Monday, December 10, 2012

Pengalaman saya di Stadium.




Amacam?
Orang lain dah hapdet pasal Malaysia Vs. Thailand dah.
Aku baru nak hapdet pasal aku tengok Malaysia lawan Indonesia.
laikaboss. Mihmihmih.


Well aku bukan ape. Sibuk berpura-pura busy di dunia realiti.
Walaupon hakikatnya bukan ramai sangat pon kawan di alam realiti.
Sebab Iolls memang tak reti bersosial uolss. Atau dengan kata lainnya Iolls adalah pemalu.
Eh pemalu tak Kak Tina? Hehehehe.


Kak Tina je la satu2 nya blogger yang aku pernah jumpe. Sabtu lepas aku jumpe dia.
Yang lain semua berkawan di alam maya je.
Sebab aku ni jenis tak reti nak borak ape dengan kawan yang baru kenal.
Tapi kalau kau dah kenal lama dengan aku, rasakan lah penangan kepala aku yang tak berapa nak betul ni. Hikhik.


Macam dah larik topik je. Ok berbalik kepada tajuk karangan kite "Pengalaman saya di stadium"
Wahhhhhhhhh rindu gila nak buat karangan Penulisan. Cewahhh.
Ok fokus. Even dah berapa minggu entah dah basi.


Aku memang minat bola. Tapi bukan fanatik bola.
Kire kalau tengok bola boleh layan la. Bukan tak suka langsung. Kalau tengok ngan housemate dulu boleh la jerit2 dalam rumah tak hengat dunia sampai terlupa kejap ada jiran kat sebelah. Hewhew.
Selama ni memang tak pernah masuk stadium.
Tapi hari tu sebab kawan Akram offer nak beli tiket.
So Akram suruh beli dua.
Dia dah suruh kawan dia beli tiket baru dia tanya aku nak pergi ke tak tengok bola.
Kang cakap tanak kang membazir pulak.
Cewahhh padehal dalam hati kalau Akram tak ajak boleh amukan tahap petala ketujuh di situ. kuikui.




Suasana luar Stadium.

Aku tak ingat aku sampai dengan Akram pukul berapa.
Tapi of coz lah parking semua dah penuh kan.
Sampai ke jalan raya besar dorang parking.
Gila gigih nak berjalan.


Kitorang amik parking yang kene bayar RM2.
naseb baik dua hengget je.
Layankan je lah.
Dan naseb baik jugak ade lagi parking dalam tu. Even memang 90% dah penuh dengan kereta.


Masa kitorang sampai tu dah ramai gila orang.
Tapi tak terus masuk sebab tunggu kawan Akram dua orang sampai dulu.
Sebab tiket dia ada Akram.
Dah la time tu hujan boleh tahan gerimis yang lebat jugak.
Naseb baik aku bawak payung. Beg Doremon la katekan.


So sementara menunggu dorang berdua kitorang pon berlegar-legar lah kat luar Stadium tu.
Kat dalam Stadium dah macam2 lagu dah keluar.
Aku geram je dengan Akram sebab tak dapat masuk lagik.
Tapi kite wat rilek je sebab tiket Akram yang belanje. Hehhe. 


Maafkan daku kerana seumur hidup aku memang takde Jersi Malaysia.
Dan seumur hidup aku jugak aku ade satu jersi jek.
Jersi MU. hahaha !
Tapi bukan salah aku sebab aku memang tak pernah beli jersi sendiri.
Jersi MU tu pon abang aku yang bagi.
Gigih nak explain jugak kan. Macamkan ade orang kisah ko ade baju ape pon.


Orang semakin ramai. Penyokong Indonesia pon sibuk carik pintu masuk dorang jugak.



Time ni lah kan penjual nak jual barang2. Memang kompem2 orang beli jugak. 



Termasuklah Akram yang terkandas jugak kat tempat jual jersi. Padahal malam before tu cakap dengan aku perlu ke pakai jersi. Ciss. Pastu siap cakap lagi kalai dapat jersi rm25 dia terus nak angkat satu. Sekali rm35 pon dia angkat jugekkkkkkkkkk. -____-




Menyampah sangat. Eh tak lah menyampah sikit jek. Hikhik. Gatei sangat :P
Akram cakap dia tak suka sangat pakai Jersi. Sebab tu seumur hidup dia pon takde jersi. Aku cakap alah bukan nak pakai hari2 pon. Pakai tem tengok bla je pon.



Pukul 830 kot baru kawan2 dia sampai.
So terus masuk stadium. Time tu aku pegang payung. Yelah hujan kan.
Sekali guard tak bagi bawak masuk. Suruh tinggal kat luar.
Dah la payung Esprit (Motip sangat nak bagi tau).
Naseb baik tetiba guard tu bisik kat Akram "Cepat2 masukkan payung dalam beg"
Baiklah. Sukeeeeeeeeeeeeee.
Kalau lah tinggal kat luar. Memang selamat lah hilang. Dan memang aku akan menangis kali kedua lah kat situ.



Masuk2 Stadium makaihhhhhhhh penuh gila orang.
Siap naik pergi tempat paling atas. Pon penuhhhhhhhhh.
Penuh sampai ke tangga2.
Last2 berjaya jugak menyelinap berselit-selit sampai jumpa seat kosong.
Terus rasa nak buat sujud syukur.



Lautan Kuning. Betapa ramainya penyokong.


Aku dapat seat tak best.
Sebab depan aku betul2 palang.
Aku dah la pendek.
Tetibe terus sedih balik. Huhu.


Dan lagi sedih sebab jauh gila dari padang.
Sorang pemain pon aku tak nampak.
Dah la takde pengulas.
Tak boleh nak replay2 macam kat tv.


Yang best nya sebab dapat merasai kemeriahan tu.
Dan kalau kau tengok kat rumah kau boleh baca orang mencarut kat pesbuk je.
Kat Stadium kau dengar orang mencarut live ok.
HAHA !
Memang sumpah lawak asyik nak gelak je.
Yang paling banyak kene Aidil la.



90% penyokong Harimau Malaya. 10% penyokong Garuda dengan tagline "Forza Indonesia"
Forza tu ape makne nye eh?




Dan dapat tengok orang bakar mercun live. Nampak tak yang kaler merah tu? Haaaaaaaaaa. Ada masuk tv tak???? Cewah nak bangga pulak. Kuikui.




Dah macam tengok semut2 bergerak tengah padang je. Naseb lah kan.



Masa First gol Malaysia. Kemain lagi Akram. HAHAHAH!
Oh baru perasan lubang hidung Akram besar jugak. Ngahahahaha ! Selama ni tak perasan lah pulekkkkk.




Adik2 yang bersemangat. Dah besar jadi pemain bola profesional ye dik. Kalau tak profesional lupekan je lah. Kalau profesional baru boleh sebab gaji lagik besar dari seorang Engineer. Hahahaha !





Dan jugak abang2 yang bersemangat sampai naik bergegar kamera haku. 




Okey reda balik. Tunggu second gol pulak.




Dan second gol yang lagi meriah. Baik2 sikit bang lompat tu. Jangan suke sangat. kihkih.




Akram dan dua kawannya.



Masa memula start game memang dengar lah jugek penyokong Indonesia bersorak.
Bila dah satu gol Malaysia dorang slow sikit.
Bila dah dua tiga gol pehhhhhhhhhhh senyap terus.
Masa dah nak abes game lah yang paling best.
Sebab dorang dah start balik.



Ape lagik seronok lah penyokong Harimau semua jerit "Balik. Balik"



Dan akhirnya sampai habes masa kekal Malaysia menang :)
So tak sia2 lah Akram punye duit keluar. Hehe.


Oh lupe nak cakap. Masa rehat separuh masa tu Akram keluar kejap pegi beli beger kat luar.
Burger Ayam RM3 just ada roti beger dengan daging je okey.
Hai lah peniaga ni memang betul2 nak kaut untung.
Sebab lapar kitorang balun jugak. Hehehe.


Masa nak keluar Stadium tu memang ramai lah jerit "Beger mahal takde sayur"
hahaha !
Macam-macam.


Dan of coz masa nak balik sangkut dalam jem.
Best gilerrrrrrrrrrr *duckface*




Ok habes.


Semalam aku pergi wedding kawan masa kat UM dulu dengan Akram and Mira.
Aku cakap lah "Apesal semua orang nak minat Wan Zack. Macam tak hensem jek"

Pastu sape entah cakap Mira kot "Sebab dia hebat kot"

Okey fine.

Tetibe Akram cakap "Eleh daripada Safee Sali"

"Alah Safee sebab dah tue. Eh tapi okey ape Safee" kataku. hihi.


"Safee taste ko Wana??" Kata Mira seakan gembira menggelakkan ketidak adaan taste aku. Ciss.

Dan aku menjawab dengan nada sengaja dikuatkan ke telinga Akram "Biar tak hensem tapi duit banyakkkkkkkkkkkkkk"



Dan Akram malas nak layan.
Baiklah.


okbai.