Monday, November 2, 2020

PKPB Selangor minggu ketiga.

 Assalamualaikum.

Minggu ke tiga PKPB Selangor di teruskan lagi.
Bila MKN umumkan PKPB dilanjutkan lagi 2 minggu hmmm dah tak boleh nak cakap apa dah.
Redha je lah.
Masih mengekalkan konsep work from home.
Pergi site office setiap Selasa & Khamis untuk kerja2 tertentu.
Alhamdulillah mak masih waras hahaha.

It is totally not easy ya nak work from home dengan dua toddlers.
Orang yang ada suami keje kat rumah sekali pon boleh stress.
Inikan aku pulak yang sorang2.
Tapi tulah selagi terdaya kite buat. Kalau penat kite stop tak kisah la apa jadi pon 😆



Hari Isnin pepagi lagi dah cakap dengan bebudak breakfast makan biskut je tau.
Lunch nanti kite makan nasi telur kicap. Mak malas.
Walaupon duduk rumah tapi tetap Monday Blues.
Penat? Sudah semestinya.

Naseb baik rezeki sangat dapat anak2 yang makan tak memilih. Apa aku masak dorang makan. Kalau dorang tanak makan aku suruh makan biskut je. Pilihan di tangan anda. Tanak makan silakan lapar.
Bukan kejam tapi malas nak manjakan dorang. 
Makan apa adanya jangan cerewet.
Senang nanti kalau nak balik kampung/travel/ p memanalah nanti.



Konon2 berkhemah. 
Nampak tak walaupon mak sorang2 kat rumah, mak tetap layan anak2 menyepahkan rumah. Ko mampu? Hahahaha.
Budak2 biasalah kan suka main pondok2.
Aku cakap kesiannya meh la mak buatkan khemah.
Nak tunggu pak ko balik entah bila kan.
Khemah dalam rumah dulu lah. Haha.



Malangnya mak terpaksa menutup mata bila dorang decide untuk berkhemah 3 hari 3 malam sampai khemha dorang tu bagai dilanda ribut taufan 😂
Dah macam tentera tengah bincang strategi peperangan pon ada jugak.

Tapi aku tak kisah sangat sebab Ameera Naqeesya by hook or by crook dia memang akan kemas jugak.
Cuma ko kene bersabar dan tahan mata ko ye.




Kau mampu sayur lagi banyak dari nasi? 😆
Anak2 request sayur. Ini cerita benar ya. Haha.
Sejak2 aku buat tempura sayur tu dorang memang tersangat lah suka sampai pandai request nak sayur tepung. Especially bayam brazil. Boleh ratah macam tu je.



Hari Selasa macam biasa lah bawak double AN ke site office.
Tapi aku confuse dorang nak pergi office ke nak pegi picnic. Kemain dengan topinya dengan spec hitamnya 😂



Masa ni Mina baru lepas gaduh dengan kakak.
Aku peluk2 pastu dia tetido.
Dah terpaksalah buat keje sambil pangku anak.
Lagi 20 tahun mungkin kite akan tengok balik gambar2 ni dan gelak2 je. How struggle we were before. Cuma buat masa ni memang kene menangis sebab Ya Allah susahnyaaaaaaaaaaaa 😭

Susah nak handle perasaan dan emosi sendiri.
Tak boleh nak marah2 selalu. Kalau ayah dorang ada memang aku boleh jadi singa hari2. Tapi ayah dorang jauh. Kesian kalau kene marah hari2. Takde siapa nak pujuk depan2.
Jadi sabar Wana sabarrrrrrrrrrrrrrrrr.



Bila aku up gambar ni kat Instagram ramai nya yang sedih. Tido dengan baju ayah.
Aku ni ok je sebenarnya. Tapi bila baca dm2 orang sudah aku pulak ikot sedih. Huhu.
8 bulan dah Akram tak balik.
Qatar pon dah officially announce yang memang tak boleh keluar dari Qatar.
Sabar.



Hari Rabu WFH. Tapi sebab minggu tu kemalasan yang amat, mood memasak pon tak datang.
Jadi kite beli je lah.
Untuk bebudak belikan ikan goreng dengan sup tofu telur.
Bila tengok lauk ni baru perasan dah lama gila tak beli tofu telur. Huhu.

Pastu sebab beli lauk kan kite beli lah lauk yang kite takkan masak kat rumah.
Contohnya asam pedas ikan pari. Aku memang tak pernah masak sendiri. Biasanya kalau Akram balik baru akan masak lauk ni.
Pastu rebung campur babat. Yang ni memang takkan masak sebab Akram tak makan. Aku pulak tak kuasa nak masak rebung sendiri. Dengan babat pulak. Makan nak masak tanak haha.
Sama jugak macam sulur keladi aduiii sedapnya lama gila tak makan. Tapi nak masak sendiri mohon maap lah. Haha.



Petang tu try goreng pisang sendiri.
Jiran bagi pisang. Aku cakap tak pernah goreng pisang sendiri 😂
Ya seumur hidup aku memang tak pernah goreng pisang.
Resepi pon mintak Akram wakakaka.
Pastu google.
Tengok macam tak berapa jadi kan. Tapi bebudak makan licin. Mungkin sebab lapar. Kahkahkah.
Kawan aku cakap ok lah first time nampak bentuk pisang jugak. Dia punya first time sikit lagi jadik jemput2 pisang 😆 Habis hilang semua bentuk pisang hahaha.



Petang tu pergi airport sebab nak kirim barang dekat kawan Akram.
Kawan dia dapat balik last month sebab ada emergency.
Rezeki dia.
Cuti sebulan tapi tolak kuarantin bagai tinggal 9 hari je kat rumah sendiri. 
Jadilah kan.

So aku berdoa lah biar dapat kirim barang. Alah bukan barang apa pon. Belacan Kuala Perlis, pes tomyam thai dengan serbuk kari cap O.
Memang dah ada kat rumah sebab standby kot2 ada chance nak kirim camni. Haha.
Tapi barang bro tu je dah 33 kg 😂
Barang aku 3kg.
Ada rezeki lepas lah sebab sorang limit 30kg je.



Alhamdulillah rezeki. Sampai jugak barang2 ni ke Qatar. Huhu.
Nak pos sendiri mahal weh.
Haritu aku pos 6kg dah RM400+
Macam ni je pon dah 3kg.
Setakat 10kg tu apa lah sangat boleh letak huhu
Nak je aku raise fund untuk courier barang ke Qatar 😂
Kot lah ada orang kaya yang baca pos ni kalau nak sponsor courier barang2 dari Malaysia ke Qatar tolong lah bantu.

Kat Qatar ada jual barang2 jugak tapi tak sama sangat dengan Malaysia.
Macam rempah2 tu Akram cakap  banyak yang import dari India. Rasa dia tak berapa kene dengan tekak Malaysia.
Lagi satu harga mahal!
Biasanya tiap2 bulan orang Malaysia balik Malaysia nak topap barang2.
Ni dah 8 bulan tak balik. Kesian.

Jadi kalau ada courier nak buat amal jariah sponsor dialu-alukan lah. Haha.



Hari Khamis macam biasa jugak bawak double AN ke site office sebab ada meeting.
Boleh pulak aku lupa haritu Public Holiday Maulidur Rasul.
Patot lah Rabu tu ada orang tanya aku dengan nada pelik bila aku cakap aku datang meeting Khamis tu.
Sebab muka aku memang takkan datang on public hol biar apa pon terjadi hahaha.
Tapi sebab WFH kan so aku ok je lah.

So haritu berjalan dengan aman je sampai lah pukul 3 petang.
Tengah meeting tetibe ada orang masuk bilik meeting dan cakap "Wana go check your kids. Dorang nangis"
Ah sudahh.
Aku masuk office dua2 tengah melalak. Guard tengah pujukkan.
Sebab pintu tu terlock. Dalam luar tak boleh bukak 😆 Jadi adik kat dalam melalak kakak kat luar pon melalak. Haha. Dah macam tu aku terus lah kemas2 barang dan chow.
Lantak sanalah meeting.
Hahaha.

Otw balik dok tapau pie blueberry cheese mekdi.
Dah 3 kali repeat beli sebab sedappppppp.
Memula beli satu pastu aku tak dapat langsung. Pastu beli dua pon dapat rasa sikit. Kali ni beli 3 sorang satu baru puas hati.



Rindu ayah.
Tido lah dengan baju2 ayah.



Hari Jumaat masih kemalasan. Jadi nya masak bihun goreng je dari pagi membawa ke malam.
Nak snap gambar pon takde mood.

Sabtu masak lauk macam gambar atas.
Tinggal udang je dalam freezer.
Pikir2 nak masak apa. Bosannya. Nak makan apa pon tak tau. Nak pergi kedai pon malas.
Last2 masak sadin, lemak udang, telur dadar bayam brazil.

Kawan2 cakap malas2 pon masak 3 lauk. Orang lain malas cuma goreng telur je. Hahahah.
Aku kesian kat bebudak ni sebab dorang ni jenis pemakan.
Kalau dorang jenis tak suka makan aku pon malas nak beria masak. watpe kan beria masak tapi tak di makan huhu.


Hari ahad berwestern lah kite.
Konon nak masak Aglio Olio je. Pastu eh banyak pulak side dishnya hahaha.
Western tekak melayu.
Sebab Aglio Olio tu letak daun kari dan cili padi.

Rebus spagheti setengah paket. Panaskan olive oil, tumis bawang putih 5 ulas cincang, daun kari, cili api & lada besar merah sebab nak bagi naik seri kaler. Aku takde pulak cili kering. Kalau ada guna cili kering je. Pastu masuk kan sotong, tambah garam dan lada hitam. Masukkan spagheti. Aku tambah serbuk telur masin bestari dengan parmesan cheese. Ni optional sebab kat rumah memang dah ada kan so  kite masukkan je lah. hehe. Sedap!

Tempura sayur + seafood. Guna tepung bestari je.
Pastu fries tu letak left over sambal sadin semalam. Letak cheese sekeping, masuk oven bakar 5 minit. Siap! Bakar sekali dengan meatball tu.

Actually aku stress minggu ni sebab aku dah plan baik punya 1/11 nak check in Avani 😭
Plan asal 30/10 adik aku dengan parents aku nak datang rumah. Pastu nak check in Avani.
Aku dah book dah Avani.
Yang lagi stress sebab booking avani yang no cancellation tu 😔
Sebab pikir2 covid macam dah ok.
Pastu dah plan baik punya so macam confirm lah kan.
Tup2 covid strike balik 😭

Avani bagi tukar date tapi kene tambah duit.
Aku faham lah property punya rules memang macam tu. Tapi dalam keadaan sekarang bertimbang rasa lah sikit kan.
Bukan aku suka2 nak tukar date. Sebab PKPB! Kalau tak kerana PKPB memang dengan senang hati aku check in.
Aku tukar date 28/12/2020 sebab dia bagi tukar date sampai 31/12 je. Bila check harga kat Agoda lagi murah untuk date tu tapi Avani tetap suruh aku tambah duit. Cuma dia suruh bayar masa check in nanti lah.
Eiii geram betol aku.

Tapi lesson learned lah.
Walau apa pon yang jadi jangan lah book hotel yang non refundable tu even lagi murah dan even ko rasa plan ko dah paling baik dah.
Sebab ko takkan tau apa yang bakal jadi in future.
😓

Semoga ada rezeki lain yang lebih baik.
Aamiin.



Love,
Wana.