Thursday, May 2, 2013

Happy Birthday Demok.


Hari ni besday Akram.
Selalunya Every year kitorang akan celebrate makan2 je.
Tu pon tunggu weekend baru nak celebrate.
Dan tak pernah aku order cake untuk dia.
Macam tahun lepas aku bawak dia makan kat Chillis Mid Valley.


Disebabkan tahun ni aku tak tau nak bawak dia makan kat mana, I mean tempat yang esklusif sikit (sikit je. Takde bajet. Huahuahua) so aku plan ape kate aku sepraiskan die dengan kek.
Sebenarnya awal tahun dulu ade lah aku plan tahun ni nak celebrate besday die kat Tony Romas.
Tapi sebab kitorang dah makan kat sana bulan dua hari tu, so tak jadi lah.
Dan daripada bulan lepas aku dah berfikir ape aku patot buat untuk sepraiskan dia.
Sambil2 tu fikir nak order cake ape.


Mula2 aku decide nak tempah fondant cake bentuk superbike.
Yelah Akram punye impian nak memiliki superbike gittuw.
Pastu mintak kat aku. Dem macam lah duit haku ni berkepuk sangat.
Kalau berkepuk pon sorry nak bagi kau superbike sejibik.
Bahek aku pergi makan hangin kat Korea sane. Wakakaka.
Dan fikir2 balik macam susah je nak tempah cake bentuk superbike. So aku tukar.
Tempah cake bentuk meja snuker.
Sebab Akram dan snuker tidak dapat dipisahkan.



Cantik kan? Sumber : Google.



Aku tempah kat sorang akak ni area Nilai.
Akak ni aku kenal masa aku nak beli durian crepe dulu.
Aku tanya die boleh buat fondant cake ke tak. Dia cakap boleh so aku terus hantar gambar kat atas tu kat akak ni.
Aku cakap nak pick up 1 May.
So akak tu setuju.
Dan aku berharap akak tu boleh buat sebijik macam dalam gambar tu.
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..........


Memula aku jumpe satu akak ni (akak lain) mase google2 kek ni.
Tapi akak tu kerek gile dah la mahal.
Cara die jawab soalan customer tu aku tak suka.
Padan muke dia dah hilang sorang potential customer macam haku.
Hahahhaha!


Lepas tu lah baru aku contact akak Nilai tu.


Dan plan asalnye aku nak pick up semalam 1 May and hantar pergi tempat keje Akram.
Akram minggu ni keje shift malam.
So aku dah plan baik punye.
Siap mintak tolong kawan aku lukis kan peta camne nak pegi Kompleks MAS.
Sebab kawan aku satu tempat keje ngan Akram.
Siap dah donlod Waze siap2 punyalah takot sesat. HAHHAHAHA!


Sekali semalam Akram sakit kaki.
Jalan terhencot-hencot. Die nak gune kereta aku. Kereta aku kan auto.
Die malas nak bawak kereta die manual.

Okey plan bertukar.


Aku suruh Akram hantar aku kat rumah akak tu dulu.
Aku cakap nak amik barang.
Bila dah amik kek, masuk kereta barulah TARAAAAAA! Happy Birthday!!


Tapi tau je lah Akram tu die mane ade muke terkejut.
Sengih-sengih je dia tau.
Tapi takpe biar die tahu sikit yang disebalik perangai suke emosi aku dan perangai2 negatif lain tersembunyi perangai2 sweet. Dan MANJA.
Wakakakakaka.
Nak muntah kan bace? Pedulik.




Naseb baik akak tu bagi sekali dengan pisau kek.





Time ni pukul 7 lebih. Dah gelap.


Yang aku punye pandai boleh pulak lupe nak ON flash.
Siap bising2 sebab semua gambar gelap.
Sekali Akram dah pergi keje baru macam "Eh apehal aku tak ON flash tadi"
Memang bijak.




Besday boy. Seminggu sebelum dah ingatkan aku hari ni besday die. -__-


Walaupon kek tu tak seperti yang diharapkan tapi rasa die sedap!
Aku ingat fondant tu giler manis rupanya takde lah manis sangat pon.
Aku request nak kek coklat sebab kitorang dua orang memang hantu coklat pon.
Sedap akak tu buat.
Coklat moist dua lapis. Tengah2 dia, akak tu letak macam filling stoberi.
Sedap2.


Aku tunjuk kat Akram gambar sebenar yang aku tempah macam gambar atas sekali tu.
Akram cakap takpe lah. Asalkan ada.
Haaaa terharu pon.





Umar the Great & Happy Birthday Akram.


Umar tu kawan opis Akram.
Sebab die yang sponsor kek jadinya dia pegi lah letak Umar the great -__-
Gambar ni Akram send kat aku.
Rupa-rupanya member2 die kat opis pon dah standby kek.
Bukan setakat kek.





Sate.




Pizzaaaaaaaaaaaaaaaa. Oh my!! Aku dah la dah lame tak makan pizza. cissss



Akram cakap kalau die kerja malam memang selalu ada makan2 ni.
Dorang selalu collect duit pastu beli makanan camni.
Seminggu sekali buat makan2.
Sekali boleh ter-sekali dengan besday Akram.
Suke lah pakcik tu. Huhu




Yang dah potong sikit tu Akram suruh aku makan before die pergi keje. Dia cakap kalau dah sampai tempat keje memang harapan lah nak bawak balik semua. Semua pon tahap bela hantu raya dalam perot. Haha!




Aku paksa Akram hantar gambar tengah potong cake. HAHAHHA!





Yang kanan sekali tu lah Umar. Dah tak available. Yang tengah2 tu dorang panggil brader. Baru kawen last month dengan peramugari.




Ingat this week plan nak bawak die pergi makan2 sekali balik mengundi daa.
So next week je lah.



Untuk Akram, 

Selamat Ulang tahun kelahiran. 

Thanks sebab banyak bersabar dengan perangai daku.
Sebab selalu tadah telinga bila daku membebel kelaparan.
Sebab selalu jadi orang pertama yang akan pujuk bila bergaduh.
Sebab selalu tahan telinga bila daku mengamuk.
Sebab selalu bawak pergi makan sedap2.
Sebab tak pernah kutuk masakan daku.
Sebab selalu ada bila daku menangis.
Sebab selalu jadik driver.
Sebab selalu jadik GPS.
Sebab selalu jadi penasihat tak bertauliah.


Haihhh banyak sangat ni nak taip. 

Paling penting Thanks sebab kadang2 jadi bank yang berjaya. Hahahaha! 

Wish U all the best in your life.
Dipanjang kan umur dan dimurahkan rezeki.


Berjaya mencapai cita2.


Lu wat lek je bro nanti guwa bawak mak bapak gua masuk meminang okey.

Kakakakakaka!


okbai.