Tuesday, October 22, 2013

Menghabiskan daging korban : Sabtu sup daging & Ahad ala western.


Raya korban minggu lepas Akram ada dapat daging korban sikit.
Disebabkan die bukan nya nak masak2 sangat so dia bagi aku dengan ucapan "Nah yang sabtu ni masak sup daging tau. Ahad perap pastu bakar"
Ewah kemain lagi kan. Ini cara2 belum kawen ni. Dah kawen sok entah ape pesanan khidmat masyarakat dia nak bagi setiap hari.
Tapi takpe bab2 masak ni I loikeeeee.
Cewahhhh sejak2 dua menjak ni kan. Memang terlebih rajin gugel resepi.


Disebabkan aku tak pernah masak sup daging maka aku pon terus halo2 adik aku.
Dah la adik lelaki.
Lagi pandai masak pulak tu.
Haihhhh hidup ni memang complicated *tetibe*


Selalunya aku kalau masak sup aku suka guna ayam. Sebab aku kan kureng sikit daging2 ni.
Masak sup ayam senang nak mampos. Guna je rempah sup bunjut tu habes citer.
Tapi sup daging ni kene bagi pekat sikit baru la aummmmn. Pedepowwww bak kata Fynn Jamal. Anak2 mempunyai bapak nama Jamal ni memang rajin dan pandai masak kot.
Wakakakakaka pitam.


Jadi marilah kite mintak resepi kat adik sendiri sebab die je rajin tolong bapak aku masak sup2 daging tulang bagai ni.
Sup ni tumis asing2 dengan air rebusan daging.










Siap menganjing aku kan. Cisss
Orang jawe tau la kot ungkep tu masakan camne. Pehhh tetibe dah lame tak pekena ungkep. Dengan nasi panas pulak. Pehhhhhhh melelehhhhhh air liurrrr. Ok lapar


Senang jugak rupanya masak sup daging ni. Aku ingat banyak sangat bahannya.
Habes aku tengok bapak aku masak macam leceh je.
Kuikui.


Ni nak bagitau satu rahasia ni. Besarrrrrrrrrrrrrrrrr punya.
Kalau korang nak tau adik aku ni la yang ajar aku masak nasi guna dapur gas.
Time tu kat kampung. Nak masak nasi sikit je so malas nak guna rice cooker.
Aku masak rentung malah hangus. Kakakakaka!
Pastu adik aku ajar la camne nak masak cara betul.
Malu ai tau. Mase tu aku tak ingat aku form berapa. Beza aku dengan adik aku yang ni dua tahun.
Tapi now dont worry. Aku dah master. Mihmih.



Yang ni pulak menu Ahad. Steak dengan white sauce, Shrimp salad, Wedges and fruits.



Daging lembu ni aku hiris nipis2. Sebab takot liat. Perapkan and grill guna non stick pan. Lemon tu meriah sebab aku beli sebijik lemon nak perah kat udang dalam salad tu. Guna sikit je so lebihan kite hiaskan untuk steak. Walla kebabommmm! Disebabkan takde daun pudina maka dengan selambanya aku tabur daun sup atas steak tu. Daun sup lebihan makan sup sabtu punya.



Die punya white sos tu senang je.
Bila kite grill daging kan ade lebihan kuah.
So cairkan butter, masuk tepung jagung sikit bagi pekat. Pastu tuang susu cair.
Siap!
Kalau nak buat jadik kaler coklat blackpepper boleh tambah stok perang. Tak tau sila google.
Tapi aku takde so belasah je lah.
Nest time boleh try lagik.



Inilah dia shrimp salad. Ada ala-ala Tony Romas punya tak? Wakakakaka tak agak2 kan nak bandingkan dengan Tony Romas punye. Udang2 kat Tony Romas gedabak kot. Size udang je dah fail. Udang ni aku beli kat Giant. Alahai kecik2 benor. Salad kemahin meriah. Takpe next time aku beli sekilo. Baru meriah salad aku.



First time aku buat shrimp salad ni as side dish nak makan dengan steak.
Selalunya aku buat mashed potato.
Tapi sebab aku fail lagi masak gravy untuk mashed potato maka jangan nak buang masa.
Terpaksa google side dish lain untuk steak yang simple tapi sedap.
Naseb baik google memberikan kerjasama yang baik.
Dan naseb baik jugak sedap. Nganganga.


Dan sebenarnya kalau ikot menu asal udang2 ni dicampurkan dengan buah avocado yang potong dadu.
Tapi buah2 avocado kalau jual kat pasaraya semua yang tak masak lagi. Nak kene peram dulu.
Alahai lambat.
So tak payah guna. Next time kite try guna pulak tengok camne pegi die.



Wedges ni pon aku beli segera punya. Takde la pulak aku beria google camne nak buat wedges sendiri. Beli je sudah. Haha! Just carik sos cheezy takde jumpa so belasah je la tuang tousand siland. Sedap jugak.



Resepi nanti2 lah ye.
This week tetibe tekak terasa-rasa nak makan nasi tomato pulak.
Macam sedap.


okbai.