Tuesday, November 1, 2011

Tips kebahagiaan untuk gadis single.

                                                              

aku kalau Akram kene kerja shift malam minggu tu automatik hujung minggu tuh adalah hari aku bersama-sama dengan gelpren-gelpren aku. bila dah dengan gelpren2 maka automatik no man allowed. huahuahua.

so bila dah tau Akram kene kerja malam and aku akan bosan wiken awal2 lagi aku dah mesej my 3 orang gelpren untuk hangout. dah la time tuh baru gaji kan. masyuukkkkkkkkk.

so untuk korang2 yang single mingle pringle tuh don't worry. takde lelaki pon kite still boleh bergumbira dengan jayanya. meh aku bagi tips.

hari sabtu lepas aku dengan 3 kawan aku decide nak pergi cycling dekat Taman Botani dekat Putrajaya. tak susah pon nak cari. dekat Presint 1 pastuh senang gila jumpa taman botani tu. so takde alasan cakap sesat. heee.

and yang bestnya naik basikal dekat situ memang murah okey. sejam baru rm4 untuk wiken lah. kalau hari biasa rm2 je. tapi maklumlah hari biasa kan wanita berkerjaya kan sangat jadi wiken je lah haa. and yang best jugak ada basikal twin. rasa macam feeling2 comel camtuh kan tapi aku amik single basikal sebab aku kan diva. kahhh !

masa kitorang sampai tuh basikal semua dah full so akak tuh cakap kene tunggu kejap dalam sejam dua. padahal kitorang sampai baru pukul 9.30. bukak pukul 9. dah full. so kitorang booking and akak tuh suruh kitorang jalan2 dulu. jadinya marilah kite explore taman botani ni. hoyeahhhh.




maka kitorang pon mulalah menghirup udara segar di sekeliling taman ni. sangat teruja ye sebab jumpe banyak pokok yang tak pernah tengok. paling sengal bila jumpa pokok macam pokok sukun tapi buah dia kecik and banyak bulu. pastuh sebut bulu masing2 dah pikir lain. bungukks.



orang KL macam ni lah. dengan pokok2 hutan ni pon dia nak amik gambar. macam aku kan orang kampung. daripada kecit dah hadap pokok2 hutan ni semua. jadinya datang sini tak heran. gittew kan. (nada riak ye di situ :P)



yang ni lagi best konon2 nak buat gaya patung. sekali lagi sikit aku nak tersungkur. tapi pose maintain beb. gaya mesti lebih. hahaha




masa amik gambar ni masing2 dah tak tahu nak buat gaya apa. last2 cakap "kan best kalau bawak photographer lepas tuh dia tolong cakap nak buat gaya macam mana". amboi jalan2 pon nak pakai photographer kan. kemain. haha.




tempat ni best dan sangat besaarrrr. tapi ade jugak bahagian2 yang dorang tak jaga and jadi buruk sikit. tapi seyes tempat ni sangat besar sampai kitorang tak sedar dah jalan jauh daripada tempat daftar basikal. lepas tuh bila akak tuh dah call cakap basikal ade kosong ape lagi gelabah lah semua. dah la jauh nak tak nak kene lari balik tempat register.

Fuhh memang pecut 100m jugak lah hari tuh. nasib baik aku dah biasa joging sejak dua menjak ni kan. jadi setakat lari pecut 100m ape dehal kan. (cakap nak gebang. puihhhh)

at last dapat lah jugak sampai dengan tercungap-cungapnya. tapi takpe finally dapat jugak berbasikal. seingat aku last aku naik basikal masa matrik kot. adalah 5 tahun lepas. bila pegang basikal balik tetiba jadi kekok. bawak2 rasa macam nak jatuh terus teringat kisah masa sekolah rendah dulu.


masa tuh aku degil nak jugak bawak basikal turun bukit. time tuh basikal tuh tak berapa elok which tayar dia ada something wrong. tapi sebab degil amik kau. turun bukit konon bajet hero sekali tayar goyang terus tergolek terbalik atas jalan. nasib baik ada orang lalu tolong papah bawak balik rumah. terus cuti tak pergi mengaji. keh keh.









masa nak amik gambar ni kitorang suruh ade sorang budak macam rombongan sekolah ni. yang kawan aku ni punya sengal lepas amik gambar lepas tuh pegi tanya budak tuh nampak gemuk tak. "eh nampak gemuk lah. lagi sekali lah" hahaha. well kitorang memang sangat sengal. tapi fun !


seyes pemandangan kat sini sangat best ! sangat menenangkan minda. sejuk je tengok. tapii satu tak best. basikal dia buruk. haha. dah la tempat duduk keras. gear tak boleh tukar. hampeh betul. bayangkan aku amik basikal yang ade gear tuh tapi gear stay gear 1 je. kalau kau pernah bawak basikal jenis camtuh taulah azab dia. gear satu sesuai untuk naik bukit je. bila jalan biasa kau dah macam bawak basikal yang kat gym tuh. jalan sikit tapi kene kayuh makaih punya lah laju =____=



bila dah sejam kitorang pon siap2 nak balik. okey lah sejam pon puas sebab penat jugak mengayuh ni. balik rumah singgah tapau makanan dulu then kebetulan sorang member aku housemate dia takde so rumah kosong. maka marilah memenuhkan rumah dia secara berjemaah. kitorang beli lauk untuk lunch balik rumah masak nasi sendiri. jimat. eh kate perempuan takkan semua nak beli kot :P


lepas makan ingat nak berehat sebab malam tuh kitorang nak makan dekat kampung baru konon2 celebrate besday kitorang lah. padahal besday aku dengan lagi sorang tuh bulan lapan dulu and lagi 2 orang bulan 10 tapii takpe kite harung sekali. jimat :D


so disebabkan lepas lunch ade sorang tuh bosan duduk rumah maka kite pon ke IKEA. kalau ikot aku nak membute je. penat okey tapi takpe sekali sekala kan. bukan senang nak kumpul2 camni. jadinya kite layannn je. pergi IKEA usha2 barang lepas tuh masing2 berangan kalau dah ade rumah sendiri nak style macam mana.  mana entah gambar dekat IKEA member aku tak bagi pulak. rumah sendiri takde jadi kat IKEA pon jadi lah.

jalan2 sana sampai dekat pukul 7 then terus pergi kampung baru. this one sangat best ! korang patot try. nama kedai tuh Steak House kot. aku pon tak sure sebab aku ingat makanan je. haha.

this kedai sangat romantic sebab takde lampu okey. first time datang rasa was-was eh betol ke kedai ni bukak sebab gelap gila. dorang just pasang lampu macam emergency tuh je.



aku order blueberry cheese cake tapi habes. so amik marble cheese cake. okey lah :)


tapi makanan dia memang superb and yang penting murah !

chicken chop ke steak ke semua rm10 lebih kurang. air buah gelas besar baru rm2. sangat jimat ! kitorang makan 4 orang ari tuh total semua lebih kurang rm50 je. Nom nom nom.


bila semua dah kenyang marilah balik. balik2 layan bola pulak fuhh masyukkk. dah la member aku 2 orang terengganu sekali si Sarbinee tuh buat hal pulak memang makian berbakul lah keluar. aku no komen. nak komen lebih2 kang ade orang cakap "eh Johor ade pasukan bola ke?" double Cisss di situ ye. takpe wait and see satu hari nanti. kui kui.


esoknya bangun pagi sebab nak pegi mandi pool ! hoyeahhhh.

kebetulan kawasan rumah member aku ade pool dekat bawah. apartment kan. ape lagi jangan berlengah plus free lagi pulak. jangan lepaskan peluang. walaupon aku ni penakut air tapii hebat jugak lah skill swimming aku. ngahahahaha.



masing2 suke gambar ni sebab muke agak cerah ye disitu. terima kasih kepada sinaran matahari. kui kui.


masa kitorang bersuka-ria ni tetiba ade sorang mamat ni tengan dok swimming ke hulu-kehilir. dah lah pakai spender je. muka macam melayu tapi bila bukak gogle macam Iban pon ade jugak. sempat lah jugak kitorang usha-usha. rezeki jangan ditolak ye dak? kah kah !


habes sesi berenang-renang ke tepian maka naik dah bersiap-siap nak balik rumah masing2. penat weh jangan buat gila esoknya Isnin kerja kang ada yang amik MC sebab penat. heeee





Amacam seronok tak aktiviti hujung minggu aku? fun gila kan?

well kalau takde boipren tak bermakna hidup akan sunyi. kemon girls ! bersuka-ria dengan kawan2 perempuan lagi syiokk tahu. bukan macam ade sorang tuh. 24 jam nak berkepit dengan boipren je. dah la boipren jenis cemburu gila bab*. teettttttttttt.







Astarafirullahalazim.




okbai.


                                                 
                     

Wednesday, October 12, 2011

Kisah Bini Orang Kaya II

                                                     

Semalam aku balik keje awal.
bukan senang woo nak balik keje awal.
kalau takde meeting kene panggil dengan bos (Professor) yang memang tak boleh tengok orang senang langsung.


so semalam 5.30pm dah sampai rumah. makan2 bersih2 diri lepak depan tb.
masa tengah layan Cinta Alysa Akram mesej.






Akram : Buat apa?

Aku : Tengok tb3. cerita ni best sikit. daripada cerita petang2 yang merepek tuh.

Akram : Geram betul dengan bini dia yang curang tuh. rasa nak pukul je.

Aku : Alah laki dia busy sangat kot. hua3

Akram : takde lah busy sangat. kat tempat keje punya pasal, kalau busy pon bukan buat ape, cari duit + tak pergi enjoy pon. baik je balik jugak rumah. wah nak dok umah je, berkepit tapi nak duit banyak, macam mana? haha (orang tue ni kalau dah up bebel memang panjang)

Aku : Haha. pepandai ah. berkepit tapi duit banyak. hehe

Akram : Wah3, kalau camtuh tokey kedai nombor ekor pon boleh lingkup, takde orang monitor, then pekerja songlap sikit2. takde untung, pastuh duit keluar. ha same je.

Aku : Yelah kalau lelaki asyik kerja je pastuh hari2 balik lambat malam2 boring lah bini. hehe

Akram : Alah, tapi isteri dia kerja jugak. anak2 ada dekat rumah, bukan takde anak2 pon, mean ade lah something boleh buat.

Aku : Fine. lelaki jugak nak menang. huhu

Akram : Takde lah. skandal sampai camtuh. huhu. macam takde benda lain nak buat lagi.





Bla bla bla.



orang tue ni kalau dah start membebel dekat aku kalau boleh sampai subuh nanti ceramah dia. Fine bagi je dia menang.


Wa tak kisah der yang penting lu cari duit banyak2 tiap2 bulan lu belanja wa makan sedap2 dengan sopink okey der.










Lu langsi wa off henpon enam puluh empat hari. kahhh !










okbai.



                                                   

Monday, October 10, 2011

Bachelor of Civil Engineering (Hons.)

                                 

                                                               

akhirnya selamat jugak mengharungi hari konvo kamis lepas. penat memang jangan cakap lah. daripada malam before konvo lagi dah penat. ape taknya konvo hari kamis tapi hari rabu tuh balik keje dah dekat pukul 8 malan. lepas tuh baru perasan jubah konvo bau busuk like bau kapur barus. dan-dan time tuh terus rendam jubah dengan downy, keringkan and blow guna hair dryer. hahaha. lepas tuh terus iron lantak lah jadi ape pon yang penting esok boleh terus pakai.


memang nak cepat gila sebab malam tuh nak pergi rumah kawan amik barang lepas tuh nak kene pergi UIA gombak amik kamera. fuhh nasib baik lah Encik Akram sedia menghulurkan bakti sebagai pemandu. dah la balik keje belum makan langsung. rushing ke sana ke sini last2 pukul 11 lebih kot dah settle semua baru boleh makan.



my driver and my cameraman. juga sebagai tukang pegang beg, tukang cari parent aku yang hilang, dan tukang belanje makan minum. thanks babe :)



orang lain nak konvo sibuk cari baju baru lah aku guna baju raya je. senang dan jimat. nasib baik baju raya aku tahun ni kaler biru oren. macam taw2 je mak aku ni. ape lagi kasi sarung je lah. settle. kasut pon orang sponsor. ala konvo degree je pon. kui kui.


esoknya, gerak pergi UM lambat pulak. patot kene berkumpul pukul 1.30 petang tapi pukul 1 aku baru sampai. mana nak cari parking lagi nak makan lagi. dah la makan mahal gila bab* dekat gerai2 konvo tuh. sabar je lah. kaut untung lebih. grrr. dengan jubah tak pakai lagi. dengan tak reti nak pin2 selendang jubah lagi. terus gelabah. last2 pergi tempat berkumpul mintak tolong classmate pinkan jubah semua. fuhh orang tengok aku time tu pon dah macam ape. dengan peluh2 nya makaihh rasa nak pengsan.



masa nak pergi tempat berkumpul. beg semua dah takde sebab suruh akram pegang. kesian dia :')




tiba2 maxis pulak buat hal. tak boleh call tak boleh mesej. pehhh gua nak call parents gua pon susah. last2 mesej ibu dengan ayah suruh diorang cari Akram. mesej tak delivered tapi nasib baik ayah dapat mesej tuh kalau tak entah dia tahu ke tak nak masuk dewan. huhu. and guess what? sepatotnya 2 orang je yang boleh masuk dewan sebab kad jemputan ada 2 je tapi dengan adik aku and akram sekali dapat masuk. so empat orang sekali yang masuk. hebat tak hebat. sila jeles. kahhhh !



gambar ni akram snap tapi aku tak nampak dia. dia memang suka stalk aku. kui kui. tengok tak betapa gelabahnya muka aku. mana taknya jarak aku dengan orang depan dekat 10 m. aku tak paham kenapa dorang jalan cepat sangat. sampai dewan awal jugak tercongok je tunggu pro canselor sampai =___=



masa nak naik pentas memang neves gila. bukan neves sebab ape takut jatuh atas pentas ke tersadung ke malu beb. dah la penuh satu hall. bila nama kene panggil jalan lah kaver2 fuhhh bila dah pegang scroll tuhan je yang taw lega yang amat. fuhh fuhh. dah la kamera man ramai gila. mana lah tak neves kan. disebabkan fakulti engineering ada banyak department so between the department bagi rest lah kejap. tiba2 ada sorang perempuan nyanyi live dalam dewan. and aku baru taw yang konvo ni takde lah formal sangat. siap cameraman suruh kitorang baling2 scroll lagi. haha. best best ! tapi disebabkan department aku yang pertama so terpaksa lah tunggu 2 jam untuk habeskan semua department. ngantok gila.



graduan duduk kiri kanan. tetamu duduk tengah. parent aku lambat so duduk belakang :(



thats me !!
akram yang ambil :)
cameraman aku boleh masuk dewan. kau ada? kah kah !




dalam dewan. tak boleh guna flash so gelap :(
btw dalam scroll tuh kosong. saje menunjuk. hahaha :P



bila dah keluar dewan rasa lega sangat. terharu pon ada. pengorbanan selama 4 tahun berbaloi. ayat nak poyo je kau wana. haha. keluar2 dewan terus call akram. bukan reti nak call orang tua sendiri. huahuahua. yelah akram kan camera man of cos lah kene bawak dia kehulu kehilir. I kan model of the day. hik hik.



my parents and my younger sister :')



kasut konvo saya hasil pow akram. kui kui




akram : dah dapat hadiah kasut konvo kan. so bunga tak payah la eh.

aku : dah taw dah. takpe :) (read : redha je lah)






ni je lah yang aku sempat jumpa. yang lain mane tah hilang. takpe yang ade pon kite sebat je.
akram ! camera pliss :D












gambar lompat takde. gambar baling topi ade. hehe



gambar dengan sponsor kasut haruslah ada.
hahaha



pagi tadi :


akram : baru sampai tempat keje ni. minggu ni minggu tanpa nasi. hehe

aku : eh kenapa pulak?

akram : rasa macam dah lain lah. tengok gambar tuh lain je.

aku : tulah sape suruh makan nasi malam2 kan dah bulat.

(padahal aku yang ajak makan malam :P)




tempat ni memang hot spot orang nak amik gambar. beria si akram tuh suruh aku beratur gambar dekat sini. layankan aje. kesian :P



last but not least.
si comel dan si gemok
of cos lah aku yang comel. kahhhh !







luckily petang tuh tak hujan kalau tak sedih gilaa. kesian kawan2 aku yang konvo hari sabtu. tengah hari hujan selebat-lebatnya. tulah tak pakai bomoh hujan sape suruh. kui kui :P





harap2 dua tahun lagi dapat konvo meriah macam ni jugak.

aminnnn :)








okbai.
                                                                               
                           

Wednesday, October 5, 2011

Bini orang kaya

                                                    






pernah tak terfikir kenapa bini2 orang kaya (sesetengah ye) selalu curang dengan laki, pasang toyboy and skandal sana sini? ala yang macam dalam drama2 melayu tuh.

contoh sekarang drama Cinta Alysa yang tengah main dekat tb3 tuh. mama Alysa kan pasang jantan lain.

aku selalu jugak kalau tengok citer2 camni mesti komen kenapa dorang curang. in fact hidup dorang best kot. kawen dengan orang kaya hari2 bangun tido boleh fikir hari ni nak shoping ape nak shoping kat mane nak makan ape bla bla bla. bukan macam aku bangun2 tido je stress bila fikir kerja banyak tak siap. kui kui.


pernah jugak kawan aku tanya aku sebab aku kan selalu je pom pang pom pang cakap nak kawen dengan orang kaya (bajet orang kaya nak kawen dengan aku).



Kawan : kau nak kawen dengan orang kaya tak takut ke? dorang kan busy.

Aku : alah takpe lah yang penting elaun masuk tiap2 bulan.




tapiiii aku lupa yang duit tuh memang best tapi sangat tak boleh menandingi dengan kasih sayang.

tau tak aku pon rasa nak muntah taip ayat camni. haha.









sebenarnya hari tuh la aku terasa diabaikan. yelah si akram tuh dah janji nak teman aku shoping kasut konvo tup tup kene kerja. lepas tuh terus feeling2 macam bini orang kaya yang diabaikan. Kahhhh !!




Akram : minggu ni sabtu keje. petang ada training bola. malam lawan bola. ahad pon keje.

Aku : ala kan dah janji nak pergi shoping kasut sama2.

Akram : hmmm tengok lah nanti camne. jumaat malam ke. boleh?

Aku : ala mane lah sempat :(

Akram : Emmm nanti orang bank in duit pastuh pergi cari sendiri boleh?

Aku : T____________T



setengah jam lepas tuh.



Akram : Dah bank in duit. pergi lah beli kasut. pilih la mana2 pon tak kisah. ok?

Aku : okey nanti nak ajak kawan teman. tapi janji konvo datang.

Akram : okey.

Aku : janji dulu.

Akram : ye janji.




lepas tuh baru aku rasa patot lah bini orang kaya ni mencurangi suami. bosan kot hidup kalau suami kerja 7 hari seminggu. gila hape bajet perdana menteri kan.


ada duit pon tapi takde kasih sayang pon susah jugak kan.

tapi aku tak kisah pon sebab shoping dengan kawan2 aku lagi seronok. well gegirls je kan. memang lah fun!


takpe lah akram. cari duit bebanyak ye lepas tuh labur kat aku. aku mau shoping !!!


Huahuahua.











okbai.



                             

Thursday, September 22, 2011

Kasut Convo saye :)

                                                                          
Hello Thursday :)









Orang kalau dah nak convo memang cenggini eh. I mean asyik fikir nak pakai baju ape lah kasut ape lah. heeee. well this is my first time nak convo. sebab dulu aku sekolah SBP takde pulak majlis2 convo ni. memember aku yang dulu sekolah MRSM siap berconvo lagi masa habes form 5. ini tidak adil ! memang tak adil. kan kan.



so hari tuh masa aku pergi open house rumah classmate aku kitorang sibuk lah bincang2 tem convo nanti nak pakai baju ape nak pakai kasut ape. oh dem aku takde kasut nak pakai time convo. dah la kasut bertutup. nasib baik boleh pakai kaler pape. fine mulakan strategy. cuit2 dak akram kat sebelah.



"Nak kasut convo boleh?" sambil tersenyum lebar. *wink.


"Boleh. yang seploh hinggit" sambil buat muka mintak penampar.


"Ala seploh hinggit pulak. lima ploh hinggit? boleh lah boleh lah. gaji bulan ni okey."


"yelah. okey"


"yeayyyyyy!!"










semalam masa mesej2 dengan beliau.


"dah survey2 kasut konvo?" beliau tanye2 pulak :P


"belum. tak sempat keluar lagi"


"takpelah. next week kita pergi beli okey. nak kaler ape?cari lah yang formal sikit. boleh bawak pergi meeting. bla bla bla........." bebel as usual :P


"dah dah jangan bebel. nanti tengok mane yang cantik kita beli okey. yeay!"  :D





okey boleh start google nak pakai kasut camne. nanti senang nak pergi beli. lalala.


ape? jelessss. sorry terbuat korang jeles pulak. hak hak. macam nak lempang aku je kan. tak payah. ade sorang kawan aku ni pantang bercakap mesti cubit aku. sakit wooo. tak padan kecik. heeee




 woo wooo.. boleh tahan :D












*google time*okbai :)

                                                  
                                                          


Tuesday, August 9, 2011

Ubat orang demam : Kerapu 3 rasa, tomyam campur, telur dadar :D

                                                                       

Hello Tuesday :)


okey fine ramai pulak yang komen entry tak berapa jiwang aku semalam.
al-maklum lah selama ni entry dok emosi je melebih kan.
bila up sikit entry tak berapa jiwang nampak macam suwiittt gitu kan.
awww menyampah.


tadi aku balik keje sampai rumah dalam pukul 10pm terus mandi2 siap2 sebab dak akram nak datang rumah ajak pergi makan.
well wiken hari tuh kan dia balik johor jadinya dia pon mendatangkan diri beliau tadi.
tambahan pula aku mengadu dekat dia yang aku macam nak demam + sakit tekak + makan muntah balik. jadi haruslah dia mengasihani aku lalu membawa aku pergi makan sedap :P


before dia sampai aku dah muntah2 makanan masa berbuka tadi. so aku mesej dia.




Aku : tadi masa mandi muntah-muntah.

Dia : kenapa ?

Aku : sakit kepala macam nak demam :(

Dia : pastuh camne? boleh keluar pergi makan tak ni ?

Aku : boleh je. lepas muntah kan perut kosong. jadi boleh la pergi makan :P





lepas tuh masa dia sampai rumah aku tengah melantak roti john rumet aku, so aku bukak pintu lambat sikit.



Dia : lambatnya.

Aku : owh tengah makan tadi. heeee

Dia : owh dah kenyang lah kan.

Aku : ala makan roti john je. tak kenyang pon :P






lalu kami pon pergi lah menggemukkan diri ke kedai makan.
lalu dia memesan nasi putih 2, kerapu 3 rasa, tomyam campur dan telur dadar.
motif nak highlight ? kui kui :D





















dalam pukul 12 camtuh baru nak gerak balik.
sebab esok dia kerja pagi.
aku takpe aku kerja petang.
heeee :)



Aku : singgah 7E jap. belanje panadol 2 biji.

Dia : mana boleh beli panadol 2 biji.

Aku : abes tuh?

Dia : satu papan lah.

Aku : okey belanja lah panadol satu papan. heeee.




sampai rumah terus rasa badan macam sihat je.
kenapa eh ?
demam rindu ke?
peh poyo gila ayat kan.
menyampah. kah kah !




lepas hantar aku balik, dia pon terus lah menggerakkan dirinya pulang ke Nilai.
ye aku taw jauhkan
kesian dia :')


sebab tuh sekarang aku dah cool.
tak marah2 lagi ^^






Tazkirah 8 Ramadhan :

Al Imam Ahmad rahimahullah meriwayatkan hadits dari seseorang dari shahabat Nabi Shalallahu alaihi wasallam dia berkata :  Aku berkata : Ya Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam berwasiatlah kepadaku. 

Beliau bersabda : jangan menjadi pemarah. 

Maka berkata seseorang : maka aku pikirkan apa yang beliau sabdakan, ternyata pada sifat pemarah itu terkumpul seluruh kejelekan. (HR. Imam Ahmad)









                                               
                                                                                           
p/s : aku dah boleh pose hari ni :D






ok bai :)