Wednesday, December 19, 2018

Anniversary Trip 2018 : Bali 4 hari 3 malam



Actually takde plan nak pergi Bali. Our first plan nak pergi Perth sebab nak jalan santai2 je. Lepas tu ramai sangat update problem pasal visa + aku takde masa nak study sangat pasal Perth sebab busy dengan keje, so kite decide nak pergi dekat2 je lah which is Brunei.

And then aku pulak tetibe nak buat lasik sebab pikir2 balik this is the right time sebab Akram cuti dua minggu. Tapi tulah bila dah ada duit, tak lepas pulak nak buat lasik 😭

So Akram cakap jom lah kite pegi Kuching sebab kitorang tak pernah jejak Kuching lagi. Lagipon takot nak bawak budak2 travel jauh2 sebab first time nak bawak naik flight. Tapi aku cakap nak pergi Oversea 🤣 Pastu dia ushar Istanbul. Aku cakap tengah winter tanak lah. Nak pergi tempat yang tanak jalan2 sangat. Nak rehat2 release stress je. Pastu dia cakap ok lah pegi Bali lah.

Tiga hari sebelum fly baru beli tiket flight, baru book villa. Alhamdulillah semua ok. Akram je lah yang study pasal Bali sebab kawan dia pon ramai pernah pegi Bali. Aku memang malas nak study.

5.30am kejut budak2 bangun. Lap2 kan badan sikit, terus ke Klia. Lebih kurang 3 jam flight. Sejam je budak2 tido masa nak take off tu. Lepas tu masing2 bosan naseb baik bawak animals banyak2 tu 😆

Idea bekal anak-anak ke pengasuh


Sejak dari anak2 aku start makan ke memang aku yang masak hari2 bawakkan bekal ke pengasuh. Start dari 6 bulan masa dorang start dengan puree, lepas tu makan bubur, then masuk fasa makan nasi berlauk, semua aku yang masakkan pagi2 before pergi keje.

Dari anak satu masuk ke anak dua.

So kadang2 tu memang pening nak masakkan apa untuk anak. Tapi tak sepening bila ko tanya kat laki ko "Nak masak ape brader harini?" kekekeke.

Sebab anak2 ni mak masak apa2 je dia kene makan. Kalau husband ni dia ada selera dia sendiri. So beruntung lah kalau husband ko jenis tak memilih lauk. Lagi beruntung kalau husband ko jenis suka makan lauk simple macam ikan goreng, sambal belacan, ulam. Pehhh boleh terharu beb sebab tak payah beria sangat masak. Haha!

Tapi kalau husband ko jenis akan jawab semua pertanyaan ko tu takpe. Nak makan lemak cili api, asam pedas, kari ayam, Siap! Dia yang jadi punca segala permasalahan ni jenis bila ko tanya laki ko nak makan apa kang dia jawab "Apa2 je saya makan je semua"

Kalau makan semua takpe. Kang kite masak simple2 kang komplen pulak. Aje sabo je lah jadik bini2 ni kan.

So berbalik pada tajuk kat atas tu, dua tahun aku dok bawakkan bekal anak2 ni rasanya macam resepi sama je lah yang aku bawakkan.

Anak2 aku ni aku ajar makan ikan lebih compare dengan ayam atau daging. Bukan sebab kaya, tapi bapak dorang sejenis suka makan ikan jugak. So ikan memang akan lebih dalam peti ais.


Antara menu2 yang aku selalu masak: