalau orang2 dalam Zalora sendiri yang bagi komen tu.
yelah konon2 nak cakap yang tak semua dapat servis hampeh kan.
nak bagi nampak Zalora still ok.
wallahualam lah.


so sesiapa yang memang suka giler nak shoping online ni sila lah berhati-hati.
memang kene siasat betul2 dulu before beli.
kang duit dah bayar baru nak menyesal kan.
tak guna.


ok aku ade lagi 3 kad raya yang kosong ni.
sape nak boleh email alamat kat syazwanajamal@hotmail.com
or boleh pm kat facebook aku.
siapa cepat dia dapat. hehehe.


yang lain tu aku baru dapat nak pos hari ni.
sebab aku kan macam gud2 je buat busy. hehe.


okbai.