Thursday, October 25, 2012

Surprise !!

Wah dah hari Khamis lah.
Tetiba mata yang kuyu jadi segar mengenangkan malam ni balik Johor.
Okey tak payah nak cakap yang korang dah sampai rumah la, dah otw balik rumah la.
Aku tak heran lah.
*jeles sebenarnya*



Semalam Akram ada exam kat Subang.
so dia amik cuti lah.
dulu2 masa zaman aku study kat UM dulu bila dia ada exam kat Subang selalu jugak dia singgah UM masa otw nak balik Nilai.
tapi now aku tak expect ape2 lah sebab aku pon kerja kan.
Dia exam pukul 9 pagi sampai 10 lebih.
Pastu dia cakap nak tunggu member dia sebab nak bagi barang and nak pergi lunch dengan member dia tu.
aku pon okey je lah.



tiba2 dalam pukul 1.30pm masa aku tengah lunch dapat call dari dia.
actually aku memang slow kan sikit ringtone aku.
pastu time lunch aku letak dalam poket. vibrate pon tak rasa sangat sebab aku slow kan jugak.
tetiba by the time aku nak tengok hp dah ade 6 miscall dari Akram.
Aku pelik la apehal dia nak call banyak2 kali.
sekali bila angkat dia dah marah2.
dia memang bengang kalau aku silent2 phone ni. tapi bukan aku silent pon. aku memang pekak sikit. hahaha ! tak lah kedai makan tu yang bising. hihi.


Aku pon dengar dia dah macam nak marah aku ape lagi bengang lah.
sebab tak angkat phone je pon.
selama ni aku call die kejut bangun pagi sampai 100 kali tu tak pikir pulak kan. *ceh mengungkit*
kahhkahh.


pastu malas nak layan.
tetiba dia whatsap hantar gambar kat bawah.


dengan mesej berbunyi "dah puas hati sekarang?"


okey sangat terkedu.
dia dah parking bawah opis aku.
tetiba neves. neves pasal ape aku pon tak tau. hahaha !


pastu aku cakap lah memang bagus sangat buat aku camni.
yelah tetibe je datang. dah la tak bagi tau. huhu
pastu call tak dapat emo. hahaha !


Pastu Akram cakap "Nak buat suprise macam ni pon tak boleh ke?"

okey terharu. hihi.
Aku bukan ape. Tak kisah la nak suprise ke ape ke kan.
Tapi opis aku ni pelik sikit. Banyak sangat bangunan. Jalan pulak salah masuk je boleh sesat sampai ke mana2 entah.
Aku takut je dia sesat ke ape ke. Risau lah. huhuhu.



terus call Akram. Dia tu tengok je badan besar tapi boleh tahan sensitif jugak.
saje je nak lawan sape paling sensitif dengan haku ni.
Aku pon cakap la sorry. bukan silent tak dengar je. hihihi.
terus cakap elok2.
aku kan sejak dua menjak ni memang penyabar sikit :P



Jumpe2 dia pujuk2 sikit okey dah. hihi.
sebab kan time tu dah nak pukul 2 so pergi minum2 kat Starbuck saje.
Harus lah Akram yang belanje. wiwiwiwiwiwi.



Ini orang sangat penyabar. Tapi sampai satu tahap kalau dia tak boleh tahan sabar memang meletup jugak. Aku rasa aku je kot yang pernah rasa kene marah dengan dia. Hehe. Sebab aku kan degil. Kalau merajuk tu dah pujuk pon still tak nak dengar cakap. Mane la dia nak tahan. Kalau tanya kawan2 die kompem mesti tak pernah ada yang tengok dia marah. Hihi.




Perangai Akram macam bapak aku jugak lah.
Penyabar tapi sekali dia marah memang kecut perut. hahaha !
Dan persamaan yang kedua adalah, aku je yang pernah kene marah dengan bapak aku.
adik beradik lain tak pernah okey kene marah. *tetibe feeling2 anak angkat* puihhhh.
sebab aku ni degil sangat kot.
namun begitu masih mempunyai perasaan sedikit romantik kahh kahh.
dan jugak comel. walllawehhhhhhhhhh *pitam*




Aku order Choclate Chip dengan whipe cream size small. Akram order sama just dia punye ada campur cofee and of coz dia akan amik size large. dasar dot dot dot. haha ! ni third time kot aku minum starbuck. Aku bukan pencinta cofee sangat. Plus aku kan kedekut. Haha. First time sebab kawan aku ajak beli sebab kalau beli dua baru murah sikit. so aku layan je lah. Sekali murah2 pon sampai rm15. oh pitam !



Second time member aku ajak teman dia sebab kawan dia yang kerja kat sana nak belanje.
oh heaven betol kalau orang nak belanje2 ni.
sampai rasa nak muntah kat dalam tu sebab kenyang sangat. ahhaha !





Pastu masa kitorang bayar tu adik cashier tanya nama Akram.
pelik la jugak kenapa tetiba dia tanya kan.
rupanya dapat Customer Voice macam kat atas ni.
masuk laman web starbuck. masukkan code yang kitorang dapat sebab beli kat sana.
pastu kene buat survey dulu then dapat voucher code.
voucher code tu boleh bawak pergi mana2 Starbuck and boleh redeem air for FREE !



TAPIIIIIIIIIII !!!


Hehehehe.
jangan nak suka sangat lah.
Barang free of coz lah ada tapinya.

Voucher ni tak semua orang dapat ye.
cashier cakap untuk lucky customer sahaja.
sila jeles. wakakaka.
ape lagi kenyit2 la mata dengan adik2 starbuck. hihihi.



Naseb baik Akram yang bayar.
Kalau aku yang bayar kompem tak dapat sebab aku rasa aku ni bukan golongan bertuah.
sepanjang 24 tahun (mude lagik. motif nak tulis mude lagi? gelabah sangat :P) hidup tak pernah sekali pon dapat lucky draw.
oh tetibe terus rasa nak down.



ok dah.
semalam apdet pasal kawan kawen.
dan macam biasa tak sah kalau tak dapat komen "kau tu bila pulak?"
well haku masih merasakan aku ni 18 tahun.
so what? wiuwiuwiu.



aku nak kawen kalau aku rasa dah bersedia untuk menyambut Hari Raya di rumah lain.
boleh tak bagi jawapan camtu?
mentang2 lah esok nak raya haji kan.
feeling raya sangat.

dah tak payah nak feeling sangat.
*sambung buat kerja yang melambak*



okbai.


                                                  

Monday, October 8, 2012

Maskulin.



Hari ni aku sangat mengantuk.
Maybe sebab penat sangat.
Jumaat malam balik Johor. Gilir2 drive dengan adik aku.
sabtu ahad sibuk servis kereta lepas tu menyibuk-nyibuk kat rumah kawan aku yang kawen semalam.
tido bape jam je. pukul 5 petang gerak dari kota tinggi balik KL.
tak berhenti langsung sebab nak cepat sampai.
adoi tak larat sangat.


disebabkan lama tak jumpe Akram (lama lah sangat kan. hahahaha !) so saje2 je lah wassap die malam tadi tanye dia rindu aku ke tak.


Aku : Cakap rindu ke tak?

Akram : Eleh tanya soalan cepumas pulak..

Aku : Cakap la.

Akram : Malu lah nak jawab. huhuhu. Tak maskulin la kalau cakap2.

Aku : Ahhhhhhhh. taknak cakap takpe.

Akram : aah~~~taknak cakap...malu..



Dengan aku je pon. itu pon nak malu.
tumbuk kang.


cuba lah romantik sikit sekali sekala.
hahahaha.
pengsan.

okbai.

Thursday, September 20, 2012

Aku Akram dan Subway :)


hai ape khabar? haha ! macam gud2 sangat je nak berkhabar-khabar ni.
okey memang sumpah rindu gila nak hapdet blog.
tapi iolls sekarang kan dah jadi wanita berkerjaya.
pergi keje gelap balik keje gelap.
nak kawen lah katekan. hewhew.


ceritanya semalam Akram tetiba je wassap aku cakap teringin nak makan Subway.
orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Subway pada dia ialah aku.
sebab Akram ni melayu original.
sehari mesti mau carik nasi.
kalau pergi makan tempat pelik2 sikit ni dia mesti malas.
so bila keluar dengan aku memang aku bawak lah try semua.
alah setakat Dominos, Subway, Kenny Rogers bla bla bla semua tu takde nye yang pelik. hehe.


so minggu ni Akram keje shift malam.
selalu balik kerja dia memang membongkang je lah kat rumah.
tetiba semalam dalam pukul 11am camtu dok cakap dengan aku teringin nak makan Subway.
tak ingat bila last aku bawak dia makan Subway. tapi baru sekali je.
kat Nilai takde Subway kot. tu yang dok mengidam2 je.
Akram cakap paling dekat kat Mines lah.


Then aku cakap "Meh la datang sini. Kat bawah opis ni ada Subway"
Bawah opis aku ni bukan setakat Subway. Mekdi, Secret Recipe, Tony Romas, Starbak semua ada.
Kedai melayu kedai india kedai cina lengkap.
tinggal lagi purse kau penuh ke tak je. haha !


so Akram cakap nanti kalau dia nak datang dia bagi tau. aku pon okey2 je lah kan.
tapi tunggu2 takde pulak dia mesej. so aku anggap dia tak jadi datang and membuta.
tetiba pukul 12 lebih dia call tanya jalan.
dah sesat baru nak carik aku kan.
konon2 nak buat suprise. datang taknak bagi tau.
sekali sesat. kahhh kahhh.


lepas tu dia pulak lalu jalan yang aku ak tau.
aku kerja Mont Kiara.
so selalu dari Bangi aku akan lalu federal pastu exit mont kiara/hartamas memang terus sampai opis.
yang Akram ni pergi ikot Damansara.
Mane lah aku tau.
Pastu call buat suara sedih.
Aku nak bagi direction pon tak tahu. aku just cakap carik sign board Mont Kiara je.
dah la time tu dah nak dekat pukul 1.
aku lunch pukul 1 sampai 2.


tunggu punya tunggu Akram tak sampai2.
naseb baik sambil tunggu dia tu aku melantak nasi sekali.
kalau tak kebulur haku. hahaha !


2 jam lebih kot dia carik jalan tak jumpa.
dia pon dah emo2 dah.
aku pon emo lah jugak. yelah datang tak bagi tau pastu lalu jalan yang aku tak tau.
hamek kau padan muka. haha !
last2 Akram fed up terus balik.
kesian lah jugak datang jauh2 nak jumpa aku. cewah.
jauh2 datang nak makan subway sekali tak jumpe jalan.
memang jauh gila kot.


sampai rumah dia terus tido.
takde mood kot. ehehehe.
so aku plan petang tu nak hantar Subway kat rumah dia.
sweet tak? kah kah.


aku memang berani mati je petang semalam.
sebab aku balik kerja 5.30pm.memang kompem2 jam tahap gaban kat depan mid valley tu.
tapi tekad kan hati je.
aku cakap ngan opismate aku nak balik on time. padehal kerja x siap lagik. haha.
dapat green light je terus chow. turun bawah beli subway yang baru tu, Chicken Tandori.
terus berkejar pergi parking kereta.
terus zass zass keluar highway.
jem memang tak payah cakap lah.
dalam hati berharap sangat dapat sampai rumah die by 7pm.
sebab Akram selalu gerak pergi kerja pukul 7pm sebab dia masuk 730pm.
pukul 645pm aku call die baru nak bangun.
aku tak cakap nak datang. aku bajet dia bersiap lambat sikit lah.


sekali dalam pukul 7pm tu aku sampai depan rumah dia tengok2 kereta dah takde.
frust gila !
terus call.
naseb baik dia tak jauh lagik. dia tanya kenapa aku cakap adelah.
terus dia uturn balik.
jumpe tepi jalan je. hehe.
dah pass subway, borak2 kejap terus balik.
dia pon rushing nak pergi kerja.


aku rasa first time kot buat suprise macam ni.
dulu2 memang teringin jugak nak buat. tapi mana ada transport.
siap berangan time besday dia nak terpacak depan rumah dengan kek. hahaha !
aku rasa Akram pon tak expect aku datang semalam sebab dia tau aku balik memang jem gila.
tapi aku saja sebab last week kitorang gaduh besar gila sampai Akram bawak diri ke tanjung malim.
Akram kalau bergaduh memang dia lari betul2.
tapi lari betul2 pon still check in kat foursquare.
saje nak tunjuk kat aku yang dia lari betul2.
pirahhhh.


kalau aku, aku check in jugak tapi check in tipu2 punya.
kahh kahhh.
check in kat Mid Valley konon2 tengok wayang. saje nak jeleskan dia.
padehal sedap je membongkang tido kat rumah. haha !


last week jugak tiap2 pagi lepas dia balik kerja dai singgah rumah aku.
pukul 4 pagi.
tapi sebab aku silent phone memang tak dengar lah dia call.
bangun2 tido hamek 80 miscall.


tapi bese lah mane boleh gaduh lama2.
3-4 hari je dah baik.
ni cara-cara duduk dekat.
kalau duduk jauh?
tak boleh bayangkan.
setiap 5 minit kot bergaduh. haha !




untuk sape2 yang rindu aku. kahh kahh. poyo gile.





okbai.



                                                                



Wednesday, August 29, 2012

Penyelesaian Masalah Samsung Galaxy SII i9100G Yang Tak Boleh ON.

                                     
Kan aku cakap Galaxy SII aku rosak tak boleh nak ON kan.
memang hidup pon macam tak bermakna je lah jadinya. Cewahh.
Ahad ari tu Akram ade jugak try call company henpon tu tapi takde orang angkat.
Maybe dorang operate time office hour je kot.


Pastu kitorang pon plan nak hantar kat Samsung Centre je.
Siap aku dah selongkar beg2 aku carik box henpon ni sebab nak amik surat warranty dia.
dua hari lepas ada jugak aku google2 tengok ade tak orang yang ada masalah sama dengan aku ni.


root tu maknanya kalau tak silap aku upgrade kot. masalah dia sejibik sama dengan masalah aku. cuma dia sedar punca masalah dia tu. aku ni bangun2 tido je tengok henpon tak boleh on. tapi aku agak punca aku dengan dia sama je kot. Aku memang ada upgrade daripada Gingerbread jadi Ice Cream Sandwich. Tapi Akram punye ok je. Aku punye pulak yang problem. Akram cakap henpon aku ni banyak sangat application. tu yang hang. alah henpon pompuan kan. haruslah ada macam2. hehehe. 


carik punya carik jumpa tapi sayang forum tu tak bagi penyelesaian penuh.
macam tergantung.
yang ada macam gambar kat bawah ni.




aku try jugak buat camtu. tekan power + volume down + home serentak sampai keluar download mode.
memang berjaya tapi dari malam sampai ke subuh still dalam download mode tu je.
aku ni dah la tak paham gadget2 ni.
sampai batery aku habes. aku surrender.
cas bagi full and simpan dalam beg.
terus down lagi. hehe.


hari ni aku try lagi.
aku try usha satu forum ni. http://www.forum.peranti.my
actually satu minah ni sII dia tak boleh nak touch screen.
aku saje lah bace.
sampai lah nak dekat2 page last tu aku jumpa ni.




aku saje try step nombor dua tu.
yang performing a factory data reset using phone button.
ikot betul2 step dia. tunggu punya tunggu tetiba boleh.
macam nak melompat aku kat situ. hehe.


yang bestnya cuma contact, games and application je hilang.
tapi gambar2 dengan semua lagu still ade lagi.
kira macam dapat henpon baru jugak lah.
memang gembira tak terkata.
baru je siap aku hidupkan balik henpon tu tetiba Akram call.


dia cakap dia dah call dah kedai henpon tu. bla bla bla.
hahaha ! tergelak aku.
aku lagi cepat. siap dah boleh hidup balik SII tu. hehehe.
baru Akram nak ajak pergi hantar kat Samsung Centre.
lambat !


Terima kasih tidak terhingga kepada Pakcik Google kerana membantu saya.
tapi sebenarnya aku memang hebat pon.
wakakakaka. nak jugek up kan diri sendiri.


Baiklah hidup aku sudah bermakna kembali.
*kembang-kembang hidung*
hoyeahhhhhhhhhhhhhhh.


Hello Whatsapp. Hello Instagramm. Hello FB mobile. Hello Gamesssssssssssssssssssssssssssssssss.
I am cominggggggggggg !!


okbai.


                                                   

Tuesday, August 14, 2012

Kurus digigit nyamuk.

                                             
Semalam sepatotnya aku keluar dengan Akram pergi Alamanda.
aku takde nak beli ape pon.
Akram tu yang nak carik kiwi kasut timberland die.
plannya nanti gerak sendiri2 je. dia gerak dari Nilai aku gerak dari Bangi.
senang.


Dalam pukul 4.30pm aku wassap dia tanya jadik ke pergi sebab aku nak singgah bazar beli makanan.
kalau jadik pergi aku tak payah la nak beli makanan berat2 kat bazar.
boleh lah makan kat Alamanda. hehe.
pastu tak reply.
terus call.
rupenye tengah sedap membuta kat tempat kerja. ape punye perangai lah.
pastu cakap dengan aku macam nak taknak mamai2.
hangen lah aku. terus letak phone. wakakaka.



last2 dia wassap tanya aku cakap ape tadi sebab die tengah mamai gila.
pastu suruh aku beli je makanan berat sebab kalau tak jadi pergi at least dah makan siap2.
aku pon okey je lah.


sekali bila dia balik kerja rupanya baru sedar yang lesen dia dah sebulan mati.
dah pergi sampai ke Melaka, downtown, sogo, jalan tar, mane2 lagi semua baru sedar lesen mati.
tu naseb baik before raya diberi hidayah nak check lesen.
kalau tengah balik raya kene tahan polis tak pasal pulak kene saman.
makanya terus cancel pergi Alamanda.
takde lah cancel tapi tunda ke hari Khamis. hehe.


sekian saje pendahuluan yang takde kene mengena dengan isi.

malam tadi aku mengadu kat Akram yang rumah aku ni banyak sangat nyamuk.
tau die reply ape?





cewah sape nak kurus kan. kui kui.



kalau lah kene gigit nyamuk tu boleh kurus dah lama aku bertapa dalam hutan tanpa memakai losyen penghalang nyamuk.
siap letak signboard silakan hisap darah saya wahai sang nyamuk.
mana tau kot2 para nyamuk boleh paham ke ape ke kan. haha !


tapi aku heran lah. hari tuh aku keluar makan dengan Akram pon nyamuk yang dok attack aku.
Akram cakap dia tak rasa pape pon.
siap cakap "mungkin nyamuk zaman moden ni dah pandai. pilih orang gemuk je"
besar kecik besar kecik je aku tengok mamat tu.



pastu malam tadi housemate aku ni dok elok je online kat hall.
yang aku ni tergaru sana tergaru sini.
tetiba tengok kaki dah berbintat-bintat.
stress okey stress.



takpe balik kerja ni aku akan dapatkan ubat nyamuk yang berkualiti tinggi.
jage lah kau wahai sang nyamuk.
pembalasan petala ke tujuh akan berlaku malam ini.
wahahahahahaha !


okbai.


                                                                               

Monday, August 13, 2012

Kisah shopping saye.

Sabtu lepas Akram ajak pergi Sogo.
Aku on je sebab Akram cakap suruh pilih hadiah besday sekali.
rezeki jangan di tolak. hehehe

padehal dua hari sebelum tu gaduh macam nak gila.
siap berdrama lagi.


Akram lah. Rabu lepas dia dah janji nak hantar printer aku sebab masa kitorang nak pergi Melaka ari tuh aku tumpang printer kat rumah dia. Malas nak berat2.
So dia okey je lah. sebab dia kerja malam last week so boleh hantar pada aku siang tu.
dia suruh kejutkan pukul 12 tengah hari.
fine lah.
masalahnye korang tau je lah perangai dia tu kalau dikejutkan macam mana.
kalau call tu macam tak dengar je. agaknye kalau bom meletup kat sebelah pon boleh rilek lagi.
menyampah.


last2 pukul 2 baru bangun. pukul 3 sampai tempat aku.
aku ni kan ratu air mata. kaki merajuk. haha!
memula nak hantar printer nak servis kat warta Bangi. tapi sampai sana aku buat hal suruh dia hantar aku balik opis.
ade lah scene2 yang telah menaik kan darah Akram.
ape lagi emosi lah mamat tu.
siap nak tinggal aku tepi jalan. tapi bila aku nak turun dari kereta tau pulak tak bagi.
perangai serupa ape entah. haha !


pastu dia hantar balik uniten tapi tak masuk.
dia berhenti tepi jalan.
aku ape lagi malas nak layan terus keluar kereta.
duduk kat bus stop depan uniten sorang2. Akram dah bla.
tapi rupanya bukan dia bla pon. dia jalan depan sikit pastu u-turn pergi balik kat aku.
eleh tau takut nak tinggalkan aku sorang2.
dah la time tu pukul 4 petang. orang dah nak balik kerja.


pastu call aku, aku buat bodo.
siap rampas henpon aku. mentang2 lah dia yang bayar. cissss.
tapi apedehal. aku kan ade dua henpon. hehe. aku call kawan aku yang kerja kat hotel equatorial bangi cerita kat dia nangis2. hahaha !
aku suruh dia amik aku kat depan uniten tu.
pukul 6 petang dia sampai sebab tunggu balik kerja.
gila lama tak lama aku tunggu depan tu macam orang bodoh kan.
dasar kepala batu. huhu


actually Akram ade je banyak kali patah balik pastu pujuk2 aku.
tapi perangai aku ni bila dah emosi kau jangan lah pujuk balik tang2 tu jugak.
memang aku tak layan lah.
tapi dalam dua hari lepas tuh aku okey dah.
tapi dalam masa dua hari tuh memang aku takkan jawab call, takkan reply wassap, takkan cakap pape.
aku wat bodoh je.


Akram siap call kawan aku lagik suruh tengok2 kan aku ni.
lepas dia bla aku tengok dalam beg eh ade pulak henpon aku yang telah dirampas.
entah masa bila dia letak balik aku pon tak sedar.


kawan aku cakap susah nak jaga spesies aku ni.
spesies berbintang Leo. suka sangat nak marah2. haha !
kawan aku dengan Akram ala2 perangai sama. jenis cepat je cool.
aku dengan bf kawan aku tu perangai sama. emosi je kejenya. suka merajuk dah tentu lah.



Tapi sekarang Akram dah berubah sikit sebab aku cakap kalau aku tengah marah tu biar je lah.
nanti2 aku okey lah.
kalau die pon sama naik marah lagi berapi-api lah aku kan.
so sekarang kalau dia tengok aku marah2 je cepat2 say sorry.
pastu agak2 dia macam tertinggi suara je, pastu tengok muka aku berubah terus cakap "dah2 jangan nak merajuk. meh sini" huhuhu



wah intro kemain panjang.
okey so Sabtu tu aku amik Akram kat rumah sebab bawak auto lagi senang nak menempuh jam kan.
aku pon boleh drive sekali.
kalau bawak kereta dia kompem2 lah dia yang kene drive sorang.
kitorang singgah Putrajaya dulu sebab Akram ade beli kasut dengan sorang brader ni.
tawar punye tawardaripada rm350 boleh dapat rm180.


kitorang gerak dari Putrajaya pukul 300pm. sampai Sogo pukul 500pm.
memang jam gila.
tapi tetap gigih.




aku jenis yang tak kisah sangat nak pergi tempat2 ramai orang ke.
sebab aku kan suka berjalan.
lagi pon baru lah rasa suasana nak beraya tu kan. haha !
luckily sampai2 Sogo je terus dapat parking.
memang naseb baik betol.
kitorang sampai ada satu kereta keluar.
takde lah menghabeskan masa carik parking.
dah la parking sogo mahal gila.
hari tuh je RM15.50 kitorang kene.



memula usha2 dulu baju.
Akram lah yang beria nak sopink.
aku sebab dah ade tiga pasang baju raya, so tak kisah sangat.
Akram nak carik kemeja so aku layankan je lah.
sambil2 tu Akram suruh pikir nak hadiah besday ape.
*happy mood ON !*
hehehe.



dah nak dekat waktu buka tu aku beli Hot n Roll dua pastu beli air and lepak luar Sogo.


punya lah ramai orang. semua ni pon tengah tunggu waktu nak buka.



lepas buka, settle2 semua ape lagi kita serang balik lah Sogo.
yang kelakarnya bila pergi tingkat tiga bahagia lelaki nampak yang perempuan2 duduk kat tepi dinding bersama anak2.
bila turun tingkat dua pulak bahagia perempuan pulak nampak para2 ayah berehat bersama anak-anak.
hehehe.



Lelaki selalu kutuk perempuan. tapi lelaki pon sama jugak naiknya bila nampak sale 80%. dah la budak yang jaga tempat tu asyik je renew stok2 baru. makin naik lah dorang ni. berebut-rebut baju segala. yang budak jaga tempat ni punya lah gigih lipat semua baju balik. padehal depan2 dia orang2 kat atas ni amik baju, lempar baju, tarik sana tarik sini, lempar balik. tapi nak buat camne kan dah budak tu dibayar gaji untuk buat kerja macam ni. tapi memang kesian lah. kalau aku dah menangis dah kat situ. penat. aku kan manje. hehe.



aku upload gambar kat atas ni kat Instagram. pastu ade sorang blogger Kak Tina komen cakap nampak aku tengah amik gambar ni tapi takut nak tegur.
Kak Tina, lepas ni kalau ternampak sila tegur ye.
Wajib !
huhuhu



lama gila nak tunggu Akram pilih baju dia.
dia kan boleh tahan cerewet jugak.
dan taste aku selalunya tak sama dengan taste dia.
sebab tu kalau nak beli hadiah besday aku akan bawak dia sekali dan dia akan bawak aku sekali.
ha kau pilih la sendiri.
tak koser nak suprise2. kang kalau aku beli dia tak suka dah satu hal nak sentap kan.
tapi kalau bab2 makan ni boleh la nak suprise2. sebab dia semua benda pon makan.


Bila dah settle baju2 dia baru lah kitorang gerak pergi tempat perempuan.
ade tiga benda dalam fikiran aku. Handbag, kasut atau jam.
tapi fikir2 balik kasut bape puluh je kan. baik aku beli sendiri. haha !
tengok jam pulak takde yang berkenan.
so pergi lah tempat handbag.


ade satu jenis handbag kat Coloris tu aku suka sangat.
Diskaun 50% lagi. harga dah okey dah. kira harga mampu lah kan.
tapi bila tengok yang baru ade macam kotor2 sikit kat bag tu.
bag tu kaler putih.
budak yang jage situ cakap beg tu senang turun kaler. kalau panas sikit kaler dia turun.


budak ni cakap memula dorang jual beg ni 20% je diskaun.
tapi ade customer yang beli beg tu complain yang beg tu turun kaler.
so dorang turunkan harga jadi 50%.


macam kakak aku cakap dulu. mase dia nak beli baju orang yang jaga baju tu cakap baju tu customer ade compain sikit.
sebab tu dia buat sale kadang2 sampai 70%.



TIPS : So kalau korang yang kaki sopink pantang tengok sale 70% terus nak beli tu sebenarnya ada sebab dorang bagi diskaun 20% ke 50% ke 70% ke. kalau diskaun 20% tu memang selalu dorang akan bagi kat barang2 new arrival. after customer beli, selalunya customer akan bagi feedback positif or negatif. kalau feedback negatif, dorang akan turunkan harga barang tu ikot jenis feedback.

kalau feedback teruk sangat dorang akan bagi diskaun sampai 80%. kalau feedback bese2 je bagi lah diskaun 50% ke camtu.

dulu aku memang pantang nampak diskaun2 ni. memang rambang mata. lepas dapat tau ni semua terus berhati-hati kalau nak beli barang. yelah kita beli barang sebab nak pakai lama kan. ni beli punya beli kalau murah sekali pon tapi tak tahan tak guna jugak.

tapi lain lah kalau bapak or husband korang cop duit kan. silakan.
aku anak kampung je.



bila tak dapat beg coloris tu sedih gila.
sebab design lain aku macam tak berkenan sangat.
kalau handbag2 kat brand2 mahal tu banyak lah yang cantik2.
tapi kalau dah harga sampai rm400++ takde lah aku nak suruh Akram beli kan.
Aku ni kan bertimbang rasa. cewahhh.



last2 amik beg catwalk ni.


Memula aku pilih satu beg kaler purple tapi design bese2 je.
harga pon rm50+- camtu lah.
agaknya Akram kesian sebab handbag Nose yang aku beli lagi mahal daripada hadiah besday, so dia suruh pilih lain.
aku cakap beg yang atas tu pon aku berkenan jugak tapi mahal sikit lah.
last2 Akram suruh amik yang atas tu.
dia cakap nampak remaja sikit.
Ape aku ni dah tue ke? grrrrrrrrrr.
tapi takpe mood tetap hepy. hehehe.



Lepas bayar terus nak gerak balik.
lagi pon time tuh dah pukul 1030pm dah.
Sogo tutup pukul 1100pm kot.
sebelum pukul 1100 nanti orang menggila nak bayar parking semua baiklah kite berangkat dulu.


Masa dalam kereta Akram cakap kalau mak dia call time tu pastu dia cakap baru balik Sogo mesti mak dia dah paham je.
sebabnya Akram ni dari kecik memang kuat berjalan.
pantang bapak dia mandi siap2 terus nak ikot.
tapi kalau mandi siap2 nak pergi keje macam tau pulak. taknak ikot.


pastu Akram cakap sebab tu ade tahi lalat kat kaki.
kuat berjalan.

Aku cakap aku banyak tahi lalat kat kaki.
makne nya ape?

"Tu bukan kuat berjalan dah. Tu dah jadi jamban lalat dah" jawab Akram.

konghajo kan.


naseb baik lepas tu bawak makan western food kat kampung baru.
kalau tak dah sentap dah. hahaha !



okbai.