Friday, January 25, 2013

Kurang Adab



Sape baca paper semalam mesti tau pasal ni.
Tapi aku tak sure semua paper ke ade berita ni sebab aku baca Kosmo.
Cewahh tetibe nak berlagak sebab baca paper dah mengetahui berita semasa.
Padehal sebab Akram yang beli paper tu masa keluar semalam.
Aku tumpang baca je.
Nak harap aku beli paper sendiri jangan harap lah.
Dah la tak baca paper, tengok berita pon tak. Apa lah nak jadi.
Hari2 dok asyik menghadap BeautifulNara je sampai Kota Tinggi banjir pon boleh tak tau. Wakakaka.





Sedih sangat.
Bayangkan kalau terjatuh sikit pon dah meraung inikan pula kene hempap dengan 10 tan ok.
10 tan = 10000 kg.
Sakit nye dia menanggung before meninggal :(






Masa memula Akram baca berita ni dia tunjuk gambar kereta tu pastu tutup caption bawah and tanya aku "Cube teka ni kereta ape?"
Punya lah berkecai kereta tu. Sampai dah tak rupa kereta ape dah.
Aku pon main taram je teka Gen 2.
Sekali ala-ala betul pulak.


Kalau korang baca berita ni sedih sangat.
Lagi sedih bila lepas aku update status rupanya yang eksiden tu makcik Junior aku masa kat Sekolah dulu.
Allahuakbar mengucap panjang aku.


Junior aku cakap driver lori tu lari. Polis tengah kesan.
Tu yang aku tanya Akram semalam apesal takde langsung cerita pasal driver tu.
Rupanya lari.
Konghajo betul manusia ni.
Dah buat salah tau pulak takut.
Sebelum buat salah taknak pikir panjang2.
Harap2 polis dapat carik cepat. Memang tak boleh dimaafkan.





Yang aku macam sedih sangat sebab dorang dah nak sampai rumah dah.
Tapi tu lah malang tak berbau.
Orang cakap dah takdir kan.
Tapi aku selalu bayang kalau lah driver lori tu boleh sabar sikit.
Mesti tak jadi macam ni :(
Tak paham aku kenapa gelabah sangat nak potong kereta tu padahal kereta tu dah nak belok kiri kot.


Bila baca2 berita macam ni aku memang cuak la.
Maklum lah kereta kecik sekali kalau lori potong aku memang terhuyung-hayang je aku rasa dalam kereta.
Sejak2 aku drive ni memang dah banyak kali dah jumpe lori2 yang bawak laju dah berbahaya.
Bukan setakat lori je bas ekspress pon sama.
Nak laju pon berpada la sikit.


Aku rasa bulan lepas kot paling banyak aku kene hi-beam dengan bas.
Aku bawak 80-90km/h lane paling kiri ok.
Kene jugak hi-beam dengan bas.
Kalau aku bawak lane tengah ke kanan ke boleh jugak aku ke kiri.
Dah aku bawak kat kiri nak aku duduk celah mana?
Emergency lane.


Memula aku kene tu aku bengang jugak terus aku masuk lane kanan, pecut terus.
Tapi bila aku pikir2 balik watpe aku nak emosi.
Bukan salah aku pon.
So hari tu aku bawak 90km/h duduk lane tengah. Ada satu bas ni dok hi-beam aku.
Aku buat keras tak layan. Naseb lah kan.
90km/h lane tengah bukan slow pon.


Memang dah banyak kali sangat aku kene.
Ade one time tu lagi teruk satu bas ni.
Time tu aku dok line tengah bawak dalam 80-90km/h camtu.
Jalan time tu boleh tahan banyak gak kereta.
Sebelah aku time tu ade satu waja ni bawak dalam laju macam aku jugak.
Sekali ada satu bas ekspress ni mula-mula die duduk belakang aku. Agaknya sebab dia rasa aku lembab die nak potong ikot lane kiri lah.
Tetibe kereta lane kiri pon bawak laju macam aku jugak. Kene cucuk ok dengan bas.
Memang aku tengok rapat gila bas tu bawak dengan kereta depan.
Time tu rasa macam cibai gila bas ni.
Yang kereta waja tu sampai dah nak masuk emergency lane dah punya takut kalau tetibe bas tu sodok dia.


Aku pon kalau orang bawak kereta dekat2 dengan aku kat belakang dah rasa gelabah gila.
Ni pulak kalau bas ke lori ke. Kecut perut.


Aku dulu mula2 memang tak boleh la kalau orang buat aku camtu.Cepat je rasa panas hati.
Now aku rasa macam ah lantak kau la.
Asal aku tak buat salah malas aku nak layan kau.
Kau nak potong aku silakan.
Kau laju kau eksiden kau innalillah.


Tapi tu lah kan kadang2 orang lain yang salah kite yang kene tempiasnya.
Apa nak buat.
Doa je lah banyak2.


okbai.